Tuesday, December 16, 2008

Tidak Patriotik Langsung!!!

Kerajaan Perak di bawah Pakatan Rapuh hari ini memang sengaja menongkah arus. Niat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin untuk menukar kenderaan rasmi kerajaan Negeri Perak iaitu Perdana V6 kepada Toyota Camry 2.4 adalah sesuatu perkara yang amat tidak munasabah dan amat dikesali.

Ini kerana, jika kerajaan Perak benar-benar hendak berjimat, mereka tidak perlu membeli kereta yang mempunyai cc besar. Sebaliknya cukup jika hanya menggunakan kenderaan yang kelajuannya lebih kurang sama dengan Perdana V6. Saya andaikan di sini jika Nizar kemaruk sangat nak pakai kereta mewah, beli sahaja Toyota Camry 2.0 cc. Tak perlu lah membeli Toyota Camry yang mempunyai cc 2.4.

Ini adalah salah satu pembaziran yang ternyata jelas dan tidak boleh ditutup. Penyelenggaraan kereta Toyota Camry adalah lebih mahal daripada penyelenggaraan Perdana V6 dan saya yakin ia tidak langsung menjimatkan duit rakyat malahan hanya akan membazirkan duit rakyat untuk tahun kedua selepas membeli Toyota Camry 2.4 cc ini.

Kenderaan rasmi yang bakal dibeli ini akan digunakan untuk tujuan rasmi seperti menghadiri mesyuarat dan melawat kawasan. Saya yakin kos penyelenggaran kereta Toyota Camry ini akan meningkat secara drastik selepas setahun digunakan. Kecuali Nizar jadi pemalas macam rakan beliau di Selangor yang mengatakan tidak perlu turun berjumpa rakyat kerana hanya membazir tenaga dan wang ringgit. Bolehlah Nizar kurangkan penggunaan Toyota Camry jika perangai beliau sama macam Khalid Ibrahim dan kos senggara pun akan turut kurang juga.

Apa pun, inilah semangat tidak patriotik yang ditunjukkan oleh seorang rakyat Malaysia yang sudah mempunyai kuasa. Beliau boleh berbuat apa sahaja kerana beliau telah ditunggang oleh DAP. Isu tanah di Perak yang masih kecoh dan mengguris mesyarakat Melayu di Perak, kini isu baru pula iaitu penggunaan Perdana V6 pula timbul. Tak sampai setahun memerintah, dah kecoh. Saya berharap Pakatan Rakyat tidak kekal lama kerana ia hanya akan merugikan rakyat terutama kaum Bumiputera dan saya menyeru rakyat Malaysia yang berada di bawah kuasa Pakatan Rapuh agar menolak mereka dalam PRU ke-13 nanti.

8 comments:

Anonymous said...

Menteri2 dan MP BN yang kata MB Perak tak patriotik memang hipokrit dan bangang serta memperbodoh-bodohkan rakyat. Puak pemimpin BN hanya pakai kereta Perdana Eksekutif V6 tu sajalah kununnya urusan rasmi sementelahan pula bil servis kereta ditanggung kerajaan. Cuba tengok di rumah depa, semua kereta mewah jenama mahal berderet-deret sampai tak muat garaj. Jangan harap puak2 BN ni nak pakai Perodua atau Proton, maklumlah duit songlap pun dapat banyak…tak habis makan 7 keturunan.
Perkara kedua-Tanya menteri2 BN, kemana dia orang hantar anak selepas darjah 6 di sekolah kebangsaan? Paling dekatpun depa hantar Australia untuk level Form 1. Patriotik ke macam tu? Tanya Hisyamuddin, Najib, Mat Taib dan ramai lagi Menteri BN yang kununnya patriotik dan membela Melayu!
Menteri BN ni memang selalu cakap tak serupa bikin, maklumlah dah biasa makan duit haram! Ptuuuiii!! Hancur BN di Kuala Trengganu!

