Thursday, November 27, 2008

Terima Kasih Kerajaan Malaysia

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju supaya pilihan semula diberi kepada kakitangan awam yang telah memilih skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menyertai skim pencen. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata tempoh pilihan selama sebulan itu bermula dari 1 Januari 2009 dan tarikh kuatkuasanya adalah pada 1 Februari. Beliau mengumumkan demikian pada majlis anugerah kualiti sektor awam 2008 di sini.

Abdullah berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam pada mesyuaratnya baru-baru ini. Turut dipersetujui dalam mesyuarat itu ialah bayaran ex-gratia kepada ibu bapa kakitangan kerajaan bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, katanya. Keputusan itu akan berkuatkuasa 1 Jan tahun depan.

Abdullah juga berkata bagi memperkasakan kegiatan pencegahan rasuah dan untuk membanteras jenayah, kerajaan bersetuju untuk membuat penambahbaikan pada skim pegawai siasatan, penolong pegawai siasatan dan pembantu pegawai siasatan. "Bagi urusan pencegahan rasuah, skim perkhidmatan tersebut bermula dengan kelulusan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan bagi PDRM (Polis Diraja Malaysia) pula, penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel berkuatkusa pada 1 Jan 2009," katanya.

Abdullah berkata memandangkan persamaan fungsi dan tugas antara agensi penguatkuasaan maritim Malaysia, tentera laut dan polis daripada aspek penguatkuasaan undang-undang, kerajaan bersetuju agar kadar tambahan 20 peratus atas kadar kenaikan gaji diberi kepada pegawai dan anggota pangkat lain pangkat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia berkuatkuasa 1 Jan 2009.

Mengenai daya saing negara, Abdullah memetik laporan World Competitiveness Year Book 2008, yang menunjukkan Malaysia berjaya meningkatkan kedudukannya ke tangga ke-19 tahun ini berbanding ke-20 tahun lepas.

Bagi kategori negara dengan penduduk melebihi 20 juta orang pula, Malaysia berada di kedudukan ketujuh berbanding kelapan pada tahun lepas. Perdana Menteri pencapaian yang baik juga diperlihatkan daripada segi inisiatif teknologi maklumat dan komunikasi hasil daripada peningkatan usaha agensi kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan secara online. "Mengikut penilaian Brown University, kedudukan Malaysia telah meningkat daripada tangga ke-25 pada tahun lalu kepada tangga ke- 11 tahun ini," katanya.

Abdullah berkata perkhidmatan awam boleh merasa bangga dengan pencapaian itu kerana kerajaan telah menetapkan sasaran untuk melonjakkan kedudukan Malaysia ke taraf 10 teratas dalam mana-mana kategori penarafan antarabangsa. Perdana Menteri berkata inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam harus berdasarkan kepada ukuran yang objektif dan bukan pendapat subjektif semata-mata.

Abdullah juga mahu pemilihan pemenang anugerah kualiti sektor awam dibuat berasaskan kriteria keunggulan yang mantap serta tahap penilaian yang tinggi agar kewibawaan pemenang terbukti serta tidak dipertikaikan mana-mana pihak. "Jika kelayakan pemenang anugerah dipersoalkan, maka ia akan menghakis keyakinan umum terhadap program anugerah kualiti sektor awam. "Untuk itu, pengukur bagi pemenang anugerah bukan hanya setakat memenuhi kriteria keunggulan semata-mata tetapi turut melepasi ujian dari segi penerimaan umum terhadap kecemerlangan agensi penerima," katanya.

Abdullah berkata kini sektor awam tidak lagi dikritik setelah kualiti sektor perkhidmatan awam dipertingkatkan. "Sekarang ini amat kurang aduan diterima terhadap perkhidmatan awam dan ini dikesan dari dialog-dialog yang diadakan," katanya.

-dipetik daripada Berita Harian Online, 27 November 2008-

Wednesday, November 26, 2008

PAS Selangor Bergolak?

"Sama ada dia keluar atau saya keluar". Pembaca boleh 'klik' ayat penyata di sebelah dan mungkin para pembaca sekalian boleh menilai dengan akal yang waras mengenai kisah di sebalik ayat penyata yang saya gariskan di atas.

Saya yakin bahawa kerajaan Pakatan Rapuh memang semakin goyah dan kalut lebih-lebih lagi di Selangor dan Perak. Ini berdasarkan situasi dan kejadian yang berlaku akhir-akhir ini. Perbezaan pendapat adalah perkara lumrah dalam sesebuah organisasi. Namun, dalam organisasi politik, perbezaan pendapat terutama yang menyentuh perkara dasar adalah amat merumitkan kerana bagi seseorang yang mempunyai kuasa dalam organisasi politik, mereka akan memastikan bahawa dasar mereka diterima tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana pihak.

Perkara ini juga berkait rapat dengan kuasa dan 'ego' seseorang pemimpin itu. Saya sentiasa berdoa agar UMNO dikurniakan pemimpin-pemimpin yang dapat menerima pandangan dan nasihat daripada orang bawahan ataupun akar umbi demi memastikan UMNO terus relevan hari ini, esok dan selamanya!!!

Tuesday, November 25, 2008

Sibuk Bangat...

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang mengunjungi blog saya dan memberi komen ke atas penulisan saya. Saya memohon maaf kerana tidak dapat membalas komen yang diberikan kerana komitmen lain yang perlu saya selesaikan segera.

Saya akan cuba membalas komen rakan-rakan setelah saya menyelesaikan tugasan yang diamanahkan kepada saya.

Sekian, terima kasih.

