Saturday, November 8, 2008

Konsep Kerajaan Berkebajikan Untuk Selangor Patut Ditukar!!!

Adakah Kerajaan negeri Selangor hari ini layak dipanggil "kerajaan berkebajikan"? Kalau diikutkan setakat pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu air kepada rakyat Selangor, kerajaan negeri Selangor masih tidak layak dipanggil kerajaan yang prihatin dan berkebajikan. Ini kerana masih ada masalah yang timbul melalui pemberian air percuma kepada rakyat Selangor di mana ia melibatkan mereka yang tinggal di rumah flat. Selain itu, pemberian air percuma juga dilihat masih ada masalah seperti masalah pembayaran oleh KDEB kepada SYABAS (baca di sini).

Beberapa bulan yang lepas juga, ketika rakyat Selangor di beberapa kawasan kampung di Klang telah menjadi mangsa ribut, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tergamak mengeluarkan kenyataan (baca di sini) bahawa hanya membuang masa dan membazir wang turun melawat mangsa ribut. Adakah layak beliau menjadi Menteri Besar dan adakah kerajaan Selangor layak digelar kerajaan berkebajikan? Kenyataa beliau telah mendapat teguran daripada Menteri Besar Kedah (baca di sini) dan juga turut mendapat reaksi yang mengecewakan daripada mangsa-mangsa ribut di Klang (baca di sini).

Saya yakin hampir keseluruhan rakyat Selangor kecewa dan menyesal kerana telah tersalah pilih kerajaan dan pemimpin. Hari ini, satu lagi bukti yang menunjukkan bahawa kerajaan Selangor tidak layak digelar negara berkebajikan kerana tindakan kerajaan negeri Selangor menaikkan kadar sewa kediaman bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara dan Lembah Subang. Peningkatan kadar sewa daripada RM 124 kepada RM 250 jelas membebankan penduduk di kawasan tersebut yang rata-rata mereka berpendapatan kurang daripada RM 600 dan mereka juga penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor. Kebanyakan penduduk PPR Kota Damansara dan Lembah Subang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan warga emas (baca di sini).

Tan Sri Khalid Ibrahim jelas tidak menghiraukan nasib rakyat Selangor. Tindakan terbaru kerajaan negeri Selangor ini membuktikan lagi bahawa konsep negara berkebajikan hanya satu retorik semata-mata dan diwar-warkan ketika pilihan raya sahaja. Selepas sahaja memenangi pilihan raya, Pakatan Rapuh (PR) tidak menunaikan janji mereka kepada rakyat jelata.

Dalam penulisan saya sebelum ini yang bertajuk "Pengajaran Untuk Ahli UMNO" juga mengupas mengenai situasi yang berlaku di kawasan PAS Gopeng yang mana tidak mengamalkan konsep negara berkebajikan. Penceramah PAS hanya menyalak dan melolong di pentas ceramah untuk menyatakan bahawa mereka mengamalkan konsep negara berkebajikan. Namun apabila seorang daripada ahli PAS yang mana telah kehilangan ibu saudaranya, tiada seorang pun ahli PAS Gopeng datang melawat dan menguruskan jenazah. Adakah ini konsep negara berkebajikan yang dibawa oleh PAS, PKR dan DAP???

Saya menyeru kepada semua rakyat yang mana telah mengundi Pakatan Rapuh (PR) agar tidak mengulangi perkara yang sama dalam pilihan raya akan datang. Cukuplah satu penggal PR berkuasa dan jangan beri mereka peluang lagi kerana hanya akan menyakitkan hati lebih-lebih lagi apabila mendapat Menteri Besar macam Khalid Ibrahim. Kerajaan Barisan Nasional (BN)mungkin tidak 100% sempurna namun pentadbiran kerajaan BN lebih adil dan saksama. Lebih 50 tahun Malaysia merdeka, kerajaan BN berjaya memacu negara menjadi lebih maju dan berdaya saing.

No comments: