Monday, June 30, 2008

ANWAR MELIWAT LAGI?



Hari ini terpampang di dada akhbar-akhbar nasional cerita mengenai mantan TPM, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) yang dituduh meliwat lagi. Laporan terhadap salah laku yang ditujukan kepada DSAI telah dibuat oleh seorang pembantu beliau yang berusia 23 tahun. Jika benar perkara ini dilakukan oleh DSAI, saya menyeru rakyat Malaysia agar menolak perjuangan yang dibawa oleh parti PKR. Adakah anda semua ingin melihat bangsa Malaysia dihancurkan oleh Allah S.W.T seperti di zaman Nabi Luth di mana kaum Nabi Luth yang gemar 'berhomoseksual' telah diturunkan bala oleh Allah.

Walaubagaimanapun, kita tunggu hasil penyiasatan daripada pihak polis. Tetapi, jika ditanya sejauh mana peratusan cerita tentang DSAI ini, saya meletakkan 100% bahawa DSAI melakukan perbuatan terkutuk itu.

Wednesday, June 25, 2008

UCAPAN MP PADANG SERAI MELENCONG

MP Padang Serai ditegur oleh Speaker kerana berucap tidak berdasarkan kepada rang undang-undang. Beliau menceritakan pengalaman beliau ketika berada di Kapit di mana jalan raya di Kapit terlalu teruk. Namun fakta yang diberikan oleh MP Padang Serai disanggah oleh MP Kapit dengan mangatakan bahawa fakta yang diberikan oleh MP Padang Serai itu tidak benar.

MP Padang Serai juga memalukan diri sendiri dan parti yang diwakili oleh beliau kerana meminta MP Pasir Salak memohon maaf atas tuduhan yang dikatakan ditujukan kepada beliau. Namun, MP Padang Serai sekali lagi ditegur oleh Speaker kerana Speaker mengatakan bahawa MP Pasir Salak tidak menujukan apa-apa kata yang perlu untuk MP Pasir Salak memohon maaf.

Sungguh memalukan juga kerana MP Padang Serai berhujah ikut syok sendiri dan ternyata ucapan yang diberikan oleh MP Padang Serai juga tidak disokong oleh MP Parit Buntar dengan mengatakan bahawa ucapan MP Padang Serai telah melencong jauh.

Itulah dia standard ucapan MP Padang Serai, macam budak sekolah rendah.

MP BUKIT MERTAJAM PUN TIDAK BERADAB

MP Bukit Mertajam yang tidak faham bahasa atau Tan Sri Yang Di Pertua Speaker tak faham bahasa?

Saya mendapati Tan Sri Yang Di Pertua Speaker cukup tegas dan cemerlang menjalankan tugas beliau sebagai Pengerusi Mesyuarat di Dewan Rakyat. Tidak seperti MP-MP pembangkang yang kebanyakannya langsung tidak menghormati Tan Sri Yang Di Pertua Speaker sebagai Pengerusi Mesyuarat.

MP Bukit Mertajam misalnya membalas teguran Speaker dengan mengatakan bahawa tidak perlu lah Speaker hendak mengajar MP-MP cara bertanya soalan. Sungguh tidak beradab langsung MP Bukit Mertajam.

Sepatutnya MP Bukit Mertajam kena banyak belajar daripada MP Kubang Kerian yang lebih berpengalaman. Bangun dan tanya soalan, tak perlu nak beri fakta-fakta ataupun berhujah sebaliknya tanya terus soalan. Ini untuk memberi lebih banyak masa menjawab soalan yang lain.

Tuesday, June 24, 2008

KOMEN TEPAT

Saya mendapat satu komen daripada cintalaila. Idea serta pendapat yang diberikan oleh cintalaila boleh dikatakan agak bertepatan dari segi aspek memperkasakan bangsa Melayu. Saya akan paparkan komen yang diberi oleh Cintalaila untuk tatapan umum. saya berharap agar pembaca yang melayari blog saya boleh memberi komen yang bernas demi kebaikan serta pembangunan bangsa melayu.
KOMEN DARIPADA CINTALAILA :

Salam Perpaduan...buat renungan kita bersama sesungguhnya kita perlu menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah air kita untuk memaut perpaduan dan mengikat persaudaraan- bukannya menohmah PAS yang salah, menuduh KEADILAN yang kabur bukan juga UMNO yang menghancurkan Melayu. Bukan......bukan itu yang kita cari. Kita mahu cari penyelesaian, perpaduan dan senjata ampuh untuk menangani kemelut hak kita yang disanggah. Sekarang bukan lagi masa untuk kita salahkan dia dan mereka. Sekarang adalah masa untuk kita menghulur tangan - bersalam dengan dia dan mereka. Kerana dia dan mereka adalah Melayu, sama dengan kita. Hentikanlah kutuk caci.....kerana kita adalah Melayu yang berbudi. Simpanlah dulu soal agenda sampingan perbincangan.

Apa yang penting ialah pemimpin PAS, KEADILAN dan UMNO (Mahathir+Anwar+Hadi+Abdullah = MAHA) perlu membincangkan agenda besar Melayu, iaitu perpaduan ummah. Soal agenda lain boleh disusuli selepas kalian semakin menyenangi antara satu sama lain.Apabila sudah mampu duduk semeja, maka rundingankanlah segala apa yang difikirkan perlu untuk memartabatkan semula Melayu dan Islam di Tanah Melayu dengan semangat musyuarah yang sebenar. Ketepikanlah kepentingan parti untuk seketika dan utamakanlah kepentingan Melayu. Sesungguhnya tiada manusia biasa yang tidak melakukan kesalahan atau dosa. Kita tidak maksum seperti para anbiya. Kita perlu berani mengakui kekhilafan dan seterusnya memohon maaf dan memperbetulkan perlakuan diri. Umat Melayu dan Islam adalah bersaudara dan sesungguhnya kita adalah saling memerlukan.
Bukankah begitu !!!

MP BATU GAJAH KURANG BERADAB

Sungguh tidak beradab. Itu adalah ungkapan yang paling sesuai dilemparkan kepada MP Batu Gajah yang kerap memainkan peraturan mesyuarat "point of order" demi meraih publisiti murahan dan mendapatkan respon daripada Dewan.

MP Batu Gajah meminta Tan Sri Yang Di Pertua Speaker mengumumkan keputusan untuk menghadkan pergerakan serta penglibatan pengamal media di Parlimen. Namun, MP Batu Gajah masih tidak faham bahasa dan suka sangat menggunakan "point of order" bagi mencapai agenda peribadi beliau.