Friday, November 21, 2008

Bukti Demokrasi Masih Wujud Dalam UMNO

Demokrasi terus subur dalam UMNO. Itu adalah satu kenyataan setelah pengumuman yang dibuat oleh Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa beliau akan bertanding merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia manakala kenyataan balas yang diberi oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Rafidah Aziz untuk mempertahankan jawatan yang disandang menamatkan teka-teki yang ditunggu-tunggu selama ini oleh perwakilan akar umbi dan rakyat jelata.

Saya memuji tindakan tegas Datuk Kamilia Ibrahim yang berani melawan arus apabila tidak menyokong pelan peralihan yang dicadangkan oleh Rafidah. Strategi beliau ternyata membuahkan hasil apabila menang tanpa bertanding untuk jawatan Naib Ketua UMNO setelah Shahrizat mengumumkan pendirian beliau. Saya bukan hendak menyokong sesiapa dalam hal ini, namun saya mempunyai pendapat peribadi yang wajar dikongsi bersama pembaca.

Suara akar umbi adalah suara yang wajib didengari oleh mana-mana pemimpin atasan. Bagi saya, 73 pencalonan yang diterima adalah pencalonan yang 'solid' tanpa melibatkan mana-mana desakan pihak tertentu manakala pencalonan sebanyak 117 undi yang diterima oleh Rafidah harus diakui ia berlaku atas desakan atau arahan daripada sesetengah pihak yang 'pro' kepada Rafidah.

Bukanlah niat akar umbi untuk melupakan jasa yang banyak ditabur oleh Rafidah, namun apabila sampai masanya, Rafidah harus meninggalkan kerusi empuk yang beliau duduki dengan cara terhormat. Pelan peralihan kuasa yang dicadangkan oleh Rafidah jelas membawa maksud yang samar-samar. Tempoh 3 bulan untuk Rafidah memegang jawatan sebelum memberikan kepada Shahrizat mengundang seribu satu persoalan. Ada yang mengatakan bahawa beliau mengharapkan sesuatu keajaiban akan berlaku apabila Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO Malaysia. Namun, kita sebagai manusia biasa tidak digalakkan membuat spekulasi yang boleh menjejaskan maruah seseorang pemimpin.

Ada rasionalnya Shahrizat bertanding melawan Rafidah. Ini kerana perwakilan daripada akar umbi mahukan seorang ketua yang boleh memimpin dengan sepenuh kuasa dan bukan setakat memangku sesuatu jawatan itu. Rata-rata rakyat hari ini melihat politik UMNO dengan penuh minat setelah dilanda tsunami pada pilihanraya ke-12 yang lalu. Jangan biarkan pihak pembangkang memainkan isu kepimpinan dan perebutan jawatan dalam UMNO kerana jika perkara ini dimanipulasikan oleh pihak pembangkang, saya yakin bahawa pada pilihanraya akan datang, peluang UMNO untuk terus mentadbir negara akan hilang.

Saya berharap agar Wanita UMNO bijak memilih calon yang bakal memimpin Wanita selepas pemilihan bulan Mac nanti. Jangan kerana terjadinya pertandingan antara 2 pemimpin atasan akan menyebabkan perpecahan yang serius berlaku dalam Wanita. Pertandingan adalah adat resam dunia. Ada yang menang dan akan ada pihak yang kecundang. Terima dengan hati terbuka apa juga keputusan yang bakal menjelma. Namun, yang penting sekali ialah suara akar umbi semakin dihormati dan demokrasi di dalam UMNO terus kekal subur mewangi...

Wednesday, November 19, 2008

Peluang Brother Anwar Gulingkan Kerajaan BN

Umum mengetahui bahawa kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysia berada di luar negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi berada di Uzbekistan dan Turkmenistan atas lawatan rasmi manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pula berlepas ke Lima, Peru untuk menghadiri sidang kemuncak APEC dan dijangka pulang ke Malaysia pada 27 November ini.

Ini adalah peluang terbaik buat Ahli Parlimen Permatang Pauh yang langsung tidak menyengat di Dewan Rakyat untuk kembali memujuk Ahli-ahli Parlimen BN agar melompat parti. Jika sebelum ini Brother Anwar begitu ghairah ingin membentuk kerajaan melalui pintu belakang, beliau boleh melakukannya sekarang.

Namun, saya yakin bahawa niat Brother Anwar ini hanya omongan kosong dan tidak akan disahut oleh mana-mana Ahli Parlimen BN. Kadang-kadang saya kesian tengok si Anwar Al-Juburi ini yang cakapnya di Dewan Rakyat langsung tidak diendahkan. Dah lah keinginan beliau untuk menjadi PM masih tidak tercapai dan saya yakin beliau memang tidak akan dapat menjadi PM kerana beliau memang tiada kelayakan untuk menjadi PM. Seperti kartun dalam blog Masterdedah, beliau hanya akan mendapat 'P' sahaja (itupun kalau ada yang sudi bagi) dan untuk mendapat PM hanya mimpi tinggal mimpi.

Ketiadaan Pak Lah dan Najib di dalam negara dalam tempoh masa yang sama juga membuktikan bahawa pentadbiran Malaysia masih berada dalam keadaan yang stabil tanpa sebarang masalah. Ini kerana Pak Lah mempunyai ramai Menteri yang sedia memberi perkhidmatan terbaik dan akan memastikan segala urusan kerajaan berjalan dengan lancar.

Apapun, kita sama-sama doakan agar Malaysia sentiasa aman, damai dan makmur di bawah pemerintahan Barisan Nasional dan semoga kedua-dua pemimpin negara ini dapat pulang ke tanahair dengan selamat.

Tuesday, November 18, 2008

Biar Rafidah, Shahrizat bertanding


MUAR 17 Nov. - Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dan Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perlu diberi peluang untuk bertanding merebut jawatan tertinggi sayap parti itu kerana masing-masing sudah mempunyai pencalonan yang cukup untuk jawatan tersebut pada Mac depan.

Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Muar, Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman berkata, jawatan itu perlu dipertandingkan kerana semua ahli akar umbi Wanita UMNO sudah bersuara melalui pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini, apabila mencalonkan kedua-dua pemimpin itu untuk bertanding jawatan nombor satu pergerakan tersebut.

Beliau berkata, semua ahli pergerakan Wanita UMNO perlu membiarkan Rafidah dan Shahrizat bertanding untuk melihat siapa sebenarnya yang lebih layak menjadi Ketua Wanita UMNO.
"Tidak timbul soal pemilihan jawatan tertinggi sayap itu harus mengelak daripada bertanding atau semua pihak perlu menghormati pelan peralihan kuasa Wanita UMNO yang ditetapkan pada Jun 2009 kerana yang penting sekarang Rafidah dan Shahrizat sudah dicalonkan.

"Apabila masing-masing sudah cukup pencalonan, biarlah mereka bertanding. Kita bukannya hendak menyibuk dalam isu peralihan kuasa Wanita UMNO, tetapi kebelakangan ini dilihat banyak pendapat yang berbeza di setiap Perhubungan Wanita UMNO negeri," katanya di sini hari ini.

Kadar Shah yang juga Ketua UMNO Cawangan Bandar A di sini, mengulas isu peralihan kuasa jawatan tertinggi sayap parti itu membabitkan Rafidah dan Shahrizat yang mendapat reaksi berbeza daripada badan Wanita UMNO negeri.

Menurut Kadar Shah, sekiranya Rafidah memenangi pemilihan jawatan itu pada Mac depan, beliau perlu terus menjadi ketua sayap itu untuk tempoh tiga tahun dan tidak perlu menyerahkan jawatan itu kepada Shahrizat pada Jun.

Namun katanya, jika Rafidah tewas kepada Shahrizat, beliau perlu akur dengan suara akar umbi dan menyerahkan jawatannya itu kepada penggantinya untuk tempoh tiga tahun dan bukan sebagai pemangku.
-dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 18 Nov 2008-

Sunday, November 16, 2008

Sanggup Berbogel?

Saya menonton Buletin 1.30 di TV 3 tadi. Saya terperanjat dengan satu berita yang dipaparkan. Dalam berita tersebut yang sempat saya ikuti ialah ada segolongan rakyat Selangor yang menggelarkan diri mereka sebagai "Reformis" akan mengambil jalan terakhir iaitu demonstrasi dengan berbogel jika Kerajaan Pakatan Rapuh di Selangor tetap berkeras menaikkan kadar sewa rumah.

Saya tak pasti kawasan mana namun yang saya pasti golongan "Reformis" ini akan tetap berdemo dengan cara berbogel dan berhimpun di hadapan bangunan Kerajaan Negeri Selangor jika kerajaan Pakatan Rapuh masih tetap dengan pendirian mereka.

Makin teruk nampaknya kerajaan Pakatan Rapuh di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim. Kesian...

Ranking Bola Sepak Malaysia Meningkat

Alhamdulillah, nampaknya semakin ada peningkatan tahap permainan bola sepak skuad negara. Malaysia yang sebelum ini menduduki ranking ke-172 iaitu pada September 2007, kini pada November 2008 telah meningkat ke ranking 151. Walaupun agak ketinggalan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, Malaysia boleh berbangga kerana ia adalah pencapaian terbaik untuk tahun 2008.

Malaysia mempunyai rekod terbaik dalam ranking bola sepak antarabangsa dengan menduduki tangga ke-75 iaitu pada Ogos 1993. Dalam senarai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pula Malaysia menduduki ranking ke-25 tetapi masih di belakang Thailand (15), Singapura (19) dan Indonesia (18).

Marilah sama-sama kita mendoakan kejayaan skuad bola sepak kebangsaan kita dalam kejohanan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Disember depan dan jika mereka berjaya, ranking kita di FIFA akan terus meningkat.

Selamat maju jaya buat anak buah B. Sathianathan!!!

Thursday, November 13, 2008

MB Perak Biadap?


Utusan Malaysia Online hari ini menyiarkan berita mengenai kelakuan seorang pemimpin yang boleh dikatakan agak biadap juga. Menteri Besar (MB) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin hari ini bertindak di luar dugaan apabila memaksa jurugambar Utusan Malaysia menyerahkan kamera dan memadamkan gambarnya yang diambil ketika penyerahan surat tuntutan maaf daripada seorang peguam.

Jurugambar berkenaan yang bernama Mohd Najib Mohd Nor hanya menjalankan tugas dan hanya merakamkan gambar MB Perak itu sedang menerima surat tuntutan maaf daripada peguam Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.

Adakah ini kelakuan sebenar seorang MB PAS? Bertindak kasar dan biadap dengan menghalau jurugambar tersebut keluar dan selepas itu memanggil semula dengan perkataan "WOI". Sepatutnya, sebagai seorang pemimpin beliau menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik dan beradab.

Saya pernah bertugas di dalam sebuah majlis rasmi di mana VIP yang hadir pada ketika itu ialah Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Abul Razak. Saya telah diminta oleh pihak jabatan untuk membantu mengambil gambar TPM sedang berucap. Selepas beliau berucap, acara seterusnya ialah jamuan makan malam. Saya yang mungkin tidak beberapa tahu protokol di dalam majlis rasmi ketika itu, telah mengambil gambar TPM yang sedang makan. Lantas saya didatangi oleh pengiring peribadi TPM dan beliau membisikkan ke telinga saya bahawa sewaktu makan dilarang mengambil gambar VIP yang sedang makan.