laporan akhbar Berita Harian muka depan ini, nampak benar kini kerajaan BN sudah mula gusar dengan angin perubahan suara rakyat. Dengan pemberhentian wang ehsan dan digantikan kembali dengan wang royalti, maka isu ini pasti akan menjadi lebih panas. Untuk apa Najib melakukannya sekarang?. Walhal sebelum ini sudah puas MB Trengganu merayu dan terus merayu. Rupanya fahamlah kita sekarang, inilah dia "gula-gula pilihanraya buat rakyat Trengganu". Terbukti mereka takut denga Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu Januari nanti. Apapun, rakyat Trengganu terutamanya yang berada dalam parlimen Kuala Trengganu harus bijak melihat sesuatu isu sekarang. Perubahan yang berlaku ini, menjelaskan kepada kita bahawa rakyat diperbodohkan sedemikian rupa. Mereka menyekat royalti tatkala PAS memerintah Trengganu. Selepas Idris Jusoh berjaya merampas kembali Trengganu, mereka takut untuk menukarkan kembali waktu itu. Namun kini, mereka terpaksa lakukan demi membelu undi rakyat di Kuala Trengganu. Inilah dia kerja puak-puak UMNO sejak dulu, kini dan selamanya di Malaysia ini.

Nampak nya semua nya senada dalam memperkatakan tentang mengapa mereka tidak mahu menggunakan Proton Perdana V6.

Pada pendapat aku tindakan dan pendirian Kerajaan Perak ada lah serampang dua mata. Pertama, untuk memberitahu rakyat bahawa Exco BN Perak sebelum ini korup dan menyalahgunakan kuasa bagi tujuan penyelenggaraan. Kedua, menyindir kerajaan BN Terengganu yang memilih kereta Mercedes. Untuk maklumat, Kerajaan Trengganu membeli 14 buah Merz E200 dengan kos RM3.43 juta, manakala Kerajaan Perak pula 16 buah Toyota Camry 2.4 dengan kos RM2.7 juta.

Kalau di beri pilihan, aku memang akan pilih Toyota Camry. Aku tak pernah beli kereta baru. Semua kereta yang aku pernah beli adalah kereta terpakai dan aku tak pernah beli kereta Proton sebab pengalaman kawan kawan yang menggunakan Proton. Mereka beli kereta baru, bukan terpakai macam aku. Banyak sangat masaalah kata mereka. Walau pun masaalah kecil tapi kalau dah kerap, bosan juga.

Aku tak patriotik ??. Patriotik atau tidak bukan hanya bergantung pada kereta sahaja. Pergi tanya pemimpin kerajaan dan bekas pemimpin kerajaan anak beranak, mereka pakai kereta apa??. Anak Tun Mahathir pun pakai Porsche Cayenne. Ada orang pergi rumah terbuka Tun Mahathir sempena Hari Raya Aidilfitri nampak. Rasa nya tak salah kan , sebab itu kereta peribadi dan bukan kereta rasmi. Tak gitu…….

Anonymous said...

Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata;

“Orang yang tidak boleh terima hudud kerana didakwa zalim, sakit dan sebagainya. Sebenarnya orang itu tidak faham bahawa semua yang Allah suruh buat mesti ada sebab, seperti Allah cipta cili kerana pedas. Walaupun ia rasa pedas, mesti ada manusia yang suka makan cili”

HURAIAN

Kewujudan Islam merupakan rahmat kepada alam. Tanpa Islam, dunia ini akan ditimpa dengan bencana. Ini kerana, segala azab yang berlaku, semuanya berpunca manusia tidak menjadikan islam sebagai asas kehidupan.

Firman Allah:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

Maksudnya;
“Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”

(Surah Ar-Rum : 41)

Mengapa manusia melakukan kerosakan??

Manusia melakukan kerosakan, disebabkan mereka tidak mempunyai panduan hidup. Setiap yang tidak mengikuti Islam, merupakan perjalanan yang membawa kepada kerosakan.

