Wednesday, December 31, 2008

PAS TAKUT DENGAN DAP?

PAS takut kepada DAP...Inilah dia pemimpin PAS yang sentiasa berdolak-dalik dalam memperkatakan mengenai hukum Allah. Apabila pilihan raya umum, manifesto tentang hudud langsung tidak dterjemahkan secara rasmi.

Namun apabila berlakunya pilihan raya kecil lebih-lebih lagi di Kuala Terengganu, PAS tiba-tiba menyalak mengenai hukum Hudud, dan PAS kecut perut dengan DAP yang anti Hudud.

Inikah pemimpin yang menjadi harapan rakyat di Kuala Terengganu? Cukuplah rakyat Terengganu tersiksa semasa PAS membentuk kerajaan Negeri pada tahun 1999. Majoriti rakyat yang saya temui di Kuala Terengganu, mereka tidak akan memangkah PAS kerana mereka rasakan bahawa PAS tidak akan dapat menjamin kesejahteraan mereka. Cukuplah mereka tersiksa pada tahun 1999.

Insya-Allah, BN lebih berwibawa untuk membantu membawa kemajuan dan kemakmuran buat rakyat di Kuala Terengganu. Undilah BN di Kuala Terengganu demi kesejahteraan rakyat jelata!!!

HAJI HADI CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Presiden Pas, Hadi Awang mencadangkan S. Manikavasagam meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kapar sekiranya mahu keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, tindakan Manikavasagam yang menggugat keluar parti itu adalah tidak wajar kerana menipu rakyat yang telah memilihnya atas tiket parti tersebut.``Selain itu, dia juga tidak mempunyai prinsip dan tidak konsisten,'' katanya sebagaimana laporan Mingguan Malaysia 28 Disember 2008.

Wah...wah...dengar cakapnya macam Haji Hadi ini seorang ahli politik yang sangat berprinsip dan konsisten pendiriannya.Dulu semasa Anwar Ibrahim heboh akan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September 2008 dengan memancing ahli-ahli Parlimen BN supaya melompat parti, apa fasal Haji Hadi diam sahaja.

Sepatutnya Haji Hadi sebagai orang yang berprinsip dan mengaku dirinya ulama, adalah orang yang pertama mengingatkan Anwar supaya tidak membuat tawaran kepada ahli-ahli Parlimen BN supaya keluar parti.

Tidakkah dengan berdiam diri maknaya Haji Hadi juga bersubahat dengan Anwar dalam menghasut ahli-ahli Parlimen BN supaya ``menipu rakyat yang telah memilih mereka atas tiket parti BN.''Bila kena batang hidung sendiri atau batang hidung suku-sakat politik, semuanya tidak betul.

Kalau menguntungkan parti sendiri atau pakatan suku-sakat, semuanya betul. Ulama apa macam ini? Pendirian Haji Hadi dan Pas dalam isu hudud juga sama. Dulu bermati-matian menghentam UMNO kerana tidak mahu melaksanakan hukum hudud. Sekarang dia kata belum masanya untuk laksanakan hudud.

Kalau Si Keldai jadi Manikavasagam, elok sajalah bertempik:`` Ayo...yo..ini Haji Hadi apa punya orang. Keldai lagi baik.''

dipetik daripada Malaysia Aktif Online, 31 Disember 2008

Tuesday, December 30, 2008

TOLAK PARTI YANG TIDAK KONSISTEN


Semoga pengundi PAS di Kuala Terengganu dibukakan mata dan hati untuk menolak kepimpinan PAS yang sentiasa berdolak-dalik mengenai hukum Hudud. Pemimpin PAS hari ini takut kepada DAP dan PKR kerana mereka risau akan hilang kuasa jika hukum Hudud kali ini menjadi manifesto mereka.

Saturday, December 27, 2008

Al-Fatihah...

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman, mangkat jam 11.45 pagi ini.

Al-Fatihah.

-dipetik daripada blog Dunia Tiger-

Berambus Juga Blog Adibah Ahmad!!!

Salam buat semua pembaca blog sekalian. Alhamdulillah, akhirnya saya dapati bahawa laman blog Adibah Ahmad yang menghina Nabi Muhammad S.A.W telah dikeluarkan. Ini mungkin kerja bersepadu antara kita yang mengutuk keras tindakan penulis blog yang sungguh tidak bertanggungjawab dan amat kurang ajar.

Saya berharap agar semua penulis blog Islam tak kira sama ada daripada UMNO ataupun PAS bersatu padu menentang mana-mana anasir jahat yang cuba menjahanamkan agama kita iaitu agama Islam.

Insya-Allah agama Islam akan kekal hingga ke akhir zaman...

Friday, December 26, 2008

Biadap Sungguh!!!

Ada satu laman blog yang mengeji, menghina, mengutuk dan memperlekehkan Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Saya yang rasa panas teramat sangat apabila membaca laman blog tersebut terus menghubungi nombor telefon yang diberikan.

Panggilan saya dijawab oleh seorang wanita dan beliau menyatakan bahawa si penulis blog ini bukan lah orang sebenar dan ia telah disabotaj oleh orang lain(jangan sampai aku jumpa kau wahai penulis sebenar!!!).

Wanita itu menyatakan bahawa si Adibah Ahmad ini yang teraniaya telah membuat laporan polis mengenai blog yang memaparkan gambar beliau dan no. telefon tempat beliau bekerja.

Ayuh seluruh blogger yang mengakui bahawa mereka ini Islam, mari kita hapuskan blog-blog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan Islam!!! Kita lakukan sepertimana blog Surind yang akhirnya memohon maaf di atas apa yang telah dilakukan.

Saya paparkan nama blog untuk tatapan para pembaca sekalian...klik di sini

Rukun Islam dan Hukum Hudud

Salam buat pembaca seperti kifli dan setapakian. Mereka meminta saya berhujah mengenai hukum hudud samada wajib atau tidak dilaksanakan di Malaysia.

