Thursday, October 30, 2008

Pecat Liow Tiong Lai!!!

Mutakhir ini terdapat beberapa pihak yang seolah-olah sengaja bertindak untuk memprovokasi kesabaran Bumiputera dan mempertikaikan semangat Fasal 152 dan Fasal 153yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Terbaru sekali, Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai, telah dilaporkan oleh pelbagai media perdana pada 28 Oktober 2008, sebagai telah meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing.

Liow juga dipetik sebagai berkata pada 27 Oktober 2008, bahawa “ekuiti perlu dibuka, berikan kelonggaran agar sesebuah syarikat itu berdaya maju dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang semakin meruncing.”

PERKASA amat kesal dengan kenyataan di atas. Ia adalah satu tindakan ekstrim oleh pihak yang seolah-olah buta sejarah, sengaja cuba memprovokasi perasaan Bumiputera seluruhnya, dan dengan terang-terang mempertikaikan Fasal-Fasal tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan itu juga hanya mencerminkan ketidakbijaksaan dan kedangkalan minda segelintir barisan kepimpinan baru MCA dalam memahami serta menghormati semangat Perlembagaan Persekutuan, terutamanya yang termaktub dalam Fasal 152 dan Fasal 153.

Oleh itu, PERKASA memberi amaran keras kepada pemimpin MCA terbabit dan pihak-pihak lain yang kini cuba menyemarakkan sentimen perkauman di kalangan rakyat Malaysia pelbagai keturunan, agama, budaya dan latarbelakang ekonomi, supaya jangan ulangi apa jua kenyataan atau tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan dan ketahanan nasional.

PERKASA juga mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memecatkan Liow daripada kabinet negara dengan seberapa segera. Mana-mana individu yang tergamak mempersoalkan semangat Fasal 152 dan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan tidak layak dan tidak boleh diizinkan berada dalam Jemaah Menteri Malaysia. Liow juga wajar dikenakan tindakan ini kerana beliau juga telah meminggirkan nasihat Majlis Raja-Raja Melayu mengenai kontrak sosial yang terkandung dalam satu kenyataan rasmi baru-baru ini.

Terima kasih.

Kenyataan Akhbar
Datuk Ruhanie Ahmad
Ketua Penerangan PERKASA
Dikeluarkan Pada 29 Oktober 2008

......................................................................................................

Dah 2 orang menteri dari kaum Cina yang bercakap perkara menyentuh hati orang Melayu. Datuk Liow Tiong Lai meminta ekuiti 30% bumiputera dihapuskan dan Datuk Tan Lian Hoe pula bercakap mengenai orang Melayu juga adalah pendatang di Tanah Melayu. Bagi saya, kenyataan ini sukar dimaafkan kerana apabila orang Melayu cakap sikit pasal orang Cina, mereka melenting dan meminta tindakan segera diambil terhadap orang Melayu tersebut. Padahal apa yang diucapkan oleh orang Melayu tersebut adalah fakta sejarah namun ia dimanipulasikan oleh sesetengah akhbar Cina.

Saya sokong kata-kata Tun Dr. Mahathir yang mengatakan bahawa jika orang Cina sibuk sangat sentuh hak orang Melayu, apa kata orang Melayu pula cakap pasal hak orang Cina mengenai 'jus soli' atau tahap kerakyatan. Jangan ingat orang Melayu tak ada perasaan. Orang Melayu banyak berkorban demi perpaduan kaum. Isu Datuk Tan Lian Hoe kata orang Melayu juga pendatang di Tanah Melayu, ada tak orang Melayu atau pemimpin Melayu yang mendesak sangat agar Tan Lian Hoe letak jawatan??? Rasanya isu ini dah senyap sikit. Tan Lian Hoe pun senyap juga sekarang. Tahu pun takut..

Jadi, kepada pemimpin Cina cakap biar berlapik sikit. Buat Datuk Liow Tiong Lai, anda sedar tak syarikat yang besar-besar di Malaysia milik siapa??? Milik orang Cina kan??? Individu terkaya di Malaysia mesti anda kenalkan???Kalau tak kenal saya nak beritahu anda, nama dia Tan Sri Robert Kuok, jutawan gula di Perlis.

Sekadar pesanan saya buat pemimpin dari golongan Cina. Orang Melayu memang terkenal dengan kesabaran mereka namun jangan sampai kesabaran mereka tercabar dan saya berdoa sangat agar tragedi 13 Mei tidak berulang lagi!!!

2 comments:

Anonymous said...

Liow Tiong Lai memang tak faham bahasa. Kan Majlis raja-Raja Melayu telah beri peringatan jangan diungkit hak-hak yang telah termaktub selama ini. Masih persoal juga, memang degil. Elok kuat kuasakan saja dengan hukuman. kalau tidak hal ini tidak akan selesai dan terus jadi mainan mereka yang berkepentingan. Elok ekuiti itu dinaikkan 100%, baru dia faham barangkali.

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara budiman..

saya setuju dengan komen saudara. namun orang Melayu masih ada sikap timbang rasa. untuk naikkan ekuiti 100% rasanya keterlaluan.

jadi, kita yang berada di bawah ini berharap sangat agar Pak Lah lebih tegas dengan menteri beliau dan ambil sahaja tindakan macam yang dibuat pada zaman Mahathir supaya menteri cina dan india ada rasa hormat kepada ketua mereka.