Itulah MP Batu Gajah, yang sentiasa lantang tetapi malangnya beliau tidak beradab langsung apabila bercakap dengan Tan Sri Yang Di Pertua Speaker.

Syabas kepada Tan Sri Yang Di Pertua Speaker kerana bijak mengendalikan perjalanan mesyuarat serta menyelesaikan masalah remeh-temeh yang kerap ditimbulkan oleh MP-MP pembangkang.

Tindakan Tidak Patriotik PAS

Saranan MP Shah Alam, Khalid Samad, di Dewan Rakyat semalam agar kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka untuk membenarkan syarikat asing mencari minyak di negara ini memaparkan sikap tidak patriotik beliau dan parti yang diwakilinya. Cadangan itu juga memaparkan sikap cetek dan mengutamakan kepentingan jangka pendek.

Sikap itu menunjukkan PKR sanggup membenarkan syarikat-syarikat asing mencari minyak di negara ini seperti yang dilakukan oleh Petronas, semata-mata atas dasar keuntungan dan bukannya untuk kepentingan negara dalam jangka panjang lebih-lebih minyak yang merupakan aset strategik negara.

PKR seharusnya memahami pelbagai kesan negatif sistem terbuka itu yang akhirnya akan "menjual maruah" negara kepada syarikat asing yang sentiasa menerima arahan daripada ketua negara mereka.

Kesan pertama ialah sikap PKR yang mementingkan keuntungan melebihi kepentingan negara itu mampu membuka ruang dan peluang kepada syarikat asing mengaut seluruh keuntungan negara ini. Walaupun dalam jangka pendek memberi keuntungan kepada negara tetapi jika dilihat dalam jangka panjang, negara akan kerugian dalam bentuk keuntungan, modal insan, pembangunan industri huluan dan hiliran, pembentukan usahawan negara, "brain drain" dan keupayaan mendapatkan teknologi baru.

Lebih malang peluang untuk mendapatkan teknologi baru dalam bidang carigali dan penerokaan minyak di dasar laut akan terbantut. Ini sungguh memalukan kerana negara pengeluar minyak tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang yang sepatutnya mereka kuasai jika dibenarkan Petronas terus melaksanakannya.

Sebagai syarikat yang mementingkan keuntungan sudah tentu mereka tidak memperdulikan kepentingan strategik Malaysia dalam setiap usaha mereka. Keterbukaan ini akan menjadi lesen kepada mereka untuk bertindak sesuka hati.

Lihatlah apa yang berlaku di Iraq di mana dengan alasan mencari senjata berbahaya membolehkan mereka bertapak untuk menguasai emas hitam di negara Arab itu. Apakah PKR mahu berbaik-baik dengan syarikat asing terutama dari Amerika Syarikat untuk membolehkan mereka menguasai kekayaan di negara ini?

Umum sudah mengetahui bagaimana rakusnya syarikat-syarikat antarabangsa Amerika Syarikat menyusun strategi mereka untuk menguasai perniagaan minyak ini. Ini seperti yang disebutkan oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Henry Kissinger, yang menyatakan, "mereka yang menguasai minyak, akan menguasai dunia" menjadi pendorong kepada mereka untuk bersikap tamak dan rakus.

Khalid dan PKR seharusnya mengetahui bahawa memberi peluang kepada syarikat-syarikat asing ini, ibarat memberi ruang kepada negara asing untuk "masuk" dan "menjajah" negara ini. Inilah penjajahan bentuk baru - penjajahan ekonomi. Sudah tentulah syarikat besar ini akan berusaha gigih untuk mencari segala peluang terhadap dasar terbuka negara.

Kesan kedua ialah segala maklumat strategik mengenai kekayaan negara akan dimiliki untuk syarikat-syarikat asing bagi membolehkan mereka merancang apa yang terbaik untuk negara mereka. Maklumat ini sudah tentu diperolehi dengan mudah menerusi peralatan canggih mereka.

Ketiga ialah syarikat-syarikat asing ini boleh melakukan sabotaj ekonomi terhadap negara ini jika kita membiarkan mereka terus menguasai aset strategik negara. Ketika kita didodoikan dengan keuntungan melimpah, mereka juga sudah pasti menyusun strategi agar kita mengikut telunjuk atau kemahuan mereka.

Jika tuntutan ini tidak dipenuhi, mereka mampu melakukan "sabotaj ekonomi" kepada negara dan sudah pasti kita akan menyesal satu hari ini. Sekali lagi, lihatlah apa berlaku di Iraq yang cukup memberi pengajaran kita untuk menginsafkan diri.

dipetik daripada blog "wira malaysia".

Monday, June 23, 2008

GAMBAR PAS DAN PKR



Gambar di atas dipetik daripada "mykmu". Saya sekadar ingin mengajak saudara yang melayari laman blog saya menilai dengan teliti. Adakah ini kerajaan yang saudara inginkan untuk memerintah Malaysia?

Saudara bayangkan, dahulu PAS begitu memperjuangkan Islam tetapi itu cerita lama. Kini, PAS sanggup menjadikan Islam sebagai alat propaganda demi mencapai kepentingan politik dan kekuasaan yang boleh dikatakan agak rakus juga.

Kalau agama Islam sendiri PAS dah sanggup berbuat seperti ini demi menarik perhatian pengundi bukan Islam, saudara bayangkan pula bagaimana jika PAS mentadbir negara???

Mari kita fikirkan kesan dan akibatnya..Namun semua itu belum terlambat. Kita harus memastikan kerajaan Barisan Nasional sentiasa memainkan peranan yang penting untuk membantu membela semua kaum di Malaysia. Sokongan padu dari saudara semua amat penting untuk memastikan agenda kerajaan memperkasakan Malaysia dapat berjalan secara berterusan dan teratur.

USUL BERTENAGA DARIPADA MP KINABATANGAN

MP Kinabatangan telah membahaskan usul mengenai kenaikan harga minyak. Beliau menyokong usul yang dibawa oleh Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

MP Kinabatangan menjelaskan kepada Dewan bahawa walaupun harga minyak terpaksa dinaikkan, beliau percaya kepada janji kerajaan bahawa peruntukan serta bantuan kewangan untuk rakyat di luar bandar tetap akan diteruskan.

