Wednesday, December 31, 2008

HAJI HADI CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Presiden Pas, Hadi Awang mencadangkan S. Manikavasagam meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kapar sekiranya mahu keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, tindakan Manikavasagam yang menggugat keluar parti itu adalah tidak wajar kerana menipu rakyat yang telah memilihnya atas tiket parti tersebut.``Selain itu, dia juga tidak mempunyai prinsip dan tidak konsisten,'' katanya sebagaimana laporan Mingguan Malaysia 28 Disember 2008.

Wah...wah...dengar cakapnya macam Haji Hadi ini seorang ahli politik yang sangat berprinsip dan konsisten pendiriannya.Dulu semasa Anwar Ibrahim heboh akan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat pada 16 September 2008 dengan memancing ahli-ahli Parlimen BN supaya melompat parti, apa fasal Haji Hadi diam sahaja.

Sepatutnya Haji Hadi sebagai orang yang berprinsip dan mengaku dirinya ulama, adalah orang yang pertama mengingatkan Anwar supaya tidak membuat tawaran kepada ahli-ahli Parlimen BN supaya keluar parti.

Tidakkah dengan berdiam diri maknaya Haji Hadi juga bersubahat dengan Anwar dalam menghasut ahli-ahli Parlimen BN supaya ``menipu rakyat yang telah memilih mereka atas tiket parti BN.''Bila kena batang hidung sendiri atau batang hidung suku-sakat politik, semuanya tidak betul.

Kalau menguntungkan parti sendiri atau pakatan suku-sakat, semuanya betul. Ulama apa macam ini? Pendirian Haji Hadi dan Pas dalam isu hudud juga sama. Dulu bermati-matian menghentam UMNO kerana tidak mahu melaksanakan hukum hudud. Sekarang dia kata belum masanya untuk laksanakan hudud.

Kalau Si Keldai jadi Manikavasagam, elok sajalah bertempik:`` Ayo...yo..ini Haji Hadi apa punya orang. Keldai lagi baik.''

dipetik daripada Malaysia Aktif Online, 31 Disember 2008

6 comments:

Anonymous said...

Kau tipu orang Melayu. Kau tipu rakyat jelata.

Perbicaraan tuntutan Pulau Batu Putih yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Branca terletak 7.7 batu nautika dari Johor dan 25 batu nautika dari Singapura itu adalah hanya sandiwara untuk menutup kelalaian, kealpaan, kebebalan dan kedurjanaan pemimpin Melayu dan Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang berkhidmat pada tahun 1953.

Aku mempunyai segala asas untuk mengatakan mereka telah dengan lalai dan relahati menyerahkan kedaulatan Pulau Batu Putih kepada Singaparu.

Pemimpin UMNO. Pemimpin PAS. Pemimpin KeADILan.

Kamu baca kenyataan ini :

Pemangku Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh ketika membaca keputusan kes tuntutan bertindih itu berkata, status mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih diputuskan oleh majoriti 12-4 hakim, manakala majoriti 15-1 hakim pula bersetuju berhubung kedudukan Middle Rocks dan South Ledge.

Penyerahan kedaulatan Pulau Batu Putih yang dari sudut sejarahnya adalah milik Kesultanan Johor diputuskan oleh ICJ berdasarkan kepada surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pedra Branca, iaitu nama dalam bahasa Portugis bagi Pulau Batu Putih.

Memetik penghakiman kes tersebut secara lebih terperinci, Shawkat berkata, fakta kes menunjukkan bahawa sebaik sahaja menerima surat balasan dari Johor, Setiausaha Koloni Singapura telah menghantar satu memorandum dalaman kepada Peguam Negara yang menyebut bahawa beliau berpendapat “berdasarkan kekuatan surat jawapan itu, kita boleh menuntut Pedra Branca.”

Selain surat dari Johor pada 1953, mahkamah turut berpandukan kepada fakta kes berhubung tindak tanduk United Kingdom dan Singapura di Pulau Batu Putih yang menurut ICJ tidak terbatas kepada penyelenggara rumah api semata-mata.

