Monday, June 16, 2008

TERIMA KASIH...

Salam buat pembaca sekalian,

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengunjung-pengunjung yang meluangkan masa melawat serta membaca penulisan saya di dalam blog ini.

Mungkin ada yang sependapat dengan saya dan ada yang sebaliknya. Namun perkara ini tidak akan menghalang saya untuk terus menulis di dalam blog 'Pemuda Malaysia' kerana saya rasa sudah menjadi kewajipan saya memberi penerangan kepada semua rakyat Malaysia mengenai kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan pusat dalam memakmurkan negara Malaysia.

Di samping itu saya juga akan cuba memberikan idea atau pandangan mengenai sesuatu isu yang menjadi perbahasan umum. Saya lakukan semua ini kerana cinta saya kepada negara Malaysia dan secara ikhlas saya ingin melihat rakyat Malaysia terus mendapat gambaran sebenar mengenai perancangan dan penstrukturan yang sedang dilakukan oleh kerajaan pusat dalam memastikan semua nasib kaum di Malaysia terbela.

Terima kasih sekali lagi buat pembaca-pembaca yang sudi membaca penulisan saya termasuk mereka yang memberi komen sama ada positif atau negatif.

Saya doakan semua pembaca sentiasa dirahmati Allah hendaknya..amin...

4 comments:

cintalaila said...

Terusan perjuangan....jangan mengaku kalah, jangan sorok semua kejahatan dan penyelewengan..dedahkan untuk menjadi bangsa yang gagah lagi kukuh dan dihormati !

Pemuda Malaysia said...

cintalaila..

terima kasih atas sokongan cintalaila..saya akan terus menulis untuk agama, bangsa dan negara..

Ramli said...

Assalamualaikum,
Saya berasa bangga kerana ada seorang pemuda seperti anda.Saya sentiasa di belakang anda untuk memberi sokongan moral.
Boleh buat penyelidikan tak keatas apa yang berlaku di Jelebu.Yunus nak lawan Rais.

Pemuda Malaysia said...

Waalaikumussalam..

Terima kasih di atas sokongan saudara Ramli. Ini secara tidak langsung akan memberi semangat kepada saya untuk terus menulis di dalam blog 'Pemuda Malaysia'.

Saya akan cuba penuhi permintaan saudara Ramli berkenaan pertembungan di antara Yunus melawan Rais.

Terima kasih sekali lagi...