Friday, January 16, 2009

ANTARA BN DAN PAS...

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat suka bermadah terutama dalam pilihan raya. Madah beliau memang suka menyindir dan mengata parti UMNO. Inilah sifat sebenar Nik Aziz yang balaci PAS dok sanjung dan puja.

Antara madah beliau yang mengata UMNO ialah "BERI SALAH, TAK BERI KALAH, JADI UMNO SERBA SALAH". Madah sebegini banyak digantung di Kuala Terengganu. Sebenarnya UMNO langsung tidak pernah merasa serba salah kerana UMNO yakin bahawa mereka bukan melakukan rasuah, sebaliknya memberi kemudahan kepada rakyat jelata adalah tugas yang boleh dikatakan satu amal jariah dan kebajikan.

Bagaimana pula dengan PAS? Parti PAS sebenarnya semasa pemerintahan mereka di Terengganu pada tahun 1999-2004 langsung tidak membangunkan Terengganu, sebaliknya hanya menjerumuskan Terengganu ke lembah kemiskinan akibat kebodohan pemimpin PAS yang langsung tidak tahu mentadbir negeri. Sebaliknya pemimpin PAS seperti Haji Hadi Awang dan Wahid Endut semakin memboyot perut mereka mengaut kekayaan negeri Terengganu.

Bagaimana pula dengan PAS yang memperalatkan Islam dalam kempen pilihan raya mereka? PAS memberi RM30 yang diselitkan di dalam senaskhah kecil Yassin kepada pengundi Kuala Terengganu sambil memberi fatwa bahawa jika mengundi PAS akan masuk syurga. Bagi mereka yang kurang ilmu agama akan terpengaruh dengan ajaran sesat pemimpin PAS ini yang berpakaian warak namun mempunyai hati yang sungguh busuk.

Saya berada di Kuala Terengganu selama hampir sebulan dan hampir setiap hari saya melihat berbagai-bagai ragam manusia di sini. Saya tidak nafikan bahawa setiap ceramah PAS memang ramai orang yang menghadiri, namun setelah saya bertanya kepada mereka yang hadir, ramai di antara mereka menjawab bahawa tujuan kehadiran mereka adalah sekadar untuk mendengar setiap pembohongan pemimpin pembangkang. Apabila mendengar jawapan sebegitu, saya tersenyum sendirian. Jadi, kepada Kifli tak payah nak bangga dengan jumlah kehadiran yang ramai kerana bukan semua masyarakat di Kuala Terengganu suka dengan PAS lebih-lebih lagi apabila PKR pun datang menyibuk.

Kehadiran anggota polis yang ramai dalam setiap ceramah pembangkang bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan mereka yang hadir, sebaliknya bertujuan mengawal keselamatan dan ketenteraman awam. Ini kerana terbukti dalam kejadian di Batu Buruk pada tahun 2007 menyaksikan rusuhan oleh penyokong fanatik PAS yang seakan-akan dirasuk oleh hantu di mana mereka memusnahkan harta benda awam. Jadi, adalah lebih baik pasukan keselamatan bertindak mencegah sebelum terjadi sebarang kejadian yan tidak diingini.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk menyeru kepada semua rakyat di Kuala Terengganu agar keluar mengundi esok dan tidak perlu risau mengenai keselamatan diri kerana insya-Allah, anggota polis yang diamanahkan bertugas di Kuala Terengganu adalah daripada kalangan yang terlatih dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan serta melindungi rakyat jelata.

Jangan lupa untuk mengundi Barisan Nasional kerana hanya dengan Barisan Nasional sahaja, kehidupan rakyat lebih terbela dan terjamin.

Thursday, January 15, 2009

PAS = PARTI AJARAN SESAT?

