Friday, May 30, 2008

PENGAKUAN BEKAS SETIAUSAHA SULIT ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR 29 Mei - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menegaskan tindakannya menyertai UMNO bukan kerana hanya setakat hilang kepercayaan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi juga terhadap penasihat parti itu sendiri.

Beliau yang berkhidmat dengan Anwar ketika Penasihat PKR itu menjadi Menteri Kewangan, berkata, sebab itu apabila bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut kembali aktif dalam politik, beliau bertindak keluar daripada parti yang telah disertainya sejak dari awal penubuhannya lagi.

Bagaimanapun Anuar enggan mendedahkan sebab beliau hilang kepercayaan terhadap Anwar.

"Saya akan cuba mencari kepercayaan tersebut di dalam UMNO. Saya yakin dengan kepimpinan sekarang sebab itu saya masuk UMNO.

"Saya hanya mohon sebagai ahli biasa untuk berkhidmat kepada parti dan negara,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini hari ini.

Anuar juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua PKR Bahagian Permatang Pauh sebelum mengisytiharkan keluar PKR lebih setahun lalu.

Turut menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden UMNO ialah bekas Ketua Angkatan Muda PKR Kedah, Khairul Anuar Ramli.

Ketika ditanya mengenai persepsi bahawa pola kemasukan bekas pemimpin PKR ke dalam UMNO adalah kerana adanya ganjaran tertentu, Anuar berkata: ''Itu hanya persepsi. Sama sekali tidak ada (ganjaran). Kita masuk atas dasar kesedaran dan keinsafan.''

Sementara itu, Khairul Anuar berkata, keyakinannya terhadap Anwar hilang selepas berpeluang melihat sendiri tindak-tanduk Penasihat PKR itu.

"Sikap Anwar bercakap dengan DAP lain, dengan Pas lain, itu yang membuatkan saya hilang kepercayaan pada parti ini.

"Saya ingat PKR ini satu wadah bagi rakyat tetapi apabila saya mengalami sendiri dalam situasi tersebut, itu membuatkan saya hilang keyakinan ke atas pemimpin yang sebegitu rupa,'' jelasnya.

Sementara itu, kedua-dua bekas pemimpin PKR tersebut melahirkan keyakinan lebih ramai lagi ahli dan bekas ahli parti berkenaan akan menyertai UMNO.

Menurut Anuar, kemasukan itu akan berlaku sedikit demi sedikit sebelum ia bertukar sebagai gelombang tidak lama lagi.

''Saya lebih suka mereka masuk kerana kesedaran dan insaf, bukan kerana mengikut saya,'' ujarnya.

-Utusan Malaysia Online, 30 Mei 2008

Thursday, May 29, 2008

UMNO SEMAKIN KUKUH

Dua lagi bekas orang kanan PKR masuk UMNO29/05/2008 3:40pmKUALA LUMPUR 29 Mei

Dua lagi bekas orang kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen hari ini.Mereka ialah bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Menteri Kewangan, Anuar Shaari dan bekas Ketua Angkatan Muda PKR Kedah, Khairul Anuar Ramli. – Utusan.


Nampaknya PKR semakin goyah apabila dua lagi bekas orang kanan PKR telah mengikuti jejak langkah Ezam menyertai UMNO. Ini jelas menunjukkan satu perkembangan sihat dalam senario politik UMNO.Pemerhati menjangkakan akan lebih ramai lagi ahli-ahli PKR akan menyertai UMNO kerana UMNO memang sebuah parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu di samping menjadi tunjang kepada parti Barisan Nasional.Pemerhati akan cuba menyampaikan berita-berita terkini kepada para pembaca blog.

EZAM KEMBALI KE PANGKUAN UMNO

PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor ketika sidang media selepas menyerahkan borang keahlian ahli Umno di parlimen, semalam. - Gambar Rosdan Wahid
Langkah Bijak
Tindakan yang diambil oleh bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor menyertai UMNO adalah langkah tepat dan bijak. Ini membuktikan bahawa UMNO masih relevan dan semakin bertambah kuat dengan penyertaan Ezam ke dalam UMNO.
Ezam adalah orang kuat bekas TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ezam juga adalah antara pemimpin terawal yang menunjangi parti PKR semasa ia mula ditubuhkan. Mungkin Ezam sudah mula menyedari kepincangan dan pembohongan demi pembohongan yang berlaku di dalam PKR. Lalu beliau mengambil keputusan berani keluar daripada PKR tahun lepas dan bermuhasabah diri sebelum menyertai UMNO semalam.
Walaupun Presiden parti PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengulas mengenai keputusan Ezam menyertai UMNO tidak akan memberi apa-apa kesan kepada PKR, ternyata kenyataan yang diberikan hanya sekadar menyedapkan hati sendiri dan ahli parti PKR yang lain. Sebenarnya PKR sendiri semakin goyah di persada politik negara kerana kegagalan kerajaan negeri Selangor menunaikan janji-janji yang ditabur oleh mereka semasa PRU -12. Ini di ikuti aksi biadap dan tidak bersopan Ahli Parlimen Padang Serai (PKR) yang melakukan aksi bodoh dan memalukan Pakatan Rakyat di Parlimen dengan pergi ke arah Speaker dan membisikkan sesuatu. Tindakan ini secara tidak langsung memalukan diri sendiri dan parti. Ini juga menunjukkan bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kebanyakannya hanya calon tangkap muat dan menang akibat nasib dan bukan melalui kredibiliti atau kebijaksanaan peribadi.
Selain daripada itu, Penasihat PKR sendiri cuba menggunakan wang ringgit untuk menyogok wakil rakyat BN terutama di Sabah agar berpaling tadah dan menyertai Pakatan Rakyat membentuk kerajaan pusat yang baru. Bukankah tindakan ini dianggap amat memalukan serta menjatuhkan maruah PKR. Sudahlah Penasihat PKR sendiri pernah ditangkap dan dipenjarakan kerana kesalahan meliwat, kini semakin kuat pula desas-desus mengatakan Penasihat PKR menggunakan wang ringgit untuk memujuk wakil rakyat BN melompat parti. Jadi, tidak salah tindakan Ezam keluar parti dan membuat keputusan yang tepat dengan menyertai UMNO.
Saya menyeru kepada ahli-ahli PKR yang lain agar merenungi kembali masa depan anda bersama PKR atau Pakatan Rakyat yang langsung tidak memberi apa-apa kelebihan dan manfaat hidup kepada anda semua. PKR adalah parti yang semakin tidak relevan dan ini telah dibuktikan dengan penyertaan Ezam ke dalam UMNO. Ramai teman rapat Datuk Seri Anwar telah bertindak keluar PKR. Ini kerana mereka lebih rapat dengan Anwar dan tahu yang mana baik dan yang mana buruk. Buat ahli-ahli PKR peringkat akar umbi, anda semua mungkin tidak menyedari agenda peribadi pemimpin atasan PKR. Jadi, fikirlah masak-masak dan buatlah keputusan yang bijak seperti mana yang dilakukan oleh Ezam dan Datuk S. Nallakaruppan.
Penyertaan ahli-ahli PKR ke dalam UMNO amat dialu-alukan. Cuma anda semua mungkin tidak akan dipujuk dengan wang ringgit seperti yang cuba dilaksanakan pemimpin-pemimpin PKR anda kerana UMNO adalah parti keramat yang tetap berbisa bersesuaian dengan motto " BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT"

KERAJAAN ATASI MASALAH PETROL DAN DIESEL

Dua Harga Jual Petrol, Diesel

Sistem berperingkat pastikan rakyat nikmati subsidi, warga asing beli ikut pasaran


KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin melaksanakan sistem harga berperingkat bagi petrol dan diesel untuk kenderaan yang didaftarkan di negara ini serta negara asing, dalam usaha memastikan subsidi yang diberikan hanya dinikmati rakyat tempatan.

Melalui sistem harga berperingkat itu, semua pemilik kenderaan yang didaftarkan di luar negara perlu membeli petrol atau diesel mengikut harga pasaran dunia jika memasuki negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata pelaksanaan langkah itu dapat membantu memastikan hanya rakyat tempatan menikmati subsidi minyak yang diberikan kerajaan, manakala kenderaan asing dikehendaki membayar harga penuh (mengikut pasaran semasa).

"Mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini (esok) akan membincangkan cadangan supaya kenderaan asing yang mengisi minyak dan petrol dikenakan bayaran mengikut harga pasaran," katanya selepas menerima borang keahlian Umno bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor, di pejabatnya di bangunan Parlimen, semalam.

Isnin lalu, kerajaan memutuskan supaya semua stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 50 kilometer (km) dari sempadan negara tidak lagi dibenarkan menjual petrol atau diesel kepada kenderaan yang didaftarkan di luar negara, mulai esok.

Larangan itu membabitkan semua stesen minyak dalam lingkungan jarak 30 hingga 50km dari sempadan Malaysia-Thailand di Perlis, Kedah, utara Perak dan Kelantan serta Malaysia-Singapura iaitu di beberapa daerah di Johor termasuk Kulai dan Johor Bahru.

Arahan bertulis mengenai larangan itu, yang dibuat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 akan dikeluarkan kepada kira-kira 200 hingga 300 pemilik stesen minyak di kawasan berkenaan, dalam masa terdekat.

Abdullah berkata, jika cadangan untuk melaksanakan sistem harga berperingkat itu dipersetujui mesyuarat Kabinet, maka kenderaan asing yang mengisi minyak di negara ini perlu membayar mengikut harga penuh.

"Tunggulah Jumaat (esok) ini (untuk pengumuman)... jika penguatkuasaannya diumumkan, semua pihak perlu ikut peraturan baru itu," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga mungkin mempertimbangkan supaya harga jualan petrol dan diesel untuk rakyat tempatan ditentukan berdasarkan kemampuan seseorang atau mengikut kapasiti enjin kenderaan mereka.

Difahamkan, cadangan berkenaan ialah antara perkara yang dibincang oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Inflasi yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam beberapa mesyuaratnya sebelum ini.

Abdullah berkata, semua cadangan itu adalah sebahagian usaha untuk membendung pengaliran keluar subsidi minyak yang diberikan kerajaan bagi meringankan beban rakyat negara ini serta mencegah penyeludupan.

"Minyak kita murah, jadi biarlah ia digunakan oleh rakyat kita dan bukan digunakan oleh orang tertentu untuk buat keuntungan. Minyak kita pun bukan banyak sangat, ada pula orang nak bawa keluar untuk buat untung... ini tak boleh.

"Minyak itu pula dibeli oleh orang yang bukan dari negara kita, sama ada dari Singapura atau Thailand. Jadi dia kena bayar harga penuh bila beli minyak dan cara yang baik ialah jika tak jual kepada mereka," katanya.

Semalam, Najib dilaporkan sebagai berkata, kerajaan dijangka mengumumkan beberapa langkah bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap rakyat dan ekonomi negara selepas mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini
.

dipetik daripada Akhbar Berita Harian, 29 Mei 2008

Cadangan kerajaan untuk melaksanakan harga petrol dan diesel yang berlainan mengikut harga pasaran kepada kenderaan milik warga asing adalah satu cadangan yang bernas dan saya amat bersetuju dengan langkah kerajaan. Ini kerana, negara kita kerap dikunjungi oleh kenderaan asing daripada Thailand dan Singapura yang membeli petrol dan diesel lalu membawa masuk ke negara mereka kerana harga petrol dan diesel di Malaysia jauh lebih murah berbanding di negara mereka.

Sepatutnya langkah ini perlu dilaksanakan sejak dahulu lagi agar dapat memastikan hanya kenderaan milik warga Malaysia sahaja yang menikmati subsidi petrol dan diesel yang diberikan oleh kerajaan. Warga asing terutama daripada Singapura amat biadap dan tidak berhemah apabila memasuki Malaysia dan memandu dengan agak laju serta berbahaya di jalan raya negara kita. Kita harus mengajar warga asing yang biadap ini dengan mengenakan harga petrol mengikut harga pasaran dan memastikan hanya rakyat Malaysia sahaja yang benar-benar layak menikmati harga petrol dan diesel yang telah di subsidi.

Saya juga ingin mencadangkan kepada kerajaan, jika ingin membeli petrol ataupun diesel pengguna perlu menunjukkan MYKAD masing-masing, melihat kapasiti enjin sesebuah kereta serta memastikan no. plat kenderaan didaftarkan di Malaysia. Jika cadangan ini dipersetujui, dijangka semua rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol dan diesel pada kadar yang berpatutan.

Wednesday, May 28, 2008

PAS MULA KETEPIKAN PAKATAN RAKYAT TUBUH KERAJAAN

Oleh: fcranell

Torashah

Bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal. Itulah Pas dengan gaya terkini mereka. Gara-gara bekas mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad mengumumkan untuk berundur keluar dari UMNO, seolah-olah ianya memberi satu rahmat kepada Pakatan Rakyat terutamanya Pas.

Mereka mula memasang angan-angan untuk menubuhkan kerajaan baru jika Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO tumbang. Mereka berharap UMNO akan terus bergolak dengan masalah dalaman mereka.

Ditambah lagi dengan pengunduran Tun Dr.Mahathir, mereka melihat UMNO retak menunggu rebah.

Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan yang Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip “kontrak sosial” sekiranya mereka dapat mengambil alih tempat BN untuk memerintah negara.

Beliau menegaskan pendirian itu berasaskan kepada “kontrak sosial” yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.

Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi. Tetapi tidak berani pula menyebut untuk menubuhkan Negara Islam Pas.

Katanya, Pas akan terus mempertahankan kontrak sosial yang diasaskan semasa negara merdeka, Islam serta bahasa Melayu di samping masalah perpaduan rakyat pelbagai kaum mesti diselesaikan dengan adil dan bukan secara perkauman.

Pelik tapi benar. Sejak bila pula Presiden Pas itu pandai berbicara tentang kontrak sosial?

Asas pembentukan negara ini berpaksikan kepada kontrak sosial seperti bahasa kebangsaan sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumi dijamin oleh perlembagaan, serta kerjasama parti-parti politik antara kaum-kaum terbesar melalui gagasan BN serta adanya pengiktirafan terhadap DPK dan DEB oleh pelbagai kaum semasa pembentukannya dahulu.

Adakah rakyat masih ingat semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu.

Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004.

Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi.

Ia (hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum". Itu bagi Pas dan bagaimana pula dengan rakan sepejuangan dalam Pakatan Rakyat.

Di manakah cita-cita Pas hendak menubuhkan Negara Islam ala-Pas seperti mana yang terkandung didalam manifesto pilihanraya umum 2004.

Apakah Pas takut disergah oleh “abang besar” iaitu DAP sehingga sanggup mengugurkan penubuhan negara Islam dalam manifesto piliharaya 2008 yang lalu.

Sepertimana yang kita tahu Pas dan PKR sanggup perjudikan matlamat perjuangan masing-masing semata-mata mahu bergabung dengan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat.

Manakala DAP semata-mata ingin menangguk peluang keemasan di atas kebebalan segelintir orang Melayu, sanggup terima Pas dan PKR dalam Pakatan Rakyat untuk menghancur dan memecahbelahkan undi orang Melayu pada PRU-12 yang lepas.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan tiada lagi Ketuanan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman pada 14 April 2008. Ketuanan Rakyat yang disebut semasa Black 14. Apakah ini petanda Hari yang "black" juga untuk orang Melayu dalam PKR dan Pas?

Bukankah Anwar yang hendak menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat? Kenapa Hadi Awang beria-ria benar mengeluarkan kenyataan? Atau Hadi Awang juga menyimpan cita-cita hendak menjadi Perdana Menteri dalam diam-diam?

Hadi Awang nampaknya telah mengubah haluan dan menerima kontrak sosial yang dipersetujui bersama oleh pemimpin-pemimpin Perikatan dahulu. Suatu masa dulu, Hadi Awang dengan begitu keras sekali memfatwakan bahawa adalah kafir bekerjasama dengan kaum-kaum lain yang bukan Islam.

Apakah DAP akan bersetuju dengan pandangan Hadi Awang ini? Nampaknya Lim Kit Siang seakan bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri pilihan kerajaan Anwar, berbanding Hadi Awang.

Ini kerana DAP sudah menguasai tiga buah negeri iaitu Penang, Perak dan Selangor berbanding Pas yang hanya dapat dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah.

Dari segi hasil dan kekayaan, DAP melebihi PAS. Tentunya Kit Siang akan menjadi pilihan Anwar.

Atas faktor perpaduan, kekayaan dan pengaruh berbilang bangsa, Anwar pastinya akan mengenepikan Hadi Awang. Lihatlah bagaimana Anwar membela Karpal Singh dalam isu mempertikaikan keputusan Sultan Perak mengenai Pengarah Jabatan Agama Islam Perak.

Sayugia diingatkan bahawa perpaduan di dalam UMNO masih kekal tetap utuh dari dulu, kini dan selamanya. Hampir 95 peratus ahli Parlimen UMNO mengisytihar memberi sokongan padu kepada Presiden UMNO. Tak payahlah Hadi Awang risau.

Tindakan Tun Dr. Mahathir mungkin mendatangkan kesannya jika separuh ahli Kabinet daripada UMNO meletakkan jawatan masing-masing. Hal ini tidak berlaku.

Walaupun di kalangan ahli UMNO ada yang suka dan tidak suka kepada kepimpinan seseorang, tetapi untuk bertindak keluar daripada parti yang berusia 62 tahun itu nampaknya sukar.

Masih ramai ahli UMNO yang berada di barisan akar umbi yang tetap melahirkan kemarahan di atas sikap pucuk pimpinan parti atas beberapa isu dan perkara, tetapi mereka masih waras untuk terus bersama UMNO walaupun golongan ini tidak bijaksana dan terbilang.

Yang pasti ahli UMNO tulen dan setia kepada parti tidak mudah untuk dipujuk rayu untuk sama-sama keluar parti. Walaupun sering berbeza pendapat, masih ramai ahli UMNO yang memegang cogan kata parti keramat orang Melayu ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’.

Jadi nasihat untuk Hadi Awang, lupakanlah buat sementara hasrat untuk mengambil alih kepimpinan Barasan Nasional buat masa ini. Tunggulah sehingga PRU yang ke-13 nanti. Itupun jika masih berhasrat lagi.

Orang UMNO sendiri sudah cukup matang dan sebarang krisis timbul seperti yang pernah berlaku sebelum ini, berjaya diselesaikan dengan ‘cara UMNO’. Tidak payahlah jadi macam Karpal Singh yang suka menjaga tepi kain orang.

Buat masa ini carilah fatwa-fatwa yang bersesuaian untuk meredakan kemarahan rakyat negeri Selangor.

Kalau tidak pun rajin-rajinlah buat banyak ceramah-ceramah perdana dengan harapan kutipan dapat didermakan kepada Menteri Besar Selangor yang tengah pening kepala sekarang bagi memenuhi janji-janji Pakatan Rakyat semasa PRU ke-12 yang lalu. Itu yang lebih penting.

KERAJAAN NEGERI TERLALU ANGKUH - DR. KHIR

SHAH ALAM 27 Mei - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini menyifatkan kenyataan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Ali semalam yang mengharamkan sebarang program Islam Hadhari di negeri itu sebagai angkuh dan sombong.

Beliau berkata, kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor itu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang kononnya memperjuangkan Islam kerana Islam Hadhari merupakan satu konsep yang digunakan oleh Kerajaan Pusat untuk meningkatkan kualiti umat Islam di negara ini termasuk di Selangor.

Bekas Menteri Besar Selangor itu menegaskan, Islam Hadhari bukan satu ajaran Islam baru, tetapi ia sebagai salah satu pendekatan untuk memurnikan agama itu dan telah diakui serta diterima pakai oleh negara-negara Islam lain.

''Saya anggap dia (Hassan) tidak faham atau- pun sengaja buat-buat tidak faham dengan konsep Islam Hadhari ini kerana pelaksanaannya langsung tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Mungkin dia berfikiran demikian kerana konsep ini dibuat oleh Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN),'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Hassan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam yang mengharamkan semua program Islam Hadhari di negeri itu.

Mohamad Khir berkata, kerajaan negeri hari ini seakan-akan lupa peranan Kerajaan Pusat dalam pentadbiran negara ini.

''Cara mereka memerintah seperti mereka bukannya sebahagian daripada negara ini. Malah, mereka hari ini dilihat terlalu angkuh dan sikap seperti inilah yang kita kesalkan,'' katanya.

MemperjuangkanDalam pada itu, Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang turut mempersoalkan, sekiranya Pas mahu memperjuangkan ajaran Islam sebenar di Selangor, kenapa pemimpin parti itu termasuk Hassan tidak menutup terus kilang arak dan ladang babi di negeri itu.

Katanya, perkara itu telah dicanang oleh me- reka ketika kempen pilihan raya umum lalu.

Sebaliknya, mereka membiarkan sahaja kilang arak dan ladang babi setelah berjaya me- menangi pilihan raya dan membentuk kerajaan negeri di Selangor bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

''Mereka (Pas) tak tutup kilang arak dan ladang babi seperti mereka janjikan kepada rakyat sebelum ini kerana kedua-dua perkara itu diharamkan dalam Islam.

''Sebaliknya, mereka hari ini haramkan Islam Hadhari yang merupakan salah satu usaha yang diterapkan untuk pembangunan umat Islam,'' jelasnya.

Dalam pada itu, bekas Exco Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat negeri, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, sepatutnya kerajaan negeri tidak menganggap bahawa konsep Islam Hadhari itu sebagai satu unsur yang boleh merosakkan akidah, perpecahan dan pelbagai perkara negatif lain ke atas umat Islam.

''Mereka haramkan Islam Hadhari yang kononnya menyesatkan umat Islam. Tetapi, mereka tidak tumpukan kepada ancaman sebenar iaitu ajaran sesat yang semakin berleluasa di negeri ini,'' katanya.

Malah, tambahnya, ancaman sedemikian termasuk peningkatan aktiviti penceramah tidak mempunyai tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selain tidak melaksanakan arahan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang sebarang aktiviti politik di masjid dan surau di negeri itu.

''Ini yang berlaku pada hari ini, kerajaan negeri memberi penumpuan yang tidak kena pada tempatnya. Ini yang akan menjadi masalah kepada perpaduan umat Islam negeri ini pada masa depan sekiranya kerajaan negeri terus bersikap seperti ini,'' ujarnya.

dipetik daripada blog Aspirasi Bangsa.

