Friday, December 19, 2008

Pakatan Pembangkang Gagal Bantu Mangsa Bukit Antarabangsa

TRAGEDI tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, 6 Disember lalu mulai dilupai masyarakat yang sememangnya dikatakan mudah lupa.

Namun bagi akhbar tabloid Suara Keadilan, Harakah dan Siasah, gambar dan liputan berita mengenai ranapnya 14 buah banglo itu tetap disiarkan lengkap dengan lebih 10 keping gambar dari keluaran 10 Disember sehinggalah keluaran terbaru bagi 20 Disember.

Boleh dikatakan tiada satu pun berita yang ada kaitan dengan ucapan atau memaparkan wajah pemimpin pakatan pembangkang – Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP – pernah muncul di akhbar-akhbar perdana mahupun media elektronik seperti rangkaian TV Media Prima atau RTM.

Jika ada pun sesekali kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan sedikit berita usul membahaskan tragedi itu di Dewan Rakyat oleh Azmin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa merangkap Ahli Parlimen Gombak.

Boleh dikatakan sejak hari pertama lagi, pembaca dan penonton TV diberitahu bilik gerakan dan gerai bantuan makanan serta keperluan sudah pun digerakkan oleh UMNO Ampang Jaya, pengusaha restoran dan pemilik Hotel de Palma selain agensi kerajaan.

Tindakan pantas UMNO dan BN Ampang Jaya khususnya, selain pemimpin kanan parti turun padang, mendapat tempat di semua media.

Persoalannya di manakah dia ADUN dan Ahli Parlimen pembangkang yang menguasai kawasan Bukit Antarabangsa?

Inilah yang cuba dan giat dipaparkan oleh suara-suara kerdil Suara Keadilan, Harakah dan Siasah sekarang ini setelah menyedari pakatan pembangkang ketinggalan dalam memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa tragedi Bukit Antarabangsa.

Sebagai contoh Suara Keadilan keluaran 10-17 Disember memaparkan Sultan Selangor bersama-sama Khalid dan Azmin di Bukit Antarabangsa. Sebanyak 13 lagi gambar dipaparkan pada muka tengah keluaran itu.

Ini diikuti akhbar Harakah 15-18 Disember, dua muka penuh gambar sekitar tragedi itu di bahagian tengah, diikuti dengan akhbar Siasah 14-20 Disember juga dua muka.

Jelas Pakatan Rakyat (PR) tewas dalam perang saraf dan gerakan publisiti sekaligus menggambarkan kepada masyarakat pemimpinnya tidak turun padang dan tidak prihatin nasib dan peristiwa malang itu.

Malah apa yang berlaku itu mengingatkan semua kepada kenyataan Khalid, beliau tidak memerlukan publisiti murah dan menonjolkan muka menyelami dan menghayati sama penderitaan rakyat seperti dideritai penduduk kampung di Klang yang dilanda banjir beberapa bulan lalu.

Memanglah pada pilihan raya 8 Mac lalu, janji ditabur hingga membuat pengundi lupa jasa Umno, tetapi kini jelas Umno kekal prihatin dan bergerak cepat.

Konsep kerajaan berkebajikan yang pakatan pembangkang uar-uarkan tidak diterjemahkan kepada tindakan segera apabila diperlukan.

Kini pakatan pembangkang sibuk berjanji akan memperjuangkan pula isu Tanah Adat bagi memikat pengundi di Sarawak, mempersoalkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman selain menuduh sikap alpa BN punca tanah runtuh.

Mereka sebenarnya hanya mampu menabur janji, tetapi gagal menggalas tanggungjawab dan melaksanakan apa yang dijanjikannya.

dipetik daripada Malaysiaaktif Online, 17 Disember 2008

14 comments:

Anonymous said...

Aku rasalah yang paling bodoh ialah MELAYU UMNO sebab MELAYU UMNO ni dah lah sombong bodoh dari PM ke TPM ke MENTERI
MELAYU UMNO semua nya tak sedar diri....INI BERLAKU DI JOHOR, TEMPAT KUBU UMNO .....PNDUDUK SAH KAMPUNG PLENTONG TENGAH JOHOR BHARU DIHALAU MACAM ANJING KURAP DAN RUMAH MEREKA DIROBOHKAN KERANA TANAH ITU SUDAH DIJUAL KEPADA SYARIKAT SWASTA.

OH,..INI BUKAN DI NEGERI KELANTAN..PERAK..PENANG,,KEDAH,.SELANGOR..TAPI DI NEGERI UMNO TOTOK..JOHOR DARUL TAKZIM...