Semalam, ketika saya berhenti di persimpangan Chabang Tiga, kelihatan beberapa orang balaci PAS sedang mengedarkan Perutusan Khas Kepada Pengundi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu oleh Mursyidul Am PAS. Saya juga tidak terkecuali menerima 'bahan propaganda' PAS ini.
Saya membaca kertas bersaiz A4 itu dan apabila sampai di ayat yang diwarna dengan warna merah, lantas saya tergelak besar kerana memikirkan betapa kata-kata oleh Nik Aziz ini akan berjaya menarik pengundi Kuala Terengganu untuk mengundi PAS. Namun demikian, saya beranggapan bahawa rakyat di Kuala Terengganu adalah daripada golongan bijak pandai dan insya-Allah mereka tidak akan terpengaruh dengan dakyah bodoh daripada Nik Aziz ini. Mungkin kita tidak boleh menyelamatkan pengundi dan penyokong PAS yang fanatik namun jika seseorang yang berada di atas pagar dan mempunyai pemikiran yang terang, insya-Allah mereka akan menolak PAS dan memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN).
Saya tulis semula peringatan Nik Aziz yang diwarnakan dengan warna merah ini untuk sama-sama kita fikirkan kata-kata beliau ini. Kata-kata beliau begini, "Gunakan senjata undi masing-masing di hari itu yang sekira-kiranya bila ditanya oleh Allah SWT kelak, tuan/puan boleh kata bahawa tuan/puan pernah membela Islam melalui sepangkah undi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sewaktu di dunia dahulu - sekurang-kurangnya. Wassalam" .
Peringatan di atas jelas menunjukkan bahawa Nik Aziz dan PAS sanggup memperalatkan agama Islam demi untuk memenangi pilihan raya kecil ini. Harus di ingat bahawa Islam adalah satu agama yang suci manakala PAS pula hanya sebuah parti yang kini dilihat semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Nik Aziz dalam peringatan beliau memberitahu bahawa apabila pengundi di Kuala Terengganu ini meninggal dunia, mereka akan ditanya oleh Allah tentang undi yang diberikan kepada PAS. Bodoh sangat ayat Tuan Guru Nik Aziz ini. Memang sangat bodoh dan mempermainkan Islam demi kuasa. Adakah beliau tidak sedar bahawa sebagai seorang pemimpin, beliau akan disoal lebih teliti dan banyak sewaktu di dalam kubur nanti? Apakah yang beliau lakukan kepada rakyat Kelantan sewaktu pemerintahan PAS? Apakah yang Haji Hadi buat kepada negeri Terengganu sewaktu pemerintahan PAS tahun 1999-2004?
Jadi, jangan kelirukan umat Islam terutama di Kuala Terengganu mengenai kenyataan mengundi PAS masuk syurga. Ini adalah satu kenyataan yang amat bercanggah dalam Islam. Balaci-balaci PAS ini akan berjumpa orang ramai dan menyatakan bahawa jika mereka memberi undi kepada PAS, mereka akan masuk syurga. Bagi mereka yang kurang ilmu akan terpengaruh dengan dakyah jahat PAS ini dan mereka dengan bodohnya memangkah PAS. Kalau macam ni, pengundi Cina yang memangkah PAS juga akan masuk syurga tanpa memeluk agama Islam.
Bagi saya, PAS hari ini semakin kalut dan tidak konsisten dengan kenyataan yang keluar daripada mulut pemimpin-pemimpin PAS. Haji Hadi sendiri sekarang semakin terdesak mengenai hukum Hudud dan menyatakan bahawa Karpal Singh sudah memahami Hudud dan tidak perlu diberi penerangan tentang hukum tersebut. Semalam, Karpal menyanggah kenyataan Haji Hadi dan meminta beliau memberi fakta sebenar tentang hukum Hudud. Kalau macam ni punya pemimpin PAS, apa lagi balaci-balaci macam KIFLI dan SETAPAKIAN yang semakin kelam-kabut mempertahankan PAS.
PAS tidak layak digelar Parti Islam Semalaysia dan saya ada nama baru untuk PAS iaitu PARTI AJARAN SESAT. Mungkin nama baru ini agak sesuai untuk PAS yang suka menjadikan Islam sebagai senjata mereka untuk berkuasa dan mengeluarkan fatwa songsang yang boleh mengelirukan masyarakat Malaysia.

Thursday, January 8, 2009

KENAPA PAS TIDAK HARUS DISOKONG-EPISOD 1

Salam buat pembaca blog Pemuda Malaysia. Hari ini saya menerima beberapa komen daripada pengunjung seperti setapakian dan kifli yang mungkin masih tidak sedar dengan pembohongan yang dilakukan oleh PAS. Orang PAS seperti ini hanya menolak pembangunan dan langsung tidak tahu mentadbir negeri. Mereka hanya tahu mencari kesalahan dan mengkritik bentuk pentadbiran dan pembangunan yang cuba dibawa oleh BN.
Saya ingin memberi sedikit penerangan dan dalil, mengapa pengundi di Kuala Terengganu wajib menolak PAS. Bagi saya, menolak PAS bukan bererti kita menolak Islam. Tetapi menolak PAS adalah kerana parti PAS ini hanya mempermainkan agama Islam demi untuk mencapai hasrat peribadi masing-masing. Agenda pembangunan rakyat adalah perkara entah yang keberapa dalam manifesto mereka. Kita tidak nafikan bahawa kebanyakan pemimpin PAS datang dari kalangan mereka yang mempunyai latar belakang agama Islam. Namun sayangnya, mereka buta huruf dalam mencorak dan merancang pentadbiran untuk sesebuah negeri atau negara.
Ada 25 dalil yang akan mengupas mengapa PAS tidak harus disokong lebih-lebih lagi dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu kali ini. Saya akan senaraikan dalam lima episod di mana setiap episod akan menerangkan sebanyak 5 dalil.
DALIL 1 - TIADA PEMIMPIN WIBAWA
PAS tidak ada pemimpin yang boleh menolong rakyat Terengganu dan membangun negeri Terengganu. Cuba kita renungkan dan senaraikan pemimpin PAS di Terengganu, siapakah antara mereka yang boleh mendampingi rakyat, atas nama memohon pertolongan dalam urusan hidup ini. Jangan silap menyokong akibatnya masa depan kita tak beruntung. Yang alim dengan alam tok gurunya. Yang jahil sesat budayanya, maka rakyat terpinga-pinga.
Ingatlah;
Allah menyuruh kamu menyerah amanah kepada Ahlinya supaya apabila dia menjalankan hukum dapat berlaku adil.