PERANAN DEWAN NEGARA SAMA PENTING

Senator Dato' Musa Hj. Sheikh Fadzir meminta Kementerian Penerangan memainkan peranan dengan lebih terbuka dengan tidak meminggirkan Dewan Negara kerana beliau menganggap Dewan Negara mempunyai fungsi yang sama penting dengan Dewan Rakyat.

Rakyat hari ini kurang memahami fungsi sebenar Parlimen di mana Parlimen bukan sahaja ada Dewan Rakyat sebaliknya Dewan Negara turut terletak di dalam Parlimen Malaysia. Senator Dato' Musa meminta RTM di bawah Kementerian Penerangan menjalankan tanggungjawab memberi penerangan kepada rakyat serta jika boleh sidang Dewan Negara juga harus disiarkan secara langsung supaya rakyat memahami isu-isu yang dibawa oleh Ahli Dewan Negara.

Fungsi Dewan Negara yang diduduki oleh para Senator secara tidak langsung akan membantu kerajaan pusat menjelaskan mengenai isu-isu tertentu yang selama ini menjadi mainan politik parti pembangkang. Jadi, parti pembangkang dapat mengambil kesempatan yang ada akibat kekurangan penerangan oleh RTM dan telah menyebabkan rakyat tertipu dengan dakyah pembangkang yang akhirnya mereka akan mengundi parti pembangkang. Kesannya dapat dilihat melalui PRU-12 baru-baru ini.

Jadi, peranan RTM sebagai pusat penyebaran maklumat harus dimainkan semaksimum yang mungkin kerana trend rakyat masa kini lebih cenderung mencari maklumat melalui internet dan blog-blog tempatan. Kita harus sedar bahawa blog-blog yang wujud hari ini kebanyakannya tidak memberi maklumat yang tepat dan banyak menyebelahi parti pembangkang. RTM seharusnya mengurangkan rancangan berbentuk hiburan yang dicedok atau diimport dari luar sebaliknya mengutamakan rancangan hiburan berbentuk tempatan dan memberi ruang yang lebih dengan menyiarkan rancangan berbentuk pengetahuan dan maklumat kepada rakyat.

BERSAMBUNG KEMBALI

Salam sejahtera kepada semua sahabat.

Terima kasih kerana sudi melayari dan memberi komen di dalam blog saya. Saya amat menghargai segala sokongan yang diberi oleh semua sahabat.

Saya akan sentiasa cuba memaparkan berita serta cerita terkini di mana saya berharap akan dapat memberi gambaran sebenar mengenai keihlasan kerajaan Pusat mentadbir Malaysia demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Semoga sahabat-sahabat terhibur melayari blog saya.

Sekian, terima kasih.

Thursday, May 22, 2008

MP KULIM BANDAR BHARU DITEGUR

MP Kulim Bandar Bharu asyik mencari kesalahan kerajaan dan memutarbelitkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi. Beliau juga selalu mengganggu ucapan penggulungan Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi dengan berbagai-bagai penjelasan dan soalan-soalan yang remeh.

Gelagat yang ditunjukkan oleh MP Kulim Bandar Bharu akhirnya mendapat teguran daripada Tuan Yang di Pertua dengan mengatakan kepada MP Kulim Bandar Bharu patutlah banyak kes tertunggak dan tidak dapat diselesaikan di mahkamah syariah. Ini kerana MP Kulim Bandar Bharu sendiri sebagai Peguam Syarie tetapi telah menunjukkan tingkah laku dan gelagat yang agak menjengkelkan dan langsung tidak mahu mendengar nasihat serta teguran daripada Tuan Yang di Pertua yang meminta MP Kulim Bandar Bharu duduk dan memberi peluang kepada Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi menjawab soalan daripada MP lain.

Agaknya, jika ramai peguam syarie seperti MP Kulim Bandar Bharu mesti banyak kes-kes tidak dapat diselesaikan di mahkamah syariah kerana peguam sendiri tidak menghormati Hakim dan ini dapat dilihat melalui perilaku dan gelagat MP Kulim Bandar Bharu yang langsung tidak menghormati Tuan Yang di Pertua selaku Pengerusi Mesyuarat di Dewan Rakyat.

ISU DAKWAT KEKAL, SIAPA KELIRU?

Ramai MP-MP pembangkang ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan, mengapa SPR memutuskan untuk tidak menggunakan dakwat kekal dalam PRU-12 yang lalu, walaupun pengumuman telah dibuat lebih awal bahawa dakwat kekal akan digunakan dan dakwat kekal telah pun dibeli.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan bahawa kerajaan bersetuju dengan SPR supaya penggunaan dakwat kekal tidak digunakan berdasarkan nasihat daripada Peguam Negara. Menurut Peguam Negara, seorang pemilih berhak untuk mengundi menurut Perlembagaan Persekutuan. Mengundi adalah hak asasi seorang pemilih. Kerajaan hanya membela hak asasi seorang pemilih untuk mengundi dalam pilihanraya.

Kerajaan langsung tidak berniat untuk menggunakan dakwat kekal demi kepentingan kerajaan. Penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kurang diterima oleh MP-MP barisan pembangkang malah mereka mendakwa jawapan Datuk Seri Nazri Aziz telah mengelirukan Dewan. Tambahan pula, MP Bukit Gelugor mendakwa Menteri telah mengelirukan Dewan dan dengan itu meminta Tuan Yang Di Pertua merujuk Menteri untuk dihadapkan ke 'select community' namun Tuan Yang di Pertua telah menolak dakwaan MP Bukit Gelugor.

Dengan ini jelas menunjukkan MP-MP barisan pembangkang hanya mencari kesalahan kerajaan malah menonjolkan kerajaan sebagai sebuah badan yang tidak mementingkan kepentingan awam di kaca mata rakyat. Ini merupakan satu strategi MP-MP pembangkang untuk meraih sokongan politik daripada rakyat.

Penjelasan yang diberi panjang lebar oleh Datuk Seri Nazri Aziz telah ditafsirkan sebagai mengelirukan Dewan oleh MP-MP barisan pembangkang. Namun, apa yang jelas MP-MP barisan pembangkang tidak langsung menumpukan perhatian terhadap jawapan dan penjelasan daripada menteri terbabit kerana MP-MP barisan pembangkang asyik keluar masuk Dewan. Siapa yang keliru sebenarnya?

PEGUAM NEGARA TIDAK PILIH KASIH

MP Padang Serai meminta penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, apakah asas-asas yang diambil kira oleh Peguam Negara dalam menentukan kadar jaminan di mahkamah? Sebagai contoh, Peguam Negara menentukan Rm 50 ribu sebagai jaminan dalam kes perbicaraan pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar. Perkara ini menjadi bahan jenaka di kalangan orang awam.

Datuk Seri Nazri Aziz menjawab bahawa Peguam Negara adalah bebas dalam konteks menjalankan tugas-tugas beliau sebagai Ketua Pendakwa. Peguam Negara juga bebas memilih kes-kes yang beliau rasa mempunyai kepentingan awam atau 'public interest'. Selain daripada itu, Peguam Negara jga bebas menentukan kadar jaminan bagi kes-kes tertentu.

Justeru itu, tidak timbul persoalan mengenai Peguam Negara bersifat 'selective' atau 'malicious prosecution'. Kebelakangan ini MP-MP sering menegur dan membangkitkan kuasa Peguam Negara. Masalah ini yang menyebabkan Peguam Negara tidak boleh diletakkan di bawah kuasa Parlimen.

BERSAMA MEMBANTU TANGANI GEJALA RASUAH

MP Ipoh Timur mendakwa bahawa Indeks Rasuah di Malaysia kian merosot. Ini menunjukkan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan tidak berkesan. Menurut beliau, rasuah semakin menjadi-jadi kerana kekayaan seseorang yang menjawat jawatan penting dalam kerajaan tidak 'proportionate' dengan pendapatannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menjelaskan bahawa kerajaan memang sedar dan sentiasa mengikuti laporan-laporan yang berkaitan dengan indeks rasuah di Malaysia yang dibuat oleh 'International Transperancy Index'.

Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah yang menjurus kepada pengurangan jenayah rasuah di Malaysia. Sehubungan ini, Datuk Seri Nazri Aziz meminta MP Ipoh Timur tidak hanya bercakap kosong sahaja sebaliknya hendaklah berlandaskan fakta atau cadangan yang dapat membantu kerajaan.

PENJELASAN BERNAS DARIPADA MENTERI PENERANGAN

Menteri Penerangan telah menyampaikan ucapan penggulungan yang cukup bernas dan menepati segala aspek jawapan yang telah dibangkitkan oleh MP-MP di dalam Dewan.

Penjelasan pertama yang dijawab oleh Menteri Penerangan adalah mengenai blog dan beliau mengatakan bahawa blog adalah satu medium kewartawanan rakyat. Namun adalah
tidak wajar untuk kerajaan membuat satu kursus kepada penulis-penulis blog kerana sebagai kerajaan yang bebas daripada aspek media, penulis blog bebas menyampaikan apa jua maklumat selagi ia tidak menjurus kepada tujuan yang salah di mana boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan berdasarkan kepada peruntukan perundangan yang sedia ada.

Untuk menjadi sebuah kerajaan yang adil dan bebas terhadap media, kerajaan telah membelanjakan berbilion-bilion ringgit sebagai tujuan penyampaian maklumat kepada rakyat dengan lebih cepat dan luas. Ini dapat dilihat melalui kepesatan teknologi internet seperti penggunaan broadband atau jalur lebar yang sentiasa dipertingkatkan tahap kecekapannya. Selain itu, sebagai sebuah Kementerian yang terlibat secara langsung dalam penyampaian maklumat dan dasar-dasar kerajaan, jabatan serta agensi yang bernaung di bawah Kementerian Penerangan akan sentiasa memastikan rakyat dapat mengetahui dasar-dasar, maklumat, serta berita penting yang melibatkan kepentingan awam sepantas dan setepat yang mungkin melalui RTM.

Namun, MP Wangsa Maju masih tidak percaya kepada jawapan yang diberikan oleh Menteri Penerangan dengan menuduh kerajaan tidak berlaku adil kepada golongan media dan tiada kebebasan media di Malaysia. MP Wangsa Maju menyifatkan akibat ketidakadilan kerajaan terhadap media telah meyebabkan terhasilnya media alternatif seperti blog. Tuduhan ini disangkal oleh Menteri Penerangan dengan penuh bernas dan meyakinkan Dewan. Menteri Penerangan mengatakan bahawa Malaysia adalah di antara negara di dunia yang mempunyai kebebasan media yang tinggi berdasarkan kepada keputusan kajian yang dikeluarkan oleh salah sebuah badan bebas antarabangsa. Mengenai pertumbuhan pesat blog-blog di Malaysia, ia sudah menjadi satu 'trend' bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh pelusuk dunia. Jadi, tidak timbul isu kebebasan media disekat oleh kerajaan.

