Friday, October 31, 2008

Minyak Turun Lagi?

Hari ini, Pak Lah akan membincangkan mengenai kemungkinan harga minyak akan diturunkan lagi buat kali keempat dalam tempoh tiga bulan. Mesyuarat kabinet yang akan diadakan hari ini akan membincangkan mengenai perkara tersebut.

Saya berharap agar harga minyak dapat diturunkan lagi memandangkan harga minyak di pasaran antarabangsa setiap hari menunjukkan penurunan.

pada 15 Oktober lalu kerajaan menurunkan harga minyak petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter manakala harga petrol RON92 diturunkan 10 sen kepada RM2.20 seliter. Harga minyak diesel pula diturunkan 20 sen kepada RM2.20.

Pada 4 Jun lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau kira-kira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu.

Thursday, October 30, 2008

Pecat Liow Tiong Lai!!!

Mutakhir ini terdapat beberapa pihak yang seolah-olah sengaja bertindak untuk memprovokasi kesabaran Bumiputera dan mempertikaikan semangat Fasal 152 dan Fasal 153yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Terbaru sekali, Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai, telah dilaporkan oleh pelbagai media perdana pada 28 Oktober 2008, sebagai telah meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Liow juga dipetik sebagai berkata pada 27 Oktober 2008, bahawa “ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing.”

PERKASA amat kesal dengan kenyataan di atas. Ia adalah satu tindakan ekstrim oleh pihak yang seolah-olah buta sejarah, sengaja cuba memprovokasi perasaan Bumiputera seluruhnya, dan dengan terang-terang mempertikaikan Fasal-Fasal tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan itu juga hanya mencerminkan ketidakbijaksaan dan kedangkalan minda segelintir barisan kepimpinan baru MCA dalam memahami serta menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan, terutamanya yang termaktub dalam Fasal 152 dan Fasal 153.

Oleh itu, PERKASA memberi amaran keras kepada pemimpin MCA terbabit dan pihak-pihak lain yang kini cuba menyemarakkan sentimen perkauman di kalangan rakyat Malaysia pelbagai keturunan, agama, budaya dan latarbelakang ekonomi, supaya jangan ulangi apa jua kenyataan atau tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan dan ketahanan nasional.

PERKASA juga mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memecatkan Liow daripada kabinet negara dengan seberapa segera. Mana-mana individu yang tergamak mempersoalkan semangat Fasal 152 dan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan tidak layak dan tidak boleh diizinkan berada dalam Jemaah Menteri Malaysia. Liow juga wajar dikenakan tindakan ini kerana beliau juga telah meminggirkan nasihat Majlis Raja-Raja Melayu mengenai kontrak sosial yang terkandung dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini.

Terima kasih.

Kenyataan Akhbar
Datuk Ruhanie Ahmad
Ketua Penerangan PERKASA
Dikeluarkan Pada 29 Oktober 2008

......................................................................................................

Dah 2 orang menteri dari kaum Cina yang bercakap perkara menyentuh hati orang Melayu. Datuk Liow Tiong Lai meminta ekuiti 30% bumiputera dihapuskan dan Datuk Tan Lian Hoe pula bercakap mengenai orang Melayu juga adalah pendatang di Tanah Melayu. Bagi saya, kenyataan ini sukar dimaafkan kerana apabila orang Melayu cakap sikit pasal orang Cina, mereka melenting dan meminta tindakan segera diambil terhadap orang Melayu tersebut. Padahal apa yang diucapkan oleh orang Melayu tersebut adalah fakta sejarah namun ia dimanipulasikan oleh sesetengah akhbar Cina.