Maksud Al-Quran
Ayat 58, Surah 4 An-Nisa
DALIL 2 - PEMERINTAH YANG GAGAL
Ternyata dalam tempoh memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 gagal membawa kebaikan untuk rakyat Terengganu. Percubaan telah diberi selama 4 tahun kepada PAS. Ternyata betapa kecewanya rakyat. Hukum Islam jadi azimat, pentadbiran penuh dengan kesumat, pembangunan tak bermatlamat. Rakyat tunggu setiap saat, pemimpin juga yang dapat hajat. Pemimpin PAS yang serebeh jadi smart sebab tiba-tiba jadi kaya kerana mentadbir Terengganu 1999-2004 dan apabila mereka kaya, dah tak dapat nak membezakan yang mana wajib atau yang mana sunat.
Ingatlah;
Orang Islam tidak disengat 2 kali dalam lubang yang satu.
Maksud Al-Hadis
DALIL 3 - SEMBUNYI KEBENARAN

PAS telah banyak membuat apa yang dilarangnya dahulu. Dulu PAS pernah berkata bahawa adalah haram bergabung dengan orang kafir, kini PAS bersekedudukan pula dengan DAP. Sebelum memerintah janji nak jalankan hukum Allah namun bila dapat perintah tipu Allah pula (Sebesar hama hukum Allah pun tarak). Semua hukum PAS anggap macam tuak, masa gila haram diminum namun bila jadi cuka halal pula.

Ingatlah;

Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran melaknat dan menjatuhkan azab terhadap mereka yang menyembunyikan kebenaran.

lihat ayat 42, 109 dan 174 Surah Al-Baqarah
DALIL 4 - BERTUKAR PERANGAI
Bertukar daripada mahu menjalankan hukum Allah kepada menganjurkan rusuhan. Dulu PAS nak bercakap nak jalan hukum Allah bila memerintah Terengganu, namun bila berjaya memerintah PAS mula banyak helah. baru PAS tahu betapa susah memerintah. PAS nak khabar apa lagi kepada rakyat, isu kurang dan hujah tiada. Akhirnya puak-puak PAS bertempik macam orang gila di tengah jalan siang dan malam buat rusuhan. PAS sudah tidak sebut lagi nak laksanakan hukum Allah. Dengan Allah pun PAS kecek (tipu).
Ingatlah;
Allah S.W.T menyeru kearah kesejahteraan.
Maksud Al-Quran
Ayat 25, Surah Yunus
DALIL 5 - PEMIMPIN TAMAK HALOBA
Pemimpin PAS lebih tamak haloba mengumpul harta semasa memerintah Terengganu. Anda tidak percaya? Orang yang taksub dengan PAS memang tidak akan percaya. Namun demikian, untuk mereka yang di atas pagar boleh bertanya kepada Hj. Hadi, Mustafa Ali, Wan Talib dan lain-lain pemimpin besar PAS. Tengok akaun masing-masing dalam bank. Dulu berapa sebulan masuk, kini lepas memerintah Terengganu berapa pula masuk. Ramai pengikut PAS pengsan.
Ingatlah;
Mereka yang menghimpun emas dan perak kemudian tidak berbelanja pada jalan Allah, beritahu mereka kegembiraan masuk neraka.
Maksud Al-Quran
Ayat 34, Surah Al-Taubah
Cukup lima dalil untuk episod pertama Kenapa PAS Tidak Harus Disokong-Episod 1. Insya-Allah episod kedua akan menyusul. Semoga 25 dalil PAS tidak harus disokong menjadi panduan kepada pengundi di Kuala Terengganu yang saya yakin bijak menilai antara jasa BN dan PAS kepada pembangunan rakyat Negeri Terengganu.

