Sunday, January 4, 2009

FAKTA SEBENAR

Gambar yang menunjukkan calon BN, Datuk Wan Farid suka bersosial dengan berkaraoke adalah satu agenda keji pihak-pihak tertentu yang didalangi oleh Pakatan Rakyat. Saya nak bertanya pada Haji Hadi, salah ke berkaraoke? Apa Haji Hadi tak pernah menyanyi?

Ucapan Haji Hadi ketika mengumumkan nama calon pada 1 Januari 2009 yang menyatakan bahawa PAS tidak akan menyerang peribadi calon hanya menjerat leher sendiri. Ini kerana semasa Haji Hadi berucap, beliau telah menyerang peribadi Senator Datuk Wan Farid dengan mengatakan bahawa calon PAS yang dikemukakan ini tidak bersosial, dan berkaraoke seperti calon BN.
Jelas disini, Haji Hadi merujuk kepada gambar Datuk Wan Farid yang sedang menyanyi dan saya percaya gambar itu tidak dipaparkan dengan penuh.

Saya akan paparkan gambar penuh Timbalan Menteri Dalam Negeri itu yang menyanyi bersama ahli keluarga. Saya yakin pembaca akan percaya bahawa gambar yang palsu hanyalah perbuatan keji dan hina Pakatan Rakyat.

Apa yang saya akan paparkan adalah gambar sahih Datuk Wan Farid mengadakan aktiviti karaoke bersama keluarga.



Dari Kiri :Wan Amir Faizi Bin Wan Nor AzmanWan Jihana Amirah Binti Wan Nor Azman

Belakang :Wan Nor Azman Bin Wan SallehFuzianna Binti IbrahimWan Hisham Bin Wan SallehMohd Nasihuddin Abdullah

8 comments:

Anonymous said...

ISU HUDUD :

SENJATA UMNO YANG MEMAKAN DIRI


Semangat dendam dan hasad UMNO terhadap hukum Allah [ Hudud ] yang diperjuangkan oleh PAS selama ini sering dijadikan isu terutama di musim pilihanraya dengan harapan ianya boleh menakutkan pengundi bukan Islam agar tidak mengundi PAS dan lebih nekad tindakan mereka ialah supaya kerjasama [ tahaluf ] atau persefahaman parti - parti PAKATAN retak dan belah .


Keterlaluan mereka menentang hukum Allah ini mengatasi tindakan DAP sehingga tergamak mengheret hukum Hudud ke mahkamah . Suatu tindakan yang cukup nekad berdepan dengan keagongan Allah swt.


Jika DAP menolak Hudud , kita sedia memahaminya kerana mereka bukan Islam dan usaha untuk memahamkan mereka mengenai hukum Allah ini sedang giat dilakukan dan Alhamdulillah sedikit sebanyak telah menampakkan hasilnya seperti pemimpin DAP Terengganu dan Pahang jelas sedia memahami dan menerima perjuangan PAS yang bermaksud mahu mendaulatkan syariat Allah di atas muka bumi ini amnya dan di Malaysia ini khasnya .


Tinggal lagi beberapa individu pimpinan DAP Pusat yang masih boleh duduk berbincang dan berunding meskipun membuat kenyataan politik untuk menolak hukum Hudud . Pun begitu dari sudut hati kecil mereka melalui kenyataan lisan mereka kepada pimpinan PAS jelas menunjukkan mereka boleh menerima hukum hudud jika ia diberi penjelasan meluas kepada mereka dan ahli - ahli mereka [ DAP ]


Persoalan besar kita di sini ialah UMNO . Meskipun mereka mengaku muslim tetapi malang mereka sangat konsisten menentang hukum Allah [ Hudud ] dari dilaksanakan . Malah mereka sering menjadikan ianya satu momokan untuk menakutkan pengundi sehingga mereka lupa bahawa mereka telah menghina hukum Allah swt .


Baru - baru ni mereka heboh dan sibuk dengan tampilnya blog yang menghina Nabi saw lalu mengambil langkah menyiasat dan mengharamkannya . Lalu bagaimana pula dengan parti UMNO yang menghina hukum Allah ? apakah tidak parti ini juga wajar diharamkan ?


Segalanya bermula dari sikap UMNO yang Anti Hudud .


Pilihanraya kecil Kuala Terengganu tidak terlepas menyaksikan kesungguhan UMNO yang Anti Hudud . Elok - elok suasana tenang dan non - muslim pun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Hudud , tiba - tiba apabila PAS mengulangi hasrat untuk melaksanakan Hukum Hudud melalui Naib Presidennya baru - baru ini , UMNO menggunakan peluang ini untuk menyerang PAS dengan menggunakan TV , akhbar dan radio yang akhirnya mencetus keresahan dikalangan non muslim lalu timbul pula kenyataan pemimpin DAP yang membantah Hudud .


PAS mengulangi hasratnya untuk melaksanakan Hudud justeru itu adalah hukum Allah swt dan ia menjadi sebahagian dari tanggungjawab besar perjuangan PAS . Ia adalah amanah dan prinsip perjuangan yang terus dipertahankan . Golongan yang menganggap PAS telah lari dari prinsip adalah salah dan tidak benar . Kita konsisten dengan dasar dan prinsip perjuangan kita .


Namun setiap kali kita mempertegaskan kembali dasar dan prinsip perjuangan kita bersama Islam dan syariat yang akan didaulatkan , setiap kali itu pula UMNO dan BN akan kepanasan lalu menggunakan seluruh instrument kerajaan untuk menyerang dan menentang . Menunjuk sikap sebenar mereka yang lebih radikal dari DAP dalam menentang hukum Allah swt .


Senjata Makan Tuan .


Alhamdulillah , biarpun mereka mengulang momokan kononnya isu Hudud adalah isu lapok mainan PAS , tapi persoalannya jika ia lapok kenapa UMNO menghidupkannya bagaikan nak rak melalui TV dan akhbar . UMNO yang menghangatkan isu lapok ini . UMNO yang memainkan isu ini agar ia kembali segar .


Kini apabila ia kembali segar , menjadi peluang pula kepada pemimpin PAS untuk memberikan penjelasan kepada umum khasnya non muslim supaya bersedia untuk menerima hukum Allah yang Maha Adil ini . Alhamdulilah , Kelab Penyokong PAS yang rata - ratanya non Muslim kini boleh menerima hudud .


Kenyataan Balasubramaniam sebagai Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS yang mengulangi kenyataan pengerusi mereka bahawa mereka sangat memahami hudud dan sedia menyokong PAS tidak berbelah bahagi dan mereka berjanji untuk menemui golongan bukan Islam bagi memberikan penjelasan mengenai Hudud .


Alhamdulillah , bukan sahaja isu hudud ini kembali menikam UMNO tetapi ia menjadi ruang dakwah PAS kian lebar dan ia mula memasuki ruang yang lebih mencabar iaitu kelompok non muslim . Semakin hari semakin menampakkan kejayaan dakwah yang dibawa oleh PAS . Semoga Allah memberi kekuatan dan kemenangan kepadanya .
posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi

Anonymous said...

HUDUD UNDANG –UNDANG YANG PALING RASIONAL
OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Dalam artikel saya yang lalu saya menyatakan bahawa hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama tetapi juga dari sudut ilmiah . Dalam tulisan kali ini saya akan cuba menjawab serba sedikit persoalan-persoalan yang sering ditimbulkan di dalam isu hudud ini.