Shawkat berkata, mahkamah berpendapat bahawa tindakan-tindakan Singapura termasuk menyiasat kemalangan marin di perairan pulau tersebut, kawalan mereka terhadap siri lawatan, pemasangan peralatan komunikasi kapal dan pelan penambakan lautnya jelas menunjukkan wujud a titre de souverain (tindak tanduk yang menunjukkan ia mempunyai kedaulatan) terutama selepas tahun 1953.

Malaysia, katanya, tidak menunjukkan tindak balas dalam bentuk apa sekali pun terhadap kegiatan-kegiatan Singapura malah pihak berkuasa Johor gagal melakukan sebarang tindakan ke atas Pulau Batu Putih bermula dari Jun 1850.

Lebih daripada itu, jelas beliau, keputusan mahkamah memihak kepada Singapura didorong oleh fakta republik itu bertindak mengeluarkan kebenaran kepada pegawai-pegawai dari Malaysia yang datang ke pulau berkenaan pada tahun 1978 bagi menjalankan kajian perairan di sekeliling Pulau Batu Putih.

“Tindak tanduk itu dilihat menunjukkan wujudnya kedaulatan dan memberi sokongan yang amat penting kepada tuntutan Singapura terhadap kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih,” kata Shawkat.

Shawkat yang mengetuai kumpulan 16 hakim termasuk dua hakim ad hoc yang masing-masing dilantik oleh Malaysia dan Singapura turut menarik perhatian mahkamah mengenai kegagalan Malaysia membantah pengibaran panji-panji British dan Singapura di Rumah Api Horsburgh di pulau itu yang turut memberi kesan kepada kes tuntutan bertindih itu.

Selain itu, enam peta yang dikeluarkan oleh Malaysia antara tahun 1962 dan 1975 yang dipertikaikan oleh Singapura kerana tertera perkataan ‘Lighthouse, P. Batu Puteh, (Horsburgh) (SINGAPORE) atau (SINGAPURA)’ di Pulau Batu Putih turut menjadi rujukan ICJ yang disifatkan oleh barisan hakim sebagai mengesahkan bahawa Malaysia menganggap pulau itu adalah di bawah kedaulatan republik berkenaan.

“Mahkamah membuat kesimpulan berdasarkan titre de souverain Singapura, selain tindak-tanduk Malaysia termasuk kegagalannya untuk bertindak balas terhadap tindakan-tindakan republik itu, bahawa pada 1980 kedaulatan Pedra Branca/Pulau Batu Putih telah diserahkan kepada Singapura,” katanya.

…… Sudah baca??

Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa sebenarnya kedaulatan Pulau Batu Putih telah dengan penuh kesedaran dan penuh diplomasi diserahkan kepada Singapura sejak tahun 1953 !!!!!.

Sejak daripada tarikh itu tiada satupun usaha oleh pemimpin Kerajaan Malaysia yang dapat menunjukkan Malaysia bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan hak ke atas Pulau tersebut secara bermaruah.

Menerima keputusan mahkamah semata-mata adalah perbuatan dayus, kerana sebelum pertikaian di mahkamah dimuktamatkan, segala aktiviti berkaitan pulau tersebut diminopoli oleh Singapura. Malaysia hanya membiarkan, diam dan dayus.

Pulau Batu Putih telah diserahkan kepada Singapura oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953. Titik. Noftah. Selesai.

Itu berlaku dalam tahun 1953. Pemangku SUK Negeri Johor serahkan Pulau Batu Putih kepada Singapura

Sekarang tahun 2008. Samada pemimpin kerajaan Barisan Nasional tidak sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar, atau dengan niat jahat mengizinkan perkara yang serupa diulangi. Kali ini bukan lagi pulau yang diberi kepada Singapura tetapi sebahagian daripada Daratan Negeri Johor.

Pemberian kepada Singapura kali ini dilakukan melalui konspirasi yang dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar. Sebuah kawasan yang amat luas antara Scudai di Johor Bahru Tengah merintasi Gelang Patah dan Pulai sehingga menghampiri Pontian, Johor.

Kalau dulu kerana kebebalan Pemangku SUK, kali ini adalah kerana kerakusan manusia berjiwa haiwan bernama Abdullah Badawi dan Musa Hitam serta haiwan-haiwan ternakan mereka.

Kalau Wilayah Pembangunan Iskandar diteruskan, percayalah wahai Melayu, generasi kita akan menyumpah kita sebagai Melayu yang mencelakakan Melayu.

Ayuh seluruh rakyat Melayu, rakyat Johor khasnya, bangkitlah dan tantanglah dengan apa sahaja kesempatan yang ada terhadap pemimpin Melayu yang mengkhianati Bangsa Melayu.

Anonymous said...

Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim; Duta Tugas-Tugas Khasnya, Tan Sri Abdul Kadir Mohamad, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Agen Bersama, Datuk Noor Farida Ariffin. — Utusan

Documentpun tidak lengkap. Duit habis berjuta ringgit hantar malaun yang tidak berfaedah ke luar negara. konon untuk membuat penyelidikan dan penyiasatan. Tidak cukup dengan itu, hantar pula Menteri dan Peguam Negara pergi melancung ke Belanda. Hasilnya warisan negara tergadai.

Sekarang kalian baca apa yang dilaporkan oleh Straits Times Singapore:
SINGAPORE, Dec 20 - Most of the documents used by Malaysia to make its case on Pulau Batu Putih at the International Court of Justice were produced by Singapore.

This startling allegation was made by the republic’s Chief Justice Chan Sek Keong and turns on its head the assertion by Malaysia’s Foreign Ministry that its officials scoured the world for evidence to back its claim that it had ownership over the outcrop of rocks off Johor.

Chan made this revelation at the launch of the book Pedra Branca: The Road To The World Court.

He was quoted by the Straits Times as saying: “I am not sure whether the International Court of Justice realised that most of the documents used by Malaysia in her arguments against Singapore were produced by us.

“So, you can imagine our deep disappointment when it was alleged that Singapore had withheld from the court a letter which Malaysia believed would damage our case.”

He added: “The truth is that we had gone round the world looking for it for some 30 years without success.” (See also “Pedra Branca: Behind the scenes”) –STS

Singapura berusaha selama 30 tahun dan berhasil. Menteri UMNO bersandiwara bertahun-tahun dan membazir.

Anonymous said...

Kenyataan Dr Mahathir Mengenai Hudud Buatkan Pemimpin Pas Tersentak
Posted on Wednesday, June 19 @ 14:00:22 MYT
Topic:
Oleh Fadzil Abd Rashid

Kuala Lumpur -- Kenyataaan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad bahawa Kerajaan Persekutuan akan menghalang pelaksanaan undang-undang Jenayah Syariah Terengganu yang tidak adil dan bertentangan dengan ajaran Islam jika ia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian membuatkan pemimpin Pas tersentak.

Kenyataan tegas Dr Mahathir itu juga mengesahkan bahawa terdapat banyak kelemahan ketara pada peruntukan undang-undang yang cuba dikuatkuasakan Pas Terengganu itu.
Dengan bantahan daripada pelbagai pihak termasuk juga daripada pengikut Pas sendiri, kepimpinan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dibidas teruk dan ia mencapai kemuncaknya apabila kelemahan pada seksyen 9 draf itu dikritik pakar undang-undang syariah tempatan.

Dr Mahathir yang juga Presiden UMNO semasa ditemui selepas merasmikan Ekspo Usahawan Bumiputera Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Tun Abdul Razak 3 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengakui kerajaan akan tengok apa kuasa kerajaan persekutuan dalam perkara ini dan kalau ada kuasa, kerajaan akan menghalang pelaksanaan undang-undang yang tidak adil...yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau menegaskan, undang-undang yang dicadangkan oleh PAS itu bukannya undang-undang Islam tetapi "undang-undang Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)...undang-undang PAS.