Wednesday, January 7, 2009

PETIKAN KOMEN DARIPADA PENEMBAK TEPAT

Salam Mesra Sokmo...Penyu ada berpesan..cuba-cuba kamu tengokkan si Wahid tu..kesian aku tengok dia menangis tak tentu hala..aku menangis bersebab...mungkin Wahid sedih akan peristiwa lama kot..Nik Aziz yang dianggap ulama oleh PAS termasuklah Wahid Endut sendiri telah mengkhianati Agama Islam DEMI KEPENTINGAN PERIBADI DAN PERJUANGAN PARTI PAS. Nik Aziz tidak layak digelar ulama sebaliknya boleh digelar perosak kepada Agama Islam.
1. MENGAKU MENYELEWENGKAN AJARAN ISLAM SEMATA-MATA UNTUK MEMELIHARA PERJUANGAN PARTI PAS.
2. MENGAKU MENYESUAIKAN BEBERAPA TAFSIRAN AYAT AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA MENJUNJUNG PERJUANGAN PARTINYA.
3. MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENJATUHKAN KERAJAAN YANG MENDIRIKAN PERJUANGAN AGAMA ISLAM.
4. MENGHAPUSKAN PERJUANGAN UNTUK MENDIRIKAN NEGARA ISLAM.
5. MEMBOHONGI RAKYAT DENGAN BERBAGAI JANJI.
6. MEMUSUHI UMAT ISLAM DENGAN MEMECAH-BELAHKAN MASYARAKAT MELAYU DI KELANTAN DAN MEMULAUKAN APA SAHAJA KEGIATAN KHAIRAT ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUANDENGAN PAS.
7. MELINDUNGI SHAHNON AHMAD (PENULIS MUNAFIK SAMA TARAF SALMAN RUSHDIE).
8. GAGAL MEMPERKENALKAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN KERANA TERLALU CETEK DALAM BIDANG PERUNDANGAN ISLAM.
9. MENGELUARKAN FATWA ISLAM DENGAN SEWENANG-WENANGNYA TANPA MERUJUK MANA-MANA PIHAK.
10. MENGHALAKAN SIFAT CARUT-MENCARUT DAN KATA-MENGATA DI KALANGAN UMAT ISLAM.
11. MENDAKWA TUHAN MENCARUT HAMBANYA DALAM AL-QURAN DALAM SURAH AL- LAHAB.
12. MENIPU RAKYAT UNTUK MEMBENTUK PERLEMBAGAAN ISLAM MENJADIKAN KELANTAN 'SERAMBI MEKAH?'
13. MENGHALALKAN PERDANA MENTERI MALAYSIA DARI KALANGAN ORANG KAFIR.
14. MENGHALALKAN PERSEPAKATAN DENGAN SYAITAN UNTUK MENANG DALAM PILIHANRAYA.
15. MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM DENGAN MENGAJAK MEREKA BERMUSUHAN SESAMA SENDIRI, TERUTAMANYA DENGAN ORANG-ORANG ISLAM YANG TIDAK SEHALUAN DENGAN FAHAMAN PAS.
16. MELAKUKAN DOSA DENGAN MENJANJIKAN SYURGA KEPADA ORANG-ORANG YANG MENYERTAI PAS.
17. MENGKAFIRKAN UMNO DAN MENUDUH ORANG-ORANG UMNO KAFIR.
18. MENUDUH ULAMA-ULAMA KERAJAAN FASIK. HANYA ULAMA PAS YANG MAKSUM.
19. MENGAKUI BAHAWA DIRINYA ULAMA YANG DITERIMA AGAMA ISLAM.
20. MENGELUARKAN FATWA BAHAWA DR. MAHATHIR MAHAFIRAUN DAN KAFIR KERANA MENENTANG ISLAM.
21. MENDAKWA DR. MAHATHIR ANTI-ULAMA DAN PARTI UMNO SAMA SEPERTI PARTI ORANG KAFIR.
22. GAGAL MEMERINTAH KELANTAN. KELANTAN MENJADI MUNDUR.
23. MENGHALALKAN RAKYAT KELANTAN HIDUP DALAM KEMUNDURAN.
24. MELINDUNGI KRONI-KRONINYA YANG MELAKUKAN JENAYAH KHALWAT SEPERTI KES MAT SABU.
25. MENGHALALKAN FITNAH KEPADA PEMIMPIN UMNO DAN BN SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA.
26. MENGGANTUNG BEBERAPA PERATURAN DALAM AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA UNTUK MENGHADAPI KEMPEN PILIHANRAYA.
27. MEMPERMAIN-MAINKAN AL-QURAN, HADITH DAN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PERIBADINYA.
28. MEMEPERSENDA-SENDAKAN NAMA ALLAH PADA SETIAP FATWA DAN CERAMAH YANG DIBERIKAN.
29. BERTINDAK SEBAGAI IMAM MAZHAB APABILA MENGELUARKAN FATWA TANPA BERMUZAKARAH.
30. MENGANGKAT DIRINYA SENDIRI SEBAGAI ULAMA TETAPI BELUM MAHIR DALAM SISTEM PERUNDANGAN ISLAM.
Justeru itu, sebagai umat Islam yang senantiasa mengutamakan AQIDAH, perlu fikirkan ADAKAH NIK AZIZ DAN PAS MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM ATAU MENYESATKAN UMAT ISLAM DARIPADA AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH? Mungkin ini yang Wahid Endut takutkan kot!Telah lama pemimpin-peminpin PAS sebenarnya yang cukup besar menyesatkan umat Islam di Malaysia dan sanggup mengadaikan maruah agama Islam dan bangsa Melayu demi kepentingan politik mereka.
Kepimpinan PAS yang meneruskan tradisi berjuang di dalam politik dengan menggadaikan maruah Islam. PAS berbangga dengan konsep perjuangan dengan menggunakan nama Islam. Apabila mereka menang, mereka bangga dengan kemenangan dan tiada lagi kritikan yang diberikan kepada SPR. Jika mereka kalah, mereka menyalahkan kerajaan dan SPR. Inilah yang dapat disimpulkan kepada PAS berdasarkan beberapa siri pilihanraya kecil atau umum.
1. JIKA MENANG, SPR betul tetapi JIKA KALAH, SPR salah. 'Pengundi hantu' menjadi alasan hantu-hantu PAS, PKR dan DAP.
2. Bagi PAS yang benar hanyalah PAS dan pembangkang. ALLAH hanya menerima PAS sahaja dan ahli PAS dan pemimpin PAS bakal ditempatkan di syurga. Bunyi semacam ajaran dari 'Ayah Pin'.
3. Imam-imam yang dilantik kerajaan akan dipecat dan digantikan dengan imam yang mempunyai keahlian PAS, ini kerana hanya imam PAS sahaja yang diterima malaikat amalannya.Temberang dulu, Syariat Islam cerita lain:
Kata-kata pemimpin mereka hanya retorik dan berkepentingan sahaja.
a. Hadi berkata PAS sekarang bukan perjuangan hudud lagi.
b. Azizan berkata tiada hukum Islam di Kedah.
c. Nizar berkata tiada juga hukum Islam di Perak. d. Nik Aziz berkata tiada juga hukum Islam di Kelantan.
Waktu UMNO memerintah mereka mengatakan UMNO menentang hukum ALLAH. Sekarang apabila mereka berkuasa, mereka lebih teruk menentang hukum ALLAH. Pemimpin kerajaan tidak pula menyatakan hukum Islam tidak akan di wujudkan tetapi kerajaan sedang berusaha kearah itu. Tetapi PAS terus terang menyatakan hukum Islam tiada dalam perjuangan manifesto.
PAS terpaksa bersetuju dengan pendirian DAP yang tidak menyukai undang-undang Hudud walaupun mereka cuba mengatakan kesepakatan dengan rakan kongsi pakatan. Malah bersetuju mempersendakan Al-Quran apabila merelakan Gobalakrishnan dan semua ahli bukan Islam PKR menggunakan ayat Allah iaitu Al-Quran.
Sewaktu UMNO, mereka kata dan menyalak sana sini yang UMNO halalkan Disco, Kilang arak dan apabila mereka memerintah dan berkuasa, mereka sendiri yang menyatakan tidak boleh haramkan Disco dan menutup kilang arak. PAS juga tidak mengekang gejala murtad yang dilemparkan kepada UMNO sedangkan merekalah yang membawa fahaman songsang. Demi menutup fahaman mereka, mereka alihkan kepada kerajaan dan UMNO. Malah Dewan Ulama Pas sendiri yang memberi " Lampu Hijau" mengatakan tidak salah puak Kristian menggunakan Khalimah Allah didalam gereja dan didalam penerbitan mereka?Mereka berselongkol dengan pemimpin PKR dan DAP seperti Irene Fernandez berjuang kearah mencetak Bible ke dalam bahasa Melayu agar orang Islam di murtadkan.
Peguam-peguam yang mewakili anakguam terdiri daripada mereka yang berkepentingan dalam DAP dan PKR yang merupakan pakatan dan rakan politik PAS. Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita?Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.
Kesimpulan
Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia. Kumpulan mereka meletakan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.
Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.
Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS.
TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan.Mungkin Wahid Endut terfikir nak duduk di bawah telapak kaki ulama mana ? Sebab itu beliau menangis kerana banyak pilihan ?Wallahuallam.