Saya yang langsung tidak tahu garis panduan dan protokol ketika itu meminta maaf dan mengucapkan terima kasih kepada pengiring peribadi tersebut kerana menjelaskan tentang perkara itu dengan baik dan bersopan. Langsung tidak timbul isu rampas-merampas dan tengking menengking seperti yang berlaku kepada MB Perak semalam.

Saya rasa MB Perak langsung tidak tahu berbudi bahasa dengan wartawan dan jurugambar. Beliau merasa malu dan tertekan kerana banyak kelemahan di dalam pentadbiran beliau yang dibongkar oleh pihak media.

Sepatutnya jika perkara sebegini berlaku, beliau harus bertindak bijak dengan mengarahkan pembantu beliau yang melakukan pemeriksaan dan bukan beliau yang mengambil, memeriksa kamera dan menengking jurugambar tersebut.

Akhirnya, perkara ini hanya akan memalukan beliau dan secara tidak langsung akan menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai seorang Menteri Besar.

Wednesday, November 12, 2008

Manoharan kekal sebagai tahanan ISA

KUALA LUMPUR 12 Nov — Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Alam Shah M. Manoharan gagal buat kali ketiga untuk dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonannya bagi habeas corpus.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusan lisannya berkata alasan yang diberikan dalam afidavit Manoharan tidak termasuk dalam lingkungan permohonan bagi writ habeas corpus.

“Undang-undang kita hanya membenarkan mahkamah untuk memastikan sama ada berlaku pelanggaran terhadap prosedur bagi penahanan itu. Selepas meneliti afidavit, saya bersetuju dengan peguam yang bijaksana bahawa alasan berkenaan tidak termasuk dalam lingkungan permohonan habeas corpus,” katanya.

Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan Manoharan yang difailkan pada 8 Ogos tahun ini untuk mencabar kesahihan perintah tahanan bertarikh 13 Dis, 2007 yang dikeluarkan mengikut Seksyen 8(1), ISA.

Dalam afidavitnya, Manoharan berkata keengganan Menteri Dalam Negeri memberikan kebenaran kepadanya untuk menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor dijadualkan pada 22, 23 dan 26 Mei 2008 dan bahawa beliau dipaksa mengambil cuti telah mencemarkan proses demokrasi.

Manoharan, yang diwakili peguam Sreedevi Naidu juga mendakwa beliau bukan seorang individu yang memberikan ancaman kepada negara kerana beliau telah dipilih sebagai wakil rakyat dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Peguam Kanan Persekutuan Abdul Wahab Mohamad mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan habeas corpus itu atas alasan bahawa alasan yang dikemukakan itu tiada kaitan dengan penahanan Manoharan daripada segi undang-undang.

Beliau juga berhujah permohonan itu jelas mencabuli proses mahkamah dan satu pertindihan dalam prosiding.

“Jelas ia mencabuli proses mahkamah untuk segera memfailkan permohonan bagi habeas corpus apabila permohonan sebelum ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan,” kata Abdul wahab.

Manoharan sebelum ini memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ditolak pada 26 Dis, 2007. Rayuannya di Mahkamah Persekutuan juga ditolak pada 14 Mei tahun ini.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, beliau memfailkan satu lagi permohonan bagi habeas corpus di Mahkamah Tinggi Ipoh tetapi sekali lagi ditolak oleh mahkamah pada 8 Sept tahun ini.
Terdahulu dalam prosiding hari ini, Hakim Mohamad Zabidin juga menolak permohonan Manoharan untuk hadir dan mewakili dirinya sendiri dalam kes ini.

“Selepas meneliti afidavit, saya mendapati tidak ada alasan yang kukuh untuk membenarkannya hadir dan mewakili dirinya sendiri di mahkamah,” katanya.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 12 Nov 2008

Monday, November 10, 2008

Harga minyak turun lagi?

JOHOR BAHRU 9 Nov. - Rakyat boleh mengharapkan harga petrol dan diesel lebih rendah pertengahan bulan ini jika trend penurunan harga purata bahan api itu berterusan di bawah AS$70 (RM226.10) setong pada bulan ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, harga purata petrol adalah di bawah AS$70 setong pada lapan hari terakhir Oktober lalu dan minggu pertama bulan ini.

"Berdasarkan trend itu, pasti harga petrol akan berada di bawah AS$70 setong untuk November.

"Harga akan diturunkan secara munasabah, mungkin dilakukan dua kali sebulan, seperti Oktober lalu iaitu pada pertengahan dan hujung bulan," katanya.

Shahrir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang dan Projek Pemimpin Muda Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Shahrir, keputusan muktamad mengenai perkara itu akan diputuskan oleh Exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Berkuatkuasa 1 November lalu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 kepada RM2.15 dan RON92 daripada RM2.20 kepada RM2.05.

Harga diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.05.

Ditanya mengenai masalah kenaikan harga minyak untuk pesawat kecil yang dilaporkan berlaku kini, Shahrir berkata, perkara tersebut hanya bersifat sementara.

Menurutnya, kenaikan harga bahan api itu berlaku kerana ia tidak disubsidi oleh kerajaan, sebaliknya diimport dari luar negara dan harganya ditentukan oleh pasaran.

Shahrir berkata, masalah itu bagaimanapun hanya melibatkan kuantiti minyak yang kecil memandangkan ia hanya digunakan untuk pesawat kecil.

"Kita beri masa untuk keadaan pulih seperti biasa. Biasanya sebulan," katanya.

Beliau berkata, jika masalah itu berlarutan, kerajaan akan menimbangkan langkah sesuai untuk mengatasinya termasuk memikirkan semula monopoli Petronas dalam membekalkan minyak tersebut.

"Saya fikir ia tidak memberi kesan kepada Petronas jika diberi kepada pihak lain.

"Namun kerajaan bagi kepada Petronas supaya ia lebih terurus kerana Petronas mempunyai pengalaman dan kepakaran," katanya.