TIDAK HAIRAN MEREKA BOLEH BUAT KEPADA RAKYAT MEREKA..
ORANG KUALE TGANU..KHASNYA DI PULAU DUYONG PUN DAH KENA CAMNI AKU RASA. SEMUANYA DI NEGERI DIPERINTAH UMNO!!!!! MESEJ SMS - Lina Joy @ Azlina Johari (foto) dan Dato' Azhar Manzor yang memohon MURTAD , telah menang di mahkamah. Pertubuhan Melayu Kristian (IFC) telah diluluskan oleh kerajaan untuk ditubuhkan. Marilah semua ke www.myislamnetwork.net untuk BANTAHAN. Cukup 1 juta pastisyen IFC akan dibubarkan!. Sebarkan maklumat ini kepada semua rakyat Malaysia. Harap Maklum .
[SMS ini diterima dari seorang sahabat dari Kementerian Pertahanan

Anonymous said...

Biro Pengaduan Awam (BPA) enggan menerima rungutan penduduk Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru walaupun mereka hadir bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pagi ini.

Menurut penasihat jawatankuasa bertindak kumpulan itu Syed Othman Syed Abdullah, pesuruhjayanya Datuk N Siva Subramaniam sendiri hadir di pejabat biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu di Johor Bahru.

Bagaimanapun biro itu tidak bersedia menerima aduan penduduk berhubung perobohan rumah-rumah mereka dan penempatan semula dengan alasan "mereka (BPA) tidak dimaklumkan terlebih dahulu" dan juga "tidak membawa aduan bertulis", kata Syed Othman.

Setelah satu berada sejam di pejabat biro, Siva dan lima wakil Pertubuhan Kebajikan Kampung Baru Plentong Tengah (PKKBPT) meninggalkan tingkat 21 bangunan Komtar tanpa membuat sebarang aduan.

Syed Othman memberitahu Malaysiakini lagi, kelima-lima mereka bagaimanapun tidak menemui sendiri pegawai biro berkenaan dan mereka dimaklumkan tentang keengganan itu daripada Siva.

"Dalam masa satu jam itu, tiada ada apa-apa keputusan melainkan kekecewaan," katanya, yang juga ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor.

Menurutnya, Siva memaklumkan kepada mereka, "daripada semua biro aduan awam (di seluruh negara), inilah negeri yang paling mengecewakan."

Dihubungi hari ini, pesuruhjaya itu (foto) mengesahkan tiada temujanji dibuat antara biro berkenaan dengan Suhakam untuk membincangkan isu penempatan baru penduduk di Bukit Dagang.

Katanya, kehadiran mereka bersama penduduk hari ini bertujuan mengemukakan butir-butir tentang pengaduan penduduk di lokasi tersebut, kira-kira 50 km dari Kampung Baru Plentong Tengah.

Tambahnya, suruhanjaya itu akan menulis surat selepas ini untuk bertemu Biro Pengaduan Awam bagi membawa isu itu semula.

Dalam pertemuan ringkas beliau dan dua pegawai suruhanjaya, tambah Siva, biro berkenaan memaklumkan terdapat satu aduan berhubung penempatan di tempat tersebut.

Pengadu mendakwa tidak diberikan tempat untuk tinggal di Bukit Dagang.

Bagaimanapun siasatan biro tersebut mendapati pengadu tidak pernah membuat permohonan, tambah Siva.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi salah seorang penolong pengarah BPA yang bertemu dengan pesuruhjaya itu.

Pada jam 3 petang pula, sekumpulan penduduk dijjadual mengiringi pesuruhjaya Suhakam itu berjumpa dengan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Perjumpaan tertutup antara suruhanjaya itu dengan Abdul Ghani antara lain ingin membangkitkan isu pampasan yang sewajarnya kepada penduduk daripada kerajaan Johor.

Mereka juga memohon bantuan persediaan untuk anak-anak ke sekolah memandangkan sesi persekolahan tahun baru akan bermula dua minggu lagi.

Suhakam mengadakan lawatan dua hari sejak semalam untuk meninjau nasib penduduk selepas menerima aduan wakil-wakil PKKBPT di Kuala Lumpur, 11 Disember lalu.
di petik dari Malaysiakini

Anonymous said...

Jimat RM760 ribu baiki kereta api Bkt Bendera
Dec 19, 08 2:11pm
Berkat kerjasama penduduk Bukit Bendera, profesional dan NGO, kerajaan Pulau Pinang berjaya menyelenggara kereta api dalam masa yang singkat dengan penjimatan sebanyak RM760,000.

Beberapa syarikat yang menawarkan untuk membaiki kabel itu - yang rosak mulai 2006 dan operasinya diberhentikan sejak beberapa bulan lepas - bersedia menyiapkannya dalam masa enam bulan dengan harga antara RM920,000 hingga RM1.463 juta.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, dengan kabel buat Jerman untuk menarik gerabak-gerabak yang mendapat kelulusan piawaian Sirim, kerajaan negeri memperbaikinya dalam masa dua bulan.

Kerosakan kabel satu daripada daya tarikan pelancong utama di pulau itu terpaksa dibaiki sendiri oleh kerajaan negeri, katanya lagi, setelah peruntukan RM40 juta yang dijanjikan kerajaan persekutuan tidak diterima.
Malaysiakini

Anonymous said...

Jabatan Kerja Raya (JKR) enggan menyerahkan laporan geoteknikal kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dua minggu lalu kepada kerajaan Selangor.

Tindakan jabatan itu menyebabkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mengumumkan tindakan selanjutnya kerajaan negeri, yang dijadual diumumkan pagi esok kepada penduduk.

Selepas mesyuarat exco semalam, beliau berkata kerajaan Selangor sedang menunggu laporan status keselamatan tanah di sekitar kawasan tragedi 6 Disember lalu daripada JKR dan Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

Laporan siasatan Ikram juga tidak diserahkan kepada kerajaan negeri yang kini dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

JKR memaklumkan keputusan itu kepada kerajaan negeri tengah hari tadi, kata sumber-sumber kepada Malaysiakini.

Jabatan itu bagaimanapun tidak memberikan alasan terperinci berhubung keengganannya itu.

JKR sebaliknya hanya memaklumkan "terlalu banyak implikasi" sekiranya salinan laporan itu diserahkan kepada Selangor.

Malaysiakini difahamkan menteri besar kecewa dengan komitmen itu yang disifatkannya "mengelirukan".

Menurut sumber-sumber, JKR pada Ahad lepas telah berjanji akan menyerahkannya.

Dalam dialog menteri besar, JKR dan penduduk Bukit Antarabangsa, jabatan itu dilaporkan telah berjanji menyerahkan laporan tersebut supaya tindakan susulan boleh diambil oleh kerajaan negeri.

Sumber-sumber memberitahu, Menteri Kerja Raya akan mengumumkan laporan itu esok selepas ia dibentangkan kepada jemaah menteri.

Dalam satu kenyataannya lewat petang ini, Abdul Khalid berharap agensi-agensi kerajaan "bersikap lebih profesional" dalam menangani tragedi itu.

"Umum sudah tahu, hal-hal pengurusan tanah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri.

"Oleh itu, membelakangkan pihak kerajaan negeri hanya akan merugikan mangsa kejadian tanah runtuh," katanya.

Tambahnya, keputusan JKR ini amat dikesali kerana ia akan menyulitkan lagi usaha kerajaan negeri membuat keputusan berhubung nasib mangsa tragedi ini dengan secepat mungkin.

Bagaimanapun, tambah Abdul Khalid, beliau akan tetap mengumumkan langkah-langkah perlu bagi pihak negeri sebaik sahaja menerima laporan tragedi itu selepas kementerian berbuat demikian.

Sementara itu, exco pelancongan negeri Elizabeth Wong berkata, kerajaan Selangor dimaklumkan bahawa terdapat arahan daripada Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed agar laporan berkenaan tidak dikongsikan dengan kerajaan negeri.

Beliau mempertikaikan sikap kementerian berkenaan yang beranggapan "laporan itu hanya untuk tatapan" Mohd Zin sahaja kerana "kajiannya ditaja oleh kerajaan persekutuan."

Selangor pula hanya dibenarkan melihatnya selepas diumumkan, tambah Elizabeth.

"Saya dapati sikap ini meloyakan dan sangat-sangat berat sebelah," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya mendesak menteri kerja raya mengeluarkan laporan kepada kerajaan Selangor tanpa bertangguh lagi.

"Oleh itu, kita mempunyai cukup masa untuk mengkajinya dan menunaikan janji-janji kepada penduduk Bukit Antarabangsa."

Empat nyawa terkorban dan 14 banglo ranap dalam tragedi awal pagi Sabtu itu.
Malaysiakini

Anonymous said...

HIKAM TOK GURU : SIRI 3

Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata:

“Jahil adalah penyakit kanser merbahaya yang menular dalam tubuh manusia. Bahayanya jahil ini boleh membawa syirik kepada Allah.

Sepertimana penyakit kanser ada pencegahnya, begitujuga jahil ada pengubatnya. Pengubat bagi penyakit jahil adalah Al-Quran dan As-Sunnah”

HURAIAN

Allah amat tidak redha manusia hidup dalam keadaan syirik kepada-Nya. Ekoran itulah, Allah tidak memberi kemaafan kepada mereka yang melakukan syirik kepada Allah SWT.
Firman Allah;

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mempersekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan dia mengampuni dosa yang selain syirik bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya”

(Surah An-Nisa’ : 116)

Dalam bahasa arab, syirik diterjemah sebagai “menyekutukan”. Maksud menyekutukan adalah, mendakwa atau meletakkan keyakinan bahawa Allah SWT ini tidak esa.

Menjadi syirik ini, tidak sekadar mendakwa bahawa Allah itu berbilang-bilang dengan tuhan yang lain, bahkan sudah dikira sebagia syirik juga, jika mendakwa bahawa hukum Allah mempunyai taraf yang sama dengan hukum makhluk.