Saya sokong kata-kata Tun Dr. Mahathir yang mengatakan bahawa jika orang Cina sibuk sangat sentuh hak orang Melayu, apa kata orang Melayu pula cakap pasal hak orang Cina mengenai 'jus soli' atau tahap kerakyatan. Jangan ingat orang Melayu tak ada perasaan. Orang Melayu banyak berkorban demi perpaduan kaum. Isu Datuk Tan Lian Hoe kata orang Melayu juga pendatang di Tanah Melayu, ada tak orang Melayu atau pemimpin Melayu yang mendesak sangat agar Tan Lian Hoe letak jawatan??? Rasanya isu ini dah senyap sikit. Tan Lian Hoe pun senyap juga sekarang. Tahu pun takut..

Jadi, kepada pemimpin Cina cakap biar berlapik sikit. Buat Datuk Liow Tiong Lai, anda sedar tak syarikat yang besar-besar di Malaysia milik siapa??? Milik orang Cina kan??? Individu terkaya di Malaysia mesti anda kenalkan???Kalau tak kenal saya nak beritahu anda, nama dia Tan Sri Robert Kuok, jutawan gula di Perlis.

Sekadar pesanan saya buat pemimpin dari golongan Cina. Orang Melayu memang terkenal dengan kesabaran mereka namun jangan sampai kesabaran mereka tercabar dan saya berdoa sangat agar tragedi 13 Mei tidak berulang lagi!!!

Friday, October 24, 2008

Zulkifli Nordin “The Loose Canon”

Sejak dikaitkan dengan cerita akan tinggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ekoran tindakannya yang dilihat tidak sehaluan dengan parti itu terutama dalam soal kebebasan, Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin semakin menunjukkan ‘belangnya’ yang sebenar.

Zulkifli yang dikecam banyak pihak yang memperjuangkan soal kebebasan termasuk kalangan pimpinan PKR sendiri kerana melakukan demonstrasi membantah forum ‘Masuk Islam’ yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Ogos lalu kerana forum tersebut cuba untuk mencampuri urusan agama Islam, hari Khamis melepaskan ‘peluru penaburnya’ yang terkena kepada semua pihak.

Baik kerajaan mahupun pembangkang termasuk parti yang diwakilinya iaitu PKR, semua tidak terlepas daripada ‘serangan’ beliau yang tajam dan tepat pada sasarannya.

Ini jelas apabila beliau melahirkan rasa kesalnya kerana PKR menyoal ketuanan Islam dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) pula menuntut dibenarkan orang Islam keluar daripada agama Islam dan mahu agama Islam mengikut agama-agama lain.

Serentak dengan itu beliau menyifatkan pihak kerajaan dan pembangkang seolah-olah tidak mempertahankan Islam.

Sedangkan katanya, kekuatan orang Melayu terletak pada agamanya tetapi hari ini orang Melayu serta Islam telah diserang oleh pelbagai pihak.

‘‘Tindakan itu seolah-olah menunjukkan Islam tidak wujud langsung, mereka mem pertikaikan adab, hal ehwal agama Islam, mempertikaikan soal azan serta tulisan jawi dan menghantar memorandum supaya tulisan jawi tidak dilaksanakan,” katanya.

Kenyataannya itu jelas merujuk kepada tindakan rakan parti pembangkangnnya yang membangkitkan isu-isu yang disebutkannya itu.

Tambahnya, terdapat juga pihak yang mempertikaikan tentang kuliah-kuliah di masjid yang kononnya mengganggu mereka.

Dalam nada tegas Zulkifli berkata, “Walaupun ada suara yang kata saya menyokong parti lain bila bersuara begini tapi saya hanya berjuang untuk Islam. Saya tidak peduli orang nak kata apa kerana saya hanya menjawab kepada Allah”.

Kelantangan Zulkifli itu menyebabkan tidak ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang bangun dan cuba menyanggah pendiriannya.

Namun, selepas ini apakah kelantangan beliau di Dewan Rakyat akan menerima nasib yang sama dengan tindakannya menghadiri perhimpunan membantah forum ‘Masuk Islam’ anjuran Majlis Peguam iaitu dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Disiplin PKR.

Atau akan bersuarakah golongan yang memperjuangkaan kebebasan termasuk soal agama dalam PKR dan pakatan pembangkang berhubung pendirian Zulkifli itu.

