Thursday, November 13, 2008
MB Perak Biadap?
Utusan Malaysia Online hari ini menyiarkan berita mengenai kelakuan seorang pemimpin yang boleh dikatakan agak biadap juga. Menteri Besar (MB) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin hari ini bertindak di luar dugaan apabila memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya yang diambil ketika penyerahan surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.
Jurugambar berkenaan yang bernama Mohd Najib Mohd Nor hanya menjalankan tugas dan hanya merakamkan gambar MB Perak itu sedang menerima surat tuntutan maaf daripada peguam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.
Adakah ini kelakuan sebenar seorang MB PAS? Bertindak kasar dan biadap dengan menghalau jurugambar tersebut keluar dan selepas itu memanggil semula dengan perkataan "WOI". Sepatutnya, sebagai seorang pemimpin beliau menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik dan beradab.
Saya pernah bertugas di dalam sebuah majlis rasmi di mana VIP yang hadir pada ketika itu ialah Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Abul Razak. Saya telah diminta oleh pihak jabatan untuk membantu mengambil gambar TPM sedang berucap. Selepas beliau berucap, acara seterusnya ialah jamuan makan malam. Saya yang mungkin tidak beberapa tahu protokol di dalam majlis rasmi ketika itu, telah mengambil gambar TPM yang sedang makan. Lantas saya didatangi oleh pengiring peribadi TPM dan beliau membisikkan ke telinga saya bahawa sewaktu makan dilarang mengambil gambar VIP yang sedang makan.
Saya yang langsung tidak tahu garis panduan dan protokol ketika itu meminta maaf dan mengucapkan terima kasih kepada pengiring peribadi tersebut kerana menjelaskan tentang perkara itu dengan baik dan bersopan. Langsung tidak timbul isu rampas-merampas dan tengking menengking seperti yang berlaku kepada MB Perak semalam.
Saya rasa MB Perak langsung tidak tahu berbudi bahasa dengan wartawan dan jurugambar. Beliau merasa malu dan tertekan kerana banyak kelemahan di dalam pentadbiran beliau yang dibongkar oleh pihak media.
Sepatutnya jika perkara sebegini berlaku, beliau harus bertindak bijak dengan mengarahkan pembantu beliau yang melakukan pemeriksaan dan bukan beliau yang mengambil, memeriksa kamera dan menengking jurugambar tersebut.
Akhirnya, perkara ini hanya akan memalukan beliau dan secara tidak langsung akan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang Menteri Besar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
16 comments:
salam bro,
nilah pemimpin yang tunjukkan dia pandai dalam semua hal.... kalo setakat nak panggil 'woi' kat orang tak kiralah tua ke muda ke tapi dah nama orang Melayu akan tahu adab dan cara berkomunikasi sesama kita.......
Rasanya MP Perak dah talabih ajar kot....
salam Bro:
Kita sebenarnya tidak tahu cerita dan kedudukan sebenarnya. Kita semua dapat cerita dari orang surat khabar juga yg keluarkan. maknanya mereka juga nak cari publisiti supaya nampak Mb itu tidak betul dari kacamatanya sendiri. Kalau iapun nak serahkan apa2 kepada MB kenapa bawa pemberita?? Bukankah itu untuk membuat publish?? Sebelum ini MB Perak tu pun ada suarakan bahawa kerajaan negeri tidak mendapat liputan yg adil dari pihak akhbar so jadi dia perlu berhati2 dengan orang surat khabar yg kontra dengan dia... so tindakan MB yg berhati2 itu rasanya perlu untuk menjaga kepentingan politik beliau. Wallhualam.
terima kasih atas komen sumandak bayu..
masa belajar dulu pun MB Perak nie ditaja oleh kerajaan Malaysia. Inilah namanya orang yang tak tahu bersyukur.
nizar memang takut dengan media terutama Utusan. Kalo betul Utusan berat sebelah atau buat laporan tidak adil, saman je lah Utusan...
saudara kulatlapok, terima kasih atas komen anda.
ok lah, kita tak tau cerita sebenar. di sini saya rasa Nizar bolrh ambil tindakan mahkamah dengan menyaman jurugambar terbabit jika laporan itu salah.
nak bawa pemberita untuk serahkan sesuatu kepada orang besar macam MB memang patut kerana baru rakyat tahu cerita sebenar dan sikap sebenar MB Perak.