Firman Allah;

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

Maksudnya;
“Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah”

(Surah At-Taubah : 31)

Ketika seorang nasrani bernama ‘Adi bin Hatim berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW, yang ketika itu ditengkuknya tergantung kayu salib. Melihat kehadiran ‘Adi bin Hatim dalam keadaan sedemikian, Baginda SAW pun membacakan ayat ini.

Mendengar bacaan Nabi Muhammad SAW itu, menyebabkan ‘Adi berkata bahawa mereka tidak pernah menyembah orang-orang alim dan rahib-rahib mereka. Mendengar itu, menyebabkan baginda SAW pun bersabda;

بلى، إنهم حرموا عليهم الحلال، وأحلوا لهم الحرام، فاتبعوهم، فذلك عبادتهم إياهم

Maksudnya;
“Sememangnya. Tetapi, mereka mengharamkan kepada mereka perkara yang halal. Menghalalkan untuk mereka perkara yang haram. Lalu mereka mengikutinya, maka itulah penyembahan mereka terhadap rahib-rahib dan orang-orang alim mereka[1]”

Dari huraian ini, jelas kepada kita, syirik itu tidak sekadar kita mendakwa bahawa Allah itu bersekutu dengan yang lain, bahkan dikira juga sebagai syirik, bagi mereka yang telah menyekutukan hukum Allah SWT.

Apa punca sebenarnya manusia jadi syirik??

Jika dihayati secara mendalam, kita akan dapati bahawa antara punca manusia menjadi syirik adalah, apabila mereka tidak mengetahui atau tidak memahami hakikat Allah yang sebenar. Mereka jahil tentang kebenaran yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis Nabi SAW.

Ekoran itulah, tidak hairan, kita akan dapati, apabila seseorang yang jahil tentang agama, amat mudah bagi mereka ditimpa penyakit syirik kepada Allah, juga syirik terhadap hukum Allah SWT.

Justeru itu, bahayanya penyakit jahil ini, samalah bahayanya dengan penyakit kanser yang mudah merebak keseluruh tubuh manusia yang akhirnya membawa kepada kematian.

Begitujuga kejahilan tentang Allah, walaupun ianya bermula dari kejahilan terhadap Al-Quran dan As-Sunnah yang dianggap sesuatu yang kecil, tetapi ianya amat bahaya, kerana penyudah kematiannya adalah dengan syirik terhadap Allah SWT.

Sekian

Wallahu ’Alam

[1] Sunan At-Tarmizi : 3095.

Anonymous said...

Saudara....
Sememangnya penyokong-penyokong pembangkang ini mudah lupa, kerana mereka ini pada suatu masa dahulu, adalah hasil `produk' kerajaan BN yang tonggaknya parti UMNO.
Kini, mereka berubah menjadi anjing-anjing yang mengigit tangan-tangan yang biasa memberi mereka makanan pada suatu masa dahulu.
Biasalah tu...MELAYU MEMANG PELUPA!!

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen jomosamatuaran..

biarlah penyokong pembangkang nak buat ape pun..yang pasti saya akan tetap bersama UMNO..Kifli masih tak sedar lagi kot yang PKR,DAP dan PAS pembohong besar dan hipokrit..

Anonymous said...

salam perjuangan kepada rakan rakan seperjuangan,sealiran serta salam ukhwah.....Alhamdulillah, kita panjatkan rasa syukur kepada Allah swt yang masih memberikan kita ruang untuk menambahkan bekalan amal dan pahala bagi memudahkan perjalanan kita untuk ke syurga-Nya. Kita mohon kepada Allah swt semoga perjalanan hidup kita ini tidak menjerumuskan kita ke dalam neraka-Nya.

Wahai sahabat, perjuangan ini bukanlah suatu kegiatan mengisi masa lapang. Perjuangan ini juga bukanlah suatu aktiviti bersifat suka-suka. Suka buat, buat. Suka tak buat, tak buat. Janganlah dicemari perjuangan ini dengan sikap sedemikian.

Perjuangan ini ibarat kain putih yang diamanahkan kepada kita. Kitalah yang akan mencorakkan kain putih ini sama ada menjadi pakaian ahli syurga ataupun menjadi pakaian ahli neraka. Doakanlah semoga kita layak ke syurga atas perjuangan ini. Doa-doakanlah supaya perjuangan ini tidak menghumbankan kita ke neraka.

Wahai sahabat, tahniah kerana anda merupakan pimpinan dalam barisan para pejuang yang mewarnai perjuangan ini. Hargailah daya pemikiran yang dikurniakan Allah swt kepada anda supaya daya pemikiran itu memberikan kebaikan kepada perjuangan. Doa-doakanlah supaya daya pemikiran itu tidak memperkudakan perjuangan ini untuk kekenyangan tembolok dan perut anda.