Paling menarik PAS sendiri sebagai parti yang menggunakan nama Islam tidak mempunyai wakil yang berani bangun mempertahankan Islam seperti mana yang dilakukan oleh Zulkifli.
dipetik daripada Agendadaily,23/10/2008

Thursday, October 23, 2008

Memang Patut Dihalau!!!

Padan muka!!! Itulah ungkapan pertama yang keluar dari mulut saya setelah menonton Buletin 1.30 di TV3 tadi. Karpal Singh memang patut dihalau keluar dari Dewan Rakyat kerana keceluparan mulut yang akhirnya membinasakan badan sendiri. Ahli Parlimen OKU itu digantung daripada menghadiri persidangan selama 2 hari setelah beliau melafazkan kata-kata yang dianggap kurang ajar dan tidak menghormati Speaker. Beliau mendakwa bahawa Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak serius dan hanya main-main ketika mempengerusikan persidangan dan menguatkuasakan peraturan dewan.

Kita semua maklum bahawa Ahli Parlimen daripada Bukit Gelugor ini memang selalu mencetuskan kontroversi. Antara kenyataan kontroversi beliau ialah mempertikaikan kuasa Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah yang menitahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury pada awal Mei lepas. Karpal Singh menyifatkan bahawa arahan menarik balik pertukaran Jamry yang disifatkan sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran kerajaan negeri itu. Kes karpal Singh ini dikatakan masih dalam proses siasatan lanjut. Namun kes ini kemabali panas dan mendapat perhatian serta menjadi tanda tanya masyarakat kerana didapati sudah terlalu lama tanpa sebarang tindakan diambil terhadap Karpal Singh.

Selain itu, Karpal Singh juga pernah mengeluarkan kenyataan mengusik perasaan ahli UMNO semasa Sidang Kongres DAP pada bulan Ogos yang lalu. Kenyataan beliau iaitu mahu menawan dan mengadakan kongres tahunan DAP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jelas menggambarkan sikap beliau yang langsung tidak menghormati sesuatu bangsa dan celupar dalam kenyataannya serta mahu mengusik sentimen orang Melayu. Dengan ungkapan itu, Karpal yang sentiasa mencari perkataan mencerca, perli dan mengias itu sebenarnya membawa sifat dalaman anti-Melayu.

Inilah sikap Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang tidak pernah kesal dengan apa yang diucapkan oleh beliau. Beliau juga mengeluarkan kenyataan bahawa negara ini adalah sebuah negara sekular. Kenyataan beliau jelas bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir yang jelas mengatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara Malaysia. Dengan fakta yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia jelas menunjukkan bahawa Malaysia juga adalah sebuah negara Islam dan hujah ini sering dikuatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sering memberi penjelasan bahawa Malaysia adalah negara Islam dan Islam adalah agama rasmi namun demikian agama lain masih boleh diamalkan dengan bebas tanpa sebarang sekatan.

Karpal Singh mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa Tan Sri Pandikar Amin Mulia bersifat emosional ketika menjatuhkan hukuman kepada beliau. Tetapi, tidakkah beliau terfikir bahawa kenyataan beliau sendiri yang banyak menjadikan suasana politik di negara ini sentiasa panas dan menjadi kucar-kacir? Oleh itu, tindakan Speaker Dewan Rakyat dilihat adalah tepat bagi memastikan kejadian ini tidak berulang pada masa akan datang. Seharusnya Speaker bukan memberi hukuman penggantungan daripada menghadiri sidang dewan selama 2 hari, tetapi sehingga akhir tahun ini bagi memastikan si tua OKU ini insaf dan menjaga perasaan orang lain sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.