MP Kinabatangan menjelaskan bahawa segala usul dan hujah yang dikemukakan oleh beliau adalah untuk membela nasib rakyat dan beliau mendapati MP daripada Pakatan Rakyat berhujah semata-mata kerana mahukan publisiti yang meluas dan tidak mempunyai fakta yang kukuh. Beliau turut menyelar hujah-hujah yang diberi oleh MP pembangkang hanya retorik semata-mata tanpa memberi penyelesaian kepada permasalahan rakyat.

BADUT PARLIMEN

MP Shah Alam, MP Padang Serai, dan MP Gombak memang layak digelar "Badut Parlimen" kerana suka sangat mengganggu apabila MP daripada Barisan Nasional memberi ucapan.

Tindakan ini dilihat satu tindakan yang beremosi dan tidak beretika langsung di dalam Dewan Rakyat. Tuan Yang Di Pertua sendiri terpaksa meminta MP-MP Pakatan Rakyat supaya jangan mengganggu dan menyampuk apabila MP-MP lain memberi ucapan.

Saya berpendapat MP-MP Pakatan Rakyat perlu dihantar mengikuti kursus moral dan etika sebelum masuk ke Dewan Rakyat yang mulia ini kerana tindakan MP-MP Pakatan Rakyat amat memalukan dan menjadi bahan jenaka kepada mereka yang menonton persidangan di Dewan Rakyat.

SECEBIS MAKLUMAT TENTANG ISLAM HADHARI

oleh : PPJ

Penjelasan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai Islam Hadhari kepada ahli dewan amat jelas dan tepat sekali. Islam Hadhari bukanlah rekaan ataupun idea baru mahupun mazhab baru.

Islam Hadhari merupakan pendekatan dan tindakan bagi membolehkan negeri dan negara keseluruhannya mencapai wawasan 2020 yang dihasratkan oleh Pucuk pimpinan Dato' Seri Abdullah hj Ahmad Badawi. Menolak Islam Hadhari bererti mereka tidak memahami konsep dan matlamat yang dihasratkan oleh pimpinan kepada seluruh umat dalam negara tanpa mengira warna kulit, kaum, bangsa dan keturunan.

BERBASIKAL KERANA PROTES

Pada persidangan Parlimen sesi kedua yang bermula hari ini, kita digemparkan dengan berita mengenai tingkah laku 4 MP yang menghadiri mesyuarat di Dewan Rakyat dengan menaiki basikal. Tindakan ini diambil bagi memprotes kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh PM baru-baru ini.

Perkara ini dilihat adalah satu tindakan berunsur politik. Perkara ini telah diulas oleh MP Muar yang mengatakan tindakan berbasikal oleh 4 MP daripada pembangkang dilihat bermotifkan politik semata-mata.

MP pembangkang memang gemar membuat perkara-perkara yang boleh menarik perhatian lensa kamera media. Mungkin ingin mempopularkan diri di samping menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka ini sentiasa nampak 'perfect'.

MP Muar menyatakan banyak kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti berbasikal. Namun, jika hanya berunsur politik semata-mata, ia tidak akan membawa sebarang kebaikan malahan nampak 'bodoh' pula akibat tindakan yang diambil.

Itulah perangai MP pembangkang yang sentiasa ingin mencari publisiti murahan.

TELADAN YANG BAIK

4 Ahli Parlimem pembangkang berbasikal ke Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR : Empat Ahli Parlimen pembangkang hari ini berbasikal ke bangunan Parlimen sebagai tanda protes kepada kerajaan terhadap kenaikan harga bahan api. Mereka ialah Ahli Parlimen Baru, Tian Chua, N Gobalakrisnan (Padang Serai); Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru); dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan). Mereka berbasikal dari Bank Negara mulai jam 9.30 pagi dan tiba di Parlimen, 10 minit kemudian.

Berita Harian Online, 23 Jun 2008


Komen Saya :
Baguslah kalau macam tu. Sekurang-kurangnya kadar kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan dan tidak akan berlaku kesesakan lalu-lintas di Kuala Lumpur.
Pencemaran udara pun dapat dikurangkan dan mereka berempat lebih sihat tubuh badan. Cuma saya berharap jangan sekadar 'hangat-hangat tahi ayam sahaja'..hehehe

Friday, June 20, 2008

DAP BIADAP LAGI

Nampaknya DAP semakin biadap dan tidak menghormati tata budaya negara Malaysia. Setelah pengerusinya Karpal Singh mempertikaikan kuasa sultan Perak beberapa bulan lalu, kini pula Gwee Tong Hiang, wakil Bentayan yang memilih untuk memakai kot ketika majlis perasmian yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar dan telah diarah meninggalkan Dewan oleh Speaker Datuk Mohd. Ali Hassan

Laporan Utusan Malaysia menyebut, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor daripada DAP dilarang menyertai istiadat perasmian persidangan Dewan itu hari ini kerana tidak mematuhi etika pakaian.

Gwee Tong Hiang, wakil Bentayan yang hanya memakai kot, telah diarah meninggalkan Dewan oleh Speaker Datuk Mohd. Ali Hassan kerana dianggap tidak menghormati majlis perasmian yang disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar.

Alasan yang diberikan ialah beliau tidak mengetahui.. sedangkan kawan-kawan yang lain semua memakai pakaian istiadat. “Saya diarahkan keluar Dewan sebelum ketibaan Sultan. Bagi saya pakai uniform atau tidak, yang penting saya berkhidmat kepada rakyat. Saya tidak tahu tidak boleh hanya memakai kot sahaja. Lagipun peraturan pemakaian uniform itu tidak termaktub dalam arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Begitulah biadapnya ADUN DAP ini, samada terlupa atau buat-buat lupa.. sebenarnya keadaanya masih sama sahaja. ADUN ini yang menunjukkan sikap Cauvinismenya.. umpama masih tidak mengakui kedaulatan Raja dan tatabudaya Melayu dan Islam di negara ini.

dipetik daripada blog -Aspirasi Bangsa-

Thursday, June 19, 2008

SABAH, SAPP, YTL..

Tindakan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengumumkan bahawa parti SAPP hilang kepercayaan kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi adalah satu tindakan yang amat dikesali dan tidak seharusnya dilakukan oleh beliau.

Namun demikian, jika kita menyelusuri sejarah pembabitan Datuk Yong Teck Lee yang selepas ini akan saya gelar YTL, penuh dengan warna-warni. Tapi sayangnya warna- warni politik YTL bukanlah bercorak positif sebaliknya banyak dipenuhi kontroversi bersifat negatif. Akhbar-akhbar arus perdana hari ini memaparkan berita mengenai usul undi tidak percaya SAPP kepada PM sebagai tajuk utama. Di dalam akhbar Berita Harian misalnya, "YTL belot lagi" dan ini menunjukkan sebelum ini YTL pernah mengetuai tindakan untuk belot kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai oleh Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan sehingga menyebabkan kerajaan PBS tumbang pada tahun 1994.