Oleh itu, bagi mencapai keselamatan dan keamanan, tidak dapat tidak perlu merujuk kepada Allah yang mencipta manusia, yang maha mengetahui tentang manusia.

Antara cara Allah mahu menjaga manusia agar tidak ditimpa kerosakkan adalah dengan menetapkan hukum dan perundangan. Dengan itulah, lahirnya undang-undang yang disebut sebagai hudud, qisas dan Ta’zir.

Dalam kitab fiqh, hudud didefinisikan sebagai “hukuman-hukuman yang ditetapkan oleh Allah, wajib dilaksanakannya secara hak[1]”

Pensyariatan hudud bukanlah semata-mata pensyariatan, tetapi kewujudannya mempunyai sebab-sebab yang munasabah, demi melihat kehidupan rakyat aman sentosa.

Ekoran dari itulah, apabila kita meneliti balik dari kitab-kitab fiqh, kita akan ketemui, bahawa pensyariatan hudud mempunyai tujuan “Radia’h” dan “Zajirah”[2].

Makna “radia’h” adalah mencegah dari pelaku jenayah dari mengulangi jenayah yang telah dibuat. Adapun makna “Zajirah” adalah mencegah orang lain dari melakukan jenayah. Ekoran dari itulah, Islam mewajibkan perlaksanaan hukuman hudud itu dilakukan dikhalayak ramai.

Memahami inilah, didapati pensyariatan hukum hudud bukanlah semata-mata pensyariatan, bahkan ianya terkandung maksud untuk menjaga maslahat kehidupan manusia.

Ekoran dari itulah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut bahawa orang yang menolak hudud dengan alasan sakit, zalim dan sebagainya, adalah umpama mereka yang tidak memahami manfaat yang ada pada cili. Yang mana, jika mereka mengetahui bahawa wujud pedas pada cili, pasti manusia akan menjadikan cili sebagai makanan yang boleh dimanfaatkan.

Sekian

Wallahu ‘Alam

[1] Dirasat Fiqh As-Syafii : 4/16. ‘Uqubah Al-‘Idam : m.s 23.
[2] Dirasah Fiqh As-Syafii : 4/23.


ISLAM ADALAH AGAMA FLEKSIBEL
ISLAM ADALAH AGAMA FLEKSIBEL

Islam tidak menolak semua perkara yang datang dari orang bukan Islam. Bahkan Islam bersifat fleksibel, bersanggupan menerima dan menyesuaikan sesuatu yang diambil dari sumber lain.

Asas bagi keizinan ini adalah berasaskan kepada beberapa dalil, iaitu seperti berikut;

PERTAMA :

Dalam peperangan Ahzab, baginda SAW menerima pandangan dari Salman Al-Farisi yang mencadangkan agar digali parit di keliling Madinah, agar musuh tidak dapat masuk di kawasan Islam.

Jika merujuk kepada amalan menggali parit dalam peperangan, ianya bukan satu budaya Islam, tetapi ianya adalah budaya rakyat farsi yang ketika itu beragama majusi.

Cadangan Salman Al-Farisi oleh Rasulullah SAW tanpa pertikaian, disebabkan cadangan itu dapat memberi kebaikan kepada Islam itu sendiri.

KEDUA :

Selepas berlakunya peperangan Badar, ada dari kalangan orang kafir yang ditawan. Dalam menentukan keadaan tawanan-tawanan perang itu, Baginda SAW berbincang dengan Abu Bakar As-Siddiq dan Omar bin Al-Khattab.

Omar bin Al-Khattab mencadangkan agar semua tawanan ini di bunuh, tetapi dibantah oleh Abu Bakar As-Siddiq dengan mencadangkan agar tawanan yang kaya membayar tebus, dan tawanan yang pandai membaca mengajar ilmu kepada orang-orang islam yang tidak pandai membaca.

Cadangan Abu Bakar As-Siddiq itu diterima oleh Rasulullah SAW.

KETIGA :

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda;

الْحِكْمَةُ ضَالَّةُ الْمُؤْمِنِ فَحَيْثُ وَجَدَهَا فَهُوَ أَحَقُّ بِهَا

Maksudnya;
“Kebijaksanaan adalah barang keciciran orang beriman. Siapa yang ketemuinya, maka ialah berhak memilikinya[1]”

Menurut Syaikh Albani, hadis ini dinilai sebagai Doif jiddan. Hal ini merujuk kepada kitab Sahih wa Doif Sunan At-Tarmizi (hadis no : 2687). Adapun jika dirujuk dalam kitab Misykat Al-Masobih[2], beliau menyatakan bahawa hadis ini sebagai Doif sahaja. Walaupun hadis ini dinilai sebagai doif, tetapi ianya dijadikan hujjah sebagai mengkuatkan hujjah-hujjah yang akan dikemukakan.

Dalam pengajian Ilmu usul Fiqh, sesuatu hadis yang Doif, tidak boleh dijadikan hujjah. Pun begitu, jika dijadikan sebagai hujjah dalam mengkuatkan hujjah-hujjah yang ada, maka itu dibenarkan, atau dalam ibarat lain, hadis doif boleh dijadikan hujjah bagi mengkuatkan perkara yang sudah ada asal dalam agama[3].

KESIMPULAN

Dari ketiga-tiga dalil ini, menunjukkan Islam adalah agama yang fleksibel, iaitu dengan tidak menafikan semua yang datang dari orang bukan Islam, bahkan Islam boleh menerimanya, itupun dengan syarat bahawa perkara tersebut tidak bercanggah dengan nas yang muhkam dan kaedah-kaedah syarak yang tsabit[4].

Sekian

[1] Sunan At-Tarmizi : hadis no : 2611.
[2] Misykat Al-Masobih : hadis no : 216.
[3] Ulum Al-Hadis, Asiluha wa Muasiruha : m.s 167
[4] Fatawa Maasiroh : 2/643

HIKAM TOK GURU : SIRI 1

Tok guru Nik Abdul Aziz berkata:

Orang yang tidak pandai menilai Al-Quran adalah seperti kanak-kanak kecil yang malas sekolah kerana tidak pandai menilai sijil.

HURAIAN

Al-Quran merupakan sumber asas bagi Islam. Dengan Al-Quran manusia akan berjumpa jalan menuju ke syurga, juga keselamatan hidup di dunia.

Firman Allah:

ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya;
“Kitab (Al Quran) itu tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa”

(Surah Al-Baqarah : 2)

Dinilai Al-Quran sebagai asas keselamatan manusia di dunia disebabkan Al-Quran merupakan panduan hidup yang telah dihadiahkan oleh pencipta. Sebagai pencipta, sudah pasti Allah lebih mengetahui segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada manusia. ekoran itulah, Al-Quran menjadi asas bagi kehidupan manusia bagi mereka yang mahukan keselamatan hidup.

Ianya boleh diumpamakan seperti “pencipta kereta” mengetahui kelemahan dan kelebihan yang wujud pada kereta, ekoran itulah, “pencipta kereta” akan meletakkan beberapa ketetapan bahawa pada kadar masa tertentu, kadar jauh perjalanan tertentu bahawa kereta perlu di service.

Menyedihkan, disana wujud sebilangan manusia yang lebih mementingkan kehendak nafsu mereka berbanding kepercayaan mereka terhadap Allah. Dengan nafsu, mereka menafikan Al-Quran, sedangkan sudah jelas dan nyata bahawa tindakan mereka yang tidak menjadikan Al-Quran itu telah melahirkan berbagai kekacauan dalam kehidupan.

Kehancuran dan kerosakan dari sudut moral, social, sistem kekeluargaan dan berbagai lagi, semua berpunca apabila manusia menjadikan nafsu mereka sebagai panduan hidup. Dalam keadaan itupun, mereka masih lagi mendakwa bahawa cara pemikiran mereka ini adalah yang terbaik, justeru membawa kebaikan.