Anak beliau juga pernah menerima hukuman yang sama pada bulan Jun lepas atas kesalahan melanggar peraturan mesyuarat 44 berikutan enggan mematuhi arahan pada sesi soal jawab diadakan. Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dilarang memasuki Dewan Rakyat dan menyertai persidangan selama 2 hari. Biasalah, bapak borek anak rintik dan kemana tumpah kuah kalau tidak ke nasi adalah ungkapan tepat yang boleh digambarkan kepada dua beranak di Dewan Rakyat ini. Semoga hukuman ini menjadi pengajaran buat Ahli Parlimen lain dan tidak berulang lagi. Sebagai Ahli Parlimen yang memegang amanah rakyat, berkhidmatlah dengan sepenuh hati demi agama, bangsa dan negara. Rakyat memilih anda semua sebagai wakil di Dewan Rakyat bukan untuk bercakap perkara yang remeh-temeh dan sia-sia sebaliknya berhujah untuk perkara yang dapat membela nasib rakyat jelata. Ingat, YB bukan Yang Berhormat tetapi lebih bagus dipanggil Yang Berkhidmat!!!

Wednesday, October 15, 2008

Minyak Turun Lagi, Projek BABI Tetap Diteruskan

Alhamdulillah, perkataan pertama yang keluar dari mulut saya ketika mendengar pengumuman kerajaan BN menurunkan harga minyak berkuatkuasa hari ini. Penurunan sebanyak 15 sen harga petrol dan 20 sen harga diesel selaras dengan trend penurunan harga minyak global jelas memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia. Saya percaya tiada rakyat yang tidak gembira dengan pengumuman ini malahan penyokong parti pembangkang akan turut berkongsi kegembiraan dengan berita ini.

Namun, timbul persoalan di benak saya. Adakah dengan pengumuman penurunan harga minyak ini akan mengembalikan sokongan rakyat kepada BN? Saya berharap mereka yang menyokong Pakatan Rapuh sedar bahawa kerajaan BN tidak zalim dan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

Ini bertentangan dengan trend kerajaan Pakatan Rapuh yang tetap akan meneruskan projek ternakan BABI moden walaupun mendapat bantahan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam. Dengan adanya projek BABI ini, mereka akan mendapat banyak sokongan daripada kaum minoriti Cina dan mereka sedar bahawa sokongan kaum Melayu kepada Pakatan Rapuh semakin menurun berikutan rentetan peristiwa dan kes yang membuka aib Pakatan Rapuh.

Penurunan harga minyak akan menggembirakan seluruh kaum di Malaysia manakala cadangan pelaksanaan projek ternakan BABI di Selangor yang akan diteruskan jelas hanya menguntungkan kaum minoriti iaitu Cina. Takkan tak cukup lagi projek ternakan BABI di kawasan sedia ada untuk menampung keperluan kaum Cina?

Saya berasa simpati kepada penduduk di Kampung Tumbuk, Sepang jika projek ini tetap diteruskan kerana mereka akan mengalami berbagai-bagai kesan buruk akibat daripada kedegilan kerajaan Pakatan Rapuh yang tetap akan meneruskan projek itu.

Sesungguhnya saya masih dapat merasai kegembiraan dan keselesaan di bawah pemerintahan kerajaan BN yang sentiasa prihatin terhadap rakyat Malaysia. Semoga kerajaan BN kekal memerintah dan meneruskan agenda pembangunan rakyat.

Monday, October 13, 2008

Tiada usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat

GEMPAQ LAGI...Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang desak supaya adakan sidang Parlimen Khas untuk kemuka undi tidak percaya kepada kerajaan hari Isnin apabila dapat peluang sebagai Ketua Pembangkang bahas Bajet 2009 sudah tukar cakap. Katanya, pembangkang tidak akan kemuka usul tidak percaya kerana mahu tumpu kepada Bajet. Dalam ucapannya beliau mahu kerajaan susun semula bajet. Sehingga Dewan Rakyat bersambung semula jam 2.30 petang, Dewan berjalan macam biasa dan tiada yang panas seperti dijangka.

dipetik daripada Agendadaily Online, 13/10/2008

......................................................................................................................................