YTL adalah seorang ahli politik yang tidak tahu berterima kasih kepada PBS dan Barisan Nasional (BN). Presiden PBS, Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan bertanggungjawab membawa YTL masuk ke arena politik melalui PBS dan pada tahun 1994 YTL bertindak belot kepada Presiden PBS dengan mengemukakan alasan 'hilang kepercayaan' kepada Presiden PBS lalu membentuk SAPP. Hari ini, atas alasan yang sama, YTL mengemukakan alasan yang sama kepada PM dan tindakan ini tidak patut dihairankan kerana YTL pernah melakukan perkara yang sama satu ketika dahulu.

YTL memang wajar digelar pembelot kerana tindakan beliau yang sentiasa mengambil peluang di atas ketidaktentuan senario politik di Malaysia selepas pilihan raya umum lalu yang menyaksikan kegagalan BN mempertahankan majoriti 2/3 di Parlimen. Namun ini bukanlah alasan untuk melakukan tindakan sedemikian kerana kerajaan BN tetap menang dan mampu mentadbir negara Malaysia sebaik yang mungkin. Perumpamaan 'kacang lupakan kulit', 'gunting dalam lipatan' serta 'musuh dalam selimut' adalah bertepatan dengan wajah sebenar YTL.

Namun, tindakan YTL ini dilihat tidak mencerminkan keputusan keseluruhan parti kerana Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan Shu Kiah mengatakan keputusan ini tidak pernah dibincang di peringkat Majlis Tertinggi parti itu. Jelas di sini keputusan yang diambil oleh YTL lebih bersifat individu dan mempunyai agenda peribadi lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri mengaku pernah berjumpa Penasihat Parti Keadilan Rakyat namun tidak diberitahu isi perbincangan pertemuan tersebut.

Saya berpendapat keputusan ini tidak akan menggoyahkan pentadbiran Pak Lah namun sedikit sebanyak akan mencalarkan kredibiliti beliau sebagai Presiden BN dan Perdana Menteri. Isu ini harus ditangani dengan bijak dan tidak perlu diambil tindakan terburu-buru yang boleh menjejaskan kuasa BN. Sokongan padu dan tidak berbelah-bahagi yang ditonjolkan oleh parti komponen lain dalam BN menunjukkan bahawa BN masih mendapat kepercayaan dan menjadi payung kepada semua parti dibawah naungannya.

Saya ingin menyarankan kepada kepimpinan parti SAPP dan ahli-ahlinya. Jika ada kepimpinan parti SAPP dan ahli-ahli yang tidak menyebelahi YTL, apa kata anda semua mengemukakan usul undi tidak percaya pula kepada YTL dan meminta YTL melepaskan jawatan Presiden SAPP. Ini bagi memberi 'signal' kepada YTL bahawa tindakan yang diambil beliau tidak jujur dan dianggap belot kepada SAPP dan juga BN. Seharusnya semua parti komponen di dalam BN tidak mengambil kesempatan di atas situasi politik masa kini, sebaliknya berganding bahu dan taat setia kepada BN demi mengembalikan kekuatan BN dalam menghadapi Parti Pakatan Rakyat.

Wednesday, June 18, 2008

SAPP SOKONG USUL UNDI TIDAK PERCAYA

Dua Ahli Parlimen daripada Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Mereka ialah Datuk Chua Soon Bui (ahli Parlimen Tawau) dan Datuk Eric E. Majimbun (ahli Parlimen Sepanggar) yang menang atas tiket Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang lalu.

Sumber : Malaysiakini

PILIHANRAYA KECIL DUN SANGLANG

Mahkamah Tinggi Perlis telah memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) dikosongkan.

Ini berikutan permohonan petisyen yang dikemukakan oleh bekas calon pilihanraya PAS telah diterima oleh mahkamah. Dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah ini menandakan akan ada pilihanraya kecil bagi DUN Sanglang.

Keputusan ini menunjukkan sistem kehakiman di Malaysia masih telus di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi. Jadi, dakwaan parti Pakatan Rakyat mengenai sistem kehakiman di Malaysia yang dikatakan tidak telus dan menyebelahi kerajaan boleh disangkal bulat-bulat.

Apa lagi agaknya tindakan parti Pakatan Rakyat selepas ini? Segala yang cuba dilakukan oleh kerajaan pusat demi memakmurkan rakyat dan negara sentiasa ditempelak oleh Pakatan Rakyat.

Pilihanraya kecil DUN Sanglang dijangka akan diadakan pada bulan 10 dan itu adalah tarikh paling awal. Namun,jangkaan saya itu sekadar andaian semata-mata dan keputusan tarikh pilihanraya kecil yang baru hanya dapat ditentukan melalui pengumuman yang akan dibuat oleh SPR.

Saya menaruh keyakinan kepimpinan UMNO dan BN di bawah Datuk Seri Shahidan Kasim tidak akan mengalami masalah untuk memastikan kerusi DUN Sanglang dapat dipertahankan oleh BN. Cuma saya amat berharap sebarang perselisihan di antara Pengerusi BN negeri dan Menteri Besar Perlis, Datuk Dr. Md. Isa Sabu dapat diselesaikan dengan baik demi menjamin keutuhan BN untuk masa akan datang.

Monday, June 16, 2008

ROYALTI MINYAK DIPULANGKAN TANDA KEPRIHATINAN KERAJAAN PUSAT

Saya membaca akhbar Harakah Daily Online yang bertajuk "Royalti Minyak:Setelah Rakyat Dizalimi, Akhirnya Hak Dikembalikan" saya rasa tertanya-tanya apakah selama ini rakyat Terengganu dizalimi oleh kerajaan Pusat? Atau adakah kenyataan ini sekadar provokasi Presiden PAS yang sekadar serkap jarang dan menangguk di air yang keruh?

Saya ingin melontarkan pandangan terhadap tajuk artikel Harakah Daily Online di mana sebagai seorang ulama dan Presiden parti yang kononnya memperjuangkan Islam, Haji Hadi tidak sepatutnya membuat kenyataan yang boleh memberi pandangan negatif pembaca kepada kerajaan Pusat. Segala niat murni kerajaan Pusat terhadap kebajikan rakyat terutamanya di Terengganu mesti akan dimanipulasi dan dicari kesalahan oleh kepimpinan parti Pakatan Rakyat. Memang Presiden PAS yang seorang ni selalu busuk hati dengan kerajaan Pusat.