Pertama, ingin saya nyatakan di sini bahawa saya bukan seorang yang layak digelar mufti untuk membicarakan mengenai dalil dan nas hudud. Namun saya seorang yang beragama Islam dan pernah mendapat pendidikan asas Islam semasa bersekolah dahulu. Insya-Allah saya akan terangkan mengikut pendapat yang logik beserta sebab mengenai hukum hudud dan perlaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Kedua-dua pembaca ini meminta saya bercakap mengenai soal hudud. Saya akan terangkan apa yang termampu oleh saya dan jika mereka berdua ingin maklumat lebih lanjut, bolehlah mereka merujuk kepada Haji Hadi ataupun Husam Musa kerana saya yakin kedua pemimpin daripada PAS ini layak membicarakan tentang soal hukum hudud kerana mereka berdua juga yang menyalak dan memulakan isu hudud apabila tiba pilihan raya yang membabitkan negeri Terengganu.

Buat saudara kifli dan setapakian, saya buka bicara tentang hukum hudud dengan sedikit penerangan mengenai Rukun Islam. Saya yakin dan percaya bahawa saudara berdua juga tahu mengenai Rukun Islam berdasarkan komen saudara dalam blog saya. Rukun Islam ada lima perkara dan wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia.

Untuk menjadi seorang Islam, wajib bagi mereka mengucapkan dua kalimah syahadah. Rukun Islam yang pertama ini memang tidak boleh dikompromi dan dipandang enteng. Jika seseorang yang beragama lain ingin memeluk Islam, wajib bagi orang itu mengucap dua kalimah syahadah terlebih dahulu baru boleh disahkan sebagai seorang yang beragama Islam. Rukun Islam yang pertama ini tidak boleh ditolak ansur dan perlaksanaannya adalah tetap dan tegas.

Rukun Islam kedua pula adalah solat lima waktu sehari semalam. Perkara ini juga menjadi kewajipan kepada umat Islam sama ada sihat ataupun sakit. Ini kerana Islam adalah agama yang memberi kemudahan kepada penganutnya. Solat boleh dilakukan dengan berdiri tegak bagi yang sihat dan mampu sehinggalah kepada hanya bersolat melalui kerdipan mata jika sakit dan tidak mampu. Perlaksanaan mengenai solat juga adalah wajib dan tiada kompromi.

Rukun Islam ketiga adalah berpuasa di bulan Ramadhan. Hukum berpuasa adalah wajib namun untuk perkara ketiga ini ada kelonggaran dari segi perlaksanaannya. Maksud saya di sini ialah, berpuasa boleh ditangguhkan perlaksanaannya kepada orang yang sakit di mana jika dia berpuasa akan memudaratkan sakit orang itu. Berpuasa juga boleh diberi kelonggaran kepada ibu yang mengandung kerana dikhuatiri jika ibu yang mengandung itu berpuasa, akan memudaratkan anak di dalam kandungan tersebut. Saya rasa masuk rukun Islam ketiga ini mesti saudara kifli dan setapakian tahu akan maksud saya tentang hukum hudud pula.

Ok, saya jelaskan lagi bagi membuatkan kifli dan setapakian faham mengenai hukum hudud dan tidak diperbodohkan oleh PAS. Rukun Islam yang keempat ialah membayar zakat fitrah. Di sini hukum membayar zakat adalah wajib namun demikian perlaksanaan hukum ini mendapat kelonggaran kepada mereka yang daif dan tidak berkemampuan. Mereka yang daif dan tidak ada kemampuan untuk membayar zakat akan ditakrifkan sebagai penerima zakat kerana boleh dipanggil sebagai fakir miskin. Namun demikian, jika satu hari nanti fakir miskin ini menjadi kaya dan senang, wajib bagi beliau membayar zakat fitrah dan tidak menjadi penerima zakat lagi.

Untuk rukun Islam kelima pula, ialah menunaikan haji bagi yang berkemampuan. Saya ulangi bagi yang berkemampuan. Ini bermaksud wajib bagi mereka yang mempunyai kemampuan dari segi wang ringgit dan tenaga untuk menunaikan haji. Perlaksanaan bagi menunaikan haji adalah wajib namun ia hanya untuk mereka yang berkemampuan. Jika seseorang itu masih tidak mampu dari segi kewangan, tidak wajib bagi orang itu pergi menunaikan haji namun jika satu hari nanti, orang itu mampu dari segi material dan kudrat, maka wajiblah beliau menunaikan haji.

Cukup lima syarat dalam Rukun Islam. Agama Islam adalah agama yang sungguh tidak menyusahkan para penganutnya. Dalam lima Rukun Islam yang saya jelaskan tadi, 2 daripada 5 perkara yang WAJIB dan tidak boleh ditangguhkan perlaksanaannya iaitu mengucap dua kalimah syahadah dan solat lima waktu sehari semalam. 3 rukun Islam yang lain wajib juga dilaksanakan namun ia masih boleh ditangguhkan dan diberi kelonggaran berdasarkan kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh seseorang penganut agama Islam itu sendiri.

Saya ingin bertanya kifli dan setapakian di mana letaknya hukum HUDUD? Sudah tentu hukum hudud tiada dalam 5 rukun Islam. Namun demikian hukum hudud adalah perkara yang menjadi kewajipan kepada kita untuk dilaksanakan. Jawapan saya hukum hudud memang wajib dilaksanakan kerana ia adalah salah satu yang disyariatkan oleh Allah S.W.T kepada umat Islam.

Cuma, apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah dari segi perlaksanaan hukum hudud itu sendiri. Kenapa perlu Husam Musa merujuk kepada PKR dan DAP dari segi perlaksanaan hukum hudud itu sendiri? Adakah Husam Musa takut kepada PKR dan DAP sehingga terpaksa merujuk kepada DAP dan PKR jika ingin melaksanakan hukum hudud? Saya dengan yakin dan berani mengatakan bahawa jika PAS berjaya mentadbir negara ini, hukum hudud tetap tidak akan terlaksana kerana PAS perlu juga merujuk kepada PKR dan DAP sebelum dapat dijadikan undang-undang di Malaysia.