Proses penamaan calon lancar jika bukan calon PKR bertanding

Dalam mana-mana pilihan raya, soal siapa yang bertanding lawan calon Barisan Nasional (BN) kerap dijadikan ukuran bagi memastikan sama ada perjalanan pilihan raya itu lancar tanpa insiden buruk terutama penyokong-penyokong atau ahli parti yang bertindak agresif.

Sebelum ini jika calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding, pastinya soal keselamatan menjadi keutamaan polis dan Suruhjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia.

Ini kerana dalam pilihan raya kecil di Lunas, Ijok dan Permatang Pauh beberapa insiden buruk tercetus gara-gara penyokong PKR yang bertindak liar dan ganas malah ada antara mereka ditahan polis.

Namun, suasana pilihan raya nyata berubah jika calon PAS yang bertanding menentang calon BN kerana jarang ada insiden buruk seperti pergaduhan antara penyokong mahupun petugas kedua-dua parti.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu sekali lagi membuktikan teori ini betul apabila proses penamaan calon membabitkan persaingan antara BN dan PAS serta calon Bebas berjalan lancar dan terkawal.

Malah Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz angkat topi pada polis yang menjalankan tugas dengan baik serta kepada penyokong kedua-dua parti yang tidak mencetuskan sebarang huru hara ketika proses penamaan calon pagi Selasa.

Bagi Ketua Polis Terengganu, Datuk Shukri Dahlan, proses penamaan calon yang selesai dengan keadaan selamat serta lancar secara tidak langsung memenuhi keutamaannya sebelum ini yang mahu proses itu lancar.

“Ini semua seperti dirancang. Itu yang penting kerana semua ikut perancangan serta penugasan kira-kira 1,500 pegawai serta anggota polis,” katanya kepada Agendadaily.

Katanya, keadaan ini amat baik dan sangat terkawal berbanding suasana pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Menurut Shukri, suasana aman ini juga kerana kerjasama kedua-dua penyokong parti yang mematuhi arahan dan peraturan ditetapkan polis dan SPR.

“Kita berharap keadaan ini kekal sehingga habis pilihan raya kecil ini,” ujarnya.

Mengenai tempoh berkempen, Shukri meminta parti yang bertanding mengemukakan permit ceramah lebih awal bagi mendapat kelulusan dalam masa 24 jam.

Bagaimanapun katanya, setakat ini polis belum menerima permohonan permit ceramah atau berkempen.

“Polis akan panggil calon-calon untuk meminta mereka mematuhi peraturan serta permit ceramah yang ditetapkan,” katanya.

