Wednesday, November 5, 2008

Penjawat awam kini mudah beli kereta baru

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik langkah kerajaan meningkatkan had kelayakan pinjaman kenderaan yang membolehkan mereka mendapatkan kenderaan baru.

Presidennya, Omar Osman berkata, had kelayakan pinjaman kenderaan sebelum ini menyebabkan penjawat awam terpaksa membeli kenderaan terpakai berbanding kenderaan baru.

‘‘Ia menyebabkan penjawat awam terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang tinggi kerana menggunakan kereta terpakai,’’ katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan yang memudahkan penjawat awam memiliki kereta dengan meningkatkan had kelayakan pinjaman.
Langkah berkenaan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 peringkat dasar Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Bagi gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), had kelayakan dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM70,000 sementara bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan dinaikkan daripada RM55,000 kepada RM65,000.

Bagi kumpulan sokongan pula, had kelayakan dinaikkan daripada RM45,000 kepada RM55,000.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 4 Nov 2008

2 comments:

sumandak bayu said...

Salam bro,

tak lama lagi kita akan nampak ramai yang akan beli kereta..... tapi Bro skang ni pun kereta dah jadi satu keperluan utama jadi tepat pada masanya kerajaan buat keputusan ini.... baru lah kira jaga kebajikan rakyat..

Pemuda Malaysia said...

salam sumandak bayu,

semoga kakitangan awam dapat memanfaatkan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan ini.

namun saya ingin jelaskan juga "ukur baju di badan sendiri"..

jangan sampai terbeban pula...