Wednesday, October 8, 2008

Kes Anwar semakin sejuk, kes tumbuk pula yang panas...

Jika tiada insiden dua lelaki bertumbuk di depan pintu Mahkamah Sesyen Jenayah 1 di kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Selasa tiada yang menarik bagi petugas media yang hadir membuat liputan prosiding kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suasana kompleks mahkamah itu lengang, tiada kesukaran memakir kenderaan dan tiada anggota trafik mengawal lalu lintas seperti tiga prosiding sebelum ini.

Barangkali kerana mood raya atau sudah jemu, tiada orang ramai atau penyokong Ketua Pembangkang itu menunggu Anwar yang tiba ke mahkamah jam 9.43 pagi untuk mendengar keputusan hakim Mahkamah Sesyen sama ada memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Hanya kira-kira 15 penyokong setia Anwar menunggu dan menyambut ketibaan beliau. Selain itu hanya ada lebih kurang 20 jurugambar dan jurukamera dan kali ini mereka tidak perlu berasak-asak merakam gambar ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang tiba ditemani isteri, Datin Seri Wan Azizah Ismail.

Bagaimanapun sehingga jam 11.45 pagi, tiada keputusan dibuat Hakim S.M. Komathy Suppiah kerana peguam dan pendakwa raya terus berhujah mempertahankan kes masing-masing.

Peguam Anwar menjadikan kesahihan sijil yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang sedang disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) selain arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Abdul Gani tidak mencampuri kes liwat Anwar terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun lalu.

Bagaimanapun, hakim berkenaan memutuskan yang ia mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan menentukan kesahihan sijil berkenaan.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun.

Jika sabit kesalahan, penasihat PKR itu menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang juga memperuntukkan hukuman sebatan tetapi hanya terpakai kepada seseorang yang berumur bawah 50 tahun.

Sehingga prosiding ditangguhkan kira-kira jam 4 petang, belum ada keputusan mengenai kes itu yang akan disambung jam 11 pagi Rabu.

Anwar pada sidang media ketika ditanya ‘sambutan dingin’ diterimanya kali ini, memberi alasan beliau sedia maklum mengenainya kerana penyokongnya tahu hari ini hanya untuk mendengar keputusan oleh Hakim S.M Komathy. Bagaimanapun sehari sebelum itu laman web beliau telah menyeru para penyokong datang beramai-ramai ke mahkamah.

Dalam sidang media kali ini, Anwar nampak macam sudah ‘tekan brek’ bila ditanya mengenai rancangannya mengambil alih kerajaan dengan berharap ahli parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti setelah pelan 16 September tidak jadi kenyataan.

Sementara itu insiden tumbuk menumbuk berlaku antara dua lelaki,seorang pemimpin PKR dengan seorang petugas sebuah syarikat televisyen swasta pada jam 11.25 pagi. Kejadian berlaku berhampiran dengan pintu masuk kamar mahkamah sesyen yang mendengar kes Anwar itu dan mencetuskan sikit kekecohan. Para anggota polis di situ terus menahan kedua mereka. Bagaimana kes itu selesai apabila kedua mereka saling bermaafaan.

- 7/10/2008-
dipetik daripada Agenda Daily Online

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

P/S : Rakyat dah semakin meluat dengan Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) sebenarnya. Ini kerana akibat daripada kegilaan kuasa BABI untuk menjadi PM, ekonomi Malaysia turut mengalami kemerosotan kerana pelabur asing kebanyakannya mengambil langkah tunggu dan lihat untuk melabur di Malaysia.

Namun sehingga hari ini kerajaan BN kekal memerintah dan Insya-Allah kerajaan BN akan terus memerintah kerana mendapat mandat yang sah daripada rakyat.

Bukan macam BABI yang kepingin menjadi PM melalui pintu belakang dan langsung tidak menghormati pilihan rakyat yang telah memilih BN sebagai kerajaan Malaysia yang sah.

Walaupun krisis ekonomi yang berlaku di Malaysia bersifat global, namun sedikit sebanyak ia juga berpunca daripada sikap pemimpin Pakatan Rakyat yang gila kuasa. Pelabur yang sudah serik di negara mereka tentunya akan lebih takut untuk melabur di Malaysia gara-gara kekacauan politik yang dicetuskan oleh BABI..

Sedarlah wahai BABI..tak malu ke Brother mintak jadi PM...

7 comments:

sumandak bayu said...

Bro ANWAR ni saja nak tunjuk lagi muka simpati kepada rakyat MALAYSIA.....

sumandak bayu said...

Bro ANWAR ni saja nak tunjuk lagi muka simpati kepada rakyat MALAYSIA.....

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen cik saudari..

Malaysia akan lebih sengsara jika berada di bawah pemerintahan Anwar Al-Juburi kerana belum pun menjadi PM dah berlaku macam-macam kekecohan dalam negara..

Kalau jadi PM lagi hancus!!!

Anonymous said...

Cuba dulu baru tahu...dulu masa pak lah cam tu gak...macam bagus tapi hancur...cuba baca kenyataan Dr M di Berita Harian ni...Najib pun tak leh percaya..kes banyak woi ! Hidup Muhiddin...!Hidup Anwar...

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara anonymous..

kalau Muhyiddin mungkin saya boleh cuba..tapi kalu Anwar Al-Juburi saya tak nak cuba-cuba kerana Anwar pun bukan bersih sangat..

sumandak bayu said...

Kit dah cuba lah Bro dengan Bro ANWAR ni tapi ape sangat yang kita dapat mata wang kita sikit lagi merundum jatuh. IMF nak dimasukkan dalam negara kita, tempat perjudian semakin bertambah.

Nak buat ape lagi bagi dia peluang skarang ni pun dah bagi dia peluang capai jawatan PM tapi balik-balik tunda.....ape ni Bro....

Peluang dah bagi tapi tetap macam tu juga nasib dia.....kalo namanya rezeki takkan ke mana Bro tetap dalam tanggan....Yakin kepada Kuasa-NYA.

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudari sumandak bayu..

saya pun takkan sanggup berperdana menterikan si Anwar Al-juburi..

tak payah bagi peluang kedua kerana kita semua tahu apa agenda sebenar Anwar Al-juburi bila jadi PM!!!

Anwar Boleh BLah!!!