Pembangkang pun buat perkara yang sama seperti memanggil press di lobi untuk menceritakan atau menyerahkan sesuatu memorandum bantahan kepada kerajaan.
saya tak nampak ape yang silap. bagi saya MB Perak perlu lebih beradab dengan wartawan dan jurugambar. kalo saya di tempat jurugambar, dia panggil "woi" saya akan balas "ko saper nak panggil aku "woi"!!! dan bila dia nak rampas kamera saya secara kurang ajar, tapak kasut saya akan singgah kat muka dia!!!
salam PEMUDA MALAYSIA:
tERIMA KASIH ATAS RESPON SDR. SAYA RASA ISU TERSEBUT ADA PRO DAN KONTRANYA. TIDAK DINAFIKAN JUGA RESPON SDR ITU ADA JUGA KEBENARANNYA. SAYA TAK PRO MANA2 CUMA MEMPERTAHANKAN SITUASINYA YG MUNGKIN TIDAK SESUAI. WALLAHUALAM
IPOH : Sudah dijangka, media akan mainkan isu ini. Peluang untuk memberi penjelasan tidak pula diberi. Saya, Setiausaha Akhbar, Ust. Nor Azli Musa dan seorang lagi kebetulan ada di tempat kejadian. Kami bersama MB sedang makan tengahari, seorang yang tidak dikenali menghampiri MB membawa surat meminta MB menandatangani, beliau memperkenalkan diri, MB membaca sepintas lalu dan seakan bersetuju menandatangani, kami serentak mencelah, jangan tandatangan dulu, lihat keseluruhan isi surat tersebut, dalam masa yang sama ada seorang jurufoto yang juga tidak dikenali mengambil gambar. Kami beritahu, boleh jadi ini perangkap, nanti keluar gambar MB menandatangani sesuatu yang mungkin boleh di ambil kesempatan memburuk imej MB. Seorang MB menandatangani sekeping surat yang tidak diketahui latarbelakangnya di kantin. Lantas MB panggil jurufoto, bertanya dari akhbar mana, ada minta kebenaran atau tidak mengambil foto, jurufoto tersebut semacam tidak ambil peduli, MB panggil sekali dengan nada yang kuat sikit, tetapi tidaklah sampai panggil 'Hoi' sebagaimana didakwa. MB minta rakaman foto tadi dibuang, untuk memastikan foto tersebut dibuang, MB minta kamera tersebut dan serah pada Setiausaha Akbar yang duduk di sebelah saya, dan meminta SU Akhbar pastikan gambar tersebut dibuang. Dan kamera itu diserah semula pada jurufoto dengan baik. Kami beritahu pembawa surat tersebut supaya dalam urusan seumpama itu, datanglah ke pejabat, kami akan rekodkan surat tersebut, satu salinan kami simpan dalam fail, soal MB nak sain tak nak sain itu soal lain. Pembawa surat tersebut faham, dan ternyata dia menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Sulit MB di pejabat. Itu baru betul. Pagi esoknya, saya tengok surat tersebut sudah ada dalam meja MB.
Telahan kami tepat, tidak sampaipun beberapa minit kemudian, suara seorang ADUN Pembangkang yang sangat dikenali dari Kubu Gajah, tidak semena-mena membangkitkan isu ini di dewan dengan membuat pencelahan sewaktu seorang ADUN lain sedang membahaskan Bajet 2009, saya belum kenal pasti siapa ADUN yang sedang berucap ketika itu. Kubu Gajah menghentam MB Perak kerana kononnya bertindak kasar kepada wartawan, Kubu Gajah tidak berada di tempat kejadian, ada beberapa orang ADUN BN memang ada di kantin sewaktu berlaku kejadian tersebut. Saya tidak beberapa cam ADUN tersebut, yang ternyata Kubu Gajah tidak ada di kantin, saya sangat mengenalinya kerana ia memang popular dengan sikap kurang ajarnya, perangai di Parlimen dibawanya ke DUN. Saya akan semak dalam kertas minit dewan apa yang diucapkan oleh ADUN Kubu Gajah dan akan siarkan, para pembaca nilai sendiri ucapannya, inilah perangai UMNO BN, mengambil kesempatan apa sahaja yang boleh dijadikan isu untuk burukkan MB dan kerajaan.