Jika PAS bagus sangat memerintah Terengganu, mengapa pada tahun 2004 kerajaan PAS tewas teruk dalam PRU-11 kepada kerajaan BN? Ini menunjukkan kepimpinan PAS pada masa itu amat teruk dan langsung tidak membawa kemakmuran kepada rakyat Terengganu. Pada PRU-12 bulan Mac yang lalu parti PAS tetap gagal menawan Terengganu. Mengapa parti PAS gagal menawan Terengganu pada PRU-12? Ini kerana rakyat Terengganu sendiri sedar parti PAS di Terengganu gagal memanfaatkan peluang yang diberi untuk mentadbir Terengganu dengan sempurna pada tahun 1999.

Jadi, tidak nampak kebenaran kenyataan yang ditimbulkan oleh Haji Hadi mengenai kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Pusat terhadap rakyat Terengganu. Sebaliknya rakyat Terengganu lebih bijak memilih kerajaan Barisan Nasional yang lebih konsisten dan telus untuk mentadbir negara dan negeri Terengganu. Rakyat Terengganu tidak sanggup lagi rasanya bernaung di bawah pentadbiran parti PAS yang hanya bertopengkan Islam demi mencari publisiti dan sokongan rakyat sedangkan prinsip Islam kini bukan lah hala tuju sebenar parti PAS dan sanggup bersekongkol dengan parti PKR dan DAP demi meraih kuasa.

Saya berharap agar rakyat Terengganu tidak terpengaruh dengan dakyah parti PAS yang hanya gila kuasa dan ini boleh dilihat di Selangor dan Perak di mana pemimpin PAS di sana tidak mampu menyanggah segala perbuatan kepimpinan DAP kerana takut kehilangan kuasa.

TERIMA KASIH...

Salam buat pembaca sekalian,

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung-pengunjung yang meluangkan masa melawat serta membaca penulisan saya di dalam blog ini.

Mungkin ada yang sependapat dengan saya dan ada yang sebaliknya. Namun perkara ini tidak akan menghalang saya untuk terus menulis di dalam blog 'Pemuda Malaysia' kerana saya rasa sudah menjadi kewajipan saya memberi penerangan kepada semua rakyat Malaysia mengenai kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan pusat dalam memakmurkan negara Malaysia.

Di samping itu saya juga akan cuba memberikan idea atau pandangan mengenai sesuatu isu yang menjadi perbahasan umum. Saya lakukan semua ini kerana cinta saya kepada negara Malaysia dan secara ikhlas saya ingin melihat rakyat Malaysia terus mendapat gambaran sebenar mengenai perancangan dan penstrukturan yang sedang dilakukan oleh kerajaan pusat dalam memastikan semua nasib kaum di Malaysia terbela.

Terima kasih sekali lagi buat pembaca-pembaca yang sudi membaca penulisan saya termasuk mereka yang memberi komen sama ada positif atau negatif.

Saya doakan semua pembaca sentiasa dirahmati Allah hendaknya..amin...

Tuesday, June 10, 2008

Terima Kasih Kerajaan BN

Langkah Perdana Menteri memotong elaun semua Menteri dan Timbalan Menteri adalah satu tindakan yang wajar dan murni. Ini menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Y.A.B. Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi terhadap masalah yang menimpa rakyat. PM juga mengeluarkan beberapa arahan lain yang diharap dapat mengimbangi masalah kenaikan minyak di pasaran global.

Kerajaan telah memainkan peranan untuk bersama-sama rakyat menghadapi kesusahan. Pengumuman oleh PM mengenai pemberian rebet tunai yang dibayar lebih awal juga adalah salah satu usaha terpuji kerajaan untuk membantu mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Kerajaan pusat bukan seperti kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Ini kerana ketika mengumumkan pemberian rebet tunai, PM mengatakan bahawa kerajaan akan memberikan bantuan ini kepada semua rakyat(tanpa mengira parti) yang memiliki kenderaan 2000cc ke bawah bagi kereta dan bagi motor adalah sehingga 250cc. Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pula mengeluarkan kata-kata sinis kepada rakyat yang menyokong BN bahawa jika tidak mahu air percuma boleh menghantar nama ke pejabat Menteri Besar.

Jelas di sini bahawa kerajaan negeri Selangor tidak bersungguh-sungguh dalam memberikan air percuma kepada semua rakyat di Selangor, sebaliknya memainkan sentimen politik kepartian dalam isu pemberian air percuma. Namun, saya menasihatkan rakyat Selangor agar tidak terlalu mengharapkan pemberian air percuma oleh kerajaan negeri selangor kerana berita terbaru mengatakan SYABAS telah menolak aku janji yang dihantar oleh KDEB. Sungguh, saya amat bersimpati kepada rakyat Selangor yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu menunaikan. Tetapi, apa boleh buat lain kali sebelum memangkah fikir dahulu kemampuan sesebuah parti itu.

Kembali kepada kerajaan Pusat, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada PM kerana sanggup bersusah bersama rakyat. Saya yakin akan ada banyak lagi mekanisme atau langkah-langkah akan diambil oleh kerajaan yang dapat membantu meringankan beban rakyat Malaysia dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Terima kasih kerajaan BARISAN NASIONAL...!!!

Bersama Rakyat Susah dan Senang

Elaun keraian menteri, timbalan dikurangkan 10 peratus

PUTRAJAYA 9 Jun – Elaun keraian Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan timbalan menteri dikurangkan sebanyak 10 peratus bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan ekoran kenaikan harga petrol dan diesel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pengurangan elaun itu akan bermula 1 Julai ini.

“Kerajaan turut merasai keperitan rakyat dan merasakan pucuk pimpinan hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menghadapi cabaran ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Membanteras Inflasi di pejabatnya di sini hari ini.

Ketika ini, elaun keraian bulanan bagi Perdana Menteri ialah RM18,865, Timbalan Perdana Menteri (RM15,015), menteri (RM12,320) dan timbalan menteri (RM6,000).

Abdullah yang juga Menteri Kewangan berkata, tugas rasmi menteri-menteri ke luar negara juga akan dihadkan kepada persidangan dan mesyuarat antarabangsa.

Katanya, untuk tugasan itu, menteri hanya layak diiringi tiga orang pegawai kementerian, manakala timbalan menteri hanya dibenarkan membawa tiga orang pegawai.

