Wednesday, December 3, 2008

Memang Patut Dipecat!!!


Saya bersetuju sangat dengan tindakan Lembaga Disiplin UMNO yang mengambil keputusan memecat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Ini kerana tindakan beliau menghadiri dua majlis parti pembangkang minggu lalu menunjukkan bahawa beliau sengaja mencabar UMNO agar mengambil tindakan terhadap apa yang beliau lakukan.

Semasa saya bertugas di Parlimen Malaysia, Datuk Zaid sebagai Senator yang dilantik pun jarang berada di Dewan Negara. Mungkin beliau sibuk sangat dengan tugas yang diamanahkan, namun demikian tak nampak pula jasa yang beliau tabur kepada negara berdasarkan pangkat dan kedudukan yang diberikan. Sebaliknya beliau terus mengkritik cara kerja Menteri lain dan sering mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kabinet dan kenyataan Perdana Menteri sendiri.

Memang bagus sangat beliau dipecat kerana beliau memang tidak membawa sebarang keuntungan kepada UMNO. Saya berharap selepas ini Pak Lah atau bakal Perdana Menteri yang baru iaitu Datuk Seri Najib tidak mengambil orang seperti Zaid Ibrahim menjadi Menteri kerana hanya akan membazirkan wang rakyat sahaja.

Selamat dipecat wahai Zaid Ibrahim. Saya yakin keputusan ini akan menggembirakan semua ahli UMNO seluruh Malaysia.

2 comments:

SHADAN HJ OTHMAN said...

pengkianat bangsa seperti zaid ni memang patut dibuang awal-awal lagi..salam perjuangan

JomoSama Tuaran said...

Salammualaikum...
Saya juga berasa amat patut tindakan tersebut diambil pada Dtk.Zaid Ibrahim dan sekian pemimpin2 UMNO Kelantan, yang saya rasa telah menipu kita selama ini dengan bermuka-muka kononnya mahu merampas Kelantan dari PAS. Apa sudah jadi dengan pelaburan / peruntukkan pilihanraya yang lalu, yang telah dicurahkan ketempat itu, bukannya sokongan bertambah, habis terbakar hangus kita kena kelentong oleh mereka.
Kemudian, diambil pula mereka untuk dilantik menjadi menteri penuh dan senator... inilah akibatnya yang menyebabkan Pak Lah jatuh tersungkur dari kerusi PM.. gara-gara terlalu `beri muka' pada kumpulan2 dari negeri cik siti wan kembang tu...sekarang ni..kita yang `terkembang-kembang' lubang hidung...GUANO DEMO??