”PAS telah menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar dan parti pembangkang itu tidak menekankan ajaran Islam yang betul dan sebab itu mereka sanggup berkata macam-macam.

"Mereka menghina tuhan, kata tuhan mencarut dan macam-macam lagi...tuhan samseng, saya tak tahulah tuhan mana yang dia sebut tapi tuhan saya tak samseng," katanya.

Beliau berkata Umno mengikut ajaran Islam yang sebenar dan ini menjadi asas parti.

"Umpamanya kita tidak boleh dengan mudah mengkafirkan orang...ini ajaran yang jauh daripada Islam...sampai tak boleh kahwin sesama orang Islam kononnya orang itu tak Islam...itu bukan Islam (sebenarnya).

"Ini sama dengan undang-undang yang dia (PAS) bentuk itu, (dan) itu bukan undang-undang Islam. Undang-undang Islam mesti adil, ini (pula) undang-undang yang tidak adil. Orang yang jadi mangsa kena dera, penjenayah terlepas, undang-undang apa itu? bukan undang-undang Islam itu," katanya lagi.

Dr Mahathir berkata langkah PAS untuk melaksanakan undang-undang Jenayah Syariah itu sebenarnya menghina Islam kerana membuat satu undang-undang yang kononnya undang-undang Islam "tetapi tidak ada keadilan."

Beliau berkata Abdul Hadi, Menteri Besar Terengganu, ingin melaksanakan undang-undang itu bukan kerana ianya undang-undang Islam tetapi untuk mencari isu politik.

"Nak tunjuk kononnya dialah yang melaksanakan hukum Islam, tetapi apa (yang) dia nak laksanakan itu bukan hukum Islam, itu hukum PAS. Hukum Islam tidak ada yang tidak adil, semua hukum Islam adil, kalau sesuatu hukum itu tidak adil, ia bukan Islam dan jelas sekali dia punya undang-undang (itu) tidak adil," kata Dr Mahathir.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Abdul Rashid Ngah berkata, kerajaan negeri pimpinan Hadi kini cukup resah apabila mendapati mereka diasak hebat dari segenap penjuru ekoran kelemahan pada draf undang-undang itu.

Menurutnya, walaupun sedar kelemahan ketara dalam draf itu boleh menimbulkan banyak masalah namun sebagai seorang pemimpin yang begitu ego, Hadi tidak akan mengakuinya.

“Kita yakin rakyat Terengganu secara majoritinya amat sedih dan marah dengan kelemahan itu dan ini bakal mencetus banyak masalah kepada Pas khususnya sokongan atau keyakinan rakyat terhadap kredibiliti kerajaan negeri,” tegasnya.

www.umno-online.com

Kerajaan Akan Halang Hudud T'ganu Jika Ada Kuasa, Kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) --
Kerajaan Persekutuan akan menghalang pelaksanaan undang-undang Jenayah Syariah Terengganu yang tidak adil dan bertentangan dengan ajaran Islam jika ia mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

"Kerajaan akan tengok apa kuasa kerajaan persekutuan dalam perkara ini dan kalau ada kuasa, kerajaan akan menghalang pelaksanaan undang-undang yang tidak adil...yang bertentangan dengan ajaran Islam.

"Undang-undang yang dicadangkan oleh PAS itu bukannya undang-undang Islam tetapi "undang-undang Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)...undang-undang PAS," katanya menjawab pertanyaan pemberita selepas membuka Ekspo Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Ekspo Nasional Usahawan Pemuda Bumiputera itu dianjurkan sempena perhimpunan agung Umno selama lima hari, bermula hari ini.

Dr Mahathir, yang juga Presiden Umno, berkata PAS telah menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar dan parti pembangkang itu tidak menekankan ajaran Islam yang betul dan sebab itu mereka sanggup berkata macam-macam.

"Mereka menghina tuhan, kata tuhan mencarut dan macam-macam lagi...tuhan samseng, saya tak tahulah tuhan mana yang dia sebut tapi tuhan saya tak samseng," katanya.

Beliau berkata Umno mengikut ajaran Islam yang sebenar dan ini menjadi asas parti.