Bahan api untuk pesawat kecil di negara ini telah meningkat sehingga ia dijual pada harga RM9.50 seliter berbanding RM6 di Singapura.

-dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 10 Nov 2008-

Sikap Sebenar Pakatan Rapuh Di Selangor

Buat pembaca yang budiman. Di sini, saya paparkan lagi sebuah kisah mengenai keluhan dan kekecewaan yang dihadapi oleh salah seorang rakyat Selangor mengenai kelemahan dan sikap lepas tangan pentadbiran Pakatan Rapuh di Selangor.

Semoga Pakatan Rapuh dapat ditumbangkan pada pilihan raya yag akan datang.

Baca (klik di sini)..

Saturday, November 8, 2008

Mohd. Ali Rustam layak bertanding Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Seorang lagi calon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam telah melayakkan diri untuk bertanding pada pemilihan parti Mac depan.

Sehingga pukul 5.15 petang ini, beliau telah menerima 39 pencalonan masing-masing daripada bahagian Tumpat, Pasir Salak, Ketereh, Pendang, Sandakan, Sungai Petani dan Pasir Puteh.

- Utusan Malaysia Online, 8 Nov 2008-

Konsep Kerajaan Berkebajikan Untuk Selangor Patut Ditukar!!!

Adakah Kerajaan negeri Selangor hari ini layak dipanggil "kerajaan berkebajikan"? Kalau diikutkan setakat pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu air kepada rakyat Selangor, kerajaan negeri Selangor masih tidak layak dipanggil kerajaan yang prihatin dan berkebajikan. Ini kerana masih ada masalah yang timbul melalui pemberian air percuma kepada rakyat Selangor di mana ia melibatkan mereka yang tinggal di rumah flat. Selain itu, pemberian air percuma juga dilihat masih ada masalah seperti masalah pembayaran oleh KDEB kepada SYABAS (baca di sini).

Beberapa bulan yang lepas juga, ketika rakyat Selangor di beberapa kawasan kampung di Klang telah menjadi mangsa ribut, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tergamak mengeluarkan kenyataan (baca di sini) bahawa hanya membuang masa dan membazir wang turun melawat mangsa ribut. Adakah layak beliau menjadi Menteri Besar dan adakah kerajaan Selangor layak digelar kerajaan berkebajikan? Kenyataa beliau telah mendapat teguran daripada Menteri Besar Kedah (baca di sini) dan juga turut mendapat reaksi yang mengecewakan daripada mangsa-mangsa ribut di Klang (baca di sini).

Saya yakin hampir keseluruhan rakyat Selangor kecewa dan menyesal kerana telah tersalah pilih kerajaan dan pemimpin. Hari ini, satu lagi bukti yang menunjukkan bahawa kerajaan Selangor tidak layak digelar negara berkebajikan kerana tindakan kerajaan negeri Selangor menaikkan kadar sewa kediaman bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara dan Lembah Subang. Peningkatan kadar sewa daripada RM 124 kepada RM 250 jelas membebankan penduduk di kawasan tersebut yang rata-rata mereka berpendapatan kurang daripada RM 600 dan mereka juga penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor. Kebanyakan penduduk PPR Kota Damansara dan Lembah Subang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan warga emas (baca di sini).

Tan Sri Khalid Ibrahim jelas tidak menghiraukan nasib rakyat Selangor. Tindakan terbaru kerajaan negeri Selangor ini membuktikan lagi bahawa konsep negara berkebajikan hanya satu retorik semata-mata dan diwar-warkan ketika pilihan raya sahaja. Selepas sahaja memenangi pilihan raya, Pakatan Rapuh (PR) tidak menunaikan janji mereka kepada rakyat jelata.

Dalam penulisan saya sebelum ini yang bertajuk "Pengajaran Untuk Ahli UMNO" juga mengupas mengenai situasi yang berlaku di kawasan PAS Gopeng yang mana tidak mengamalkan konsep negara berkebajikan. Penceramah PAS hanya menyalak dan melolong di pentas ceramah untuk menyatakan bahawa mereka mengamalkan konsep negara berkebajikan. Namun apabila seorang daripada ahli PAS yang mana telah kehilangan ibu saudaranya, tiada seorang pun ahli PAS Gopeng datang melawat dan menguruskan jenazah. Adakah ini konsep negara berkebajikan yang dibawa oleh PAS, PKR dan DAP???

Saya menyeru kepada semua rakyat yang mana telah mengundi Pakatan Rapuh (PR) agar tidak mengulangi perkara yang sama dalam pilihan raya akan datang. Cukuplah satu penggal PR berkuasa dan jangan beri mereka peluang lagi kerana hanya akan menyakitkan hati lebih-lebih lagi apabila mendapat Menteri Besar macam Khalid Ibrahim. Kerajaan Barisan Nasional (BN)mungkin tidak 100% sempurna namun pentadbiran kerajaan BN lebih adil dan saksama. Lebih 50 tahun Malaysia merdeka, kerajaan BN berjaya memacu negara menjadi lebih maju dan berdaya saing.

Thursday, November 6, 2008

Pakatan blog propembangkang sudah berpecah

TIDAK banyak yang dilaporkan mengenai satu forum di Universiti Malaya baru-baru ini yang membincangkan masa depan media di Malaysia anjuran SSIG, sebuah bahagian di bawah Kementerian Penerangan. Ahli-ahli panelnya ialah Ahirudin Attan @ Rocky, penulis blog Rocky's Bru; Ketua Pengarang The Star, Wong Chun Wai; Presiden NUJ (Kesatuan Wartawan Malaysia) Norila Daud dan Bob Teoh dari portal berita Sin Chew Daily.