Shukri menegaskan, lokasi ceramah mestilah di kawasan yang tidak menimbulkan gangguan kepada orang awam atau menjejaskan aktiviti penduduk setempat.

Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya telah membuat persediaan rapi untuk memastikan kelancaran proses penamaan calon, pagi Selasa.

Kata beliau, berdasarkan aturan urusan proses penamaan calon, rombongan penyokong BN akan bergerak dari kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu, sementara rombongan penyokong PAS pula akan bergerak dari Bulatan Batu Bersurat.

Kediaman Rasmi Menteri Besar terletak satu kilometer dari sebelah kanan Stadium Negeri manakala Bulatan Batu Bersurat pula dari sebelah kiri.

Abdul Aziz berkata, pihaknya hanya membenarkan kira-kira 150 orang pemimpin dan penyokong bagi setiap parti dan calon yang bertanding memasuki kawasan dalam Stadium Negeri.

Katanya, cuaca pagi ini amat baik berbanding tiga hari lalu yang mengalami cuaca hujan yang berterusan sekaligus membantu kelancaran proses penamaan calon.

Kira-kira 25,000 penyokong parti membanjiri sekitar Stadium Negeri mengiringi serta memberi sokongan kepada calon masing-masing.Selain BN yang mencalonkan Datuk Wan Farid Wan Salleh dan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, seorang lagi calon Bebas, Asharudin Mamat turut bertanding .
-dipetik daripada Agenda Daily Online, 6/01/2009-

Sunday, January 4, 2009

FAKTA SEBENAR

Gambar yang menunjukkan calon BN, Datuk Wan Farid suka bersosial dengan berkaraoke adalah satu agenda keji pihak-pihak tertentu yang didalangi oleh Pakatan Rakyat. Saya nak bertanya pada Haji Hadi, salah ke berkaraoke? Apa Haji Hadi tak pernah menyanyi?

Ucapan Haji Hadi ketika mengumumkan nama calon pada 1 Januari 2009 yang menyatakan bahawa PAS tidak akan menyerang peribadi calon hanya menjerat leher sendiri. Ini kerana semasa Haji Hadi berucap, beliau telah menyerang peribadi Senator Datuk Wan Farid dengan mengatakan bahawa calon PAS yang dikemukakan ini tidak bersosial, dan berkaraoke seperti calon BN.
Jelas disini, Haji Hadi merujuk kepada gambar Datuk Wan Farid yang sedang menyanyi dan saya percaya gambar itu tidak dipaparkan dengan penuh.

Saya akan paparkan gambar penuh Timbalan Menteri Dalam Negeri itu yang menyanyi bersama ahli keluarga. Saya yakin pembaca akan percaya bahawa gambar yang palsu hanyalah perbuatan keji dan hina Pakatan Rakyat.

Apa yang saya akan paparkan adalah gambar sahih Datuk Wan Farid mengadakan aktiviti karaoke bersama keluarga.



Dari Kiri :Wan Amir Faizi Bin Wan Nor AzmanWan Jihana Amirah Binti Wan Nor Azman

Belakang :Wan Nor Azman Bin Wan SallehFuzianna Binti IbrahimWan Hisham Bin Wan SallehMohd Nasihuddin Abdullah

ADA UPAH ADA KERJA (TABIAT PAS)

Salam buat saudara setapakian. Terima kasih kerana sudi mengunjungi dan membaca artikel di dalam blog saya. Saya minta maaf jika akhir-akhir ini saya kurang membalas komen saudara. Ini kerana saya agak sibuk dengan kerja saya. Menulis dan membalas komen di dalam blog adalah kerja ketiga saya. Jadi saya ada dua kerja lain yang menjadi keutamaan dalam hidup ini.

Insya-Allah jika saya kurang sibuk atau dapat menyelesaikan dua kerja tadi dengan sempurna, saya akan menulis dan membalas komen lebih-lebih lagi komen saudara. Tentang upah yang diterima apabila kita menggantung bendera parti, ia adalah perkara normal. Ini kerana kita melakukan pekerjaan dan terpulang untuk mengambil upah atau tidak. Jika saudara ikhlas menggantung bendera PAS, baguslah. Boleh saya cadangkan saudara ke Kuala Terengganu untuk memasang banyak poster dan bendera PAS di sini.

Pada saya, peruntukan memasang bendera memang ada tidak kira untuk mana-mana parti. Bermakna, jika saudara tidak mahu upah, akan tersenyumlah orang atas saudara mengambil upah tersebut. Kawan saya di Melaka, seorang anak kepada ahli PAS totok. Beliau juga menyokong PAS seperti ayah beliau yang totok PAS. Saya tanya kepada beliau berapa upah gantung poster PAS. Beliau mengatakan bahawa banyak juga dan beliau sendiri menerima upah memasang bendera PAS. Saya tanya lagi, jika PAS tak bayar bagaimana? Beliau dengan 'slumber' menjawab "suruh Haji Hadi dan Nik Aziz gantung sendiri" dan upah mesti diberi sebelum memasang bendera PAS. Apa citer nie???