MP Subang cuba mencelah di dalam penggulungan perbahasan Menteri Penerangan. MP Subang masih memberikan pendapat yang menyokong MP Wangsa Maju di mana beliau mengatakan bahawa kelahiran blog-blog baru di Malaysia terlalu tinggi akibat daripada sekatan kerajaan kepada pihak media. MP Subang memberi contoh Malaysia adalah sama dengan negara Iran dan China yang mengamalkan pendekatan menyekat kebebasan media. MP Subang juga menuduh kerajaan terlewat dalam usaha menyediakan kemudahan broadband namun usaha ini amat dialu-alukan. MP Subang juga meminta kerajaan menimbangkan jika dapat mengadakan liputan sidang Parlimen melalui internet kerana kerajaan negeri Selangor sudah melaksanakan pendekatan ke arah itu.

Ternyata Menteri Penerangan tidak mudah menggelabah dan putus idea terhadap tuduhan MP Subang kerana jawapan yang diberikan oleh menteri telah dapat merungkai tuduhan tidak berasas MP Subang dan MP Wangsa Maju. Namun, menteri tetap melayan dan menjawab tuduhan tidak berfakta daripada MP Subang. Menteri telah menjawab dengan penuh fakta di mana kerajaan tidak pernah menyekat sebarang maklumat daripada internet. Ini tidak seperti China yang menyekat kebebasan internet. Jadi Malaysia tidak boleh disamakan dengan negara China. Malaysia juga tiada undang-undang ketat mengenai internet dan Malaysia amat bebas daripada segi pengawalan sebarang maklumat daripada internet. Untuk membuktikan kerajaan bebas terhadap media dan internet adalah melalui penambahbaikan teknologi broadband dan ini dapat memastikan setiap rakyat boleh mengakses kepada internet pada bila-bila masa. Mengenai liputan sidang Parlimen di internet, beliau memaklumkan bahawa kerajaan negeri Terengganu sudah lama mengadakan sidang Dun melalui internet dan perkara ini telah lama dilaksanakan. Namun, beliau menjelaskan jika ingin mengadakan sidang Parlimen melalui internet perlu mendapat persetujuan Parlimen.

MP Wangsa Maju masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Penerangan dan bangun lalu menuduh media cetak terutamanya akhbar nasional dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan Barisan Nasional. Beliau mempersoalkan bagaimana kebebasan media yang dimaksudkan oleh Menteri Penerangan. MP Batu Kawan turut mencelah dengan mengatakan undang-undang mengenai media yang telah digubal menyebabkan pertumbuhan banyak blog-blog baru di Malaysia dan ini akan menjadikan cabaran baru kepada undang-undang apabila banyak blog baru muncul akhir-akhir ini.

Menteri Penerangan menjawab dua persoalan yang dibangkitkan oleh MP Wangsa Maju dan MP Batu Kawan. Beliau memberi penjelasan mengenai 'maklumat' yang boleh diberi persamaan seperti 'makanan'. Makanan diberi kepada pertumbuhan fizikal manakala maklumat pula diberi sebagai pertumbuhan kepada minda. Jika makanan yang dimakan mengandungi racun, bagaimana dengan pertumbuhan fizikal seseorang? Tidakkah ini akan menyebabkan badan atau fizikal seseorang yang memakan makanan beracun menjadi lemah, sakit dan akhirnya akan menemui ajal. Begitu juga yang dimaksudkan dengan maklumat. Jika maklumat tidak ditapis dengan baik dan teliti, beliau khuatir rakyat akan mengalami pertumbuhan minda yang lemah kerana penyaluran maklumat yang tidak tepat dan terpesong. Jadi, kerajaan beranggapan bahawa maklumat perlu juga diuruskan dengan sempurna untuk memastikan hanya maklumat yang berkualiti dan tepat disampaikan kepada rakyat untuk pertumbuhan minda yang cemerlang. Menteri Penerangan juga memberitahu kepada Dewan, MP Rembau telah membangkitkan cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Media dan cadangan ini akan dibincangkan serta diperhalusi di dalam mesyuarat kabinet.

Menteri Penerangan turut disoal oleh MP Kubang Kerian mengenai paparan berita untuk pembangkang amat sedikit peratusan yang disiarkan. Selain itu, MP Kubang Kerian turut meminta penjelasan kepada menteri kenapa tidak diambil contoh kebebasan media daripada Barat yang diakui amat bebas seperti Findland, Sweeden dan Amerika Syarikat. MP Kubang Kerian berpendapat untuk membangunkan modal insan melalui media yang bebas, Malaysia perlu mencontohi negara-negara yang disebutkan oleh MP Kubang Kerian.

Menteri menyelar pendapat yang diberikan oleh MP Kubang Kerian dengan mengucapkan syabas kepada MP Kubang Kerian kerana sanggup menjadikan negara Barat seperti Findland dan Sweeden sebagai 'role model' untuk kebebasan media. Tidakkah MP Kubang Kerian lupa mengenai kontroversi filem 'Fitna' yang menghina agama Islam datangnya daripada negara Barat? Hari ini pula MP Kubang Kerian telah meminta Malaysia mencontohi negara Barat dalam melahirkan modal insan melaui kebebasan media.

MP Batu Pahat menyokong hujah dan pendapat yang diberikan oleh Menteri Penerangan. Beliau berpendapat jika media itu sendiri tidak jujur dan 'transparent' dalam penyampaian maklumat atau sesuatu berita ia tidak akan jadi bermakna juga. Banyak berlaku kes saman malu disebabkan media menyalahgunakan kebebasan yang diberikan oleh kerajaan. MP Batu Pahat turut memberikan contoh kepada Dewan mengenai sikap akhbar Harakah yang langsung tidak mengkritik kerajaan negeri Kelantan walhal kerajaan negeri Kelantan dilihat gagal dalam membela nasib rakyat dan membina infrastruktur serta prasarana untuk rakyat Kelantan. Sebaliknya, akhbar Harakah hanya tahu mencari kesalahan kerajaan pusat dan menimbulkan cerita serta berita yang kurang bertanggungjawab dan langsung tidak bermutu.

Menteri Penerangan menyentuh pula mengenai rancangan siaran langsung selama setengah jam sidang Dewan Rakyat. Beliau berpuas hati dengan sambutan yang diterima oleh seluruh rakyat di mana rating penonton menunjukkan satu pencapaian yang baik. Boleh dikatakan semenjak hari pertama sidang Dewan Rakyat disiarkan secara langsung, rating yang diperolehi adalah di antara 240 ribu sehingga 300 ribu penonton setiap hari. Ini adalah satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh RTM kerana program tersebut telah disiarkan pada waktu pagi. Menteri juga ingin mengucapkan tahniah serta penghargaan kepada Tuan Yang Di Pertua kerana bijaksana dan berlaku adil serta telah berjaya melaksanakan tanggungjawab dalam mengawal dan memastikan sidang Dewan berjalan dengan lancar.

MP Bukit Bendera mengusulkan kepada Dewan mengenai jangka masa siaran langsung sidang Dewan selama setengah jam dilanjutkan kepada satu jam setengah. MP Bukit Bendera juga menyokong penubuhan satu jawatankuasa mengkaji keberkesanan siaran langsung sidang Parlimen.

Menteri menjawab usul yang dikemukakan oleh MP Bukit Bendera di mana jangka masa siaran langsung sidang Dewan akan dikaji secara mendalam untuk memastikan rakyat benar-benar suka atau tidak kepada tempoh masa siaran langsung sidang Dewan. Untuk makluman Dewan, Menteri Penerangan menjelaskan bahawa tempoh masa setengah jam adalah tempoh percubaan dan jika ia mendapat sambutan yang baik daripada lapisan masyarakat, kemungkinan tempoh masa rancangan ini akan dipanjangkan. Menteri tidak mahu mengambil
keputusan drastik dalam melaksanakan pemanjangan tempoh masa sidang Parlimen kerana ada negara-negara lain yang meyesal apabila menyiarkan siaran langsung Sidang Dewan. Ini kerana, dikhuatiri akan ada MP-MP yang sengaja ingin bercakap dan menunjukkan diri kepada orang kampung walhal isu yang diutarakan remeh-temeh dan tidak membantu kepada pembelaan masalah rakyat dan negara. Menteri menjadikan hari pertama sebagai contoh dan tauladan di mana pandangan rakyat terhadap siaran langsung sidang Dewan adalah negatif kerana sikap atau gelagat segelintir MP terutama pembangkang yang membangkitkan perkara remeh-temeh dan tidak berkaitan.

MP Batu Gajah memberikan pendapat dengan mengatakan biarlah rakyat atau pengundi sendiri menilai setiap gelagat yang ditunjukkan oleh MP-MP di Dewan Rakyat. Pendapat MP Batu Gajah disokong oleh MP Shah Alam dengan mengatakan biarlah rakyat sendiri menilai dan mengkritik kepimpinan negara melalui siaran langsung sidang Dewan.

Namun pendapat ini dibidas oleh Menteri Penerangan dengan menjelaskan bahawa sebagai rangkaian televisyen nasional, RTM mempunyai jumlah penonton yang ramai dan daripada pelbagai peringkat umur. Beliau berpendapat adalah menjadi tanggungjawab RTM untuk melindungi kedaulatan dan maruah Parlimen. Beliau amat berharap supaya insiden hari pertama sidang Dewan tidak akan berlaku lagi di hari-hari yang lain kerana ia akan merendahkan martabat Parlimen dan melalui pemerhatian peribadi, beliau melahirkan rasa puas hati dengan perjalanan mesyuarat Parlimen yang dilihat lebih sopan berbanding hari pertama.

Mengenai rancangan Bicara Mufti dan Khutbah Jumaat yang dibangkitkan oleh MP Baling kerana disiarkan RTM pada lewat malam, beliau menjelaskan bahawa ia adalah siaran ulangan. Program Bicara Mufti telah bersiaran seawal 6.30 pagi dan siaran ulangan pada pukul 1.45 pagi. Walaupun disiarkan pada awal pagi, rating penonton menunjukkan hasil yang membanggakan di mana sebanyak 109 ribu penonton dan angka ini tidak dapat dicapai dalam mana-mana ceramah yang dianjurkan oleh parti Pas. Siaran ulangan tengah malam ditujukan kepada golongan yang tidur lewat dan rating penonton siaran ulangan Bicara Mufti juga menunjukkan jumlah yang membanggakan. Di samping itu beliau turut memastikan agar RTM menyiarkan rancangan yang berkualiti serta memberi jaminan lebih 70% program yang disiarkan adalah siaran tempatan.

Berkenaan saranan MP Kota Belud yang meminta slot berita dari Sabah dan Sarawak dipertingkatkan tempoh siarannya, beliau telah menjelaskan kepada Dewan bahawa bermula 18 April 2008 tempoh masa berita dari Sabah dan Sarawak adalah selama 15 minit. Untuk makluman MP-MP dan Dewan, rating penonton yang menonton slot berita dari Sabah dan Sarawak adalah di antara 244 ribu hingga 250 ribu penonton dan jumlah ini hanya daripada Semenanjung sahaja. Menteri menjangkakan jumlah sebenar adalah lebih banyak lagi. Ini menunjukkan masa untuk slot berita dari Sabah dan Sarawak adalah sesuai dan bertepatan jika dinilai melalui rating yang diberikan. Menteri Penerangan juga menjelaskan bahawa slot berita Warta Perdana juga ada memaparkan berita daripada Sabah dan Sarawak. Nilai sesebuah berita bukan lagi diambil untuk kepentingan individu tertentu tetapi melalui kualiti dan nilai berita tersebut.