Mauduk perbincangan ialah tiada kebebasan media di Malaysia kerana wujudnya banyak undang-undang yang menyekat kebebasan. Ahli-ahli panel sehati sejiwa menyuarakan perlunya undang-undang berkaitan dihapuskan. Selagi undang-undang ini wujud, apa perlunya ditubuhkan Majlis Media yang kerajaan cadangkan.

Yang menariknya, salah seorang peserta kemudian bertanya: Adakah kebebasan media mempunyai kaitan dengan tadbir urus yang baik (good governance)?Bob Teoh memberikan jawapan yang pantas dan tepat. Katanya, di Singapura tiada kebebasan media tapi tadbir urusnya adalah yang terbaik. Sebaliknya di India ada kebebasan media, tapi tadbir urus negara itu semua orang tahu adalah tidak baik. Nah, jawapan Bob Teoh itu boleh dijadikan panduan yang baik untuk menentukan sama ada kebebasan media amat diperlukan di Malaysia.

Yang amat ketara, Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkangnya sangat perlukan kebebasan media untuk menghentam dan meruntuhkan kerajaan BN. Jika anda masih belum pasti jawapannya, mungkin Ahirudin @ Rocky boleh membantu dengan jawapannya kepada seorang pemblog bernama Mahaguru yang turut hadir dan bertanya. Soalan Mahaguru yang dilontarkan kepada Rocky lebih kurang bermaksud: perlukah pemblog tidak memihak kepada mana-mana parti dalam menulis hal-hal politik?Sebelum bertanya Mahaguru menjelaskan bahawa sebelum pilihan raya 8 Mac lalu, beliau adalah penyokong PKR. Sekarang bagaimana? Beliau tidak menjelaskan tapi di hati kecil Si Keldai berkata, barangkali Mahaguru tidak lagi dengan PKR.

Selayang fikir, pertanyaan Mahaguru itu bunyinya terlalu bahlul. Dua kali fikir, barulah Si Keldai dapat menangkap maksudnya. Rupa-rupanya beliau ingin kepastian sama ada pendirian Rocky juga sudah berubah. Rocky menjawab, sebelum dan semasa kempen PRU 12 itu, kesemua kira-kira 60 orang pemblog yang bergabung di bawah pakatan Bloggers United yang diketuainya adalah propembangkang.

Beliau mengakui keadaan sekarang sudah berubah. Lalu Rocky menyimpulkan bahawa pada idealnya memang elok molok tidak memihak, tetapi jika mahu memihak terpulanglah kepada diri masing-masing. Tepuk dada dan tanya selera. Bagi Si Keldai kata-kata Rocky itu adalah satu jawapan yang jujur. Bloggers United yang boleh diterjemahkan sebagai Pemblog Bersatu, sekarang sudah berpecah haluan. Ada yang masih sokong pembangkang, tapi ada juga yang sokong parti-parti BN.

Rocky berada di mana? Jika anda tidak dapat meneka jawapannya, lebih baiklah anda jadi keldai. Khabarnya Rocky juga sedang merancang untuk membina satu portal berita. Ala Malaysiakini, Malaysia Today, Agenda Daily atau Malaysian Insider? Oleh kerana kerja ini memerlukan modal, juga ingin ditanya siapa rakan kongsi Rocky?

dipetik daripada Malaysiaaktif.com, 6 Nov 2008

Wednesday, November 5, 2008

Pengajaran Untuk Ahli UMNO

Membaca artikel dalam blog Al-Husseyn membuatkan saya terfikir juga. Di mana peranan ahli PAS Gopeng ketika pakcik yang saya namakan Al-Husseyn telah kehilangan ibu saudara beliau pada 4 Nov 2008. Saya tidak tahu status pakcik Al-Husseyn samada beliau ahli PAS atau ahli PKR. Namun pada pandangan saya, beliau mungkin menjadi ahli PAS.

Apa yang disuarakan oleh beliau adalah satu kekesalan yang terbuku di hati dan diluahkan melalui penulisan. Beliau jelas kecewa dengan ahli-ahli PAS daripada kawasan Gopeng yang langsung tidak mengucapkan takziah malahan untuk datang menziarahi arwah ibu saudara beliau jauh sekali.

Pakcik Al-Husseyn menjelaskan bahawa PAS yang selama ini memperjuangkan tentang NEGARA KEBAJIKAN dan UKHWAH ISLAMIYAH hanya sekadar menyalak dan berkokok di pentas-pentas ceramah. Namun amat mengecewakan apabila terjadinya perkara sebenar, ahli-ahli PAS terutamanya daripada kawasan Gopeng langsung tidak mempraktikkan apa yang mereka perjuangkan selama ini.

Saya memetik sedikit cebisan coretan daripada pakcik Al-Husseyn. Beliau meluahkan "Berdetik dihati saya, agaknya, kalau anak kucing MB Nizar yang mati , tentu masing-masing akan berebut-rebut berkejar ke residensi MB untuk mengucapkan takziah masing-masing".

Ini jelas menunjukkan bahawa ahli-ahli PAS hanya bermuka-muka sahaja. Mereka hanya akan membantu dan mengucapkan takziah jika orang yang mengalami nasib malang itu adalah orang yang berjawatan tinggi seperti yang digambarkan oleh pakcik Al-Husseyn.

Ayuh ahli-ahli UMNO seluruh Malaysia. Hendaklah kita jauhkan diri kita daripada perangai ahli-ahli PAS. Mereka ini hanya gah berkokok di pentas namun untuk mereliasasikan apa yang telah mereka ucapkan jauh panggang daripada api.

Kepada pakcik Al-Husseyn, saya ingin ucapkan takziah di atas kembalinya ibu saudara pakcik ke rahmatullah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibu saudara pakcik..

Al-Fatihah....

p/s: Rujuk blog Al-Husseyn untuk mengetahui cerita sebenar...