Renung-renungkanlah dan insafkanlah diri ini tentang keperitan para pejuang yang membarisi perjuangan ini. Tidak ada lain yang kami harapkan selain daripada dikurniakan seorang pimpinan yang mampu membawa kami ke syurga. Doa-doakanlah semoga anda bukanlah pimpinan yang membawa barisan perjuangan ini ke neraka.

Wahai sahabat, syukurlah kerana kita masih teguh berdiri di barisan perjuangan ini walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan. Syukurlah kerana tanpa jawatan itu maka kuranglah sedikit soal jawab kita di Mahsyar nanti.

Tanyalah kepada diri kita wahai sahabat. Adaklah kita taati pimpinan perjuangan ini? Adakah kita ikhlas dalam berjuang? Atau adakah kita menjadikan perjuangan ini ruang untuk menyusun agenda sendiri demi memenuhi tuntutan tembolok dan perut sendiri?

Adakah kita memang berkorban untuk perjuangan ini atau kita hanya kelihatan seperti berkorban tetapi hakikatnya kita tidak melakukan apa-apa pun? Adakah kita benar-benar menjiwai perjuangan ini atau adakah kita sekadar suka-suka kerana kita meluat dan menyampah dengan pihak yang di sebelah sana?

Wahai sahabat, perjuangan ini bukan main-main. Kita bermati-matian berjuang untuk mencapai kemenangan ini. Berdoalah agar kemenangan yang sedikit ini tidak menjadikan kita pejuang yang gilakan kemenangan sehinggakan kita bertungkus-lumus menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah swt kepada kita.

Janganlah kemenangan yang sedikit ini menjadikan kita lupa tentang tanggungjawab dakwah yang terpikul di bahu setiap Muslim. Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami para pejuang yang mementingkan ghanimah perjuangan berbanding syurga-Mu.

Perjuangan ini adalah medan dakwah yang terbentang luas. Tunaikanlah tanggungjawab kita menyemai benih-benih iman di atasnya. Janganlah medan luas ini dijadikan medan pertempuran di antara kita. Jangan sia-siakan medan ini. Jangan cemari medan ini dengan nanah dan darah saudara kita sendiri. Janganlah kotori kesucian medan ini dengan nanah dan darah sesiapa juga.

Wahai sahabat, perjuangan ini bukanlah medan untuk kita beradu kekuatan. Medan ini adalah ruang untuk kita memilih untuk ke syurga atau ke neraka. Ibarat pesan Tok Guru Nik Aziz, hanya ada dua perkara dalam diri seorang Muslim. Syurga atau neraka. Dosa atau pahala.

Tepuk dada, tanya iman. Hiduplah sebagai seorang yang mulia. Berdoalah semoga kematian kita berdarjah syahid.

Wahai sahabat, jangan lupa pesanan ini kerana……kiamat sudah dekat

Anonymous said...

kematian yang merupakan permulaan kehidupan baru lebih hampir dari kiamat....persediaan kita?

Anonymous said...

JANGAN DI UNDANG

BALA ALLAH

Sangat menyentuh perasaan atau sanubari ahli jamaah dengan tajuk dan kupasan khutbah jumaat di Masjid Qariah Balok Pantai hari ini .


Khutbah tersebut di disampaikan oleh sahabat saya al Fadhil Ustaz Suhaimi bin Ismail .


Beliau membacakan ayat 16 dari surah al Isra' sebagai muqaddimah khutbahnya . Firman Allah Swt :


و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا


dan jika kami ( Allah ) hendak membinasakan sesuatu negeri , maka kami perintahkan kepada golongan mewah di negeri itu supaya mentaati Allah swt , tetapi malang mereka melakukan kemaksiatan , maka pastinya kami turunkan bala dengan menghancurkan negeri itu sehancur - hancurnya .


Al Isra' : Ayat 16


Tanpa menafikan faktor ekologi , geografi dan cuaca sebagai sebab berlakunya musibah seperti gempa bumi , tsunami , tanah runtuh serta banjir besar , kita juga wajib menginsafi bahawa segala musibah dan bala ini adalah satu peringatan daripada Allah swt kepada ummat manusia yang kini kebanyakkan dalam keadaan lalai dan leka terhadap tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah swt .


Allah swt pernah menghancurkan tamaddun dan ummat terdahulu seperti Firaun yang ditenggelamkan oleh Allah dalam ombak tsunami besar , Qarun Allah benamkan ke dalam perut bumi , Namrud Allah seksanya dengan tentera nyamuk , Kaum Thamud Allah binasakannya dengan halilintar , Kaum Aa'd dihancurkn Allah dengan hujan batu yang menimpa mereka .


Semua kaum tersebut Allah binasakan justeru maksiat dan mungkar yang mereka lakukan sekalipun mereka mempunyai tamaddun yang hebat dan kekuasaan yang tinggi namun penderhakaan mereka kepada Allah Tuhan Yang Maha Kuasa dan Hebat akhirnya membinasakan mereka bersama dengan sebuah keangkuhan .