P/S: Jangan percaya pada omong-omong kosong Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) kerana hanya akan membuang masa kita sahaja. Insya-Allah kerajaan BN akan terus kukuh memacu Malaysia ke arah kejayaan yang lebih cemerlang. Nak harap si BABI, negara kita hampir tergadai pada tahun 1997 akibat daripada cadangan BABI yang ingin meminjam daripada IMF untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia kononnya ketika itu.

Alhamdulillah, Tun Dr. Mahathir lebih bijak dan berjaya mengawal serta mengembalikan ekonomi negara di tahap yang boleh dibanggakan.

Cukuplah BrO Anwar Al-Juburi, jaga rakyat di Permatang Pauh tu. Jangan dok gila kuasa sangat. Malu la sikit kat rakyat Malaysia. Atau hang memang tak tahu malu...

Wednesday, October 8, 2008

Akhirnya Pak Lah Berundur...

Teka-teki telah terjawab. Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi mengumumkan bahawa peralihan kuasa akan berlaku sebelum bulan Mac 2009 setelah beliau mengumumkan akan berundur dan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan agung UMNO Mac tahun hadapan.

Kenyataan beliau sedikit sebanyak telah merungkai segala persoalan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat setelah beliau memberitahu akan menyatakan pendirian selepas Hari Raya Aidlifitri. Walaupun beliau telah memberikan jawapan dan jawapan itu harus kita hormati kerana setiap pemimpin akan datang dan pergi. Pak Lah juga harus dikenang sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Terus-terang saya nyatakan bahawa antara jasa Pak Lah ialah beliau menaikkan gaji kakitangan awam pada bulan Julai 2007 di mana saya dapat menikmati kenaikan tersebut.

Selain itu, Pak Lah juga mengumumkan bonus sebulan gaji dan pengecualian daripada membayar bil elektrik dalam belanjawan lepas bagi isi rumah yang mempunyai bil bernilai RM 20 ke bawah. Ini secara tidak langsung memastikan rakyat Malaysia dapat berjimat cermat dalam penggunaan bil elektrik. Alhamdulillah, kadar bil elektrik saya pada bulan lepas bernilai bawah RM 20 dan secara tidak langsung saya tidak perlu membayar bil tersebut kerana ia akan ditanggung oleh kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara.

Penurunan harga minyak juga amat dialu-alukan oleh rakyat terutama bagi saya yang sentiasa mensyukuri pemberian daripada kerajaan Barisan Nasional. Walaupun penurunan terbaru harga minyak hanya bernilai 10 sen, ia tetap memberi impak yang tinggi dan saya yang menggunakan kenderaan kecil merasai nikmat penurunan harga minyak.

Apapun Pak Lah tetap berjasa dan saya juga berasa sedih kerana Pak Lah akan meninggalkan kerusi Perdana Menteri dan Presiden Parti UMNO. Semoga pengganti Pak Lah yang disebut-sebut iaitu Dato' Sri Najib Tun Razak akan lebih berjaya dan mengutamakan agenda serta kebajikan rakyat seterusnya membawa Malaysia ke mercu lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kes Anwar semakin sejuk, kes tumbuk pula yang panas...

Jika tiada insiden dua lelaki bertumbuk di depan pintu Mahkamah Sesyen Jenayah 1 di kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Selasa tiada yang menarik bagi petugas media yang hadir membuat liputan prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suasana kompleks mahkamah itu lengang, tiada kesukaran memakir kenderaan dan tiada anggota trafik mengawal lalu lintas seperti tiga prosiding sebelum ini.