“Pegawai yang hadir hendaklah terlibat secara langsung dengan tugas yang dipertanggungjawabkan.

“Ketua Setiausaha Kementerian tidak dibenarkan menyertai bersama dalam rombongan menteri untuk tugas rasmi di luar negara kecuali bagi mesyuarat berjadual tertentu,” katanya.

utusan Malaysia Online, -10 Jun 2008-

Friday, June 6, 2008

Minyak Oh Minyak...

Kenaikan harga minyak dua hari lepas telah menimbulkan pelbagai reaksi lapisan masyarakat. Nyata, keseluruhan rakyat Malaysia amat terperanjat dengan peningkatan harga minyak petrol dan diesel secara mendadak. Harga petrol telah mengalami kenaikan sebanyak RM 0.78 sen menjadi RM 2.70 dan harga diesel pula menjadi RM 2.58 setelah mengalami kenaikan sebanyak RM 1.00.

Saya sebagai rakyat Malaysia juga tidak menafikan turut rasa terbeban dengan peningkatan harga minyak yang dikatakan meningkat sebanyak 40%. Namun kita tidak boleh menyalahkan kerajaan 100% mengenai isu minyak kerana walaupun Malaysia dikenali sebagai negara pengeluar minyak, tetapi hasil minyak kita bukanlah berada dalam skala yang besar seperti Kuwait, Venezuela, Arab Saudi dan negara Arab yang lain. Pengeluaran minyak di Malaysia adalah lebih kurang 650,000 tong minyak sehari. 400,000 tong digunakan untuk rakyat Malaysia manakala baki sebanyak 250,000 tong telah dieksport.

Petronas sebagai syarikat pengeluar petroleum negara mengalami masalah peningkatan kos carigali minyak yang kini semakin meningkat lebih 200%. Tetapi rakyat langsung tidak ambil kisah mengenai masalah yang dialami oleh Petronas. Kita kena bersikap rasional dalam hal sebegini. Elakkan mencari kesalahan kerajaan kerana harga minyak ditentukan oleh pasaran antarabangsa.

Sebenarnya, selepas 2 hari kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak, harga minyak antarabangsa telah meningkat lagi menghampiri USD 140 setong (RM 448). Ini bermakna kerajaan bukan lagi menanggung subsidi sebanyak 30 sen yang diberikan kepada rakyat tetapi telah meningkat sebanyak 45 sen menjadikan jumlah subsidi yang diberikan kepada rakyat berjumlah 75 sen. Adakah masyarakat terutama di luar bandar menyedari peningkatan harga minyak di peringkat global ini?

Tindakan menangguk di air yang keruh di kalangan parti pembangkang adalah sesuatu yang amat dikesali. Pihak pembangkang mungkin boleh mempengaruhi masyarakat kampung kerana kita sedar maklumat yang cuba disampaikan oleh kerajaan kepada mereka amat terhad berbanding dengan pihak pembangkang yang saban hari mengadakan ceramah di sana sini untuk meracuni minda rakyat. Kerajaan melalui Kementerian Penerangan disarankan segera menjelajah dari kampung ke kampung untuk menjelaskan isu sebenar kenaikan harga minyak supaya rakyat tidak mendapat maklumat yang salah daripada pihak pembangkang yang akan sentiasa mencari kesalahan kerajaan.

Oleh itu, langkah berjimat perlu diambil oleh semua pihak tidak kira sama ada di sebelah rakyat ataupun kerajaan. Rakyat harus menyokong setiap tindakan yang diambil oleh kerajaan kerana tiada satu kerajaan pun ingin menyusahkan rakyat sendiri. Mungkin tindakan menaikkan harga minyak oleh kerajaan adalah tindakan kurang popular tetapi ia adalah pendekatan yang baik untuk jangka masa panjang kerana kerajaan sendiri berjanji akan mengkaji kenaikan harga minyak setiap bulan daripada pelbagai aspek.

Tuesday, June 3, 2008

SEDIKIT MAKLUMAT MENGENAI ISLAM HADHARI

Saya akan cuba menerangkan serba sedikit mengenai Islam Hadhari kerana mungkin ramai rakyat Malaysia kurang mengetahui mengenai pendekatan Islam Hadhari. Keghairahan kerajaan Selangor yang baru menunjukkan kuasa dengan mengharamkan sebarang program yang berkaitan dengan konsep Islam Hadhari adalah sesuatu yang tidak patut terjadi.

Lebih mengelirukan lagi apabila pemimpin yang tampak bersemangat mengharamkan pendekatan Islam Hadhari tanpa segan silu mempertahankan pula projek pembinaan ladang babi terbesar yang mencecah RM 100 juta ketika polemik mengenainya tercetus tidak berapa lama dulu.

Islam Hadhari bermaksud pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan Negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada tamadun Islam. Matlamat Islam Hadhari adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai pemikiran yang matang, terbuka dan kreatif dalam membangunkan masyarakat dan negara.

Islam Hadhari ialah perjuangan Islam berdasarkan pendekatan ketamadunan. Ia berbeza dengan pendekatan yang lain yang pernah digunakan oleh umat Islam sebelum ini seperti Islam Siyasi yang hanya memperjuangkan Islam dari aspek kuasa dan politik semata-mata, begitu jga dengan Islam Rahani iaitu perjuangan Islam yang berdasarkan kekuatan akidah semata-mata dan mengabaikan tuntutan dunia.

Islam Hadhari ialah perjuangan yang menggunakan pendekatan yang menyeluruh mencakupi aspek keduniaan dan keagamaan dalam membina semula kecemerlangan tamadun Islam. Tiada lagi yang terpisah dan bergerak bersendirian di mana semuanya akan bergerak secara bersepadu dan komprehensif.