UMNO pula, buat keje dulu dan upah diberi kemudian. Itu pula bergantung kepada berapa nak diberi. Tak kisah berapa pun. Yang pasti ketua Cawangan atau Ketua Bahagian akan memberi upah juga. Tengok kat sini, budak-budak UMNO takder pun nak kecoh macam budak PAS yang nak upah dulu baru buat kerja.

Saturday, January 3, 2009

Hadi mahu Wahid keluar dari kepompong Wakaf Mempelam

KALAULAH ada alat pengesan degupan jantung untuk kira-kira 8,000 hadirin dalam Stadium Negeri sesaat sebelum Presiden Pas, Hadi Awang mengumumkan calon parti itu untuk pilihan raya kecil P 036 Kuala Terengganu, sudah tentu tercatat semuanya terhenti seketika.

Semua orang seolah-olah terkedu dan kelu ADUN Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan menolak segala ramalan kononnya sama ada Mat Sabu, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi, Mustafa Ali atau Wan Mutallb Embong akan dipilih.

Kini sama ada Wahid Endut mampu mengalahkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh pada 17 Januari depan, orang yang sudah pun boleh diisytiharkan menang tidak lain daripada Hadi Awang sendiri.

Sebagai ‘orang kuat’ dari Terengganu, Hadi pasti mahu suara dan pandangannya diambilkira dan dengan bijak beliau memilih Wahid Endut sebagai jalan keluar perang dalaman di antara dua pihak – golongan ulama ‘lama dan tua’ sehaluan dengan Mursyidul Pas, Nik Aziz Nik Mat yang mahu Mat Sabu dicalonkan; golongan muda dan ahli korporat Pas didokong golongan muda sebulu dengan Nasharudin Mat Isa.

‘Perang dalaman’ Pas berlarutan sehingga Hadi mengakui mereka terpaksa beristisyarah dan solat istiqarah tetapi sebenarnya pengumuman beliau menyembunyikan hakikat betapa tebalnya semangat asabiyah nganukite yang diagung dan dipenuhinya itu.

Hadi memilih jalan tengah mendamaikan puak lama Nik Aziz dan kumpulan Erdogan dalam Pas dengan memilih Wahid Endut, ‘jaguh kampung’ yang menjadi ADUN Wakap Mempelam – kubu terkuat- Pas sejak dulu lagi.

Wahid, 52, sudah menguasai Wakaf Mempelam sejak 1990 lagi dan dikatakan menjadi seolah-olah pemimpin yang ditaksubi pengundi turun-temurun di kawasan DUN kira-kira 20,000 orang pemilih itu. Pada pilihan raya 1990, 1994, 1998, 2004 dan 2008, Wahid memperoleh lebih 51 peratus undi.

Walaupun pada 1994 beliau bertanding atas tiket Semangat 46, pun, Wahid tetap terpilih. Calon jagoan yang akhirnya mahu dikeluarkan Hadi daripada kepompong Wakaf Mempelam itu jelas kelihatan seperti tidak keruan apabila namanya diumumkan untuk bertarung di arena lebih mencabar iaitu Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau kata ada banyak isu akan diketengahkannya ketika kempen sambil mendedahkan kononnya tindakan melepaskan tembakan peluru hidup di Batu Burok dan betapa setinggan dipaksa keluar dari kawasan penempatan mereka, semua adalah tindakan kejam BN menyamai penindasan terhadap rakyat Palestin.

Tetapi apakah tindakan dan projek pembangunan Pas selama empat tahun memerintah Terengganu tidak pula dinyatakan? Pas sendiri jelas tidak mampu dan gagal membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat jelata.

Hadi bukan saja bijak mengutuk tetapi gagal membawa kemajuan malah Pas ibarat anjing menyalak bukit apabila mengisytiharkan ia mahu hudud dilaksanakan. Apabila disergah oleh DAP dan tidak disokong Anwar Ibrahim, Pas menarik balik isu hukum hudud dan menyalahkan UMNO menghalangnya.

Kini jaguh kampung dari Wakaf Mempelam dengan isu hukum hudud dan dosa pahala cuba digembar-gemburkan semula oleh Pas, perlu melangkah keluar ke arena lebih luas.

Wahid perlu sedar, Menteri Besar Ahmad Said dengan slogan ‘Bukan cakap, kita buat’ melalui program Melahirkan Generasi Ulul-Albab dan ‘Contohi Pelajar Terengganu’ sudah berjaya membina golongan berpendidikan dan mereka inilah yang akan membantu mengikis dan menurunkan kadar rakyat miskin di negeri ini.

Pas ibarat ayam jantan yang akan tetap berkokok terutama di pagi hari tetapi menjadi kecut dan lesu ibarat ayam berak kapur bila berdepan DAP dan Keadilan.

-dipetik daripada malaysiaaktif.com-

Thursday, January 1, 2009

CALON PAS DIKENAL PASTI AKAN KALAH

INILAH DIA HJ ABDUL WAHID ENDUT
SUKA TIDO DAN MAKAN GAJI BUTA

Calon Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu ialah Haji Abdul Wahid bin Endut. Beliau adalah ADUN Wakaf Mempelam dan memegang jawatan dalam parti sebagai Bendahari PAS Terengganu (banyak pegang duit) dan juga memegang jawatan sebagai YDP PAS Kuala Terengganu.
Pendidikan tertinggi beliau ialah memiliki Diploma Perikanan dan Sains Samudera daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Isteri beliau bernama Hjh Wan Fatimah Wan Abdullah dan bertugas sebagai seorang guru. Hasil perkongsian pasangan ini, mereka memperolehi 9 orang anak (ramainya).