MP Kota Belud turut meminta Menteri Penerangan mempertimbangkan cadangan membina sebuah stesen tv di Sabah kerana beliau berpendapat kerajaan di Sabah yang mempunyai 11 kabinet dan banyak dasar-dasar kerajaan negeri Sabah ingin disampaikan kepada rakyat. Apa yang menjadi masalah ialah masih ada rakyat Sabah yang tidak begitu fasih berbahasa Melayu dan untuk itu MP Kota Belud mencadangkan supaya program berita disampaikan dalam bahasa ibunda.

Cadangan membina sebuah stesen tv di Sabah sedia dibincangkan oleh Menteri Penerangan. Namun, corak berita dan kualiti berita perlu ditingkatkan. Menteri turut menjelaskan bahawa tempoh masa selama 15 minit untuk berita di Sabah dan Sarawak adalah tempoh masa yang berpatutan kerana setiap berita mungkin mengambil masa dalam seminit. Jadi, sebanyak 15 berita dapat disampaikan selama 15 minit. Cadangan pembinaan stesen tv di Sabah juga akan melibatkan pertambahan kakitangan yang ramai demi memastikan peningkatan mutu sesuatu kerja dapat dihasilkan untuk kepuasan hati para penonton.

Di akhir ucapan penggulungan, Menteri Penerangan turut mengingatkan sidang Dewan supaya menonton siaran langsung keputusan perbicaraan kes Pulau Batu Puteh di antara Malaysia dan Singapura pada 23 Mei 2008. Beliau berharap Malaysia akan memenangi perbicaraan tersebut dan mengajak semua rakyat Malaysia berdoa kepada Tuhan agar keputusan kes Pulau Batu Puteh menyebelahi negara Malaysia.

Wednesday, May 21, 2008

PULAU BATU PUTEH

Malaysia akan menghadapi satu hari yang penting pada 23 Mei 2008 di mana pada hari tersebut kita akan mendengar keputusan perbicaraan kes Pulau Batu Puteh di mana Pulau Batu Puteh telah menjadi rebutan di antara Singapura dan negara kita, Malaysia.

Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia berdoa kepada Yang Maha Esa agar keputusan yang dibuat akan menyebelahi negara kita yang tercinta. Banyak implikasi yang mungkin akan berlaku jika negara kita gagal dalam mendapatkan kedaulatan di Pulau Batu Puteh, namun saya rasa tidak perlu untuk mengulas perkara ini kerana tidak mahu mendahului keputusan sebenar yang akan diumumkan di TV 1 secara langsung dan atas faktor-faktor keselamatan.

Berdoa dan berserah kepada Tuhan adalah perkara paling utama perlu dilakukan oleh semua rakyat Malaysia ketika ini. Berdoalah...

ISU AIR PERCUMA

MP Bandar Tun Razak menjelaskan mengenai tentang isu air percuma ketika ucapan penggulungan daripada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. MP Bandar Tun Razak berkata bahawa apabila perbincangan lanjut yang diadakan dengan SYABAS, beliau berkata bahawa SYABAS sebagai badan korporat telah menikmati keuntungan yang besar melalui perniagaan berasaskan air yang disalurkan kepada rakyat Selangor.

Jadi, melalui mekanisme yang telah dibincangkan secara lanjut di antara MP Bandar Tun Razak dan SYABAS, keputusan kerajaan negeri Selangor untuk membekalkan air secara percuma akan tetap dilaksanakan. Ini kerana, SYABAS tetap akan menikmati keuntungan walaupun air diberi secara percuma kepada semua rakyat Selangor. Kerajaan negeri Selangor telah membuat kira-kira bagi memastikan pelaksanaan pemberian air percuma dapat dilaksanakan secepat yang mungkin.

Seharusnya MP Bandar Tun Razak mengkaji sebaik mungkin mengenai pelaksanaan pemberiaan air secara percuma kepada semua rakyat Selangor bagi memastikan janji-janji yang ditabur ketika PRU 12 tidak hanya mengabui mata pengundi dan rakyat Selangor.

Pemberian saguhati sbanyak RM 1000 kepada anak-anak Selangor yang berjaya ke IPTA dan IPTS juga telah dituntut oleh mereka. Jangan hanya pandai bercakap dan menabur janji sahaja, sebaliknya tunaikan setiap janji yang telah ditabur.

Tuesday, May 20, 2008

MP PADANG SERAI BIKIN KECOH LAGI

MP Padang Serai cuba sekali lagi menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat apabila beliau mengganggu ucapan penggulungan yang dibuat oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan menuduh Menteri tersebut tidak berdisiplin.

Perkara ini berlaku apabila MP Padang Serai bangun dan ingin mengajukan soalan atau pandangan terhadap ucapan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat namun Menteri tersebut tidak memberi laluan kepada MP Padang Serai lalu MP Padang Serai menuduh Menteri tersebut sebagai tidak berdisiplin.

Apabila Tuan Yang Dipertua meminta MP Padang Serai menarik balik tuduhan tidak berdisiplin yang dilemparkan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dengan angkuh MP Padang Serai tidak mahu menarik kembali tuduhan yang dilemparkan sebaliknya terus mengganggu ucapan penggulungan Menteri terssebut.

Inilah sikap kurang cerdik dan terlalu biadap di kalangan MP pembangkang apabila terus-menerus mengganggu ucapan penggulungan Menteri dan tidak menghormati uacapan yang sedang dibuat oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sebelum ini, MP Padang Serai memang sering mencetuskan provokasi dan mengganggu perjalanan mesyuarat dengan melontarkan kata-kata bersifat lawak dan jenaka. Sepatutnya MP Padang Serai harus sedar bahawa Dewan Rakyat adalah tempat untuk meluahkan masalah rakyat di Malaysia dan bukannya tempat untuk berlawak. Jadi, tempat paling sesuai bagi MP padang Serai berlawak adalah di "sarkas".

MAHATHIR KELUAR UMNO

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad telah keluar daripada parti UMNO dan hanya akan mempertimbangkan kemasukan ke dalam UMNO jika Pak Lah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti.

Tindakan ini dijangka akan memberi implikasi buruk kepada UMNO, Barisan Nasional (BN) dan juga kepada negara. Saya berasa sedih dan terperanjat dengan tindakan yang diambil oleh Tun sendiri kerana ia adalah sesuatu tindakan yang saya rasakan tidak memberi keuntungan kepada UMNO dan BN.

Walaupun Tun tidak berpuas hati dengan cara Pak Lah dalam mengatasi sesuatu kemelut atau masalah, Tun tidak sepatutnya mengambil tindakan drastik dengan keluar daripada UMNO kerana dalam situasi politik hari ini, Tun sebagai seorang negarawan yang berpengalaman harus membantu Pak Lah dalam menghadapi cabaran dan dugaan daripada pelbagai sudut kerana pelantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri adalah atas pilihan Tun sendiri.

Sememangnya kita tidak boleh nafikan sumbangan Tun terhadap pembangunan dan kemajuan negara kerana selama 22 tahun pemerintahan Tun, Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan yang pesat dan kini Malaysia amat dikenali di mata dunia. Tindakan keluar parti ditakuti akan membuatkan para pelabur asing yang mempunyai pelaburan di Malaysia akan menarik pelaburan mereka kerana mungkin akan timbul rasa ketidakpercayaan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Selain daripada itu, masalah lain yang akan menimpa ialah timbulnya perpecahan di dalam UMNO kerana pengaruh Tun yang masih kuat di dalam parti dan dijangka akan menarik ahli-ahli UMNO yang lain untuk mengikut jejak langkah Tun keluar parti. Ini akan menyebabkan UMNO menjadi lemah dan mudah diserang oleh parti pembangkang yang akan gembira dan bertepuk tangan melihat UMNO menjadi lemah.

Saya amat mengagumi nilai kepimpinan dan hasil kerja keras Tun selama 22 tahun memerintah Malaysia dan apabila tiba giliran Pak Lah menjadi Perdana Menteri sepatutnya Tun memberi peluang kepada Pak Lah melaksanakan agenda kemajuan negara mengikut acuan beliau sendiri. Pertelingkahan yang wujud di antara Tun dan Pak Lah hanya akan mengakibatkan kehancuran parti UMNO serta BN amnya.

Sebagai ahli biasa, saya sentiasa berdiri teguh di belakang sesiapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO kerana bukan takut untuk melawan tetapi pelaksanaan kekuatan dan agenda parti adalah menjadi keutamaan demi memastikan UMNO terus relevan sampai bila-bila.

Wednesday, May 14, 2008

RENUNG-RENUNGKAN



Hanya sekadar renungan, namun sebagai bangsa Melayu, kita harus sedar mengenai kepentingan dan maruah bangsa Melayu di tanahair kita sendiri. DAP semakin biadap dengan menghina kuasa Raja-Raja Melayu.

Siapa lagi yang patut membela Raja Melayu jika bukan kita sendiri bangsa melayu???

MP IPOH BARAT TAK FAHAM ISA

Usul yang dikemukakan oleh MP Ipoh Barat bagi membincangkan tentang akta ISA yang perlu dihapuskan kerana melanggar hak asasi manuusia. Tindakan pihak polis dalam menghadapi demonstrasi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu telah dipertikaikan oleh MP Ipoh Barat. MP Ipoh Barat mengatakan kononnya tindakan yang diambil oleh pihak polis kepada peserta demonstrasi adalah keterlaluan. Beliau meminta kes-kes yang melibatkan demonstrasi terus dibicarakan di mahkamah. MP Ipoh Barat juga meminta kelima-lima tahanan di bawah akta ISA dibebaskan segera.

Setelah mengambil perkiraan dan peraturan yang ada, Tan Sri Yang Di Pertua telah menolak usul yang dikemukakan oleh MP Ipoh Barat.

MP Ipoh Barat masih tidak faham tujuan akta ISA digubal. Ia adalah untuk membantu kerajaan dalam menjaga dan menjamin keselamatan serta keamanan rakyat Malaysia. Tanpa ISA anasir-anasir yang cuba mengganggu serta menggugat Malaysia akan melakukan tindakan jahat sewenang-wenangnya.

Dalam keadaan masa kini di mana dunia termasuk negara-negara maju mula sedar bahawa bibit-bibit terrorisme dan ekstremisme mula menonjol di negara-negara tertentu, mereka sudah pun menggubal akta-akta ala ISA demi menjaga keharmonian dan kestabilan negara masing-masing.

Negara-negara yang tiada ISA terutamanya negara jiran kita mendapati rumit untuk menangani terrorisme dan ekstemisme yang kelihatan semakin meningkat. Terdapat juga laporan-laporan kematian semakin meningkat di negara-negara yang tiada akta ISA.

Tuesday, May 13, 2008

BELAJAR CAKAP BAHASA MELAYU

MP Batu nampaknya perlu mengikuti kelas tambahan kerana tidak mampu berbahasa Melayu dengan sempurna.

Jika anda semua ada kesempatan pergi ke Parlimen dan kebetulan dapat melihat MP Batu berucap pastinya anda akan merasa bosan. Setiap patah perkataan yang diucapkan oleh MP Batu langsung tidak berkarisma dan tiada kehebatan menyampaikan ucapan. Penggunaan bahasa Melayu yang lemah ditambah intonasi ucapan yang tiada gaya, adalah sungguh memalukan bagi Pakatan Rakyat kerana memiliki MP yang tidak pandai langsung berbahasa Melayu dan tidak bersemangat dalam mengenengahkan isu rakyat jelata.