"Umpamanya kita tidak boleh dengan mudah mengkafirkan orang...ini ajaran yang jauh daripada Islam...sampai tak boleh kahwin sesama orang Islam kononnya orang itu tak Islam...itu bukan Islam (sebenarnya).

"Ini sama dengan undang-undang yang dia (PAS) bentuk itu, (dan) itu bukan undang-undang Islam. Undang-undang Islam mesti adil, ini (pula) undang-undang yang tidak adil. Orang yang jadi mangsa kena dera, penjenayah terlepas, undang-undang apa itu? bukan undang-undang Islam itu," katanya lagi.

Dr Mahathir berkata langkah PAS untuk melaksanakan undang-undang Jenayah Syariah itu sebenarnya menghina Islam kerana membuat satu undang-undang yang kononnya undang-undang Islam "tetapi tidak ada keadilan."

Beliau berkata Abdul Hadi, Menteri Besar Terengganu, ingin melaksanakan undang-undang itu bukan kerana ianya undang-undang Islam tetapi untuk mencari isu politik.

"Nak tunjuk kononnya dialah yang melaksanakan hukum Islam, tetapi apa (yang) dia nak laksanakan itu bukan hukum Islam, itu hukum PAS. Hukum Islam tidak ada yang tidak adil, semua hukum Islam adil, kalau sesuatu hukum itu tidak adil, ia bukan Islam dan jelas sekali dia punya undang-undang (itu) tidak adil," kata Dr Mahathir.

Ditanya jika undang-undang negeri itu boleh dilaksanakan memandangkan terdapat undang-undang lain yang boleh digunakan untuk kesalahan yang sama, Perdana Menteri berkata perkara ini perlu dirujuk kepada pakar undang-undang.

"Saya bukan pakar undang-undang tapi kalau nak tanya sama ada dia boleh atau tidak itu kena rujuk kepada Peguam Negara," katanya.

Beliau berkata mereka yang menggubal dan meluluskan undang-undang Jenayah Syariah itu akan buat dosa kerana meluluskan undang-undang yang tidak adil dan bila mati dia akan hadapi neraka kerana membuat undang-undang yang sebenarnya bukan undang-undang Islam.

"Sebab dia yang memburukkan imej Islam...dia akan terima balasan di akhirat," katanya.

-- BERNAMA

p/s: Siapa tak konsisten? Kalau ikut kata saudara 'terima kasih atas komen setapakian..

cuba fahamkan maksud Tun dr. mahathir. Beliau tidak menafikan hukum hudud cuma beliau menyatakan bahawa ia tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana mempunyai pelbagai kaum.'

Kenapa perlu halang.....sila baca semula posting saya yang hari tu....dengan hati dan minda terbuka dengan mengharap hidayah dan petunjuk

Anonymous said...

PERLAKSANAAN HUDUD BUKAN TANGGUNGJAWAB PAS SAHAJA
Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PAS mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini

"Kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Sabtu lepas bahawa parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata kenyataan Husam itu adalah "satu cerita politik" semata-mata kerana jikna PAS benar benar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan.

Saya percaya para pembaca boleh melihat kontradiksi ucapan kedua-dua pemimpim Umno tersebut. Mahadzir Khalid kata hudud boleh dilaksanakan di Kelantan, Zahid Hamidi pula mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan.

Kenyataan kedua-dua pemimpin Umno di atas adalah refleksi wajah sebenar Umno ketika berpolitik. Bagi pemimpin Umno peribadi seorang ahli politik dan peribadi seorang Islam adalah berbeza. Sebagai seorang Islam, ia boleh menerima hudud sebagai hukum Allah tetapi sebagai ahli politik ia sukar atau tidak boleh menerima bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan. Bagi Umno perbezaan sikap antara orang Islam dan orang politik tidak menjadi satu masalah.

Atas dasar itulah setiap kali isu hudud timbul, Umno meletakkan beban perlaksanaan hukum Allah tersebut hanya kepada PAS seolah-olah PAS sahaja yang diamanahkan melaksanakan perintah Allah tersebut. Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.