PAS hanya ingin menarik perhatian pengundi Islam di Kuala Terengganu, jadi isu hudud cuba dimainkan semula. Mengapa dalam manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu tiada pula hukum hudud? Ini kerana PAS ingin memperolehi 'political mileage' daripada PKR dan DAP. Kini PAS berjaya mentadbir 3 negeri iaitu Kelantan yang sedia ada dan Kedah serta Perak. Ini jelas menunjukkan bahawa PAS hanya gilakan kuasa dan sanggup mempermainkan hukum hudud demi mencapai kemenangan di Kuala Terengganu nanti.

Saya jelaskan di sini bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan namun perlaksanaan hukum hudud macam 3 Rukun Islam yang saya jelaskan iaitu berpuasa di bulan Ramadhan, membayar zakat fitrah dan menunaikan haji bagi yang mampu. Hukum Hudud juga boleh ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu seperti Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum serta masalah Perlembagaan. PAS katakan UMNO menolak hukum Allah, namun adakah PAS akan melaksanakan hukum Allah ini juga jika memerintah Malaysia. Nescaya tidak kerana PAS hari ini pun tidak konsisten dengan apa yang dikatakan dan jelas PAS menjadi kuda tunggangan PKR dan DAP.

Masuk PAS : Zahar marah kerana tak dapat tender helikopter


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengucapkan `tahniah’ kepada PAS kerana menerima orang bermasalah dalam UMNO untuk menjadi ahli parti itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemasukan bekas Ketua UMNO Petaling Jaya Selatan Datuk Zahar Hashim dan 28 Ketua UMNO Cawangan dalam bahagian berkenaan ke dalam PAS. Zahar digantung keanggotaannya dalam UMNO selama tiga tahun pada awal bulan Disember kerana menjalankan kegiatan yang menjejaskan parti.

Beliau antara lain menyebarkan dakwaan mengatakan ada yang tidak betul dalam urusan pembelian Eurocopter. Sebaliknya siasatan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli Parlimen pembangkang baru-baru ini mendapati ia mengikut peraturan. Zahar adalah antara mereka yang membida tender untuk kontrak membekalkan helikopter berkenaan.

Bagaimanapun menurut Muhammad, UMNO negeri itu akan mengadakan mesyuaratnya berhubung dengan perkembangan terbaru itu.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, tindakan Zahar menyertai PAS mudah difahami kerana beliau begitu marah kerana dikenakan tindakan disiplin oleh UMNO.

Katanya, bekas Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan itu seharusnya sedar tindakannya yang melanggar disiplin parti dengan memburuk-burukkan kepimpinan parti.

“Dia yang buat surat hentam Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dan dijaja ke seluruh negara hanya kerana tidak dapat tender bekalkan helikopter kepada Kementerian Pertahanan.

“Dia juga dapat tanah beratus ekar daripada kerajaan Barisan Nasional dahulu tetapi masih tidak bersyukur. Bila dikenakan tindakan disiplin dia bukan main marah lagi,” katanya ketika dihubungi Agendadaily.

Namun kata Muhammad, tindakannya menyertai pembangkang itu mungkin juga disebabkan untuk mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Selangor sekarang kerana Zahar masih lagi aktif sebagai pemaju perumahan.

“Mungkin dia buat begini kot-kot dapat favour dari kerajaan negeri. Ini adalah jenis pemimpin yang tidak ikhlas,” tambah beliau.

dipetik daripada Agenda Daily Online, 24 Disember 2008

........................................................................................................................................................................

p/s: Masa beliau di hukum gantung keahlian UMNO selama 3 tahun, ramai orang simpati kepada beliau. Namun setelah beliau bertindak keluar UMNO dan masuk PAS, rasa kesian ahli UMNO kepada beliau bertukar menjadi meluat, menyampah dan benci kerana tindakan beliau yang bodoh dan berfikiran sempit. Itulah dia Kapten (B) Datuk Zahar Hashim.

Wednesday, December 24, 2008

Imbas Kembali...

Suasana Pilihan Raya Kecil di Kuala Terengganu dalam keadaan biasa dan belum panas. Walaupun isu 'Hudud' sudah mula didendangkan oleh PAS yang hanya akan menyalak ketika pilihan raya, keadaan masih terkawal. PAS seolah-olah ingin menjadi juara bagi umat Islam terutama di Kuala Terengganu dan taktik ini sudah biasa diulangi oleh mereka lebih-lebih lagi apabila calon mereka bertanding.

Saya sekadar ingin mengimbas mengenai ucapan-ucapan yang pernah keluar dari mulut tokoh-tokoh PAS seperti Haji Hadi Awang. Pada 29 Jun 2002, Haji Hadi Awang pernah berkata bahawa "Jika kita tidak buat hudud, kita akan kalah pilihan raya". Ini jelas menunjukkan bahawa isu hudud hanya permainan politik PAS semata-mata demi meraih undi daripada umat Islam. Haji Hadi juga memperkecilkan hukum hudud dengan mengatakan 0,0001% daripada hukum hakam Islam setelah PAS memerintah Terengganu sedangkan sebelum ini ia menjadi keutamaan perjuangan PAS.

Tidakkah pengikut PAS merasa tertipu dengan janji-janji pemimpin mereka ini? Sanggupkah orang PAS bersubahat dengan pemimpin mereka yang mempermainkan hukum Allah? Para pemimpin PAS melakukan pembohongan dan mempermainkan hukum Allah kerana mencari kedudukan dan kepentingan politik semata-mata.

Cukup setakat ini dahulu mengenai isu hudud yang akan sentiasa menjadi umpan PAS apabila tiba pilihan raya. Kenapa kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran tidak boleh berfikir dengan bijak mengenai permainan politik Pakatan Rapuh apabila tiba pilihan raya? Semoga rakyat di Kuala Terengganu hari ini bijak menilai prestasi sebenar PAS yang hanya menjadi tunggangan DAP dan PKR serta dicucuk hidung mereka dan ini terbukti di negeri Selangor dan Perak.

Tuesday, December 23, 2008

Pelaksanaan Hudud hanya mainan politik PAS – Najib

PAS dilihat sengaja membangkitkan isu lapuk apabila membangkitkan semula mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas sebagai isu politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan depan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan perkara itu sebagai "isu lama" berkata pelaksanaan hukum hudud dan qisas sering dibangkitkan setiap kali musim pilihan raya tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan oleh PAS untuk melaksanakan slogan politik mereka itu. "Dah lama cerita tu...bukan benda baru.