Demikian tegas al Fadhil Ustaz Suhaimi di dalam khutbahnya yang penuh semangat dan menyentuh jiwa mereka yang beriman dan bertaqwa . Terasa gerun terhadap akibat murka Allah swt kepada manusia yang derhaka dan angkuh terhadap agamaNya .


Ustaz Suhaimi turut mengajak ahli jamaah mengambil iktibar dari apa yang berlaku melalui sejarah silam dan juga apa yang menimpa negara kita seperti banjir , tsunami dan terbaru kes Tanah Runtuh di Bukit Antara Bangsa .


Apa yang menarik khutbah hari ini turut mendedahkan bahawa sikap manusia yang tamak dan degil membawa akibat kepada semua . Betapa undang - undang telah diputuskan sejak 2001 bahawa sebarang pembangunan atau pembinaan di kawasan kecerunan atas 25 hingga 35 darjah adalah tidak dibenarkan . Tetapi mengapa dari 2004 - 2007 terdapat 99 projek di lereng bukit yang telah diluluskan ?


Penyelewengan , pecah amanah , rasuah , penipuan , tamak , rakus dan bongkak antara senarai maksiat yang mengundang murka dan bala dari Allah swt . Apabila bala ini datang , tak siapa mampu menghalangnya walau ia sehebat Jet Li seorang hero kung fu terkenal yang turut akur akan kehebatan tsunami dengan lari lintang pukang tanpa sempat menunjukkan skil kung fu nya yang konon mampu berjalan di atas air .Wallahualam.

Anonymous said...

PAS Youth: I-Dance can go if no Muslim competing


GEORGE TOWN: The I-Dance street dancing competition which begins Saturday can go on, but no Muslim participants should be allowed in the competition.

State PAS Youth chief Mohamed Hafiz Mohamed Nordin the organiser must cancel the competition if it is open to Muslims.

“We will not be bothered if the competition is just merely catering to non-Muslims,” he said, after leading more than 500 PAS members and representatives of non-governmental organisations (NGOs) in a peaceful protest in front of Masjid Jamek Kampung Rawa in Sungai Pinang here on Friday.

He also urged the state Youth and Sports, Women, Family and Community Development Committee chairman Lydia Ong Kok Fooi to conduct a review on the competition.

-The Star

Anonymous said...

Ayat-Ayat Cinta


“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [QS. Ali ‘Imraan: 31]




Jika hendak ditafsirkan secara harfiah, Ayat-Ayat Cinta berarti Tanda-Tanda Cinta. “Tanda-tanda cinta kepada Allah dan RasulNya”, makna inilah yang hendak diangkat sebagai tema kali ini. Menilik fenomena belakangan ini, dimana kaum muslimin seolah-olah kehilangan tokoh sejati untuk dicintai. Mereka berbondong-bondong mengidolakan tokoh fiktif novel sekaligus menyisihkan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam, teladan sejati –yang real (nyata)- bagi kaum muslimin dalam hal cinta dan ketulusan

Tafsir Ayat

Dikisahkan oleh Imam al-Baghawi dalam tafsirnya Ma’aalimut Tanziil (1/341. Cet. Daar Thoyyibah 1423 H), bahwa ayat ini turun ketika Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam berkata kepada kafir Quraisy yang tengah bersujud menyembah berhala (simbol tokoh-tokoh wafat yang dikeramatkan); “Wahai segenap kaum Quraisy! Sungguh kalian telah menyalahi agama Bapak kalian, Ibrahim dan Isma’il”. Kafir Quraisy lantas menjawab: “Kami menyembah berhala itu semata-mata cinta kepada Allah, agar mereka (tokoh-tokoh wafat yang dikeramatkan itu) mendekatkan kami kepada Allah”. Maka Allah menjawab dengan ayat di atas.

Ulama tafsir yang lain mengaitkan ayat ini sebagai jawaban atas tuduhan Yahudi dan Nashrani yang mengatakan bahwa merekalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya, sebagaimana yang termaktub dalam (QS. Al-Maa-idah ayat 18): “(maksudnya) Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan: ‘Kami ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya’….” [lih. Ma’aalimut Tanziil: 1/341]

Terlepas dari latarbelakang turunnya ayat, para ulama tafsir sepakat menjadikan ayat tersebut sebagai “ayat cinta” yang menguji kejujuran dakwaan cinta seorang pecinta kepada yang dicintai (Allah). Sebagaimana diungkapkan oleh Imam Hasan al-Bashri rahimahullaah: “Suatu kaum mengaku cinta kepada Allah, maka Allah menguji mereka dengan ayat ini”. [Tafsir Ibnu Kathir: 2/299, Cet. Daar Ibn Hazm 1419 H]

Betapa indahnya ungkapan Ibnul Qayyim rahimahullah ketika menafsirkan ayat cinta ini [Raudhatul Muhibbiin: 251. Lih. Badaa-i’ut Tafsiir: 1/498]:

“Maka Allah menjadikan ittiba’ (mengikuti) Rasul sebagai bukti kecintaan mereka kepada Allah. Keadaan seorang hamba yang dicintai Allah lebih tinggi dari keadaannya yang mencintai Allah. Permasalahannya bukan pada (pengakuan) cintamu kepada Allah, akan tetapi (apakah) Allah mencintaimu. Maka ketaatan kepada yang dicintai (Allah dan Rasul) adalah bukti cinta kepada-Nya, sebagaimana diungkapkan (dalam syair) maksudnya: “Engkau bermaksiat kepada ilahi, sedangkan engkau mendakwa cinta kepada-Nya” “Ini dalam analogi adalah kemustahilan yang diada-adakan” “Jika saja dakwaan cintamu jujur, niscaya engkau akan mentaati-Nya” “Sesungguhnya seorang pecinta terhadap yang dicintai, akan taat”

Semua orang, entah ia jujur dalam ketaatannya atau seorang munafik yang bermuka dua, boleh sahaja berkata: “Saya mencintaiMu Ya Allah”, namun apakah Allah membalas cintanya? Inilah yang menjadi inti permasalahan. Maka bukti kejujuran seorang hamba dalam mencintai Allah adalah ittiba’nya( ikutnya dia) kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam. Tentu saja yang dimaksud ittiba’ di sini adalah dalam segala hal, baik yang dicontohkan untuk kita kerjakan ataupun yang beliau tinggalkan (tidak kerjakan) untuk kita tinggalkan pula Imam Ibnu Kathir rahimahullah menafsirkan: “Ayat ini merupakan pemutus hukum bagi setiap mereka yang mengaku cinta kepada Allah, sedangkan ia tidak berada di atas jalan Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa salam. (Jika demikian) maka sungguh ia seorang pendusta dalam pengakuannya, sampai ia mengikuti syari’at dan agama Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa salam pada seluruh ucapan dan perbuatan beliau. Sebagaimana riwayat hadits yang shahih (riwayat Muslim) dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam, bahwasanya beliau bersabda: “(ertinya) barangsiapa beramal suatu amalan yang tidak ada perintahnya dari kami, maka amalannya itu tertolak”. [Tafsir Ibnu Kathir: 2/299, Cet. Daar Ibn Hazm 1419 H]

Cinta, Antara Dakwaan dan Kenyataan

Nah, dengan timbangan cinta sebagaimana yang telah dijelaskan di atas, tentunya kita boleh menilai diri kita masing-masing, apakah kita telah benar-benar mencintai Allah dan RasulNya dengan cinta yang jujur? Ataukah kata cinta yang kita ucapkan pada Allah dan RasulNya hanya sebatas pemanis di bibir dan penghias bait-bait qasidah (baca: nasyid) yang hanya melalaikan kita dari al-Quran dan mentadabburinya? Atau mungkin definisi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya sudah cukup dibuktikan oleh titisan air mata dan bergolaknya perasaan setelah mengikuti cerita novel dan filem “Islami”? Sungguh, jika demikian, kita telah terbuai oleh halusnya tipuan syaitan. Inilah kenyataan yang merebak saat ini. Sebagian kaum muslimin begitu mengidolakan tokoh-tokoh fiktif dalam novel dan filem, hanya karena tokoh-tokoh khayal tersebut berhias dengan sebahagian kecil dari keindahan ajaran Islam. Sementara tokoh nyata yang mulia nan agung, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam, yang mempersembahkan keindahan ajaran Islam secara kaffah (sempurna), seolah terkikis dan terlupakan oleh lakonan artis dan biduanita. Inikah ayat-ayat (baca: tanda-tanda) cinta kepada Allah? Semestinya, jika pengakuaan cinta itu jujur, nescaya mereka berbondong-bondong menuju majlis ilmu, bukan hanya tersadai di panggung wayang dan outlet novel “Islami”. Karena hanya di majlis ilmulah, dibacakan ayat-ayat Allah dan hadith-hadith Rasul-Nya. Menghadiri majlis ilmu, inilah tanda cinta yang hakiki kepada Allah dan Rasul-Nya.