Misbahul Munir Masduki
setiusaha politik YAB MB Perak
Adun Tahan Bawa Lari Anak Dara Orang
JERANTUT - Satu demi satu keburukan pemimpin Umno terdedah. Terbaru, tersebar salinan laporan polis seorang wanita, Wan Kelesum Wan Mohamad yang mendakwa anak perempuannya Azma Azifazilla binti Azan, 22, telah dilarikan Adun Tahan Dato’ Wan Amizan Abdul Razak, yang baru saja memenangi jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerantut dalam pemilihan baru-baru ini. Laporan tersebut mengatakan, pada 22 Mei 2008 Wan Kelesum telah melihat anak gadisnya itu keluar rumahnya di Felda Sungai Retang, Jerantut dengan membawa pakaiannya. Beliau cuba menghalang tetapi gagal. Pada awal bulan Jun, Wan Kelesum mendakwa, beliau telah dimaklumkan bahawa anak perempuannya itu telah berkahwin lari dengan Wan Amizan sebagai isterinya yang ketiga. Sejak itu Wan Kelesum tidak dibenarkan berjumpa anak gadisnya itu. Difahamkan salinan report polis tersebut telah digunakan oleh pihak tertentu sebagai satu isu untuk menghalang Wan Amizan daripada memenangi pertandingan dalam Umno Bahagian Jerantut baru-baru ini. Malangnya Wan Amizan telah menang besar dan bergaya dengan majoriti 80 undi menewaskan pencabarnya.
[Puak UMNO memang sudah buta matanya, biarpun mereka tahu pemimpin terbabit terlibat dengan berbagai skandal seks dan rasuah, namun mereka tetap memilihnya untuk diangkat sebagai pemimpin. Wan Amizan dipercayai adalah anak didik TPM Najib Razak. Maka kita tidak hairan beliau terus menang bergaya biarpun akhlaknya tidak seberapa. Ini kerana puak-puak UMNO tidak penting semua itu. Janji, mereka diberikan imbuhan untuk memilih calon terbaik. Semoga dengan ini UMNO akan terus berkarat dan akhirnya mereput dalam masa terdekat ini. UMNO sukar untuk memulihkan imej dikalangan rakyat. Rakyat semakin bijak untuk membuat penilaian kini. Maka yakinlah, dengan sikap puak-puak UMNO ini, ianya akan menjurus kepada kehancuran parti itu nanti].
guna akal yang ALLAH kurniakan dengan waras sekali kerana ia adalah amanah,tengoklah apa yang ada dalam umno
Adnan Akui Rasuah Dalam UMNO Paling Parah
KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob menyifatkan amalan rasuah atau politik wang dalam pemilihan jawatan Umno kali ini adalah yang paling parah. Dalam satu sidang media bersama Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam, Adnan menegaskan, senario rasuah yang berlaku kali ini paling parah yang pernah disaksikan. Paling memeranjatkan Adnan yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Pahang turut menyatakan beliau malas mahu bercakap persoalan Umno hari ini yang semakin parah. Sementara itu Ketua Pengarah BPR, Dato' Ahmad Said Hamdan pula menyatakan pihaknya mengesan banyak kesalahan rasuah yang berlaku dalam pemilihan Umno. BPR juga telah mula mengumpulkan bukti dan menahan beberapa individu yang didakwa melakukan rasuah, katanya. Pihaknya tidak teragak-agak membuat tindakan, dan bagi BPR apa yang diistilahkan sebagai 'politik wang' adalah serupa dengan tafsiran rasuah.
