Thursday, November 27, 2008

Terima Kasih Kerajaan Malaysia

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju supaya pilihan semula diberi kepada kakitangan awam yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menyertai skim pencen. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata tempoh pilihan selama sebulan itu bermula dari 1 Januari 2009 dan tarikh kuatkuasanya adalah pada 1 Februari. Beliau mengumumkan demikian pada majlis anugerah kualiti sektor awam 2008 di sini.

Abdullah berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam pada mesyuaratnya baru-baru ini. Turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah bayaran ex-gratia kepada ibu bapa kakitangan kerajaan bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, katanya. Keputusan itu akan berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.

Abdullah juga berkata bagi memperkasakan kegiatan pencegahan rasuah dan untuk membanteras jenayah, kerajaan bersetuju untuk membuat penambahbaikan pada skim pegawai siasatan, penolong pegawai siasatan dan pembantu pegawai siasatan. "Bagi urusan pencegahan rasuah, skim perkhidmatan tersebut bermula dengan kelulusan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan bagi PDRM (Polis Diraja Malaysia) pula, penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel berkuatkusa pada 1 Jan 2009," katanya.

Abdullah berkata memandangkan persamaan fungsi dan tugas antara agensi penguatkuasaan maritim Malaysia, tentera laut dan polis daripada aspek penguatkuasaan undang-undang, kerajaan bersetuju agar kadar tambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji diberi kepada pegawai dan anggota pangkat lain pangkat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia berkuatkuasa 1 Jan 2009.

Mengenai daya saing negara, Abdullah memetik laporan World Competitiveness Year Book 2008, yang menunjukkan Malaysia berjaya meningkatkan kedudukannya ke tangga ke-19 tahun ini berbanding ke-20 tahun lepas.

Bagi kategori negara dengan penduduk melebihi 20 juta orang pula, Malaysia berada di kedudukan ketujuh berbanding kelapan pada tahun lepas. Perdana Menteri pencapaian yang baik juga diperlihatkan daripada segi inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi hasil daripada peningkatan usaha agensi kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan secara online. "Mengikut penilaian Brown University, kedudukan Malaysia telah meningkat daripada tangga ke-25 pada tahun lalu kepada tangga ke- 11 tahun ini," katanya.

Abdullah berkata perkhidmatan awam boleh merasa bangga dengan pencapaian itu kerana kerajaan telah menetapkan sasaran untuk melonjakkan kedudukan Malaysia ke taraf 10 teratas dalam mana-mana kategori penarafan antarabangsa. Perdana Menteri berkata inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam harus berdasarkan kepada ukuran yang objektif dan bukan pendapat subjektif semata-mata.

Abdullah juga mahu pemilihan pemenang anugerah kualiti sektor awam dibuat berasaskan kriteria keunggulan yang mantap serta tahap penilaian yang tinggi agar kewibawaan pemenang terbukti serta tidak dipertikaikan mana-mana pihak. "Jika kelayakan pemenang anugerah dipersoalkan, maka ia akan menghakis keyakinan umum terhadap program anugerah kualiti sektor awam. "Untuk itu, pengukur bagi pemenang anugerah bukan hanya setakat memenuhi kriteria keunggulan semata-mata tetapi turut melepasi ujian dari segi penerimaan umum terhadap kecemerlangan agensi penerima," katanya.

Abdullah berkata kini sektor awam tidak lagi dikritik setelah kualiti sektor perkhidmatan awam dipertingkatkan. "Sekarang ini amat kurang aduan diterima terhadap perkhidmatan awam dan ini dikesan dari dialog-dialog yang diadakan," katanya.

-dipetik daripada Berita Harian Online, 27 November 2008-

8 comments:

Anonymous said...