Barangkali kerana mood raya atau sudah jemu, tiada orang ramai atau penyokong Ketua Pembangkang itu menunggu Anwar yang tiba ke mahkamah jam 9.43 pagi untuk mendengar keputusan hakim Mahkamah Sesyen sama ada memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Hanya kira-kira 15 penyokong setia Anwar menunggu dan menyambut ketibaan beliau. Selain itu hanya ada lebih kurang 20 jurugambar dan jurukamera dan kali ini mereka tidak perlu berasak-asak merakam gambar ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang tiba ditemani isteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Bagaimanapun sehingga jam 11.45 pagi, tiada keputusan dibuat Hakim S.M. Komathy Suppiah kerana peguam dan pendakwa raya terus berhujah mempertahankan kes masing-masing.

Peguam Anwar menjadikan kesahihan sijil yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) selain arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Abdul Gani tidak mencampuri kes liwat Anwar terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu.

Bagaimanapun, hakim berkenaan memutuskan yang ia mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan menentukan kesahihan sijil berkenaan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun.

Jika sabit kesalahan, penasihat PKR itu menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang juga memperuntukkan hukuman sebatan tetapi hanya terpakai kepada seseorang yang berumur bawah 50 tahun.

Sehingga prosiding ditangguhkan kira-kira jam 4 petang, belum ada keputusan mengenai kes itu yang akan disambung jam 11 pagi Rabu.

Anwar pada sidang media ketika ditanya ‘sambutan dingin’ diterimanya kali ini, memberi alasan beliau sedia maklum mengenainya kerana penyokongnya tahu hari ini hanya untuk mendengar keputusan oleh Hakim S.M Komathy. Bagaimanapun sehari sebelum itu laman web beliau telah menyeru para penyokong datang beramai-ramai ke mahkamah.

Dalam sidang media kali ini, Anwar nampak macam sudah ‘tekan brek’ bila ditanya mengenai rancangannya mengambil alih kerajaan dengan berharap ahli parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti setelah pelan 16 September tidak jadi kenyataan.

Sementara itu insiden tumbuk menumbuk berlaku antara dua lelaki,seorang pemimpin PKR dengan seorang petugas sebuah syarikat televisyen swasta pada jam 11.25 pagi. Kejadian berlaku berhampiran dengan pintu masuk kamar mahkamah sesyen yang mendengar kes Anwar itu dan mencetuskan sikit kekecohan. Para anggota polis di situ terus menahan kedua mereka. Bagaimana kes itu selesai apabila kedua mereka saling bermaafaan.

- 7/10/2008-
dipetik daripada Agenda Daily Online

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S : Rakyat dah semakin meluat dengan Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) sebenarnya. Ini kerana akibat daripada kegilaan kuasa BABI untuk menjadi PM, ekonomi Malaysia turut mengalami kemerosotan kerana pelabur asing kebanyakannya mengambil langkah tunggu dan lihat untuk melabur di Malaysia.

Namun sehingga hari ini kerajaan BN kekal memerintah dan Insya-Allah kerajaan BN akan terus memerintah kerana mendapat mandat yang sah daripada rakyat.

Bukan macam BABI yang kepingin menjadi PM melalui pintu belakang dan langsung tidak menghormati pilihan rakyat yang telah memilih BN sebagai kerajaan Malaysia yang sah.

Walaupun krisis ekonomi yang berlaku di Malaysia bersifat global, namun sedikit sebanyak ia juga berpunca daripada sikap pemimpin Pakatan Rakyat yang gila kuasa. Pelabur yang sudah serik di negara mereka tentunya akan lebih takut untuk melabur di Malaysia gara-gara kekacauan politik yang dicetuskan oleh BABI..

Sedarlah wahai BABI..tak malu ke Brother mintak jadi PM...

Tuesday, October 7, 2008

Banyak Kerja...

Salam Aidilfitri buat pengunjung blog Pemuda Malaysia. Saya minta maaf jika tidak mengupdate dan membalas komen saudara sekalian. Ini kerana saya dihambat kerja yang berlambak selepas seminggu cuti raya. Insya-Allah saya akan menulis artikel jika ada ksesmpatan di hari-hari yang mendatang...

Semoga saudara-saudara sekalian ceria di samping keluarga yang tersayang...

Wassalam..