[Apapun yang diperkatakan oleh MB Pahang ini, kami rasa Adnan bukanlah orang yang paling layak untuk berbicara soal itu. Ini kerana, kami telah beberapa kali membongkarkan tentang rasuah yang dilakukan oleh MB Pahang itu. Termasuklah isu wang jutaan ringgit yang hanya disimpan dalam bilik di rumahnya. Itu belum termasuk dengan rasuah balak dan projek yang dijalankan di negeri Pahang ini. Pemimpin atasan yang mengajar rasuah sebenarnya. Kami mendapat maklumat perwakilan UMNO Jerantut menerima RM5,000 setiap seorang untuk memastikan kemenangan calon-calon tertentu dalam pemilihan UMNO bahagian itu baru-baru ini. Namun begitu, siapakah yang berani tampil untuk mendedahkannya?. Ini kerana rasuah adalah darah daging mereka
EXCO PERAK KAKI RASUAH....SO...PR JANGAN SIBUK PASAL RASUAH. SUMBANGAN SEKS...KIRA MACAM SEDEKAH GAK.. KEPALA HOTAK KORANG...EXCO JAHIL DILANTIK DI PERAK.
Nov. - Kerajaan negeri akan menguatkuasakan penggunaan tulisan jawi mengikut saiz yang ditetapkan dengan ejaan yang betul di semua papan tanda mulai tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ia merupakan salah satu langkah memperkasakan tulisan itu melalui peranan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Buat permulaan, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) diminta berbincang dengan syarikat-syarikat pengiklanan untuk menetapkan saiz yang sesuai dan setiap yang dihasilkan, mesti dirujuk kepada MPKB-BRI sebelum mengesahkan ia dibenarkan atau sebaliknya.
"Tulisan di papan tanda baru tidak harus dibuat dengan saiz yang begitu kecil, ejaan yang salah, malah terlindung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Bengkel Tulisan Jawi yang diadakan di sini hari ini.
Bengkel sehari itu dianjurkan oleh MPKB dengan kerjasama Perpustakaan Malaysia, serta Dewan Bahasa dan Pustaka.
terima kasih atas komen kulatlapok..
saya akui saya memang pro UMNO, tapi itu tidak bermaksud saya juga menyokong tindakan salah UMNO.
tentang media, saya harap kita sama-sama fikirkan. jika Pakatan Pembangkang kata media tidak mesra kepada mereka, bagaimana dengan media pembangkang seperti suara keadilan, harakah daily dan lain-lain lagi???
media pembangkang pun tak mesra malah lagi teruk memfitnah dan menghentam kerajaan BN.
Media pembangkang harus berterima kasih kepada kerajaan BN kerana kebebasan media di Malaysia tidak disekat. Ini bukan China atau Rusia. Ini adalah Malaysia.
sama-sama kita renungkan...
saudara kifli, terima kasih atas komen anda..
saya tiada di tempat kejadian, jadi jika MB Perak rasa teraniaya, mintalah setiausaha politik beliau buat laporan polis dan saman malu ke atas utusan Malaysia.
ada berani???
saudara kifli, terima kasih atas komen anda.
cakap pasal rasuah dan seks..suka saya ingatkan saudara bahawa di perak pun pakatan rapuh terlibat dengan habuan seks dan duit..
siap buat pengakuan lagi orang tersebut bahawa beliau terima habuan amoi dan duit..
ape citer ni kifli oiii...
Pakatan rapuh terang2 sapu habuan seks dan duit di Perak...
terima kasih atas komen saudara anonymous..
biasalah orang macam kifli ni bila mengata mana nak ingat dunia..
dia tak sedar anwar al-juburi dan pkr perak juga main seks dengan duit...
kita pastikan PKR terkubur pada PRU akan datang!!!
terima kasih atas komen saudara kifli..
berita tentang tulisan jawi ni bagus..
saya sokong...
salam Bro:
SAYA MENGHORMATI PANDANGAN POST DAN PENJELASAN SDR. TERIMA KASIH
Post a Comment