Firman Allah;

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ * أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ

Maksudnya;
“Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan * Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar”

(Surah Al-Baqarah : 11-12)

Apa yang pasti, dalam Al-Quran telah menggariskan bahawa golongan manusia yang ingkar terhadap ajaran Islam itu terbahagi kepada beberapa golongan, iaitu seperti berikut;

a. Kafir
b. Munafiq
c. Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)

Setelah dihayati, apakah punca mereka ini menafikan Islam. Antara sebab utamanya adalah, apabila mereka meletakkan kehendak hawa nafsu mereka ini melebihi dari segala-galanya, hatta dari wahyu sekalipun.

Pun begitu, didapati juga ada manusia yang tidak menerima Islam adalah disebabkan kelemahan mereka dalam menilai Islam itu sendiri. Lemahnya mereka dalam menilai Islam itu, disebabkan mereka merujuk Islam itu dari sudut hawa nafsu mereka, bukan dengan cahaya keimanan.

Hal inilah yang diumpakan oleh tok guru seperti kanak-kanak kecil yang malas ke sekolah disebabkan tidak tahu menilai nilaian bagi segulung sijil.

Jika kanak-kanak itu mengetahui, bahawa sijil itu merupakan masa depan hidupnya dikala dia besar nanti, pasti kanak-kanak itu akan berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada mereka yang mengkufuri ajaran islam. semuanya disebabkan mereka tidak dapat menilai, betapa indahnya syurga ilahi untuk mereka kecapi apabila mereka mati nanti, juga betapa indahnya kehidupan didunia dikala Islam memerintah.


Sekian

Wallahu ’Alam

Mohd. Alias bin Demyati said...

kita layak pakai waja je...

Zorro said...

"Keadaan yang sama juga berlaku kepada mereka yang mengkufuri ajaran islam. semuanya disebabkan mereka tidak dapat menilai, betapa indahnya syurga ilahi untuk mereka kecapi apabila mereka mati nanti, juga betapa indahnya kehidupan didunia dikala Islam memerintah".

SALAM,

MEMANG BAGUS. TAPI PEMIMPIN YANG MENGAKU MEMPERJUANGKAN ISLAM DAH JADI BONEKA DAN PAK TURUT DAP...KAFIR HARBI TU....

Pemuda Malaysia said...

saya setuju dengan Zorro..

Pas hari ini tidak konsisten dengan dasar mereka..

PAS memang POYO!!!

Pemuda Malaysia said...

kita pakai ape yang termampu ye pakcik cintalaila..macam along pakai kancil jer..

MB Perak kan memang gila kuasa..

Anonymous said...

Janganlah sentiasa menuduh saudara se agama dgn mu dgn tuduhan liar(fitnah) begini..kalau beliau gila kuasa x kanlah beliau bersama dgn PAS...Tp kalo umno mmg sggp bgaduh,bermusuh,mmfitnah dan apa sahaja asalkan mereka dapat apa yg di hajatkan utk kepentingan diri,juga x terkecuali' anda pemilik blog'...

Pemuda Malaysia said...

itulah yang saya katakan bahawa nizar jadi tunggangan DAP dan PKR di Perak..

UMNO membunuh?Bila?Fitnah?Bila?Musuh?Bila?

Saya setia bersama UMNO kerana UMNO lah yang banyak berjasa..PKR bukan pilihan yang tepat kerana PKR lahir daripada Serpihan UMNO juga yang kecewa..

PAS?PAS lagi hampeh kerana tidak konsisten dengan dasar yang dibawa..

DAP?lagilah kafir lebih-lebih lagi Lim Guan Eng yang mempersendakan Khalifah UMar Abdul Aziz..jangan samakan taraf lim guan eng dengan khalifah umar yang mashyur...bodoh punyer apek!!!