Di Kelantan dan Terengganu (sebelum pilihan raya umum Mac lepas) mereka tidak buat (laksana hukum hudud), tiap kali (pilihan raya) jadikan perkara ini sebagai isu," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang memberi jaminan PAS akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa depan.

Pada wacana perdana bertajuk "Transformasi Politik Islam" di Kota Baharu dua hari lepas, Husam berkata parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini, termasuk melaksanakan hukum itu. Bagaimanapun ia tidak berupaya melaksanakan undang-undang Islam itu disebabkan kuasa mutlak berada pada Kerajaan Persekutuan.

Mempersoalkan agenda sebenar parti itu, Najib turut mempersoalkan mengapa isu itu tidak diperjuangkan di dalam manifesto parti ketika Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lepas, sebaliknya parti itu memperjuangkan slogan negara kebajikan dan bukannya mengenai pelaksanaan hukum hudud. "Tetapi sekarang nampaknya pemimpin PAS bercakap mengenai pelaksanaan hukum hudud. Ini soal kredibiliti. Mereka menjadikan isu ini sebagai isu politik," katanya di Kuala Lumpur Isnin.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Jan depan sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 17 Jan. Barisan Nasional telah menamakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon, manakala PAS bakal mengumumkan calon parti itu pada 1 Jan depan.

dipetik daripada Agenda Daily Online, 22 Disember 2008

Belum apa-apa lagi dah 'melompat'…

Seperti yang diduga rakan politik PAS dalam Pakatan Rakyat, DAP awal-awal sudah ‘ melompat’ sebagai reaksi kepada kenyataan Datuk Husam Musa PAS akan tetap laksanakan undang-undang Hudud dan Qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum. Ia sekaligus memperlihatkan dengan jelas bagaimana rapuhnya ikatan rakan kongsi kuasa dalam pakatan itu dimana PAS seolah berada dalam keadaan tangan terikat.

Tiga orang kuat DAP Lim Guan Eng, bapanya Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang amat tidak senang dengan kenyataan Naib Presiden PAS itu menuntut beliau memberi penjelasan. Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP menegaskan pelaksanaan hukum hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum Mac lepas.

"DAP tidak bersetuju dan membantah cadangan itu,’kata di Pulau Pinang Isnin. Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh yang mahu Husam beri penjelasan bimbang ia akan mencetuskan kegelisahan serta menejejaskan sokongan pengundi Cina semasa pilihanraya kecil Kuala Terengganu 17 Januari ini. Beliau menegaskan pendirian DAP tidak berubah bahawa Malaysia harus kekal sebagai negara sekular. Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Jelutong membidas Husam kerana membuat kenyataan berkenaan.

Sementara itu Husam yang ditemui para wartawan di Kota Bharu Isnin sudah terus tukar nada mengenai pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas. Beliau mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas mungkin terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini kerana ia memerlukan persetujuan dua rakannya dalam pakatan itu, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

Katanya parti-parti komponen dalam pakatan itu telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan semua parti komponen. "PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya. Dalam satu forum di Kota Bharu pada Sabtu lalu, beliau berkata PAS akan tetap melaksanakan hukum hudud itu tetapi pendirian itu dibantah oleh DAP. "Pasal hudud kita bincang, kalau tidak boleh terima lagi, kita tangguhkan lagi," kata Husam.

Beliau berkata banyak perkara perlu dilakukan untuk menggubal undang-undang hudud itu seperti mengadakan rundingan dengan badan-badan peguam dan mungkin perlu diadakan pungutan suara. Sebaliknya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ditemui para wartawan pula berkata tiada masalah untuk PAS melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas kerana halangannya hanya terletak pada pemikiran mereka yang kurang memahami undang-undang itu.

Jika hukuman gantung boleh dilaksanakan kepada pengedar dadah maka tidak jadi masalah untuk rakyat menerima hudud yang antara lain menguatkuasakan hukuman bunuh kepada pembunuh dan hukuman potong tangan kepada pencuri, katanya.

"Hudud ini bukan dibawa PAS tetapi dibawa oleh Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi, jadi bagi orang Islam yang mentadbir negara adalah wajib bagi mereka melaksanakan hudud," katanya.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemimpin PAS seperti beliau hanya mampu menggubal undang-undang Hudud dan Qisas itu tetapi pelaksanaannya akan diadili oleh mahkamah dan hakim berdasarkan bukti dan fakta.

"Jika tidak cukup bukti, hakim tidak akan jatuhkan hukum hudud ke atas pesalah itu. Sama seperti undang-undang yang ada sekarang," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan parti komponen Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR, Nik Abdul Aziz berkata PAS sedia berbincang dengan mereka mengenai hukum hudud.

"Jika mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya. Islam memberikan peluang kepada semua untuk berbincang," katanya.

dipetik daripada Agenda Daily Online, 22 Disember 2008

Friday, December 19, 2008

Pakatan Pembangkang Gagal Bantu Mangsa Bukit Antarabangsa

TRAGEDI tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, 6 Disember lalu mulai dilupai masyarakat yang sememangnya dikatakan mudah lupa.

Namun bagi akhbar tabloid Suara Keadilan, Harakah dan Siasah, gambar dan liputan berita mengenai ranapnya 14 buah banglo itu tetap disiarkan lengkap dengan lebih 10 keping gambar dari keluaran 10 Disember sehinggalah keluaran terbaru bagi 20 Disember.

Boleh dikatakan tiada satu pun berita yang ada kaitan dengan ucapan atau memaparkan wajah pemimpin pakatan pembangkang – Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP – pernah muncul di akhbar-akhbar perdana mahupun media elektronik seperti rangkaian TV Media Prima atau RTM.

Jika ada pun sesekali kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan sedikit berita usul membahaskan tragedi itu di Dewan Rakyat oleh Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa merangkap Ahli Parlimen Gombak.

Boleh dikatakan sejak hari pertama lagi, pembaca dan penonton TV diberitahu bilik gerakan dan gerai bantuan makanan serta keperluan sudah pun digerakkan oleh UMNO Ampang Jaya, pengusaha restoran dan pemilik Hotel de Palma selain agensi kerajaan.