Sahl bin ‘Abdillah rahimahullaah pernah berkata: “Tanda cinta kepada Allah adalah cinta pada al-Qur-an. Tanda cinta pada al-Qur-an adalah cinta pada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam. Dan tanda cinta pada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam adalah cinta pada sunnahnya…” [lih. Tafsir al-Qurthubi: 4/63, Cet. Daarul Kitaab al-’Arabi]

Bolehkah seseorang dikatakan mencintai Allah, jika ia mengerjakan sesuatu yang tidak pernah disyari’atkan dan diperintahkan oleh Nabi-Nya dalam urusan agama ini? Contoh nyata: Sebagian kita masih saja beralasan bahwa merayakan maulid Nabi –yang tidak pernah disyari’atkan oleh Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam - adalah tanda cinta kepada Rasulullah tanda syukur kita kepada Allah. Padahal kenyataannya, para Sahabat sebagai golongan yang paling mencintai Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam dan paling bersyukur kepada Allah, tidak pernah mengadakan ritual maulidan. Seandainya merayakan maulid Nabi adalah simbol cinta yang disyari’atkan oleh Allah dan Rasul-Nya, tentu para Sahabat adalah yang paling dulu dan paling pantas mengamalkannya daripada kita. Sebagaimana ungkapan yang telah menjadi kaedah baku di kalangan ulama Ahlussunnah wal Jamaa’ah:

لَوْكَانَ خَيْرًا لَسَبَقُوْنَا إلَيْه

“Kalau seandainya itu baik, niscaya mereka (para Sahabat) telah lebih dulu mengerjakannya.”

Kerana para Sahabat adalah orang-orang yang paling bersemangat dan rakus dalam mengerjakan amal ibadah.

Jalan Meraih CintaNya

Jalan tercepat menggapai cinta al-Khaaliq adalah dengan memurnikan tauhid kepada-Nya, menjauhkan diri dari kesyirikan dan ragam bentuk kekufuran. Kemudian mengerjakan hal-hal yang diwajibkan oleh syari’at Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa salam, menjauhkan diri dari semua larangan dan segala bentuk ibadah yang tidak dicontohkan oleh beliau dalam agama ini. Baru setelah itu berhias dan senantiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan naafilah (sunnah). Inilah yang diisyaratkan oleh Hadith Wali: “(Maksudnya) Sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman:

“Barangsiapa memusuhi Wali-Ku, maka aku mengumumkan perang terhadapnya. Dan tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu ibadah yang lebih Aku cintai dari apa yang telah Aku wajibkan kepadanya, dan senantiasa seorang hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah hingga Aku mencintainya. Jika Aku mencintainya jadilah aku sebagai pendengarannya yang ia gunakan untuk mendengar, dan sebagai penglihatannya yang ia gunakan untuk melihat, dan sebagai tangannya yang ia gunakan untuk berbuat, dan sebagai kakinya yang ia gunakan untuk berjalan. Dan jika ia meminta (sesuatu) kepada-Ku pasti Aku akan memberinya, dan jika ia memohon perlindungan dari-Ku pasti Aku akan melindunginya”. [Shahih Bukhari no. 6137]

Senantiasa membasahi lidah dengan zikir kepada Allah, juga merupakan sebab terbesar dalam meraih cinta Allah. Karena di antara ciri khas seseorang yang tengah dilanda cinta adalah senantiasa menyebut dan mengingat orang yang dicintainya. Demikian pula Allah, Dia selalu mengingat hamba-hamba-Nya yang berzikir dan bermunajat kepada-Nya. Allah berfirman:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلا تَكْفُرُونِ

“Karena itu, berzikirlah (ingat) kalian kepada-Ku niscaya Aku akan ingat kepada kalian, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kalian mengingkari (nikmat)-Ku”. [Al-Baqarah: 152]

Bergaul dan berinteraksi dengan akhlak yang mulia bersama hamba-hamba Allah lainnya juga boleh mendatangkan cinta dan kasih sayang Allah, sebagaimana sabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa salam: “(Maksudnya) Orang-orang yang penyayang, mereka itu akan disayang oleh Allah Tabaaraka wa Ta’ala (Yang Maha berkat dan Maha Tinggi). oleh kerana itu sayangilah orang-orang di muka bumi, niscaya Zat yang di atas langit akan menyayangi kamu”. [Silsilah Shahihah no. 925]

Satu lagi perkara yang turut penting dalam berusaha meraih cinta Allah, yaitu doa. Hafalkan dan amalkanlah doa -dari sunnah yang shahih- berikut ini di waktu-waktu yang mustajab. Maksudnya

“Ya Allah. Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu; perbuatan yang memiliki banyak kebaikan, dan meninggalkan berbagai macam kemunkaran, mencintai orang-orang miskin dan Engkau mengampuni serta menyayangiku. Dan jika Engkau menimpakan fitnah (malapetaka) bagi suatu kaum, maka wafatkanlah aku dalam keadaan tidak terimbas fitnah itu. Dan aku memohon kepada-Mu rasa kecintaan pada-Mu, dan cinta pada orang-orang yang mencintai-Mu, juga cinta pada amal perbuatan yang akan menghantarkan aku untuk mencintai-Mu.” [Hadits Hasan, riwayat Ahmad: V/243, at-Tirmidzi: 3235] .::.

Anonymous said...

mamat shahrizan paling bodoh n tongong

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara anonymous yang mengatakan mamat shahrizan paling bodoh n tongong.

semoga Tuhan membuka pintu hati anda untuk kembali ke jalan yang benar..