Dibawah pemerintahan Umno/ BN

1. Kereta yang kebanyakan kita mampu pakai hanyalah WAJA, WIRA, MYVi,KELISA dan KANCIL
2. Gaji minimum kita di kerajaan ialah RM900 tapi di swasta ialah RM450
3. Harga minyak dan harga barang bila dibandingkan dengan gaji SANGAT TIDAK BERPATUTAN
4. Kita kena kerja 7 hari seminggu,12 jam sehari. (Pekerja Swasta)
5. Team Bola Sepak kita hanya layak ke SUKAN SEA dan ranking 152.
6. Kita hanya pernah ke Oversea (Pangkor, Redang, Pulau Pinang) 7.Perdana Menteri hanya 5 orang sejak 50 tahun merdeka dan dari satu Barisan sahaja.
8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, kita terpaksa retire dari satu kerja dan berhijrah ke kerja lain.
9. Kita kena bayar TOL setiap hari dan jumlah Lebuhraya baru bertambah sama seperti gerai pasar malam
10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang halangan.

KALAU KITA MASIH DIBAWAH JEPUN

1. Kereta yang kebanyakan kita mampu pakai hanyalah HONDA, TOYOTA,MITSUBISHI, NISSAN, SUZUKI dan ISUZU.
Kita gelak dengan orang yang pakai kereta HYUNDAI dan PEUGEOT.
2. Gaji minimum kita di kerajaan ialah JUTA2 YEN tapi di swasta ialah YEN JUTA JUTA juga
3. Buat apa nak kisah beli minyak sebab kita ada banyak PENGANGKUTAN AWAM.
4. Kita kena kerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari. (Pekerja Swasta)
5.Team Bola Sepak kita pernah main kat WORLD CUP. WORLLLLDDDDDDDDD!!!!!!BANGGA WA CAKAP LUUU………
6. Kita sering pegi oversea, around the world dan semua orang bila jumpa kita nak cakap bahasa kebangsaan kita di negara mereka hahahaha ******* betul la mereka tu…
7. Aku tak tau berapa banyak Perdana Menteri dan berapa banyak parti politik, tapi sering tukar2 la, tapi RAJA satu jer, tak pernah tukar2 RAJA pun.
8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, kita jalan2 makan angin ke negara lain, kalau kita tak pergi makan angin, member2 kutuk sebab mereka semua pergi makan angin.
9. TOL??? ape kemende tu? Buat apa bayar jalanraya yang kerajaan buat guna duit rakyat?
10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang
halangan.

KALAU KITA MASIH DIBAWAH ENGLAND

1. KITA MAMPU PAKAI SEMUA KERETA SEBAB SEMUA KERETA MURAH NAK
MAMPOSSS!!!!TAK PAYAH REPAIR, ROSAK BELI BARU.ADA JUGAK ORANG NAK AMBIK KERETA ROSAK KITA TU.
2. GAJI DAPAT DUIT POUND STERLING. KITA GELAK KAT EURO DAN US DOLLAR SEBAB MURAH!!!! LOW CLASS!!!
3. PENGANGKUTAN AWAM BANYAK DAN MINYAK PUN MURAH.
4. Kita kena kerja 5 hari seminggu, 8 jam sehari. (Pekerja Swasta)
5.SEMUA ORANG SUKA NATIONAL TEAM BOLASEPAK KITA. TAK PERNAH MENANG PUN TAPI RAMAI ORANG SUKA PAKAI JERSEY BOLA KITA, SPONSOR KELAB KITA, SOKONG SAMPAI PAGI2 BUTA GAME KELAB2 ***** KITA. WORLD CUP????? TAK PAYAH CERITA LAAA, DAH BORING LAYAK TAPI TAK MENANG FINAL PUN.
6. PERGI OVERSEA??? AKU NAMPAK ORANG DATANG TEMPAT AKU ADA LAH, AKU PELIK APA SEBAB MEREKA MINAT SANGAT DATANG TEMPAT AKU…….
7. Aku tak tau berapa banyak Perdana Menteri dan berapa banyak parti politik, tapi sering tukar2 la, tapi QUEEN satu jer, tak pernah tukar2 QUEEN pun.
8. Kebanyakan kita bila berumur 55 tahun, KITA PERGI JALAN2 SANA SINI DAN TENGOK BOLA JER. SAMPAI BORING DUDUK RUMAH TAK BUAT APA PUN.
9. TOL??? ape kemende tu? Buat apa bayar jalanraya yang kerajaan buat guna duit rakyat?
10. Kita hidup dengan aman dan damai setiap hari tanpa sebarang
halangan.
11. WOI !!! Merdeka tu apa? bila masa Great Britain kena jajah? Penjajah terakhir kami ialah Tentera ROM lebih kurang 300 Masihi…………. aku pun dah lupa kemerdekaan kali ke berapa, dah tak celebrate dah kot……..

Fikir2 lah wahai sahabat………….. ERTI SEBENAR
KEMERDEKAAN………..

Anonymous said...

Sebagaimana yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia pada 24 November lepas, usaha membanteras gejala politik wang dalam UMNO adalah satu proses yang memerlukan keazaman politik dan secara realistiknya tidak dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau diminta mengulas komen bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam blognya mengenai isu politik wang dalam parti itu, Najib percaya beberapa langkah tambahan dapat diperkenalkan untuk membanteras gejala politik wang dalam pemilihan UMNO.

Bercakap kepada wartawan Malaysia di sini semalam, Timbalan Perdana Menteri yang menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Peru berkata, langkah-langkah bagi menangani politik wang itu mesti diperjuangkan secara komprehensif. "Ia juga merupakan satu proses. Proses ini melibatkan satu tempoh masa yang tertentu. Secara realistik ia tidak boleh dilakukan dalam jangka masa yang terdekat sebab masa Tun Mahathir (memimpin UMNO) dia pun perjuangkan usaha untuk menghapuskan politik wang. "Semasa dia tamat sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, dia menyatakan kekecewaannya kerana gagal membanteras politik wang," kata beliau. Najib memberitahu, beliau tidak menganggap usaha membanteras gejala itu sebagai sesuatu yang mudah kerana ia memerlukan keazaman politik. [Utusan Malaysia 25 Nov 2008]

Realiti di atas menunjukkan bahawa politik wang adalah satu perkara yang menjadi amalan darah daging dalam UMNO yang sukar dibanteras dan semakin parah dari masa ke semasa. Ini adalah kerana sikap materialistik yang ditinggalkan oleh penjajah Kapitalis yang menjadikan pemimpin UMNO pun bagaikan Kapitalis yang rakus mengejar pangkat dan kekayaan. Yang menjadi parah lagi apabila persoalan ini dianggap sebagai masalah ‘disiplin parti’ sahaja bukannya masalah ‘melanggar hukum syarak’. Inilah yang sering ditekankan oleh UMNO, bahawa gejala rasuah atau lebih dikenali sebagai ‘politik wang’ hanyalah merupakan masalah ‘disiplin parti’ semata-mata.

Untuk mengubah sesuatu tabiat yang buruk dalam masyarakat, Islam datang dengan satu thariqah yang khusus dan unik, yang mana sistem ini telah berjaya mentamadunkan masyarakat yang dulunya berada di tahap terendah dalam aspek pemikiran dan kemajuan kebendaannya (madaniyyah).

Dengan itu Islam sebagai sebuah mabda’ senantiasa menjaga komponen yang penting dalam perubahan masyarakat. Secara ringkasnya Syeikh Taqiuddin Al-Nabhani menjelaskan masalah ini dalam kitab Nizhamul Islam, komentarnya,

“Islam yang memandang bahawa peraturan dilaksanakan oleh setiap individu mukmin dengan dorongan taqwallah yang tumbuh dalam jiwanya (dorongan melakukan amalan). Sementara teknik penguatkuasaannya dijalankan oleh negara dengan adil, yang dapat dirasakan oleh masyarakat. Juga dengan adanya sikap tolong menolong antara umat dengan negara dalam melakukan amar ma'ruf nahi munkar, serta diterapkannya (peraturan) dengan kuasa politik negara. Dalam Islam negaralah yang bertanggungjawab terhadap urusan masyarakat....” [Nizhamul Islam, ms 61]

Dari penjelasan di atas, kita mesti melihat bahawa unsur yang utama dalam membentuk sebuah komponen masyarakat dan mendorong untuk mengekalkan kestabilan adalah:-

(1) Individu rakyat yang menjalankan roda kehidupan sesuai dengan hukum Islam yang timbul dari kesedaran akidah;
(2) Negara yang melaksanakan hukum-hakam Islam dan menjaga aspek penguatkuasaannya;
(3) Masyarakat tertentu (parti/jemaah/kutlah) yang sering melakukan amar makruf nahi mungkar kepada individu (masyarakat) dan juga kepada Negara.

