Wednesday, November 19, 2008
Peluang Brother Anwar Gulingkan Kerajaan BN
Umum mengetahui bahawa kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysia berada di luar negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi berada di Uzbekistan dan Turkmenistan atas lawatan rasmi manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pula berlepas ke Lima, Peru untuk menghadiri sidang kemuncak APEC dan dijangka pulang ke Malaysia pada 27 November ini.
Ini adalah peluang terbaik buat Ahli Parlimen Permatang Pauh yang langsung tidak menyengat di Dewan Rakyat untuk kembali memujuk Ahli-ahli Parlimen BN agar melompat parti. Jika sebelum ini Brother Anwar begitu ghairah ingin membentuk kerajaan melalui pintu belakang, beliau boleh melakukannya sekarang.
Namun, saya yakin bahawa niat Brother Anwar ini hanya omongan kosong dan tidak akan disahut oleh mana-mana Ahli Parlimen BN. Kadang-kadang saya kesian tengok si Anwar Al-Juburi ini yang cakapnya di Dewan Rakyat langsung tidak diendahkan. Dah lah keinginan beliau untuk menjadi PM masih tidak tercapai dan saya yakin beliau memang tidak akan dapat menjadi PM kerana beliau memang tiada kelayakan untuk menjadi PM. Seperti kartun dalam blog Masterdedah, beliau hanya akan mendapat 'P' sahaja (itupun kalau ada yang sudi bagi) dan untuk mendapat PM hanya mimpi tinggal mimpi.
Ketiadaan Pak Lah dan Najib di dalam negara dalam tempoh masa yang sama juga membuktikan bahawa pentadbiran Malaysia masih berada dalam keadaan yang stabil tanpa sebarang masalah. Ini kerana Pak Lah mempunyai ramai Menteri yang sedia memberi perkhidmatan terbaik dan akan memastikan segala urusan kerajaan berjalan dengan lancar.
Apapun, kita sama-sama doakan agar Malaysia sentiasa aman, damai dan makmur di bawah pemerintahan Barisan Nasional dan semoga kedua-dua pemimpin negara ini dapat pulang ke tanahair dengan selamat.
Ini adalah peluang terbaik buat Ahli Parlimen Permatang Pauh yang langsung tidak menyengat di Dewan Rakyat untuk kembali memujuk Ahli-ahli Parlimen BN agar melompat parti. Jika sebelum ini Brother Anwar begitu ghairah ingin membentuk kerajaan melalui pintu belakang, beliau boleh melakukannya sekarang.
Namun, saya yakin bahawa niat Brother Anwar ini hanya omongan kosong dan tidak akan disahut oleh mana-mana Ahli Parlimen BN. Kadang-kadang saya kesian tengok si Anwar Al-Juburi ini yang cakapnya di Dewan Rakyat langsung tidak diendahkan. Dah lah keinginan beliau untuk menjadi PM masih tidak tercapai dan saya yakin beliau memang tidak akan dapat menjadi PM kerana beliau memang tiada kelayakan untuk menjadi PM. Seperti kartun dalam blog Masterdedah, beliau hanya akan mendapat 'P' sahaja (itupun kalau ada yang sudi bagi) dan untuk mendapat PM hanya mimpi tinggal mimpi.
Ketiadaan Pak Lah dan Najib di dalam negara dalam tempoh masa yang sama juga membuktikan bahawa pentadbiran Malaysia masih berada dalam keadaan yang stabil tanpa sebarang masalah. Ini kerana Pak Lah mempunyai ramai Menteri yang sedia memberi perkhidmatan terbaik dan akan memastikan segala urusan kerajaan berjalan dengan lancar.
Apapun, kita sama-sama doakan agar Malaysia sentiasa aman, damai dan makmur di bawah pemerintahan Barisan Nasional dan semoga kedua-dua pemimpin negara ini dapat pulang ke tanahair dengan selamat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
salam Sdr. Pemuda MALAYSIA.
Ketiadaan kedua2 pemimpin tertinggi negara ini tidak bermakna DSAI boleh merencanakan sesuatu yg merugikan dirinya sendiri. Saya faham apa maksud sdr itu tetapi tidak lah sehingga bertindak sebagai PEMBRONTAK? Mereka masih ada kewarasan, jika perlukan sesuatu perubahan, walaupun kedua2 pemimpin ada dalam negarapun, kalau ada kesungguhan untuk kebenaran, kejayaan pasti mendatang. Macam sdr. berjuang di menara gading dulu, akhirnya usaha penat sdr perolehi kejayaan. Yang pastinya mereka tidak penat mengalah dan berputus asa. Wallahualam.
Pada hari Rabu 19hb November 2008, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar satu usul kepada YB Tan Sri Yang Di Pertua Dewan. Usul tersebut perlu dibahas segera kerana ianya menyentuh kepentingan umum dan negara ini.
Dalam laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 didapati Malaysia walaupun meningkat kemasukan pelaburan langsung asing kepada RM29 billion untuk tahun 2007 berbanding RM21 billion pada tahun 2006, namun pengaliran keluar FDI secara besar-besaran mencecah RM38 billion pada tahun 2007 menyebabkan Negara mengalami aliran bersih FDI yang negatif sebanyak RM9 billion.
Fenomena pengaliran keluar FDI secara besar-besaran ini berlaku sejak 2005 dan jika berterusan akan mengakibatkan negara terus mengalami penguncupan ekonomi, kemerosotan Keluaran Dalam Negara Kasar, pengangguran dan pengurangan peluang pekerjaan. Apatah lagi dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis kewangan global.