Saya rasa 10 prinsip dalam Islam Hadhari mungkin telah diketahui oleh pembaca-pembaca yang rajin mencari ilmu dengan membaca makalah-makalah yang diterbitkan di kedai buku seluruh Malaysia. Namun saya akan senaraikan juga 10 prinsip Islam Hadhari yang menjadi tunjang kepada pembentukan dan penghayatan dalam menelusuri konsep Islam Hadhari. 10 prinsip Islam Hadhari ialah :

1. Keimanan dan Ketakwaan kepada Allah
2. Kerajaan Adil dan Beramanah
3. Rakyat Berjiwa Merdeka
4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
6. Kehidupan Berkualiti
7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
8. Keutuhan Budaya dan Moral
9. Pemeliharaan Alam Semulajadi
10. Kekuatan Pertahanan

10 prinsip di atas yang terkandung dalam kita memahami pendekatan Islam Hadhari adalah lengkap bagi sesebuah kerajaan menjalankan pemerintahan yang adil dan melaksanakan berbagai-bagai agenda kemajuan untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

Saya berharap agar semua pembaca yang musykil terhadap pendekatan Islam Hadhari dapat mencari bahan bacaan yang terperinci tanpa menjatuhkan sebarang hukum seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan negeri Selangor baru-baru ini dengan menjatuhkan hukum "HARAM" terhadap sebarang aktiviti atau program yang berkaitan dengan Islam Hadhari.

Jangan letakkan kepentingan politik kepartian melebihi agama Islam dengan membuat sebarang keputusan yang boleh menjejaskan minda rakyat Malaysia.

Let's not lose any more territory



BY : ZAINI MOHD SAID (NEW SUNDAY TIMES)


WE lost Batu Puteh. On May 23 the International Court of Justice (ICJ) ruled and granted the island, now called Pedra Branca, irrefutably to Singapore.

Middle Rocks, however, was given to Malaysia with the question of ownership of the South Ledge being left to the two countries to decide, presumably when the territorial waters of both countries are finally determined.

Most Malaysians seemed to have taken the court's ruling calmly although many could not honestly say that they were not sad or angry about the loss.

We made the claim convinced that the island belonged to us only to be denied by a court ruling which was influenced by arguments unfavourable to us and which we were not able to counter convincingly.

The island was, all along, the primary physical item of dispute and, therefore, losing it meant we won nothing.

The ICJ ruling will result in changes to the two countries' outermost points, baselines, territorial waters and, unavoidably, the extent of their exclusive economic zones.

Whether these and the boundary delineation activities to be carried out will turn out to be sources of further disagreements and disputes remain to be seen.

Even the immediate determination of all these matters, which has begun, will not be easy.

The close proximity of Middle Rocks and South Ledge to Pedra Branca and the resultant overlapping claim of territorial waters and economic zones are likely to complicate the exercise.

The court's decision and future agreements between Malaysia and Singapore relating to the matter will definitely have unique strategic implications for both countries.

Exactly what these might be would be more clearly seen after the international boundary lines, the extent of each other's waters and airspace are finalised and agreed upon.

In the meantime, one can only raise questions and dabble in conjecture. Will the boundary line in the Straits of Johor shift? This may happen and, if so, will affect the approaches and routes of ships and crafts entering and leaving the straits, particularly to and from Pasir Gudang. The shift may also impact the economic activities and sailing patterns of citizens of both countries in the straits.

It is not inconceivable that both countries will begin to intensify development and other economic activities in the area to strengthen their hold and exploit whatever resources and opportunities available within the area.

Pedra Branca could be enlarged and Middle Rocks filled in to become an island to serve any purpose such as fishing and even for the purpose of defence.

These activities would unavoidably raise the concerns of both countries, particularly if they were to affect their economic, environmental and national security situations adversely.

Friction could also arise, especially between the navies, air forces, fishing fleets and maritime agencies of both countries, in the economic zones and territorial waters.

These are situations that have occurred between other countries and will have to be handled very carefully should they occur here.

Also, the surveillance and monitoring systems currently on the island could be further enhanced to meet the needs of Singapore's defence and improve its monitoring and control of the sea approaches into the straits as well as monitoring of the waters opposite Johor's east coast and beyond.

There is every possibility, even, of increased military presence and activity by both countries in the area.

The urgent call now is to ensure that the fate that befell Pedra Branca should never happen again, especially with the other islands that are clearly Malaysia's and with those that are subjects of dispute with countries in the region.

What we failed to do on Pedra Branca we must not fail to do on the others.

In this regard, the Singapore-operated lighthouse on Pulau Pisang has been brought to the attention of the government and public by a politician from Johor. Many have asked that it be taken over by Malaysia.

We can understand the emotions. But the case of the lighthouse on Pulau Pisang is different from Pedra Branca.

Pulau Pisang and the two islands close to it happen to be clearly Johor's but the agreement with the British long ago was for the lighthouse to be there for as long as ships pass through the Straits of Malacca.

That is the incredible catch and a commitment that does sound like "forever", no matter how one looks at it.

Hopefully, what happened in the case of Pedra Branca will be a lesson to all and remembering the outcome will not be too painful as time goes by.

Although the island is now gone from us I do not believe that it should be allowed to slip away from the memory without so much as a goodbye from all of us. It is the least that we can do for it even if it is done from afar.

MOHAMAD SABU KALAH

KUALA TERENGGANU 2 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos petisyen yang difailkan oleh Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu supaya 1,089 undi pos bagi Parlimen Kuala Terengganu dikeluarkan daripada kiraan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 bagi kawasan itu.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Ramly Ali dalam penghakimannya berkata, dakwaan yang dibuat oleh pempetisyen untuk mencabar kesahihan satu undang-undang bertulis mengenai perjalanan pilihan raya tidak termasuk di bawah Seksyen 32(b) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

Oleh itu, kata beliau, hujah pempetisyen yang menyatakan bahawa Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 yang dibuat di bawah Seksyen 16 Akta Pilihanraya 1958 (Akta 19) adalah ultra vires (melampaui batas undang-undang) Sekysen 13(2) dan 16(2) Akta Pilihanraya 1958 dan di luar bidang kuasa mahkamah untuk menentukan.

Hujah tersebut dikemukakan oleh pempetisyen atas alasan pengundian pos yang dibuat menurut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 tidak menjamin kerahsian undi yang menjadi satu asas dalam pilihan raya yang adil dan bersih.

''Berdasarkan isu ini, saya menerima bantahan awal oleh responden-responden dan petisyen ini ditolak dengan kos," katanya.

Mohamad memfailkan petisyen berkenaan pada 28 April lepas dengan menamakan pegawai pengurusan pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Razali Ismail sebagai responden pertama, kedua dan ketiga.

Sebelum itu, responden pertama dan kedua melalui Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad mengemukakan bantahan awal kepada mahkamah menyatakan bahawa mencabar kesahan sesuatu undang-undang pilihan raya tidak termasuk dalam bidang kuasa Mahkamah Pilihan Raya dan tiada deklarasi sedemikian boleh dibenarkan.

Menurutnya, sama ada undang-undang itu sah atau tidak, ia hendaklah dicabar di Mahkamah Persekutuan.