Tindakan pantas UMNO dan BN Ampang Jaya khususnya, selain pemimpin kanan parti turun padang, mendapat tempat di semua media.

Persoalannya di manakah dia ADUN dan Ahli Parlimen pembangkang yang menguasai kawasan Bukit Antarabangsa?

Inilah yang cuba dan giat dipaparkan oleh suara-suara kerdil Suara Keadilan, Harakah dan Siasah sekarang ini setelah menyedari pakatan pembangkang ketinggalan dalam memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa tragedi Bukit Antarabangsa.

Sebagai contoh Suara Keadilan keluaran 10-17 Disember memaparkan Sultan Selangor bersama-sama Khalid dan Azmin di Bukit Antarabangsa. Sebanyak 13 lagi gambar dipaparkan pada muka tengah keluaran itu.

Ini diikuti akhbar Harakah 15-18 Disember, dua muka penuh gambar sekitar tragedi itu di bahagian tengah, diikuti dengan akhbar Siasah 14-20 Disember juga dua muka.

Jelas Pakatan Rakyat (PR) tewas dalam perang saraf dan gerakan publisiti sekaligus menggambarkan kepada masyarakat pemimpinnya tidak turun padang dan tidak prihatin nasib dan peristiwa malang itu.

Malah apa yang berlaku itu mengingatkan semua kepada kenyataan Khalid, beliau tidak memerlukan publisiti murah dan menonjolkan muka menyelami dan menghayati sama penderitaan rakyat seperti dideritai penduduk kampung di Klang yang dilanda banjir beberapa bulan lalu.

Memanglah pada pilihan raya 8 Mac lalu, janji ditabur hingga membuat pengundi lupa jasa Umno, tetapi kini jelas Umno kekal prihatin dan bergerak cepat.

Konsep kerajaan berkebajikan yang pakatan pembangkang uar-uarkan tidak diterjemahkan kepada tindakan segera apabila diperlukan.

Kini pakatan pembangkang sibuk berjanji akan memperjuangkan pula isu Tanah Adat bagi memikat pengundi di Sarawak, mempersoalkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman selain menuduh sikap alpa BN punca tanah runtuh.

Mereka sebenarnya hanya mampu menabur janji, tetapi gagal menggalas tanggungjawab dan melaksanakan apa yang dijanjikannya.

dipetik daripada Malaysiaaktif Online, 17 Disember 2008

Tuesday, December 16, 2008

Lawatan Bush ke Baghdad dilempar dengan kasut


BAGHDAD: Seorang wartawan televisyen Iraq melemparkan kasut kepada Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan memanggilnya 'anjing' pada satu sidang akhbar di Baghdad semalam. Tindakan luar kawalan wartawan terbabit, Muntazer al-Zaidi menyebabkan pegawai keselamatan Iraq dan ejen khidmat rahsia Amerika Syarikat terkejut. Mereka terus meluru ke arahnya dan menariknya menyebabkan berlaku pergelutan sebelum dia dibawa keluar dari bilik Bush bersama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki mengadakan sidang akhbar.

Bagaimanapun kasut berkenaan tidak mengenai sasaran. Bush sempat mengelak ketika berdiri di sebelah Maliki dan terkena dinding di belakangnya manakala satu lagi kasut terkena bendera Amerika Syarikat dan Iraq. Bush hanya tersenyum tapi jelas nampak tidak selesa dengan keadaan itu. "Saya langsung tak kisah," kata Bush sambil meminta semua bertenang berikutan kekecohan tercetus di bilik persidangan itu.

Ketika ditanya mengenai kejadian berkenaan selepas itu, Bush berkata "saya tidak berasan terancam dengan kejadian berkenaan. Jika anda mahukan fakta, kasut itu mempunyai saiz 10," katanya. Beberapa wartawan Iraq lain memohon maaf bagi pihak rakan mereka itu yang dikenali sebagai pemberita sebuah televisyen. Bush tiba di Baghdad kelmarin sebagai lawatan selamat tinggal sebelum beliau mengakhiri tugas sebagai presiden Januari ini. - Agensi

-dipetik daripada Berita Harian Online, 16 Disember 2008-

...............................................................................................................................................

P/S : Tunggu juga bila lah Anwar Ibrahim nak kene lempar dengan kasut macam Bush...hehehe

Tidak Patriotik Langsung!!!

Kerajaan Perak di bawah Pakatan Rapuh hari ini memang sengaja menongkah arus. Niat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin untuk menukar kenderaan rasmi kerajaan Negeri Perak iaitu Perdana V6 kepada Toyota Camry 2.4 adalah sesuatu perkara yang amat tidak munasabah dan amat dikesali.

Ini kerana, jika kerajaan Perak benar-benar hendak berjimat, mereka tidak perlu membeli kereta yang mempunyai cc besar. Sebaliknya cukup jika hanya menggunakan kenderaan yang kelajuannya lebih kurang sama dengan Perdana V6. Saya andaikan di sini jika Nizar kemaruk sangat nak pakai kereta mewah, beli sahaja Toyota Camry 2.0 cc. Tak perlu lah membeli Toyota Camry yang mempunyai cc 2.4.

Ini adalah salah satu pembaziran yang ternyata jelas dan tidak boleh ditutup. Penyelenggaraan kereta Toyota Camry adalah lebih mahal daripada penyelenggaraan Perdana V6 dan saya yakin ia tidak langsung menjimatkan duit rakyat malahan hanya akan membazirkan duit rakyat untuk tahun kedua selepas membeli Toyota Camry 2.4 cc ini.

Kenderaan rasmi yang bakal dibeli ini akan digunakan untuk tujuan rasmi seperti menghadiri mesyuarat dan melawat kawasan. Saya yakin kos penyelenggaran kereta Toyota Camry ini akan meningkat secara drastik selepas setahun digunakan. Kecuali Nizar jadi pemalas macam rakan beliau di Selangor yang mengatakan tidak perlu turun berjumpa rakyat kerana hanya membazir tenaga dan wang ringgit. Bolehlah Nizar kurangkan penggunaan Toyota Camry jika perangai beliau sama macam Khalid Ibrahim dan kos senggara pun akan turut kurang juga.