Antara contoh penggunaan bahasa yang lemah oleh MP Batu adalah seperti "seorang pengundi UMNO berturun-turun" dan banyak lagi kesalahan bahasa yang diucapkan sehingga tak termampu diterangkan di dalam blog ini. Kepada rakyat Malaysia, janganlah mengulangi kesilapan dengan mengundi MP yang langsung tidak berwawasan dalam mengutarakan isu rakyat jelata kerana hanya akan merugikan undi yang telah diberikan oleh rakyat jelata.

SYABAS MP KAPIT

MP Kapit menyatakan pendirian yang jelas sebagai MP yang bernaung di bawah payung parti Barisan Nasional. Di samping menyampaikan hujah di dalam perbahasan titah menjunjung kasih, beliau memberi jaminan bahawa sebagai MP yang telah dipilih oleh rakyat Sarawak, wakil rakyat Sarawak terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi.

MP Kapit turut menyelar ucapan serta tindakan yang sedang dilakukan oleh Penasihat PKR, di mana DSAI cuba untuk memujuk ahli parlimen daripada parti Barisan Nasional melompat parti dengan menyertai Pakatan Rakyat. Tindakan DSAI ini dikatakan sebagai menghina MP daripada Barisan Nasional.

MP Kapit mengingatkan kepada DSAI bahawa MP Barisan Nasional tetap teguh berdiri di belakang Barisan Nasional dan tak perlulah melakukan berbagai-bagai cara atau tindakan bagi menarik MP Barisan Nasional melompat parti.

TAK HABIS-HABIS

Masa yang diberikan kepada MP untuk berbahas di dalam sesi titah menjunjung kasih semakin dipendekkan. Bermula daripada 30 minit kepada 20 minit dan kini menjadi 15 minit.


Namun apa yang dikesalkan ialah ucapan yang dibuat oleh MP Kuala Krai tidak menyentuh isu kepentingan rakyat sebaliknya masih menceritakan isu lompat parti dan cuba memujuk MP Barisan Nasional menyertai Pakatan Rakyat. Jika difikir secara waras, perlukah isu sebegini diucapkan di dalam Parlimen? Ternyata MP Kuala Krai hanya membazir masa dan beliau lebih berminat untuk berucap mengenai agenda Pakatan Rakyat melebihi isu-isu lain yang melibatkan kepentingan rakyat.


MP Kuala Krai mencanangkan mengenai dasar pintu terbuka yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat kepada mana-mana MP Barisan Nasional yang sudi menyertai Pakatan Rakyat sebelum pilihanraya ke-13. Sebagai pemerhati politik adalah sesuatu yang dikesalkan kerana MP Kuala Krai tidak mengutamakan agenda rakyat dan hanya mengutamakan agenda politik kepartian.

PLKN PERLU DITERUSKAN

MP Batu Gajah meminta program PLKN dihentikan serta merta kerana telah menyebabkan kehilangan nyawa para pelatih yang menyertainya. Ia adalah satu permintaan yang tidak harus dilayan kerana kita semua sedia maklum bahawa Kementerian Pertahanan sentiasa menambah baik sistem yang sedia ada bagi memastikan tidak berlakunya kejadian yang tidak diingini. Kes yang melibatkan kematian peserta PLKN adalah satu isu terpencil dan tidak harus dijadikan penyebab untuk menghentikan program tersebut kerana latihan dan modul yang disediakan menepati piawaian yang ditetapkan dan dapat melahirkan peserta yang berintegriti, setia kepada negara dan berdaya maju.Usul yang dibangkitkan oleh MP Batu Gajah ini telah ditolak oleh Timbalan Speaker.

PEMBANTU RUMAH ADALAH SATU KEPERLUAN

MP Rantau Panjang (PAS) meminta kerajaan menjelaskan bahawa pembantu-pembantu rumah asing membawa kesan kepada akhlak kanak-kanak. Ini akan membawa kepada kesan-kesan sampingan yang lain. MP Rantau Panjang juga mengatakan bahawa pengambilan pembantu rumah asing ini akan menambah pengaliran wang ke luar negara.
MP Rantau Panjang harus sedar bahawa pembantu rumah asing ini sudah menjadi keperluan terutamanya bagi keluarga yang suami dan isteri bekerja dan kerajaan tiada halangan kepada mereka yamg memerlukan pembantu rumah asing. Kerajaan juga sudah lama mengkaji perkara ini dan implikasinya. Implikasi dari segi pengaliran wang ke luar negara adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan namun ia memberi impak positif kepada negara penerima seperi Indonesia dan secara tidak langsung dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara jiran. Rata-rata rakyat Malaysia tiada masalah di dalam hal ini, bahkan meminta pembantu-pembantu rumah asing ini disediakan apabila pertumbuhan ekonomi Malaysia meningkat sejak dua dekad yang lalu.
Untuk makluman, negara-negara maju seperti Jerman, Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak sepi daripada menghadapi masalah seperti ini. Mereka banyak juga mengambil pembantu rumah asing dari negara Turki dan Mexico.

PENANAMAN PADI BERSKALA BESAR

Ketika MP Jeli (Menteri) menjawab soalan, MP Pasir Salak telah bertanya soalan tambahan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkenaan peruntukan yang diberi kepada sektor pertanian yang hanya berjumlah RM 20 juta sahaja sedangkan sektor pertanian diberi keutamaan dalam era pentadbiran Pak Lah. Satu lagi soalan yang dibangkitkan oleh MP Pasir Salak ialah mengapa kerajaan amat bergantung kepada peruntukan Petronas dalam melaksanakan sesuatu projek yang melibatkan kepentingan negara sedangkan banyak lagi GLC yang perlu dipanggil membantu kerajaan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengucapkan tahniah kepada MP Pasir Salak kerana peka dan menyedari kepentingan bidang pertanian sejak enam tahun yang lepas dan beliau menjawab bahawa kerajaan mungkin terlepas pandang perkara ini namun satu perhatian dan peranan yang khusus telah diberikan dalam sektor pertanian untuk memberi peruntukan yang lebih dalam sektor pertanian. Melalui koridor utara yang dilancarkan oleh Pak Lah, menteri menjelaskan kepada Parlimen bahawa dalam projek penanaman padi berskala besar telah diberi perhatian yang serius oleh kerajaan dan GLC seperti Sime Darby telah diminta menyertai koridor utara dalam projek penanaman padi berskala besar secara langsung.

Monday, May 12, 2008

MP TITIWANGSA LESU

MP Titiwangsa nampaknya cuba menonjolkan perkara-perkara lazim seperti kedudukan pasar Chow Kit, kehadiran penjaja-penjaja bukan rakyat tempatan, kekurangan kawasan meletak kereta serta isu merokok di kalangan ahli Dewan Rakyat di dalam Parlimen.

Perbahasan yang disampaikan oleh Dr. Lo Lo, MP Titiwangsa tidak dinamik. Sebagai ahli PAS yang sudah lama berkecimpung di dalam arena politik, beliau seharusnya mengenengahkan idea-idea segar. Beliau sepatutnya menceritakan bagaimana menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya utama yang terus dikenali oleh seluruh dunia. Beliau perlu peka tentang apa yang harus dilakukan kepada warga Kampung Baru di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Masyarakat Titiwangsa ingin mendengar pendapat-pendapat beliau dalam hal membangunkan Titiwangsa.

MP Parit Buntar (PAS) Ditegur Oleh Karpal Singh

Semasa MP Gelugor (DAP) berhujah di dalam Dewan Rakyat, MP Parit Buntar (PAS) telah mengambil peluang berhujah mengenai jawatan Pengarah Perak yang sebenarnya dilantik oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Beliau kononnya cuba mengaitkan bahawa pelantikan ini adalah oleh kerajaan/JPA dan bukan Sultan. Hujah beliau telah ditegur oleh MP Gelugor bahawa beliau tidak faham tentang aspek perjawatan.
Eloklah MP Parit Buntar betul-betul mendalami aspek perkhidmatan sebelum berhujah di dalam Dewan Rakyat. Kalau tak faham jangan cuba mengelirukan ahli dewan.

KARPAL MENANTI TINDAKAN UNDANG-UNDANG

MP Gelugor Karpal Singh masih lagi degil, kurang ajar terhadap DYMM Yang Di Pertuan Agong, DYMM2 Raja Perak, Raja Pahang , Sultan Terengganu dan Raja Perlis. Ia menunjukkan bahawa Karpal ketandusan isu . Beliau sedar tentang apa yang dilaporkan oleh rakyat kepada pihak polis berhubung dengan dakwaan , tetapi masih berdegil , tidak mahu menerima kebenaran.

Justeru, memandangkan Karpal masih lagi tidak berubah sikap terhadap institusi Raja-Raja , maka wajarlah pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Karpal Singh melalui saluran undang-undang yang sedia ada.

Beras mencukupi di Malaysia

MP Pokok Sena menimbulkan isu stok penimbal beras dan harga beras. Beliau bertanya kenapa kerajaan mencari-cari mekanisme menetapkan harga beras. Beliau juga menggesa kerajaan menetapkan mekanisme yang khusus supaya rakyat tidak bertanya-tanya terhadap harga beras. Apakah benar kilang-kilang yang di pertanggungjawabkan memproses beras menyorok atau memproses beras seperti yang di arah oleh pihak berkuasa. Kalau ianya benar apa yang telah di perkatakan, maka wajarlah kerajaan mengambil langkah-langkah penguatkuasaan bagi mengelak daripada berlakunya penyeludupan beras ke negara jiran dan juga keengganan kilang beras mengilang atau menyorok beras yang di kilangkan itu.

Dalam hal ini, kerajaan lebih peka mengenai masalah beras ini. Perdana Menteri sendiri telah membuat banyak penjelasan mengenai perkara ini, termasuk memastikan Malaysia tidak akan menghadapi masalah kekurangan bekalan beras untuk keperluan rakyat Malaysia. PM juga telah berbincang dengan PM Thailand, satu-satunya negara yang mengeluarkan beras terbesar di dunia mengenai perkara ini. Menteri Pertanian juga diberi tanggungjawab untuk memberikan tumpuan menangani isu ini supaya beras sentiasa cukup untuk keperluan rakyat Malaysia.

Setakat ini tidak kelihatan rakyat Malaysia menghadapi kekurangan beras seperti dihebohkan oleh parti pembangkang. Justeru itu ahli-ahli pembangkang harus menghentikan spekulasi bahawa negara menghadapi masalah kekurangan beras dalam negara. Malah mereka harus bersama-sama menyokong usaha-usaha positif kerajaan BN demi kepentingan rakyat Malaysia.