Persoalan pertama yang sering dibangkitkan adalah undang-undang hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Untuk tujuan perbincangan katakanlah kita terima bahawa hudud adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Persoalannya adakah apa sahaja undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan adalah undang-undang yang tidak baik dan perlu diketepikan begitu sahaja. Jika benar sesuatu undang-undang itu benar-benar bercanggah dengan Perlembagaan , tidak bolehkah Perlembagaan tersebut dipinda bagi membolehkan undang-undang yang baik tersebut diluluskan dan seterusnya dilaksanakan. Adakah meminda peruntukkan dalam Perlembagaan adalah suatu jenayah atau “dosa” yang besar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali. Bukankah selama ini Perlembagaan negara ini telah beberapa kali dipinda ?

Selanjutnya adakah semua undang-undang yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang yang baik dan tidak zalim kepada rakyat ? Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ), Akta Polis , Akta Hasutan , Akta Penerbitan & Mesin Cetak, Akta Universiti dan Universiti Kolej ( AUKU ) adalah contoh undang-undang yang digubal menurut peruntukan Perlembagaan dan sehingga kini diputuskan oleh Mahkamah undang-undang tersebut adalah selaras dengan Perlembagaan. Tetapi siapa yang boleh menafikan akta-akta tersebut, meskipun selaras dengan Perlembagaan, adalah undang-undang yang zalim dan telah terbukti menzalimi rakyat yang tidak berdosa. Sehingga kini suara-suara yang meminta undang-undang tersebut sama ada dipinda atau dimansuhkan masih terus berkumandang . Meskipun undang-undang tersebut selaras dengan Perlembagaan kenapakah ianya diminta untuk dipinda atau dimansuhkan?

Dalam konteks undang-undang hudud adilkah untuk kita meminta undang-undang Allah tersebut dipinda bagi membolehkan ianya selaras dengan Perlembagaan ? Sudah tentu alternatif terbaik, jika ianya bercanggah dengan Perlembagaan , maka sewajarnya Perlembagaan itu sendiri yang harus dipinda. Mungkin ada yang berhujah adalah sukar untuk kita meminda Perlembagaan Persekutuan ? Apa yang lebih susah dari meminda peruntukkan Perlembagaan Persekutuan apabila ianya menyentuh isu imuniti Raja. Bukan sahaja pindaan tersebut memerlukan dua pertiga tetapi ia juga perlu persetujuan Majlis Raja-Raja. Tetapi, seperti yang kita maklum, pindaan tersebut berjaya dilakukan meskipun sukar.

Hujah yang saya berikan di atas bertolak dari andaian bahawa undang-undang hudud bercanggah dengan Perlembagaan. Namun perlu saya nyatakan di sini ada juga dari kalangan ahli-ahli undang-undang yang berpendapat undang-undang hudud tidak bercanggah dengan Perlembagaan. Antara lain hujah yang dikemukakan oleh ahli undang-undang ini adalah bidangkuasa Kerajaan Negeri untuk menggubal undang-undang sepertimana yang dinyatakan di dalam Senarai Negeri ( State list ) di Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan adalah termasuk menggubal undang-undang Islam ( Islamic law ) dan perkataan undang-undang Islam di dalam Senarai Negeri tersebut hendaklah ditafsirkan secara luas sepertimana yang difahami oleh Islam.

Persoalan kedua yang juga sering ditimbulkan adalah undang-undang hudud terlalu keras ( harsh ) dan ianya menakutkan orang bukan Islam. Undang-undang memotong tangan pencuri dan merejam penzina dianggap undang-undang yang tidak bertamadun dan ketinggalan zaman.

Pertamanya persoalan orang bukan Islam. Jika dilihat kepada Enakmen hudud yang digubal di Kelantan dan Trengganu adalah jelas ianya tidak terpakai orang-orang bukan Islam. Oleh itu kebimbangan orang-orang bukan Islam tidak ada asasnya.

Selanjutnya isu sama ada sesuatu undang-undang itu keras, tidak bertamadun atau ketinggalan zaman adalah persoalan persepsi. Kita lihat undang-undang yang mengenakan hukum mati ( death penalty ) sendiri, sehingga kini ianya menjadi bahan perbahasan. Ada yang menyatakan ianya adalah undang-undang yang keras, tidak bertamadun dan ketinggalan zaman kerana ianya bercanggah dengan hak asasi manusia.