Apa pun, inilah semangat tidak patriotik yang ditunjukkan oleh seorang rakyat Malaysia yang sudah mempunyai kuasa. Beliau boleh berbuat apa sahaja kerana beliau telah ditunggang oleh DAP. Isu tanah di Perak yang masih kecoh dan mengguris mesyarakat Melayu di Perak, kini isu baru pula iaitu penggunaan Perdana V6 pula timbul. Tak sampai setahun memerintah, dah kecoh. Saya berharap Pakatan Rakyat tidak kekal lama kerana ia hanya akan merugikan rakyat terutama kaum Bumiputera dan saya menyeru rakyat Malaysia yang berada di bawah kuasa Pakatan Rapuh agar menolak mereka dalam PRU ke-13 nanti.

Monday, December 15, 2008

Kerajaan BN Yang Prihatin, Minyak Turun 10 Sen Lagi

Minyak turun harga lagi sebanyak 10 sen bermula esok pagi. Ini membuktikan betapa prihatinnya kerajaan Pusat yang sentiasa peka dengan masalah dan kesusahan yang dihadapi rakyat. Harga minyak terbaru iaitu bagi petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 kepada RM1.80. Petrol RON92 pula turun dari RM1.80 kepada RM1.70 dan Diesel juga turun dari RM1.80 ke RM1.70.

Buat Pakatan Rapuh, jangan mimpi nak ambil alih pentadbiran negara ini. Saya sebagai rakyat Malaysia cukup selesa berada di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN). Sedangkan masalah dalaman di negeri masing-masing pun berterabur dan tidak terurus, ini pula nak tadbir negara yang semakin maju dan aman.

Kalau setakat kegawatan ekonomi, itu perkara biasa bagi sesebuah negara yang sedang membangun. Mana ada negara yang sentiasa aman dan tidak ditimpa musibah. Selama 50 tahun negara ini ditadbir oleh kerajaan BN, saya melihat situasi ekonomi tahun 1997-98 lebih meruncing, namun Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad bijak mengawal keadaan dan mempunyai idea yang bernas serta menolak mentah-mentah idea TPM beliau yang agak 'kebaratan' itu.

Semoga Malaysia di bawah pentadbiran bakal PM baru, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Rakyat Malaysia seharusnya berdoa agar kerajaan sedia ada ini dapat dipertahankan dan kekal bagi memastikan keamanan dan kemajuan Malaysia sentiasa terpelihara.

Friday, December 12, 2008

MB S'gor tidak faham isu, kata Dr Khir

Projek pembangunan di kawasan berbukit sejak 20 tahun kebelakangan tidak menimbulkan masalah lagi kerana dipantau dengan baik oleh agensi kerajaan, kata bekas menteri besar Selangor."Isunya bukan pembangunan baru. Kenapa beliau hendak sibuk dengan pembangunan baru? "Pembangunan baru tiada masalah. Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia) sudah buat keputusan. Tidak ada masalah. Sepatutnya tiada masalah," kata Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Beliau menambah, "isu sebenar" yang patut dibincangkan ialah projek-projek pembangunan lama yang diluluskan dua dekad lalu."Beliau (Khalid) tidak faham isu (sebenar)," kata beliau, mengulas pendedahan penggantinya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri besar itu semalam mendedahkan sepanjang lapan tahun pentadbiran pemimpin Umno itu mulai 2000, 99 projek kawasan berbukit diluluskan, termasuk 27 yang sedang dimajukan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Projek-projek itu termasuklah 10 di kawasan Bukit Antarabangsa, yang mengalami tragedi tanah runtuh Sabtu lalu, dan 11 lagi di Bukit Melawati - dua kawasan yang dianggap berisiko tinggi.Projek-projek di kawasan ini dikelaskan berada dalam kategori 3 dan 4 iaitu kecerunan lebih 25 darjah dan memerlukan penyeliaan teknikal yang lebih ketat.

Dr Mohamad Khir menambah, sistem pemantauan yang diperkenalkan sejak tragedi di Kampung Pasir, Hulu Kelang pada 2006 "tidak berjalan" sejak negeri itu jatuh kepada Pakatan Rakyat, Mac lepas. "Dulu, setiap tiga bulan, laporan (pemantauan projek kawasan berbukit) dibentangkan. "Sekarang, dibentangkan (juga) tetapi projek baru sahaja," katanya kepada Malaysiakini.

Menulis di blognya semalam, Dr Mohamad khir mendakwa banyak kejadian tanah runtuh melibatkan kawasan pembangunan lama kerana pengetahuan mengenai sistem aliran air bawah tanah dan keadaan muka bumi ketika itu yang amat cetek. Teknologi dan kaedah pembangunan juga tidak mementingkan sistem perparitan yang baik dan pengukuhan tanah sekeliling kawasan pembangunan, katanya lagi.

Dr Mohamad Khir mendakwa, sewaktu pentadbiran BN dahulu, pasukan khas untuk memantau lereng bukit berisiko tinggi terdiri daripada pakar-pakar agensi kerajaan ditubuhkan.Pasukan itu melibatkan pakar daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Geologi dan pihak berkuasa tempatan (PBT)."Laporan mesti dibentangkan setiap tiga bulan, sebab itu tiada kejadian tanah runtuh yang serius selepas peristiwa di kampung pasir tahun 2006," coretnya lagi.

Dihubungi hari ini, Dr Mohamad Khir berkata, aduan penduduk berhubung masalah pembangunan di Bukit Antarabangsa dibuat sejak Oktober lalu kepada kerajaan negeri.Oleh itu, tambahnya, jika sistem pemantauan yang diperkenalkan beliau dua tahun lalu diteruskan, tragedi yang mengorbankan nyawa itu mungkin dapat dielakkan.

Dr Mohamad Khir turut mendakwa Abdul Khalid "tidak ambil tahu" dan menyindirnya dengan berkata menteri besar "sibuk dengan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) dan projek-projek baru yang hendak dibahagi pada kawan-kawannya".Tambahnya, keseriusan pemerintahan BN menangani kejadian tidak diingini itu dibuktikan melalui pembekuan beberapa projek di kawasan bukit yang berisiko.Wakil rakyat Sungai Panjang itu turut menempelak keputusan kerajaan Selangor kini yang tidak memperuntukkan wang bagi membantu mangsa tragedi di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama itu.

