Wednesday, March 18, 2009

Pas persenda kalimah syahadah

Si Keldai turut berada di Masjid Negara pada 7 Mac 2009, hari kumpulan Gerakan Mansuhkan PPSMI berhimpun untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Si Keldai lihat kebanyakan yang datang untuk menyertai perhimpunan itu adalah orang-orang Pas. Memakai kopiah, berjanggut dan ramai juga yang berbaju merah, uniform pasukan Amal Pas.
Perhimpunan itu mendapat kebenaran Polis dengan syarat mereka hanya berhimpun di kawasan Masjid Negara. Salah seorang orang kuat gerakan tersebut, Sasterawan Negara A. Samad Said cuba berucap kepada himpunan di pekarangan masjid yang semakin ramai menjelang jam 2 petang.
Namun suaranya yang perlahan dan tidak bermikrofon akhirnya ditenggelami ratib `Lailahaillallah' dan laungan `Allahuakhbar' yang bertalu-talu daripada ribuan orang Pas. Bagaikan orang-orang yang hilang akal, kumpulan Pas yang beratib itu mengasak ke pintu keluar menuju ke jalan raya di sebelah masjid. Sekumpulan anggota polis yang bersiap sedia di pintu pagar cuba menahan mereka, tapi bilangan yang tidak cukup ramai gagal menyekat arus orang-orang Pas.
Akhirnya himpunan yang sepatutnya berlangsung secara aman (mengikut dakwaan Hassan Ahmad, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang mengepalai Gerakan Mansuhkan PPSMI), bertukar menjadi demonstrasi jalanan. Wajah Samad Said hilang dalam arus penunjuk perasaan, sebaliknya muncul Hadi Awang, Presiden Pas mengepalai demonstrasi kira-kira 15,000 orang. Si Keldai yakin lebih tiga suku penunjuk perasaan itu adalah orang Pas.
Sebilangan mereka datang dari Kelantan, Terengganu dan Kedah.Dalam sidang akhbar dua hari selepas insiden, Hassan memberitahu bahawa mereka tidak merancang demonstrasi jalanan itu. Hassan juga menegaskan bahawa beliau dan rakan-rakannya termasuk Samad Said tidak menjadi boneka kepada orang-orang politik. Mereka hanya menentang PPSMI, bukannya menentang kerajaan.Hassan memiliki ijazah PhD, tapi nampaknya tidaklah bijak sangat. Budak-budak sekolah rendah bolehlah menelan bulat-bulat cakapnya itu.
Bagi orang yang sudah beruban macam Si Keldai, cakapnya itu tidak masuk akal. Yang pasti, Hassan dan kumpulannya memang telah menjadi boneka politik Pas. Suka atau tidak, itulah hakikatnya.Alang kepalang, eloklah Hassan dan Samad Said turut beratib bersama orang Pas.
Popularkan satu amalan baru, iaitu beratib di jalan raya sambil berjalan dan memekik antikerajaan.
Apa perlunya melaungkan kalimat yang bermaksud ``Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah'' dengan gerakan menentang PPSMI? Adakah bahasa Inggeris haram di sisi Islam dan perlu ditentang dengan jihad melaungkan kalimah Allah? Tidak cukup dengan pekikan ``Allahuakhbar'', Pas kini menjaja ``Lailahaillallah'' pula di atas jalan. Murahnya puji-pujian bagi Allah Yang Maha Suci. Selepas ini apa pula yang Pas akan jaja di jalan raya?
-dipetik daripada Malaysia Aktif, 10 Mac 2009-

Monday, March 16, 2009

Dewan Rakyat lulus usul gantung Gobind 12 bulan

KUALA LUMPUR 16 Mac - Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Goibind Singh Deo (DAP-Puchong) selama 12 bulan berikutan kenyataannya pada 12 Mac lalu yang menghina Dewan.

Gobind juga pada masa penggantungannya itu tidak akan menerima sebarang bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang ahli Parlimen.

Usul berkenaan yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebelum itu dibahaskan selama hampir sejam.

Ketika Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menjalankan proses pengundian, semua anggota pembangkang bertindak keluar Dewan.

Akhirnya usul berkenaan diluluskan secara sebulat suara.

Dalam usul yang dibentangkan Nazri, Gobind perlu dikenakan tindakan tersebut berikutan kenyataannya mendakwa Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam kes pembunuhan selain beliau juga mengeluarkan kenyataan yang menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Kenyataan Gobind itu merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan.

-dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 16 Mac 2009-

........................................................................................................................................................................

P/s : Padan muka si anak Karpal Singh. Kurang ajar sangat dan mulut celupar macam bapak dia yang cacat. Elok gantung sekali si Karpal Singh. Baru aman sikit Dewan Rakyat.

Friday, March 13, 2009

Sebulan menyepi Mohd. Osman muncul kembali

TAIPING 12 Mac - Setelah menyepikan diri selama hampir sebulan sejak kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu buat pertama kalinya muncul memberikan penjelasan sebenar.

Beliau yang kini merupakan wakil rakyat bebas berkata, keputusannya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan atas desakan mana-mana pihak tetapi kerana kesedaran untuk memastikan nasib agama, bangsa dan negara terus terpelihara.

''Kehadiran saya hari ini bagi membuktikan bahawa saya tidak pernah lari daripada perjuangan. Malahan saya ingin membuktikan perjuangan saya baru bermula dengan sebuah kerajaan baru yang saya yakin mempunyai wibawa dan lebih menguntungkan agama, bangsa dan negara yang menjadi prinsip hidup saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk di Air Kuning dekat sini, hari ini. Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir
Menurut Mohd. Osman, beliau perlu tampil memberikan penjelasan kerana tidak mahu tindakannya itu disalah tafsir oleh masyarakat.

''Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun ia dilihat sebagai satu keputusan politik tetapi ia melibatkan satu keputusan besar merobohkan sebuah kerajaan yang selama ini saya juga salah seorang pendokong utamanya,'' katanya.

Mohd. Osman yang juga bekas Exco kerajaan negeri pakatan pembangkang turut menjelaskan bahawa sehingga kini, beliau masih ADUN bebas dan belum menyertai mana-mana parti politik.
''Walaupun saya bebas tetapi wajib bagi saya untuk memihak kepada sebuah kerajaan dan kerajaan itu adalah kerajaan BN," katanya.

Tambahnya lagi, beliau bertahan selama 10 tahun bersama PKR kerana yakin parti itu mampu membawa perubahan kepada rakyat.

''Selama 10 tahun juga saya menjadi pengkritik hebat UMNO dan BN tetapi 11 bulan saya menjadi Exco bersama kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas merubah persepsi dan kepercayaan saya," katanya.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 13 Mac 2009

Wednesday, March 4, 2009

Filem Baru Pakatan Rakyat Ala Laksamana Do Re Mi

Bersidang di bawah pokok? Bertambah gelap dan hitam lah si Sivakumar, Speaker DUN Perak yang masih tak reti bahasa Melayu bahawa Sultan Perak tidak memberi perkenan untuk mengadakan sidang tergempar itu...hehehe...

Ketua pembangkang di Parlimen pula si Anwar Al-Juburi mengatakan bahawa sidang tergempar DUN Perak boleh diadakan di mana-mana hatta di parkir kereta sekalipun kerana beliau mendakwa bahawa si Sivakumar tidak mempunyai pilihan lain. Bodoh juga si Anwar ni kerana terpaksa menyokong tindakan si Siva bagi meraih sokongan kaum India di Malaysia.

Namun, di sebalik kejadian yang melucukan ini, ia sebenarnya telah mencemar nama baik DUN Perak di mata dunia. Sidang tergempar ini bukan hanya disaksikan oleh lebih 300 orang awam malahan turut mendapat perhatian daripada jurugambar dan wartawan daripada luar negara. Akibat kerakusan kuasa oleh seorang India bernama V. Sivakumar, DUN Perak telah terjerumus ke dalam satu krisis Perlembagaan yang begitu kompleks.

Inilah akibatnya jika Pakatan Rakyat dapat memerintah negeri. Mereka akan menggunakan kuasa semaksimum yang mungkin dan akan mempertahankan kuasa mereka walau dengan apa cara sekalipun. Mereka sudah tidak menghormati Sultan dan juga undang-undang negara. Malu betul rasanya apabila melihat si Sivakumar yang lengkap dengan bersongkok dan memakai pakaian rasmi persidangan dewan telah meneruskan juga sidang tergempar di bawah pokok walaupun tidak diperkenan oleh Sultan. Insiden ini benar-benar telah menghina institusi Dewan Undangan Negeri bukan sahaja di negeri Perak malahan turut memalukan seluruh negara di mata dunia.

Dunia akan mentertawakan kita dan kita akan dituduh sebagai negara yang tidak bertamadun akibat daripada tindakan bodoh Pakatan Rakyat di Perak. Kemerdekaan selama lebih 50 tahun seakan tidak mempunyai erti kerana telah dicemarkan oleh Pakatan Rakyat yang memang diketahui tidak bertamadun apabila berpolitik.