Haji Abdul Wahid pernah bertugas di UPM sebagai Pegawai Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan.

Saya berdoa kepada Allah agar calon BN kita, Senator Datuk Wan Farid dapat mempertahankan kerusi Kuala Terengganu yang dimiliki oleh BN sebelum ini. Kita perlukan wakil yang mewakili rakyat hingga ke peringkat antarabangsa, bukan setakat duduk di kampung sahaja. Percayalah, jika rakyat Kuala Terengganu ingin terus menikmati kesinambungan kemajuan dan kemakmuran yang dibawa oleh BN, sokonglah Senator Datuk Wan Farid.

Senator Datuk Wan Farid sanggup melepaskan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan bertanding sebagai Ahli Parlimen. Insya-Allah nasib rakyat di Kuala Terengganu akan lebih terjamin jika BN berjaya mempertahankan kerusi Kuala Terengganu kerana pengalaman luas Datuk Wan Farid dalam pentadbiran kerajaan Malaysia adalah lebih meyakinkan jika dibandingkan dengan calon PAS, Hj. Abdul Wahid.

Hj. Abdul Wahid pula sudah menjadi ADUN dan kini dicalonkan pula untuk menjadi Ahli Parlimen. Tidakkah ini akan menambah sumber pendapatan calon PAS ini jika menang? Nasib rakyat Kuala Terengganu belum tentu terbela di bawah PAS kerana rekod PAS yang lalu pun boleh diberi gred "F".

Saya harap masyarakat di Kuala Terengganu dapat menilai tentang kelebihan yang akan mereka miliki jika menyokong dan mengundi BN. Kuala Terengganu sudah kehilangan seorang Timbalan Menteri Pelajaran yang amat berdedikasi. Kini seorang lagi Timbalan Menteri Dalam Negeri dari Kuala Terengganu pula bakal mempertaruhkan nasib beliau dengan meletakkan jawatan untuk bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Apakah masyarakat Kuala Terengganu tidak mahu wakil rakyat mereka menyandang jawatan Menteri dalam pentadbiran negara?

Undi BN insya-Allah rakyat Kuala Terengganu akan menikmati kehidupan yang lebih selesa jika dibandingkan dengan undi PAS yang tiada apa-apa manfaat dan malah lebih sengsara.

POLITIK WANG PAS..BETUL KE?

Saya melayari Harakah Daily Online hari ini. Saya terbaca satu tajuk dalam akhbar online Harakah iaitu "Pengundi Kuala Terengganu Diseru Waspada Politik Wang-Husam". Saya ada satu cerita mengenai politik wang di Kuala Terengganu.

Seorang rakan saya diarah bertugas di Kuala Terengganu dan beliau mesti mencari maklumat seberapa banyak yang mungkin tentang kegiatan parti politik PAS di Kuala Terengganu. Beliau menceritakan mengenai politik wang yang berlaku dalam PAS bukan sahaja di Kuala Terengganu malahan di negeri lain juga.

Apa yang beliau ceritakan kepada saya membuatkan saya bertambah 'jelek' dengan parti PAS yang kononnya menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka namun itu sebenarnya hanya retorik semata-mata untuk mengabui mata umat Islam di Malaysia.

Kawan saya mengatakan bahawa cara pemberian wang oleh orang-orang PAS kepada pengundi-pengundi. Caranya ialah dengan memberikan buku surah Yassin kepada pengundi-pengundi yang ditemui. Duit atau wang kertas berwarna merah yang bernilai RM 30 akan diselitkan di dalam buku Yassin tersebut. Saya terperanjat dengan cerita rakan saya. Saya bertanya kepada beliau sama ada kisah ini benar atau tidak. Beliau bersumpah kepada saya dengan mengatakan bahawa beliau tidak berani berbohong jika melibatkan surah Yassin atau pun memburukkan sendiri saudara sesama Islam.

Rakan setugas saya memang bukan jenis orang yang berbohong. Di sini saya ingin memberitahu kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu agar berhati-hati jika perkara ini memang benar. PAS pun bijak juga berpolitik wang demi meraih undi daripada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu. Cukuplah jika hukum Hudud yang menjadi isu hari ini sebagai bukti bahawa PAS bukan sahaja tidak konsisten malahan sanggup menggunakan buku Yassin bagi menyalurkan wang kepada pengundi mereka.

Anda pangkah PAS tiada apa yang anda akan dapat. Namun jika anda bulatkan tekad mengundi BN, insya-Allah kerajaan BN di bawah pentadbiran Pak Lah hari ini dan bakal Perdana Menteri yang baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Malaysia dan Terengganu akan lebih maju dan makmur. Jangan sempitkan fikiran anda dengan dakyah palsu PAS sebaliknya fikirkan apa yang PAS dah lakukan semasa pemerintahan singkat mereka pada tahun 1999. Jangan beri mereka peluang lagi untuk kali kedua.