Kisah pelik Khalid Ibrahim di parlimen petang Selasa

BURU GLAMOUR…Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tiada di Dewan Rakyat ketika ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli pembangkang lain keluar dewan sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan ransangan ekonomi Selasa.

Beliau tiba kira-kira jam 6.15 petang, selepas Anwar meninggalkan parlimen sebaik sahaja selesai mengadakan sidang media mengenai tindakan pembangkang keluar Dewan.

Khalid dilihat tergesa-gesa naik tangga menuju lobi dan kemudian berbincang dengan ahli parlimen Batu, Tian Chua yang diarah Yang Dipertua Dewan Rakyat, keluar dewan kira-kira jam 5.15 petang kerana tidak memperdulikan arahan Tan Sri Pandikar Amin Mulia supaya jangan menganggu Najib berhujah.

Tidak lama selepas itu dengan ditemani Tian Chua, Khalid menuju ke sudut Sidang Media Parlimen untuk mengadakan sidang media mengulas tindakan pembangkang keluar dewan.
Sebelum panjang lebar beliau mengulas, Agendadaily bertanya Khalid, kenapa beliau hendak mengulas kejadian itu sedangkan beliau tiada di Dewan Rakyat ketika kekecohan berlaku.
Air mukanya jelas berubah tetapi akhirnya mengakui beliau memang tiada ketika itu dan baru sampai.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari rakan-rakan lain mengenai perkara tersebut dan ingin mengulasnya.

"Seronok tengok Khalid telan air liur dua tiga kali sebelum jawab soalan you," kata seorang wartawan sebuah stesen TV kepada Agendadaily yang turut pelik melihat Khalid buat sidang akhbar sedangkan beliau tiada di parlimen ketika itu.

Bagi Tian Chua pula, mereka yang mengenalinya tidak menggangap ia sesuatu yang pelik bagi Ketua Penerangan PKR itu kerana beliau sebelum inipun kerap dengan aksi ‘ stuntman’ politiknya.- 4/11/2008

dipetik daripada Agendadaily Online, 4 Nov 2008

..............................................................................................................................................

p/s: Memang macam tue sikap orang gila glamour. Apa yang diulas oleh Khalid Ibrahim adalah untuk meraih populariti politik semata-mata. Dah la beliau tiada di dalam Parlimen semasa pembangkang yang lain keluar daripada Dewan Rakyat. Beliau pun tidak tahu apa yang terjadi di dalam Dewan Rakyat petang Selasa, kemudian sibuk nak ulas perkara tersebut. Memang sengal...hehehe

Hentikan tindakan politik keterlaluan, titah Sultan Azlan

KUALA KANGSAR 5 Nov. — Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahu rakyat menghentikan segera tindakan politik keterlaluan berhubung kedudukan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Baginda bertitah kebajikan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan dan keamanan negara serta kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan semata-mata disebabkan oleh perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

“Jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

“Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang Melayu,” titah baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini selepas dipersembahkan satu memorandum oleh Gabungan Melayu Perak. - Bernama

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 5 Nov 2008

Tuduhan kerajaan belanja besar beli Eurocopter tak berasas – Najib

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tuduhan pembangkang bahawa kerajaan berbelanja besar bagi pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 bernilai RM1.604 bilion ternyata meleset dan tidak berasas berdasarkan penilaian Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Beliau berkata kerajaan mempunyai sistem dan ia akan dipastikan telus dan mengikut peraturan.

“Maknanya tuduhan awal itu meleset sama sekali dan terbukti tidak ada asas.
Sebab itulah kita buka proses itu kepada PAC. Walaupun daripada segi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) soal keselamatan negara sebenarnya tidak wajar didedahkan kepada terlalu ramai pihak.

“Namun oleh kerana (ia) sudah dijadikan sebagai satu isu besar oleh parti pembangkang jadi kita ambil langkah membenarkan PAC membuat penyiasatan,” katanya kepada pemberita selepas temu bual khas dengan RTM mengenai pakej rangsangan fiskal kerajaan bagi Bajet 2009 di Angkasapuri di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat PAC pada Isnin yang memutuskan bahawa tiada penyelewengan daripada segi prosedur dalam pembelian 12 unit helikopter Eurocopter EC725 bernilai RM1.604 bilion. – BERNAMA

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 5 Nov 2008

....................................................................................................................................................

p/s: Kehadiran ramai MP pembangkang di Parlimen sekarang hanya menyemak sahaja. Suka hati mereka nak keluar bila tak puas hati dengan sesuatu perkara atau dasar yang dibahaskan oleh MP kerajaan. Daripada Ketua Pembangkang sampai ke anak buah, tak habis-habis mencari kesalahan kerajaan Barisan Nasional. Mereka kena sedar bahawa kerajaan negeri Selangor dan Perak juga tak habis-habis diselubungi kontroversi dalam pentadbiran mereka.

Jadi, jangan poyo sangat nak pertikaikan segala rancangan kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia. Masa Anwar Al-Juburi jadi PM dulu pun tak ada pun niat nak membela rakyat miskin dan sengsara. Kini di dalam Dewan Rakyat hendak buat huru-hara pula dengan Bajet Hampas Pakatan Rakyat.

Anwar Al-Juburi...Kau Boleh Blahhhh!!!!!

Obama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS)


WASHINGTON 5 Nov. – Rakyat Amerika Syarikat (AS) memilih calon Demokrat, Barack Obama semalam sebagai Presiden kulit hitam mereka yang pertama, dengan memberi beliau kemenangan bersejarah ke atas calon Republikan, John McCain. - AFP

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 5 Nov 2008

Penjawat awam kini mudah beli kereta baru

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik langkah kerajaan meningkatkan had kelayakan pinjaman kenderaan yang membolehkan mereka mendapatkan kenderaan baru.