BN LAKSANA TANGGUNGJAWAB

MP Ledang mengalu-alukan usaha BN dalam menjalankan tanggungjawabnya meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia. Beliau juga mahu kerajaan perlu mempertingkatkan usaha-usaha menarik pelancongan ke kawasan Gunung Ledang yang masyur dengan legenda yang popular. Dalam pada itu, beliau juga mempertahankan institusi-institusi Raja-Raja Melayu dan peranan Raja-Raja menegakkan agama dan undang-undang.
MP Ledang telah menarik perhatian Dewan dengan mengatakan hanya mereka yang tak beriman sahaja akan tidak mengakui kejayaan BN. Ucapan ini telah mendapat respon daripada ahli-ahli pembangkang termasuk MP Bukit Gantang(PAS), Parit Buntar (PAS), Pokok Sena(PAS), Shah Alam (PAS), Kuala Krai (PAS) dan Padang Serai (PKR). Ahli-ahli pembangkang itu meminta MP Ledang menarik balik perkataan 'TAK BERIMAN'.
Bagi pemerhati politik, ahli-ahli pembangkang hanya mencari peluang untuk menarik perhatian Dewan terhadap kehadiran mereka dengan membincangkan perkara-perkara remeh-temeh yang tiada sangkut paut dengan kepentingan awam. Walaupun mereka mengetahui MP Ledang membuat kenyataan yang umum mengenai golongan yang tidak beriman, tetapi mereka mahu mempolitikkan isu itu dengan membuat kacau dan menjerit-jerit seperti Pelawak Parlimen terbaru iaitu MP Bagan Serai. Beliau menjerit-jerit seolah-olah tidak mempedulikan ingatan Speaker yang mahu beliau segera duduk dan tidak membuat bising. Kejadian itu bukan pertama kali tetapi MP Bagan Serai sering bangun dan berusaha menganggu ucapan MP BN.

Temberang MP Kuantan (PKR)

Apakah saudara sedar bahawa hujah-hujah MP Kuantan dalam Parlimen mengenai Pasukan Polis mengelirukan rakyat? Apakah bilangan anggota Polis seramai 80,000 mampu menjaga keselamatan hampir 27 juta penduduk Malaysia? Sedangkan tugas Polis adalah luas termasuk mengawal keselamatan jalan raya, menangani jenayah, mempastikan keselamatan awam dan banyak lagi tugas keselamatan ini yang kian meningkat.
Untuk makluman, negara maju pun menghadapi masalah dalam hal-hal mempastikan keselamatan awam rakyatnya. Mereka juga menghadapi kekurangan anggota polis untuk mempastikan keselamatan penduduk mereka yang begitu ramai. Sebagai contoh, Di Amerika Syarikat sahaja jumlah penduduk telah melebih 300 juta dan ia hanya dapat sediakan 250,000 anggota Polis. Begitu negeri -negeri maju yang lain, seperti Canada, Germany, United Kingdom dan beberapa negeri di Eropah menghadapi masalah yang lebih rumit dalam hal ini.
Justeru, hujah-hujah MP Kuantan (PKR ) itu hanya semata-mata mencari publisiti murah bagi diri dan parti yang beliau mewakili.Itulah taktik lapok yang digunakan oleh PKR untuk mengelirukan dan memesongkan pemikiran rakyat Pahang khususnya dan Malaysia amnya.

Sidang Media oleh MB Perak di Parlimen

MB Perak bersama-sama Speaker dan barisan exconya telah datang dengan sebuah bas membuat lawatan di Parlimen hari ini. Lawatan beliau dan rombongannya adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan Pakatan Rakyat di Parlimen. Kemudian beliau telah mengadakan sidang media dan sudah tentunya para wartawan terkejar-kejar berebut tempat untuk mendengar apa-apa kenyataan berkaitan isu Karpal Singh. Tetapi sebelum sempat para wartawan mengutarakan soalan, beliau dengan segera menyampaikan tazkirah ringkas kepada para wartawan diselang-selikan dengan beberapa ayat al-Quran supaya melaporkan perkara yang benar.
Setelah selesai beliau terus bangun untuk beredar seolah-olah tidak mahu mendengar apa-apa soalan daripada para wartawan. Namun terdapat juga soalan-soalan yang diutarakan menyebabkan beliau kembali duduk. Kemudian beliau memberi ulasan yang sangat ringkas apabila ditanya berhubung isu Karpal Singh. Beliau menegaskan apa yang diperkatakan oleh Karpal Singh merupakan "personal view" dan "biarkan AG (Attorney General) yang menentukan apa-apa keputusan". Selain itu, terdapat soalan yang bertanyakan hubungan beliau dengan Pengarah JAIP, jawapan beliau "sangat baik". Kemudian beliau terus beredar dan bergambar bersama-sama rombongannya dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat antaranya Karpal Singh.

Beliau secara sengaja tidak mahu mengulas atau menyatakan pendiriannya terhadap Karpal Singh. Yang anehnya, beliau kemudian bertemu dengan Karpal Singh dalam keadaan tenang. Dan yang paling ketara, beliau dan rombongannya bergambar bersama-sama Karpal Singh di lobi Parlimen seolah-olah tiada apa yang berlaku dan terus beredar.

Inilah sikap yang ditunjukkan oleh seorang Menteri Besar daripada pembangkang (PAS). Beliau tidak mampu untuk menegur sekutunya dari DAP. Bukankah ini menunjukkan bahawa MB Perak hanya mengikut telunjuk DAP? Diam, dan hanya membiarkan AG yang menguruskannya?

PAS dan PKR dibawah telunjuk DAP

Parti PAS dan PKR sudah tidak relevan lagi memandangkan sebelum ini PAS yang gah dengan konsep negara Islam sudah sepi dengan perjuangan itu. Manakala PKR yang kononnya selalu memperjuangkan dan melaungkan keadilan serta hak-hak rakyat tidak mampu menyatakan pendirian mereka terhadap Karpal Singh yang dilihat telah menghina institusi raja sebagai ketua agama Islam.
Apa yang diperkatakan khairy sangat tepat, iaitu Pakatan Rakyat adalah menjurus "public relation" semata-mata untuk menunjukkan kepada rakyat yang mereka mempunyai hubungan kerja yang baik sedangkan mereka tidak mampu menegur atau menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan Karpal Sigh. Adakah mereka menyokong apa yang diperkatan oleh Karpal atau hanya mendiamkan diri sahaja. Dalam isu ini PAS tidak melenting malah hanya mendiamkan diri, apatah lagi PKR? Inikah wakil rakyat yang perjuangkan hak rakyat melayu yang beragama Islam?
Mereka tidak melihat ini suatu ancaman kepada generasi akan datang, mereka tidak menilai sedalam-dalamnya kepada kontrak sosial yang telah dimeterai suatu ketika dahulu. Apakah hanya mahu mendapatkan populariti sahaja sedangkan tidak mampu mempertahankan institusi raja? Lebih dari itu, Pakatan Rakyat yang dengan jelas seolah-olah mengikut telunjuk DAP. Buktinya ialah di Selangor Projek Babi diutamakan, berbanding janji-janji mereka yang lain, sedangkan projek tersebut tiada dalam manifesto PKR Selangor. Itulah dia Projek Khinzir Raksasa (PKR). Tambahan pula sejak dari awal sidang parlimen lagi kita sudah melihat dominasi DAP dalam Pakatan Rakyat, terutamanya Karpal Singh bersama anaknya dan Lim Kit Siang pun begitu.

Royalti Minyak

MP KALABAKAN telah menimbulkan beberapa isu dalam Dewan mengenai hal-ehwal rakyat Sabah. Antaranya beliau minta kerajaan menumpukan kepada pembangunan rakyat Sabah. Belaiu juga minta kerajaan menangani isu PATI , pendatang tanpa izin yang yang membawa pelbagai isu termasuk isu implikasi sosial.

Beliau juga minta kerajaan mengawal harga barang-barang keperluan asas kerana isu ini boleh menimbulkan masalah kepada rakyat yang pendapatan rendah di negara ini, terutamanya di Sabah.

Dalam hubungan ini, beliau meminta kerajaan menyusun semula kabinet supaya menteri dari Sabah memegang potfolio yang kanan dalam kerajaan bagi membolehkan mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna.

Selain itu, MP KALABAKAN juga menggesa kerajaan Pusat menaikkan Royalti minyak dari 5% kepada 20% untuk digunakan untuk pembangunan kepentingan rakyat Sabah dan wang tersebut dimasukkan dalam Tabung Pembangunan Kerajaan Sabah.

Pemerhati politik berpendapat hujah-hujah MP KALABAKAN adalah berterus terang.Namun demikian ucapan itu telah memberi ruang kepada ahli-ahli pembangkang mencelah dan mengganggu suasana Dewan. Dengan itu, pihak pembangkang mengambil kesempatan untuk mengutuk kerajaan Pusat seolah-olah kerajaan pusat menganaktirikan rakyat Sabah.

MP Rembau Berani

MP Rembau mencadangkan kerajaan mengkaji semula sistem subsidi supaya rakyat yang memerlukan bantuan benar-benar dapat menikmati faedahnya . Sistem subsidi yang ada dalam amalannya tidak selaras dengan keadilan ekonomi.Sebagai contoh , subsidi bagi petrol dinikmati oleh semua kumpulan pengguna ,sama ada yang mampu atau pun kurang mampu menanggung kos tinggi petrol.Lazimnya, subsidi yang harus di nikmati oleh pengguna pendapatan rendah dengan kereta kuasa kecil juga digunakan oleh kumpulan yang pendapatan tinggi yang menggunakan kereta kuasa tinggi. Keadaan ini adalah tidak adil sama sekali, malah tidak selaras dengan matlamat kerajaan menyediakan subsidi.

Sehubungan ini, sudah sampai masa untuk memperbetulkan sistem subsidi dan memperkenalkan sistem kadar progresif dengan menentukan kuota bagi setiap kumpulan atau kategori pengguna supaya dapat menjimatkan subsidi.

Subsidi yang dijimatkan itu dapat disalurkan untuk membiayai projek-projek pembangunan di luar bandar termasuk pembangunan negeri Sarawak dan Sabah.

Usaha ini juga akan mengelakkan kekeliruan dikalangan rakyat terhadap isu kenaikkan petrol akibat kenaikan harga petrol dalam pasaran dunia .

UKURAN PENDAPATAN ISI KELUARGA DI MALAYSIA DIAKUI DUNIA

Timbalan Menteri, S. K. Devamany memberi penjelasan mengenai persoalan MP Bagan mengenai kesahihan kajian laporan pendapatan isi rumah di Malaysia. Menurut YB Timbalan Menteri, pendapatan purata isi keluarga di Malaysia adalah RM 3,686 senulan manakala median RM 2,542 sebulan bagi tahun 2007. Kajian ini telah dijalankan di kalangan lebih daripada 38,000 isi keluarga di seluruh Malaysia.
Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah yang diterima pakai oleh ' Piawaian Antarabangsa' dan dengan itu, Pertubuhan Ekonomi Dunia seperti IMF dan ' Bank Dunia' menggunakan keputusan kajian ini tanpa was-was. Jadi tidak timbul isu kesahihan yang telah dibangkitkan oleh MP Bagan.
Namun soalan tambahan yang dekemukakan oleh MP Kalabakan, keputusan pendapatan isi rumah di Malaysia pada tahun 2007 tidak menggambarkan keseluruhan pendapatan isi keluarga di Malaysia khususnya pendapatan isi keluarga di Malaysia, sebab perbezaan kadar kemiskinan antara isi keluarga di Semenanjung dan di Sabah amat berbeza. Dengan itu, MP kalabakan menyeru supaya satu kajian semula dilakukan secara terperinci di Sabah.
Sehubungan dengan ini, YB Timbalan Menteri menjawab bahawa, kerajaan amat sedar berhubung dengan perbezaaan pendapatan isi keluarga di Sabah dan Semenanjung. Jadi kerajaan menggunakan 'Ukuran Pendapatan Garis Kemiskinan' dalam menyalurkan bantuan ataupun program pembangunan dalam mengurangkan bebanan rakyat serta mengurangkan kemiskinan di kalangan rakyat Sabah.
Oleh itu, tidak timbul masalah kerajaan tidak peka atau tidak sedar mengenai segala masalah kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia.

