Wednesday, November 5, 2008

Hentikan tindakan politik keterlaluan, titah Sultan Azlan

KUALA KANGSAR 5 Nov. — Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mahu rakyat menghentikan segera tindakan politik keterlaluan berhubung kedudukan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Baginda bertitah kebajikan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan dan keamanan negara serta kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan semata-mata disebabkan oleh perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

“Jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

“Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang Melayu,” titah baginda di Istana Iskandariah di sini hari ini selepas dipersembahkan satu memorandum oleh Gabungan Melayu Perak. - Bernama

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 5 Nov 2008

4 comments:

Anonymous said...

Berpolitik secara matang yakni mengambil kira semua kaum di negara ini adalah perlu untuk mempastikan kesinambungan pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

sumandak bayu said...

Salam Bro,

Sememangnya campur tangan Sultan kita perlu untuk tangani isu sensitive yang semakin menguris perasaan kaum tertentu di negara ini....

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous..

terima kasih atas komen saudara. memang BN sudah lama berpolitik secara matang. Sebab itu BN dapat berkuasa selama lebih 50 tahun dan Insya-Allah dengan izin Allah BN akan terus menerajui Malaysia.

Bajet tambahan yang dibentangkan oleh DS Najib adalah bajet yang cuba membantu semua golongan kaum. Bajet ini juga cuba membawa Malaysia keluar dari kemelut ekonomi global.

Pakatan Rapuh baru je nak berpolitik secara matang setelah 50tahun merdeka. Namun sekarang ini pun dah dengar macam-macam masalah yang dialami oleh Pakatan Rapuh.

Siapa yang matang sekarang???
BN atau Pakatan Rapuh???

Pemuda Malaysia said...

salam sumandak bayu, saya setuju dengan pendapat sumandak.

apabila masalah perpaduan kaum semakin meruncing, sultan atau Agong perlu campurtangan dan nasihatkan kepada mana-mana pihak yang cuba mencetuskan ketegangan kaum ingat kepada 'perlembagaan' yang telah termaktub.

tak kira lah dari parti BN atau parti pembangkang, apabila hak sesuatu kaum dipertikaikan, kita akan mengalami masalah yang hanya menjurus kepada peperangan kaum!!!