Menteri besar semalam dilaporkan berkata, semua hartanah yang terjejas milik persendirian dan Selangor hanya memberikan bantuan makanan dan keperluan asas kepada mangsa terbabit. Empat nyawa terkorban dan 14 banglo ranap dalam tragedi awal pagi Sabtu lalu.

dipetik daripada Malaysiakini Online, 12 Disember 2008

....................................................................................................

P/S : Menteri Besar Selangor dari PKR nie memang bodoh dan dungu. Mana tahu tadbir negeri. Beliau hanya tahu mencari keuntungan dengan PKNS jer..Bangang ya amat!!!

PM Setuju Nama Calon

JAKARTA 11 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau telah bersetuju dengan nama bakal calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan.

Menurut Abdullah, pengumuman mengenai calon BN itu akan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat ini.

"Saya telah melihat nama berkenaan dan telah bersetuju dan Najib akan mengumumkannya dalam sehari dua ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Istana Presiden di sini hari ini.
Sebelum ini UMNO Bahagian Kuala Terengganu telah mengenal pasti senarai nama calon untuk mewakili BN dalam pilihan raya kecil itu.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 12 Disember 2008

Thursday, December 11, 2008

Relaks Kejap...


Wednesday, December 10, 2008

Dua Musibah Satu Punca




Saya harap saya masih belum terlambat untuk mengucapkan takziah buat mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang melibatkan 14 buah banglo tertimbus.

Kita dapat melihat keprihatinan pelbagai pihak sama ada kerajaan ataupun NGO yang melancarkan kutipan derma bagi membantu mangsa yang terlibat. Namun demikian saya berharap agar kerajaan Malaysia tidak lupa juga untuk membantu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa banjir. Ini kerana mereka yang dilanda air bah kebanyakannya bukan golongan kaya dan berada, sebaliknya mereka ini adalah masyarakat yang hidup sederhana dan berkemungkinan juga kurang berkemampuan.

Nasib rakyat yang dilanda banjir juga perlukan perhatian serius lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak ramai dan sesi persekolahan yang akan bermula Januari tahun depan.

Semoga kerajaan tidak terlepas pandang pada nasib mangsa banjir juga kerana mereka juga berhak mendapat bantuan sebagaimana mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang kebanyakan daripada mereka golongan kaya dan berada.

Pemuda PAS: Fairus sukar ditemui

Selepas 10 bulan Pakatan Rakyat merampas Pulau Pinang, Pemuda PAS negeri masih gagal bertemu secara rasmi dengan timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin walau telah berusaha beberapa kali, kata sumber dewan itu.

Lalu dewan itu menganggap pemimpin kerajaan Pulau Pinang itu tidak berminat berjumpa dengan barisan kepemimpinannya."Kita rasa malas (nak atur pertemuan lagi). Kita anggap (beliau) tak mahu jumpa," sumber itu memberitahu Malaysiakini, mengulas dakwaan wakil rakyat PKR itu "tidak cekap" sehingga mendorong beberapa pegawainya meletakkan jawatan.

Mohammad Fairus minggu lepas menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.Kata sumber itu lagi, pertemuan Pemuda PAS dengan Mohammad Fairus yang juga exco agama negeri antara lain bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan hal-ehwal Islam dan kedudukan sosio-ekonomi serta pendidikan orang Melayu di negeri tersebut.

Walaupun mendapat maklum balas daripada pemimpin negeri itu melalui surat atau faksimili untuk berjumpa tetapi tiada tarikh khusus ditetapkan, kata sumber lagi.Mohammad Fairus pernah sekali bersedia bertemu mereka tetapi dibatalkan oleh Dewan Pemuda PAS akibat masalah keluarga seorang pemimpinnya.

Barisan kepemimpinan Pemuda PAS negeri bagaimanapun tidak berselisih faham atau perkelahian dengan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, tambah sumber.

Pemuda PAS negeri tidak menafikan laporan media berhubung prestasi rendah PKR itu itu yang didakwa tidak cekap mentadbir, termasuk sering lambat menghadiri program dan mesyuarat.

dipetik daripada Malaysiakini Online, 10 Disember 2008

‘PPP bebas keluar BN’

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Parti Progresif Rakyat (PPP) bebas untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika pemimpinnya mahu berbuat demikian.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang disyaratkan oleh PPP untuk ia kekal sebagai parti komponen BN.

“Kalau itu pilihan mereka (untuk keluar BN), apa yang boleh kita buat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Abdullah mengulas gesaan Presiden PPP, Datuk M. Kayveas bahawa partinya akan meninggalkan BN jika kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Gesaan itu dibuat ketika Kayveas merasmikan persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita PPP akhir bulan lalu.

Abdullah berkata, dalam mesyuarat BN hari ini, tidak ada mana-mana pihak termasuk PPP yang mengutarakan sebarang keinginan untuk meninggalkan BN.

“Tidak ada sesiapa buat kenyataan untuk keluar BN,” katanya.

Pada mesyuarat hari ini PPP diwakili oleh Naib Presidennya, Datuk Maglin D’ Cruz kerana Kayveas sedang bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 10 Disember 2008
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................

Semakin berani pemimpin parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN) mengugut untuk keluar dari BN jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. Ini berpunca daripada sikap berlembut Pak Lah sebelum ini yang seakan-akan tunduk kepada desakan parti komponen lain di dalam BN. Namun, syabas saya ucapkan kepada Pak Lah kerana beliau tidak tunduk kepada desakan Parti Progresif Penduduk (PPP) yang mengugut untuk keluar daripada BN jika Akta ISA tidk dirombak.

Sebagai rakyat Malaysia, saya tidak nampak keperluan mendesak untuk mengubah atau meminda akta ISA kerana saya melihat daripada skop politik hari ini, ISA amat relevan bagi memastikan keselamatan dalam negara terjamin. ISA adalah satu akta yang mencegah sebarang anasir-anasir yang berniat memporak-perandakan serta menghancurkan negara. ISA tidak digunakan sewenang-wenangnya malahan kita dapat melihat bahawa institusi kehakiman negara hari ini yang semakin berada di landasan yang tepat dan bersih daripada sebarang pengaruh politik.

Raja Petra Kamarudin iaitu seorang penulis blog, ditahan ISA dan beliau telah diarah bebas oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 8 November yang lalu. Ini jelas membuktikan bahawa jika ISA itu disalahguna, kita ada institusi kehakiman dan perundangan negara untuk membantu mana-mana individu yang merasakan diri mereka dianiaya oleh akta ISA.

Justeru itu, saya menyokong tindakan Pak Lah agar bersikap tegas dan tidak perlu tunduk kepada mana-mana desakan pemimpin parti komponen dalam BN yang cuba mengambil kesempatan di atas situasi politik hari ini.

Thursday, December 4, 2008

Ngantuk dan Kuala Terengganu...

Pagi nie aku akan bertugas di negeri Pantai Timur. Pergh...ngantuknya aku kene bangun sebelum Subuh dan datang ke ofis seawal 6 pagi. Namun apakan daya, demi tugas dan tanggungjawab, aku gagahkan diri untuk mencari rezeki yang halal (ayat sentimental plak)...hehehe...

Aku nak sentuh sikit pasal Pilihan Raya Kecil di Parlimen Kuala Terengganu. Aku berharap sangat agar Majlis Tertinggi UMNO memilih calon yang benar-benar mendapat sokongan padu akar umbi dan dapat membawa suara serta masalah rakyat untuk diselesaikan tanpa sebarang prejudis.

Aku tak nak sebut mana-mana nama calon yang dianggap popular dan menjadi pilihan kerana aku bukan berasal dari Kuala Terengganu. Jadi, aku serahkan kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk menimbangkan mana-mana nama yang diberi oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu untuk dipilih menjadi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Aku berdoa agar kerusi Parlimen Kuala Terengganu dapat dipertahankan oleh BN...amin...

Wednesday, December 3, 2008

Out Station..

Ermm..esok aku kene out-station ke negeri Pantai Timur. Nampaknya tak dapat la aku nak update blog kesayanganku ini. Walau bagaimanapun, aku akn cuba mengintai-ngintai masa yang terluang untuk aku menulis di dalam blog.

Malam nie pula aku akan release tension dengan bermain futsal bersama rakan-rakan di Sport Planet, Ampang. Malam esok sepatutnya aku bermain badminton bersama rakan sekerja di Dewan Komuniti, Pantai Hill Park, Bangsar. Tetapi, disebabkan terpaksa terbang ke Pantai Timur, aku tak dapat nak join main bersama. Apakan daya, kerja lebih utama kerana kerja lah yang dapat menampung kehidupan ku di bandaraya ini. Tanpa kerja, aku tidak akan dapat survive di dalam kota raya yang penuh mencabar ini.

Kepada pembaca dan pengunjung blog Pemuda Malaysia, doakan aku selamat pergi dan selamat kembali...amin...

Memang Patut Dipecat!!!


Saya bersetuju sangat dengan tindakan Lembaga Disiplin UMNO yang mengambil keputusan memecat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Ini kerana tindakan beliau menghadiri dua majlis parti pembangkang minggu lalu menunjukkan bahawa beliau sengaja mencabar UMNO agar mengambil tindakan terhadap apa yang beliau lakukan.

Semasa saya bertugas di Parlimen Malaysia, Datuk Zaid sebagai Senator yang dilantik pun jarang berada di Dewan Negara. Mungkin beliau sibuk sangat dengan tugas yang diamanahkan, namun demikian tak nampak pula jasa yang beliau tabur kepada negara berdasarkan pangkat dan kedudukan yang diberikan. Sebaliknya beliau terus mengkritik cara kerja Menteri lain dan sering mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kabinet dan kenyataan Perdana Menteri sendiri.

Memang bagus sangat beliau dipecat kerana beliau memang tidak membawa sebarang keuntungan kepada UMNO. Saya berharap selepas ini Pak Lah atau bakal Perdana Menteri yang baru iaitu Datuk Seri Najib tidak mengambil orang seperti Zaid Ibrahim menjadi Menteri kerana hanya akan membazirkan wang rakyat sahaja.

Selamat dipecat wahai Zaid Ibrahim. Saya yakin keputusan ini akan menggembirakan semua ahli UMNO seluruh Malaysia.

Minyak Terus Turun Harga Lagi Tetapi Harga Barang???

Penurunan harga petrol dan diesel membuktikan bahawa kerajaan Malaysia komited membantu rakyat agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.

Harga petrol terbaru pagi ini bagi RON 97 iaitu RM 1.90 seliter dan diesel pula diturunkan menjadi RM 1.80 seliter.

Bolehlah rakyat menarik nafas lega dengan penurunan harga minyak hari ini yang mana lebih murah 2 sen sebelum dinaikkan sebanyak 78 sen bulan Jun lalu.

Namun demikian, rakyat masih berasa gusar kerana peniaga dan pekedai masih degil untuk menurunkan harga barang terutama barang asas.

Sebagai pengguna, kita harus memainkan peranan dengan kuasa beli yang kita ada, agar memboikot mana-mana kedai atau pasaraya yang masih liat dan degil menurunkan harga barang jualan mereka.

Kerajaan juga harus mengambil langkah tegas dengan bukan sekadar memantau, tetapi harus mengambil tindakan tegas seperti mengenakan denda atau menarik balik lesen perniagaan mereka jika mereka masih mengambil sikap endah tak endah kepada trend penurunan harga minyak yang harus mereka jadikan contoh untuk menurunkan harga barang terutama barang keperluan.

Terima kasih sekali lagi kerajaan BN yang mengambil tindakan bijak menurunkan harga minyak sejajar dengan penurunan harga minyak peringkat global. Ini sekaligus membuktikan bahawa di bawah pentadbiran kerajaan BN juga, kita mampu hidup selesa dan harmoni tanpa perlu menukar kerajaan Pakatan Rapuh yang sememangnya samar dan tiada hala tuju memajukan negara ini.