NEGARA SENTIASA BERSEDIA MENGHADAPI TSUNAMI

Penghujung tahun 2004 menyakikan negara Malaysia dan beberapa negara lain di dunia mengalami satu bencana alam yang dikenali 'tsunami'. Tsunami terjadi akibat daripada kejadian ombak besar yang berlaku secara luar biasa selepas berlakunya sesuatu bencana seperti gempa bumi, gempa di lautan, gunung berapi yang meletus dan sebagainya.
Selepas kejadian tersebut, negara telah mengambil beberapa langkah di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan mengeluarkan beberapa langkah keselamatan di mana ia akan dapat memberi maklumat awal kepada negara dan rakyat Malaysia khususnya. Antara langkah-langkah keselamatan yang dipersetujui ialah, Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi di bawah jabatan-jabatan yang terlibat akan mengeluarkan laporan serta amaran awal kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum terjadinya sesuatu bencana.
Langkah kedua ialah sentiasa bersiap sedia memberi maklumat melalui pameran-pameran yang akan dilakukan dari semasa ke semasa di peringkat negeri melalui jabatan yang bernaung di bawah Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi. Di samping itu, di peringkat sekolah diadakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar sekolah mengenai bencana alam terutama tsunami.
Dalam hubungan ramalan bencana alam, Malaysia juga telah mewujudkan 'networking' dengan negara-negara ASEAN dalam berkongsi maklumat mengenai meramal aspek bencana alam. Dengan ini jelas sistem kawalan cuaca di Malaysia adalah dalam tahap bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam.

Thursday, May 8, 2008

Peranan JAKIM

Pada sesi bahas usul titah diraja, seorang ahli Dewan Rakyat daripada parti pembangkang telah mendakwa kerajaan Malaysia gagal menangani isu murtad yang melanda negara. Saya selaku rakyat Malaysia berasa bertanggungjawab untuk menafikan dakwaan ahli Dewan Rakyat daripada parti pembangkang tersebut. Saya akan cuba memberikan pendapat yang terbaik untuk tatapan rakyat Malaysia agar rakyat dapat memahami isu sebenar yang dibangkitkan oleh wakil rakyat pembangkang.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah satu badan kerajaan yang ditubuhkan sejak 1968 dan bermula sebagai urus setia kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI). Ia ditugaskan menyelaras dan menyeragam sistem perundangan Islam, pentadbiran hal ehwal Islam dan sistem pendidikan Islam. Tugas Jakim lebih kepada merancang dan menyelaras tetapi badan yang melaksanakan arahan dan kerja ialah agensi agama negeri-negeri.


Oleh sebab itu, sering kali masyarakat melihat kaitan antara Jakim dengan jabatan atau Majlis Agama Negeri. Pendek kata, kejayaan agensi agama negeri adalah kejayaan Jakim dan pencapaian Jakim dianggap pencapaian agensi agama negeri. Sebab itu, jika berlaku sesuatu isu atau hal yang kurang selesa, masyarakat meletakkan bebannya ke atas Jakim.


Sebab itu, Jakim kini merancang memajukan pelbagai bidang dengan keutamaan kepada aspek akidah. Sebagai pihak berkuasa agama yang ditubuhkan oleh kerajaan di peringkat pusat, Jakim tidak bertolak ansur dengan sebarang ajaran sesat atau pemikiran yang melencong. Ketegasan Jakim dalam hal ini menyebabkan ramai berpendapat seolah-olah Jakim hanya bertindak tegas terhadap isu akidah namun apa yang dapat saya katakan disini ialah isu murtad amat berkait rapat dengan aspek akidah. Ini kerana jika seseorang umat Islam itu mempunyai pegangan akidah yang kukuh, insya-Allah masalah murtad di Malaysia dapat dikurangkan seterusnya diatasi sebaik yang mungkin.


Murtad mempunyai kaitan yang rapat dengan keyakinan. Oleh itu, Jakim telah menggunakan kaedah dakwah yang betul dalam menangani orang yang goyah akidahnya. Lain-lain pendekatan, program kebajikan atau tindakan undang-undang hanyalah pelengkap. Kita mesti menunjukkan sikap ingin membantu dan menyelamat. Ingin saya mengingatkan kepada semua orang supaya tidak menjatuhkan kesalahan dengan memurtadkan orang yang belum murtad.


Contoh yang dapat saya huraikan ialah kisah Ayah Pin. Kalau dia mengaku tidak Islam kita tidak boleh kata kalau dia ada 1,000 pengikutnya juga murtad. Yang lain itu hanya pengikut yang menjadi mangsa. Ada ketikanya mereka tidak sedar apa yang berlaku sehinggalah apabila didekati baru mereka sedar masih Islam lagi tetapi sudah terlajak. Isu murtad memang diberi perhatian yang serius oleh Jakim. Pebagai program dan aktiviti dirangka untuk menjadikan fungsi Jakim semakin relevan di dalam suasana yang penuh mencabar ini. Harus di ingat, Jakim adalah sebuah badan pelaksana dan sokongan yang padu daripada masyarakat amat perlu bagi mengatasi gejala murtad di kalangan rakyat Malaysia.


Friday, May 2, 2008

PERANGAI PEMBANGKANG DI PARLIMEN

Persidangan Dewan Rakyat kali pertama selepas PRU ke-12 berlangsung dalam suasana yang cukup panas. Kehadiran 82 wakil pembangkang di Parlimen telah mencetus satu polemik baru dalam suasana politik negara. Apa yang diharapkan oleh semua rakyat Malaysia, situasi ini dapat memberi keseimbangan kuasa di antara barisan kerajaan dan barisan pembangkang di Dewan Rakyat namun amat memalukan apabila wakil pembangkang bertindak seperti monyet di dalam pertunjukan sarkas kerana terkinja-kinja melompat sambil menjerit memegang buku peraturan mesyuarat yang laksana sebatang pisang. Ada juga di kalangan monyet pembangkang yang tidak boleh berdiri apabila berhujah mengenai sesuatu perkara yang remeh-temeh kerana tempang. Mungkin terjatuh daripada pokok dan mengalami patah kaki..hehe...


Lihatlah wahai rakyat Malaysia, adakah anda berpuas hati dengan wakil pembangkang yang anda pangkah sewaktu pilihanraya umum yang lalu? Saya pasti ada di antara anda yang menyesal kerana terlalu mengikut perasaan memangkah wakil rakyat di kalangan pembangkang yang langsung tidak mempunyai kredibiliti membangkitkan segala permasalahan rakyat di dalam Parlimen. Ada seorang wakil rakyat pembangkang yang menggantung kamera di leher dan tidak sudah-sudah mengambil gambar di Parlimen. Nampaknya wakil rakyat ini tidak berminat langsung untuk berbahas membela nasib rakyat sebaliknya lebih berminat mengumpul koleksi gambar kenang-kenangan di Parlimen.


Seorang lagi wakil rakyat pembangkang dan beliau memang patut digelar monyet kerana langsung tidak memahami peraturan mesyuarat dan melawan kata-kata Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Si monyet ini sibuk memegang buku peraturan mesyuarat sambil menimbulkan kekecohan di dalam Parlimen. Apa yang dikesalkan ialah beliau hanya sibuk dengan peraturan mesyuarat tetapi beliau sendiri tidak pernah mematuhi peraturan mesyuarat. Adakah ini yang dikatakan pembangkang berkualiti? Slot 30 minit persidangan Dewan Rakyat harus diteruskan dan keputusan yang diambil oleh Kabinet untuk meneruskan siaran langsung persidangan di Parlimen adalah satu langkah bijak yang wajar dipuji. Ini kerana, rakyat Malaysia akan dapat menonton siaran langsung persidangan tersebut seterusnya dapat menilai di antara kaca dan permata di dalam Parlimen.

PADAN MUKA PEMBANGKANG

Saya diminta terus terajui MAIPP – Shabudin
Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN


TASEK GELUGOR 1 Mei - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menolak peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

Sehubungan itu, Shabudin yang telah mengumumkan peletakan jawatannya pada 8 April lalu selaras dengan kehendak kerajaan negeri yang baru telah diminta meneruskan tugasnya sehingga tempoh watikah pelantikan berakhir pada 31 Disember tahun depan. Menurut Shabudin, beliau bersama ahli majlis MAIPP telah diminta menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu, Kuala Lumpur pada 28 April lalu untuk memberi penjelasan berhubung peletakan jawatan tersebut.

‘‘Tuanku Mizan berpendapat semua ahli majlis (MAIPP) yang lain perlu meneruskan tugas dan tanggungjawab sehingga berakhir tempoh watikah pelantikan. ‘‘Baginda juga meminta segala perancangan dan usaha yang dirancang untuk kepentingan umat Islam sebelum ini diteruskan bagi mencapai kejayaan yang diharapkan,” katanya. Shabudin ditemui pada majlis lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ara Kuda di sini hari ini.

Pada 8 April lalu, Shabudin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Yang Dipertua MAIPP selepas menerima desakan daripada kerajaan negeri pimpinan DAP-Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu jawatan itu diberi kepada calon baru. Perkembangan itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada kerajaan negeri pimpinan DAP dan PKR yang sebelum ini mendesak Shabudin meletakkan jawatan selepas pakatan pembangkang menguasai Pulau Pinang pada pilihan raya umum lalu.

Shabudin dilantik sebagai Yang Dipertua MAIPP berkuat kuasa 1 Januari 2008 hingga Disember 2009. Menurut Shabudin, pihaknya yakin perkara tersebut sudah sampai kepada pengetahuan pimpinan kerajaan negeri.
-Utusan Malaysia-
Nampaknya kerajaan negeri Pulau Pinang yang dikuasai DAP terpaksa menutup muka kerana malu apabila Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menolak peletakan jawatan ADUN Permatang Berangan, Shabudin Yahaya sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Ini kerana, apabila kerajaan pimpinan DAP berjaya memenangi PRU 12, mereka telah mendesak beberapa individu yang memegang jawatan di dalam pentadbiran negeri supaya melepaskan jawatan masing-masing dan memberi laluan kepada muka baru yang lebih berpihak kepada DAP dan PKR.
Tindakan ini dilakukan atas faktor politik, namun atas kebijaksanaan Tuanku Mizan, baginda telah menolak peletakan jawatan Shabudin kerana merasakan tiada keperluan untuk Shabudin melepaskan jawatan tersebut. Agenda DAP dan PKR untuk melakukan segala perubahan atas dasar politik tidak berjaya sekaligus memberi tamparan hebat kepada kerajaan pimpinan DAP dan PKR.
Pada pendapat saya, tidak perlu kita menamatkan perkhidmatan seseorang jika orang itu berkhidmat dengan cemerlang dan telus semata-mata ingin mencapai agenda politik kerana tiada kesudahan akibat tindakan tersebut malahan akan menjerumuskan pentadbiran sesebuah negeri ke arah kelemahan dan kehancuran akibat jawatan tersebut diberi kepada individu yang kurang berkelayakan dan dilantik atas agenda politik.