Usul tersebut berbunyi:
“Bahawa dewan ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini membincangkan satu isu tentang laporan terbaru United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008 mengenai pengaliran keluar pelaburan langsung asing atau FDI yang mencecah RM38 billion berbanding kemasukan yang hanya RM29 billion untuk 2007 menyebabkan negara mengalami Aliran Bersih Pelaburan Langsung Asing yang negatif sebanyak RM9 billion.”
Pada hari Isnin 24hb November 2008, usul tersebut akan dibacakan ataupun dibahas di dalam Dewan Rakyat sekiranya dibenarkan oleh Yang Di Pertua Dewan.
PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
salam saudara kulatlapok..
terima kasih atas komen anda. brother anwar masih waras ke??? hurmm, baguslah kalo dia masih waras.
cuma apa yang saya nak katakan disini, jika beliau masih waras, jangan buat kerja bodoh (nak ambil pentadbiran negara sebelum PRU ke-13)..
kan dia boleh tunggu PRU akan datang jika hendak mentadbir negara.
tak perlu lah pancing ahli parlimen BN dengan jawatan dan wang ringgit untuk melompat parti..
harap2 brother anwar masih waras...
saudara kifli, terima kasih atas informasi dari anda.
sama-sama kita tunggu dan lihat isnin nie yer...
[Parlimen Malaysia sebenarnya memang sudah hilang kreadibilitinya. Ia disebabkan kerana speaker-speaker yang dilantik menjadi "robot" kepada kerajaan yang memerintah. Jika dulu penggulungan Bajet 2009 yang dibuat oleh Menteri Kewangan, Najib Razak diterima biarpun ternyata satu "penyelewengan" apabila angka-angka diubah setelah berdebat selama dua minggu. Ransangan Fiskal yang sebenarnya "Bajet Baru" itu dikatakan tidak melanggar peraturan parlimen, walhal usul tersebut tidak langsung dihantar untuk disemak oleh Speaker. Namun dek keraja ia membabitkan kerajaan, lalu diterima. Begitu juga kes pembohongan ahli parlimen UMNO/BN, Nazri Aziz berhubung dengan pemecatan hakim. Sehingga ke hari ini sengaja dilambat-lambatkan dan esok sudah pasti kita tahu yang keputusan akan menyebelahi menteri UMNO itu. Dan kini usul FDI yang dihantar oleh Anwar pula ditolak atas alasan tidak perlu disegerakan. Walhal ia adalah untuk kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Apakah maknanya semua ini?. Semua usul yang baik dibawa oleh pembangkang ditolak bulat-bulat oleh Speaker. Apakah ini rupa bentuk parlimen Malaysia? Lalu bergelak ketawalah PM, TPM dan Speaker melihat konspirasi parlimen yang skripnya telah dirancang bersama itu].
tujuan DSAI mengusulkannya bukan utk kepentingan dirinya tapi ia adalah untuk kita rakyat jelata dan negara yang tercinta ini
KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya mengadakan sidang khas ahli Parlimen bagi membincangkan mengenai Malaysia yang mengalami pengaliran keluar pelaburan langsung asing (FDI) melebihi pengaliran masuk yang menyebabkan negara mengalami aliran bersih FDI yang negatif. Cadangan itu dibuat selepas Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan beliau pada Rabu lalu yang meminta sidang Dewan ditangguhkan bagi membincangkan mengenai FDI negara seperti yang dilaporkan United Nations Conference on Trade and Development World Investment Report 2008. Penolakan usul tersebut dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mengikut Peraturan Mesyuarat 18(2) kerana tidak perlu disegerakan sebelum sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 peringkat jawatankuasa.
"Saya menerima keputusan yang dibuat oleh Datuk Yang Dipertua, tapi ingin menggunakan Dewan ini untuk terus meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengambil isu ini dengan serius dengan tidak hanya mencatatkan wang pengaliran masuk dan tenggelamkan. "Harap menteri dapat memanggil sidang khas ahi Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk bincangkan mengenai isu ini bagi kepentingan negara dan rakyat kerana ia ada kaitan dengan rakyat," kata Anwar dalam reaksinya terhadap penolakan usul tersebut. Menerusi usul tersebut, Anwar berkata, secara menyeluruh rantau ASEAN mengalami peningkatan kemasukan FDI yang besar mencecah RM209 billion untuk 2007 berbanding hanya RM116 billion untuk tahun 2006 iaitu bersamaan dengan peningkatan sebanyak 81.9 peratus.
terima kasih atas komen saudara kifli.
saya nak tanya, sejauh mana saudara kenal pd anwar ibrahim?
saya just nak beritahu, dulu masa anwar ibrahim berada bersama pihak kerajaan, tidak pula beliau sibuk nak hapuskan ISA, kes pemecatan hakim dan lain2 lagi..
kini, bila beliau telah dibuang dari kerajaan dan UMNO, beliau bercakap dengan cara lain pula.
saudara kifli, TPM kita menghadiri persidangan APEC di Peru dan di sana, negara seperti US sendiri mengiktiraf keberkesanan kawalan dan usaha meningkatkan ekonomi Malaysia. Anwar Ibrahim nak cakap pasal FDI. Aper citer???
Jangan lupa saudara bahawa semasa ekonomi Malaysia merudum pada tahun 1997, bukan anwar ibrahim yang menyelamatkan Malaysia tetapi Tun Dr. Mahathir lah orang yang mengeluarkan Malaysia daripada krisis ekonomi serantau.
saya tak nampak langsung jasa Anwar semasa beliau menjadi TPM...
saudara kifli, anwar sebenarnya dah kehilangan modal nak jatuhkan kerajaan BN hari ini.
sebab tue dia merepek tentang bab ekonomi.
saya rasa baik anwar pegi setelkan masalah kerajaan selangor yang semakin haru-biru..
Post a Comment