Presidennya, Omar Osman berkata, had kelayakan pinjaman kenderaan sebelum ini menyebabkan penjawat awam terpaksa membeli kenderaan terpakai berbanding kenderaan baru.

‘‘Ia menyebabkan penjawat awam terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi kerana menggunakan kereta terpakai,’’ katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan yang memudahkan penjawat awam memiliki kereta dengan meningkatkan had kelayakan pinjaman.
Langkah berkenaan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 peringkat dasar Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), had kelayakan dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM70,000 sementara bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan dinaikkan daripada RM55,000 kepada RM65,000.

Bagi kumpulan sokongan pula, had kelayakan dinaikkan daripada RM45,000 kepada RM55,000.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 4 Nov 2008

Tuesday, November 4, 2008

Pendapat Saya

















Kisah keretakan rumah tangga Abby Abadi dan Norman Hakim bukan asing lagi. Semenjak kelahiran anak ketiga mereka, Norman dikatakan mula menunjukkan sikap dingin terhadap isteri beliau. Ketika selesai acara memotong jambul anak ketiga mereka, Norman dikatakan terburu-buru beredar daripada majlis tersebut.

Kisah mereka bertambah parah apabila Norman ditangkap khalwat dengan pelakon baru bernama Memey Suhaiza. Apa pun alasan yang diberikan oleh mereka berdua yang telah ditangkap, amat sukar diterima oleh seorang isteri. Walaupun saya seorang lelaki, saya cuba menempatkan diri saya dalam situasi yang dihadapi oleh Abby. Amat sukar menerima kenyataan bahawa suami yang menjadi tempat berlindung dan bermanja, telah ditangkap khalwat bersama wanita lain.

Saya juga tidak bermaksud untuk menyalahkan Norman dalam hal ini. Penjelasan yang tersirat daripada beliau amat penting untuk mengelakkan saya menjadi 'bias' dalam hal ini. Kewujudan orang ketiga dalam sesebuah rumah tangga adalah satu fenomena yang paling dibenci oleh mereka yang menjadi mangsa penganiayaan konflik rumah tangga. Memey Suhaiza pada pendapat saya, adalah orang ketiga yang wujud dalam cerita Norman dan Abby. Seharusnya Memey bersemuka dengan Abby dan menerangkan perkara sebenar jika merasakan diri berada di tempat yang benar. Norman pula perlu bersikap 'gentleman' dengan tidak mengelak untuk bertemu isteri beliau yang sudah hancur hatinya dengan kejadian tangkap khalwat tersebut.

Di sini saya ingin juga memberi pendapat mengenai akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Harian Metro. Elakkan cerita-cerita yang mengaibkan ini menjadi 'front page' kerana ia melibatkan maruah seseorang. Memang ini adalah salah satu strategi pemasaran untuk melariskan jualan namun kesan yang timbul akibat daripada berita yang sengaja disensasikan ini hanya akan menambah kelukaan kepada insan yang dijadikan bahan berita tersebut. Bukan saya ingin menidakkan berita-berita sebegini dimuatkan di dalam akhbar, namun janganlah jadikan ia sesuatu yang besar kerana hanya membuka aib seseorang. Sepatutnya akhbar arus perdana lebih memberi tumpuan kepada isu jenayah dan keselamatan negara. Isu ekonomi global juga boleh dijadikan bahan utama dalam membawa pemikiran masyarakat ke arah idea dan maklumat terbaru.

Ketika memandu ke tempat kerja saya juga mendengar radio Hot Fm dan radio ERA mengutarakan perkara yang sama. Apa yang mereka akan dapat apabila bercerita tentang perkara sebegini? Tolonglah stesen radio seperti ERA dan Hot FM, berubahlah ke arah intelektual sikit dan jangan membuka peluang kepada cerita-cerita memalukan ini dengan lebih terbuka.

Norman dan Abby harus bermuhasabah diri dan elakkan pertengkaran di luar seperti yang terjadi semalam. Untuk Memey Suhaiza, jadikan kisah ini sebagai pengajaran dan janganlah mengganggu kedamaian rumah tangga orang lain.

Sunday, November 2, 2008

Harga Minyak Turun Lagi

Alhamdulillah, minyak turun harga lagi semalam. Penurunan sebanyak 15 sen untuk petrol dan diesel sedikit sebanyak mampu membuatkan rakyat kita tersenyum.

Namun ada juga suara-suara sumbang yang tidak tahu mensyukuri apa yang telah kerajaan lakukan. Mereka masih tidak berpuas hati dengan penurunan harga minyak yang telah dibuat oleh kerajaan sebanyak empat kali sejak dalam masa 2 bulan ini.

Bagi saya, kita memang tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Biarkanlah mereka hendak berkata apa-apa pun. Apa yang pasti kerajaan telah menunaikan janji mereka untuk menyemak harga minyak setiap bulan dan menurunkan harga tersebut berdasarkan harga pasaran minyak antarabangsa.

Macam pihak pembangkang, mereka pun bukan tahu senyap pun. Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan, mesti ada yang tak kena. Seolah-olah mereka sahaja yang betul. Lantaklah korang pembangkang, bangkanglah apa yang korang nak bangkang. Apa yang penting kerajaan Barisan Nasional semakin menampakkan perubahan dalam sistem pentadbiran dan sentiasa bersedia memenuhi aspirasi rakyat jelata yang mahukan kerajaan yang lebih adil dan bertimbang rasa serta telus. Tak perlu tukar kerajaan pun kerana kerajaan Barisan Nasional hari ini sudah mengorak langkah ke arah itu.

Pihak pembangkang pun bukannya buat kerja sangat pun. Cakap je lebih kat Dewan Rakyat. Tapi habuk pun tarak!!!