Wednesday, June 25, 2008

MP BUKIT MERTAJAM PUN TIDAK BERADAB

MP Bukit Mertajam yang tidak faham bahasa atau Tan Sri Yang Di Pertua Speaker tak faham bahasa?

Saya mendapati Tan Sri Yang Di Pertua Speaker cukup tegas dan cemerlang menjalankan tugas beliau sebagai Pengerusi Mesyuarat di Dewan Rakyat. Tidak seperti MP-MP pembangkang yang kebanyakannya langsung tidak menghormati Tan Sri Yang Di Pertua Speaker sebagai Pengerusi Mesyuarat.

MP Bukit Mertajam misalnya membalas teguran Speaker dengan mengatakan bahawa tidak perlu lah Speaker hendak mengajar MP-MP cara bertanya soalan. Sungguh tidak beradab langsung MP Bukit Mertajam.

Sepatutnya MP Bukit Mertajam kena banyak belajar daripada MP Kubang Kerian yang lebih berpengalaman. Bangun dan tanya soalan, tak perlu nak beri fakta-fakta ataupun berhujah sebaliknya tanya terus soalan. Ini untuk memberi lebih banyak masa menjawab soalan yang lain.

1 comment:

BN BOLEH! said...

Beradab sangatkah org org BN kat parlimen tu?

berjenaka kuning dan suka menghina perempuan, itu cap "adab" orang umno ke?


tu lah org UMNO, hanya tau nak lakon ...

Buat macam monyet dan anggap parlimen tu tempat untuk buat lawak...