Jelasnya, sekiranya Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundia Pos) 2003 yang dibuat di bawah Seksyen 16 Akta Pilihan Raya 1958 hendak dicabar, ia tidak boleh melalui petisyen pilihan raya.

Responden ketiga dalam bantahan awal yang dibuat oleh peguamnya, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin menyatakan bahawa mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar petisyen berkenaan kerana ia tidak mematuhi Peraturan 15(1) Petisyen Pilihan Raya 1954.

Selain itu katanya, fakta yang dikemukakan oleh pempetisyen tidak termasuk di bawah Seksyen 32(b) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 selain pempetisyen juga gagal membuktikan bahawa perkara itu boleh memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.

Peguam pempetisyen, Mohd. Arif Yusof dalam jawapan balasnya pula berkata, jika undi pos itu ditolak, sudah tentu ia memberi kesan kepada keputusan pilihan raya kerana jumlahnya lebih banyak daripada undi majoriti yang dimenangi oleh responden ketiga.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu, Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad, Razali dan calon bebas warga emas, Maimun Yusuf berusia 89 tahun.

Razali yang kini merupakan Timbalan Menteri Pelajaran menang dengan majoriti 628 undi apabila memperoleh 32,562 undi berbanding Mohamad sebanyak 31,934 undi manakala Maimun memperoleh 685 undi.

Utusan Malaysia Online - 3 Jun 2008

JPA PENUHI KEHENDAK RAKYAT

KUALA LUMPUR 2 Jun - Keputusan kerajaan menaikkan kuota biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar bukan bumiputera dari 10 peratus kepada 45 peratus bertujuan memenuhi kehendak rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, ia cukup jelas pada pilihan raya umum lalu apabila rakyat segenap lapisan dengan lantang mahu kerajaan melakukan perubahan dan berlaku adil terhadap semua kaum.

"Apabila kerajaan cuba menaikkan kuota untuk biasiswa JPA bagi bukan bumiputera mengapa pula ada pihak yang hendak bising,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan beliau berhubung keputusan kerajaan menaikkan kuota biasiswa JPA untuk program ijazah di luar negara kepada pelajar bukan bumiputera dari 10 peratus kepada 45 peratus mulai tahun ini.

Secara keseluruhan sebanyak 2,000 biasiswa disediakan oleh JPA iaitu 1,100 untuk bumiputera dan 900 untuk bukan bumiputera.

Menurut Mohamed Nazri, pada pilihan raya umum lalu, rakyat telah membuat keputusan dengan memberikan sokongan kepada parti pembangkang kerana beranggapan UMNO tidak lagi relevan serta tidak berfungsi membela penduduk miskin.

''Jadi kali ini, kita cuba dengar cakap rakyat melalui keputusan yang kita buat dengan menaikkan kuota bukan bumiputera.

''Tetapi kenapa pula mereka hendak marah apabila kita cuba bantu penduduk miskin, bukankah ini yang mereka mahu,'' ujarnya.

Jelas beliau, orang Melayu telah memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga Pas yang cukup jelas tidak menekankan perjuangan Melayu.

''Inilah padahnya dan orang Melayu perlu terima keputusan ini,'' tegasnya.

Ketika ditanya mengenai pertemuannya dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohamed Nazri berkata, beliau dijangka bertemu dengan GPMS pada pertengahan bulan ini bagi menjelaskan keputusan kerajaan itu kepada pertubuhan tersebut.

Utusan Malaysia Online - 3 Jun 2008

Jangan buta-tulicemar imej PLKN

Batu Rakit, Kuala Terengganu.

HEBOH dikatakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sebagai membazir sahaja hingga di Dewan Rakyat pun, bangkit Yang Berhormat pembangkang mempertikaikannya.

Soalan saya ialah adakah orang yang mempertikaikan kewujudan PLKN ini mempunyai pengalaman berada di kem PLKN? Kalau sekadar mendengar daripada mulut-mulut orang, baik tutup mulut.

Saya ingin mendedahkan apa cerita sebenar di sebalik 'rumah tahanan' dan 'kem tentera' yang didakwa oleh pihak anti-PLKN. Saya bukan bercakap atas angin kerana saya memiliki bukti. Berusia 18 tahun pada tahun ini, saya telah dipanggil untuk menjalani PLKN untuk sesi pertama di Kem PLKN Chamang, Bentong.

Pada persepsi Yang Berhormat (YB) Siew Fook, beliau mempersoalkan kenapa latihan PLKN bersifat alaketenteraan.

Untuk perhatian YB berkenaan, sebagai seorang remaja yang menjalani sendiri 'hukuman' PKLN, saya tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan alaketenteraan?

Adakah apabila rambut saya dibotakkan, itu yang dikatakan alatentera? Adakah apabila kami disuruh berkawad - inikah dikatakan ala tentera? Kenapa tidak terlintas di hatinya bahawa aktiviti seperti itu untuk kesihatan diri peserta dan untuk menjana jati diri unggul dalam kalangan peserta?

Tambah menghairankan, adakah apabila saya disuruh masuk hutan untuk aktiviti ikhtiar diri, itu juga ala ketenteraan? Bukankah ini yang akan menjana generasi produktif dan berkebolehan?

Saya ingin menegaskan bahawa walaupun jurulatih PLKN terdiri daripada mereka yang bergelar tentera, namun itu bukanlah alasan yang bijak dan rasional untuk kita mengklasifikasikan PLKN itu sebagai kem tentera atau sebagainya,

Saya hairan kenapa masih ada segelintir masyarakat kita menghukum usaha murni kerajaan ini sebagai tidak berhasil dan produktif. Jangan kerana perbezaan fahaman politik, kita rela gadaikan mesin janaan generasi ini.

Saya seru kepada semua remaja yang pernah mengikuti Kem PLKN, membantah mana-mana usaha untuk mengecam dengan melulu PLKN ini.

Kepada YB yang memandai-mandai sebar cerita palsu, kenapa takut untuk melawat PLKN? Jangan timbulkan isu PLKN yang bertunjangkan kepentingan politik.

Kalau perkara baik haruslah ditafsir baik. Di PLKN, saya tahu bilakah penganut Hindu berkumpul dan PLKN jugalah saya belajar apakah yang melingkari budaya-budaya lain selain Melayu. PLKN menjadi pentas pertama saya memiliki rakan seperti Hong, Kuhan, Kari dan Wong. Bukankah ini semangat integrasi?

oleh : KHAZAIDI KAMARUDDIN