Jika Umno tidak benak dan dapat memahami bahawa hudud adalah perintah Allah maka Umno tidak boleh, dalam apa keadaan sekalipun, menuduh PAS cuba mempolitikkan isu hudud ini sepertimana yang dikatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid tersebut.

Bagi PAS, tiada satu dikotomi ( pemisahan ) antara orang Islam dan orang politik. Apabila pemimpin PAS bercakap tentang politik ia bercakap sebagai seorang pemimpin Islam dan apabila ia bercakap tentang Islam ia juga bercakap sebagai pemimpin politik. Kenapa begitu ? Kerana itulah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu Rasul bagi seluruh umat manusia termasuklah orang –orang PAS dan orang –orang Umno.

Oleh itu sama ada PAS berjuang bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat , PAS tidak akan sama sekali meninggalkan matlamat perjuangannya untuk menegakkkan Islam yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk hukum hudud.

Tetapi dalam masa yang sama PAS juga amat maklum di atas kejahilan majoriti rakyat negara ini tentang hukum hudud tersebut dan batasan serta halangan perundangan, perlaksanaan hukum hudud mungkin tidak dapat disegerakan perlaksanaannya meskipun diandaikan Pakatan Rakyat dapat memerintah negara ini. Atas dasar itu hasrat melaksanakan hudud tidak pernah menjadi penghalang kepada Pas untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang menuntut keadilan dan menentang kezaliman.

PAS maklum DAP masih belum menerima hasrat perlaksanaaan hudud di negara ini. Penentangan DAP bagi PAS bukan perkara yang pelik. Jika Umno yang bermajoritikan orang Islam juga menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hudud apalah yang nak dihairankan DAP yang bermajoritikan orang bukan Islam juga menentang hudud. Apabila Kelantan dan Trengganu ( ketika diperintah oleh PAS ) ingin melaksanakan hudud , siapa yang mencabarnya di Mahkamah ? DAP atau Umno ?

Saya optimistik DAP yang mempunyai ramai para intelektual boleh menerima hudud satu hari nanti kerana isu hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama malahan juga menurut perspektif intelektual. Melihat sokongan yang makin meningkat ke atas kelab penyokong PAS dari kalangan orang bukan Islam, DAP kini tidak boleh menyatakan hudud ditentang oleh semua orang bukan Islam.

Sepertimana yang saya katakan perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif PAS. Ia adalah tanggungjawab bersama baik Umno atau orang-orang Islam yang lain . Meskipun Umno menuduh PAS hanya berpolitik di dalam isu hudud , siapa yang boleh menidakkan kesungguhan PAS untuk cuba melaksanakan hukum Allah tersebut. Bukankah PAS yang telah bersungguh-sungguh menggubal enakmen hudud di Kelantan dan Trengganu ( semasa Pas memerintah ) . Apa yang lebih menarik sebelum Kerajaan PAS Trengganu mengemukakan enakmen hudud di DUN Trengganu , PAS telah mengadakan seminar dan memanggil semua pihak termasukah Umno untuk memberikan pandangan dan kritikan mereka terhadap Enakmen yang ingin dibentangkan tersebut. Setahu saya ini tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara. Hal ini juga saya nyatakan kepada salah seorang Ahli Parlimen di London yang bertanyakan saya tentang enakmen tersebut ketika saya melawat Parlimen England bersama Y.B Salahudin Ayub suatu masa dahulu.

Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.

Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.

Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu. Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah. Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap. Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil.
p/s: mana dalilnya...saudara

Anonymous said...

Read your article, if I just would say: very good, it is somewhat insufficient, but I am

still tempted to say: really good!
Personalized Signature:面对面视频游戏,本地棋牌游戏,本地方言玩游戏,打麻将,玩掼蛋,斗地主,炸金花,玩梭哈

Anonymous said...

Read your article, if I just would say: very good, it is somewhat insufficient, but I am

still tempted to say: really good!
Personalized http://www.jsfishnet.com