Kalau kita serius untuk membuang budaya rasuah di dalam negara, maka ketiga komponen ini perlu digerakkan secara serentak dengan perundangan Illahi. Anjakan paradigma perlu dilakukan terhadap individu, masyarakat dan Negara. Sistem lapuk lagi kufur peninggalan penjajah perlu ditinggalkan; persepsi rasuah perlu diperbetulkan dan ukurannya mestilah berasaskan ‘pandangan syarak’, bukannya masalah ‘disiplin parti’. Kesalahan Rasuah mesti dianggap sebagai perlakuan maksiat sebagaimana perlakuan makan daging babi, berzina dan berjudi. Namun selama mana pemikiran dan budaya masyarakat dan pemimpin UMNO yang suka memberi rasuah ini tidak ditukar dengan amar makruf nahi mungkar, maka selama itulah rasuah ini akan terus bermaharajalela.

Di dalam Islam, Negara pula perlu menerapkan hukuman ta'zir yang berat, yang mana boleh menjadikannya sebagai zawajir (pencegahan) kepada orang lain, bahkan rasuah ini sekali-kali tidak akan dianggap sebagai tindakan melanggar ‘disiplin parti’ sebagaimana diajar oleh pemimpin UMNO, tetapi rasuah adalah perlanggaran hukum syarak yang perlu dikenakan hukuman sewajarnya oleh Negara, walaupun ia berlaku di dalam parti-parti tertentu di dalam Negara. Dengan kata lain Islam perlulah diambil dari setiap sudut, iaitu oleh individu, parti, masyarakat dan juga Negara, barulah amalan rasuah ini dapat dihapuskan dari akar umbi.

Satu lagi penyelesaian yang boleh diambil oleh umat Islam sekarang adalah dengan menolak semua pemimpin yang terlibat dengan rasuah dan menggantikannya dengan pemimpin yang bertakwa. Malangnya di kalangan umat Islam itu sendiri masih ada yang memilih pemimpin yang rasuah, malah dalam banyak keadaan, mereka akan memilih dan mengundi pemimpin yang memberi rasuah yang paling banyak kepada mereka. Oleh kerana umat Islam di Malaysia ini telah terlalu lama diterapkan dengan hukum sekular oleh UMNO dan persoalan rasuah pula sudah menjadi tabiat UMNO sejak sekian lama, maka lahirlah golongan masyarakat yang sukakan maksiat dan najis ini, tanpa memandang lagi halal dan haram, sebagaimana tabiat pemimpin mereka. Jika satu masa dahulu UMNO pernah melaksanakan moto ‘kepimpinan melalui teladan’, nampaknya moto itu sehingga kini masih terpakai di mana apabila pemimpin UMNO telah menjadikan rasuah sebagai amalan di dalam kepimpinan dan kehidupan seharian mereka, maka ternyata amalan ini telah menjadi ‘teladan’ yang diikuti oleh setiap akar umbi di dalam UMNO pula.

Wahai kaum Muslimin! Tolaklah pemimpin sekular dan gantikan dengan pemimpin Islam.

Mohd. Alias bin Demyati said...

Satu kajian yang perlu difikirkan bersama...

Anonymous said...

kunjungi juga ke http:\\informasimalaysia.blogspot.com

Kita ganyang anwar cukup-cukup

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara kifli..

kajian saudara saya hargai dan saya ucapkan terima kasih.

namun melalui kajian ini jelas menunjukkan saudara memang suka dijajah..

macam anwar ibrahim al-juburi yang suka yahudi serta US menjajah malaysia..

fikirkan..

Pemuda Malaysia said...

saudara kifli, terima kasih atas komen saudara..

jangan lupa bahawa PKR di Perak tak tolak rasuah seks..

lagi memalukan!!!

Pemuda Malaysia said...

pakcik ku, terima kasih atas pendapat anda..

kalo nak buat kajian silakan..
semoga memberi manfaat bersama..

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous, terima kasih atas komen anda..

saya dah ganyang dan kutuk anwar sejak beliau didapati bersalah atas kesalahan tahun 1998..

bodoh punyer bekas TPM..

Nasib baik Mahathir tak lantik jadi PM..

kalo tak Malaysia akan jadi salah sebuah negara gay..huhu...