Memandangkan persepsi masyarakat berbeza, ada negara yang meneruskan hukum mati dan ada negara yang tidak. Hatta bagi negara yang mengekalkan hukum mati mereka juga tidak sepakat tentang kaedah untuk melaksanakan undang-undang hukum mati tersebut. Ada yang setuju dengan kaedah menggantung penjenayah. Ada pula yang setuju ianya dilaksanakan dengan cara menembak penjenayah dan ada pula yang setuju ianya dilaksanakan dengan cara meng”inject” dengan gas beracun. Bagi yang memilih untuk menggantung mereka berpendapat hukuman tembak adalah terlalu keras dan tidak bertamadun dan begitulah sebaliknya.

Hatta ada juga para sarjana undang-undang yang berhujah undang-undang memenjarakan penjenayah juga bukan sahaja zalim.tetapi juga tidak berkesan mengurangkan kadar jenayah. Ini kerana hukuman penjara bukan sahaja menghukum penjenayah yang melakukan jenayah tetapi juga ianya menghukum orang lain yang tidak terlibat dengan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah tersebut. Sebagai contoh jika seorang pencuri dipenjarakan, ianya bukan sahaja menghukum pencuri tetapi juga menghukum isteri dan anak-anaknya kerana mereka dengan secara paksa dipisahkan dari suami dan bapa mereka. Ia juga menghukum pembayar cukai yang terpaksa menanggung makan dan minum sipencuri tersebut di penjara. Tidakkah ini zalim ? Negara kita mengenakan hukuman penjara ke atas pencuri namun secara jujur adakah undang-undang tersebut telah berjaya mengurangkan kadar jenayah kecurian dalam negara ini ? Pada masa kini kecurian juga boleh berlaku di dalam balai polis sendiri-tempat yang sepatutnya paling selamat !!!

Selanjutnya jika kita mempelajari falsafah , prinsip dan teori hukuman ( sentencing ) kita tentu biasa dengan istilah pencegahan (deterrence ). Tujuan hukuman antara lain adalah untuk mencegah. Hukuman potong tangan sebagai contoh memenuhi kriteria pencegahan kerana ianya bukan sahaja menakutkan pencuri tetapi juga orang-orang yang mungkin ada niat mencuri. Hukuman tersebut juga satu bentuk pengaiban ( humiliation ) yang paling baik kepada penjenayah. Tangan kodong sejak dari lahir atau tangan kodong kerana dipotong oleh doktor atas alasan kesihatan sudah tentu tidak sama aibnya dengan tangan kodong kerana menjalani hukuman kerana mencuri.

Seperkara lagi yang perlu kita faham meskipun hukum hudud secara relatifnya mengandungi hukuman yang agak keras ianya juga dalam masa yang sama menuntut satu kaedah pembuktian yang paling ketat ( rigid ). Dalam bahasa undang-undang , jenayah hudud menuntut satu standard pembuktian ( standard of proof ) yang lebih tinggi dari undang jenayah yang diamalkan sekarang. Standard pembuktian jenayah hudud adalah melampaui segala keraguan ( beyond any shadow of doubt ) sedangkan undang-undnag jenayah yang sedia ada hanya mengenakan standard pembuktian melampaui keraguan munasabah sahaja ( beyond any shadow of doubt ). Jadi undang-undang manakah yang lebih melindungi hak orang yang dituduh.

Anonymous said...

Dr M: Wan Farid proksi Pak Lah
S Pathmawathy | Jan 5, 09 6:00pm
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kekecewaannya dengan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Kerusi parlimen tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.

"Setiap orang akan melihatnya sebagai hanya seorang proksi... seseorang yang boleh dipergunakan kemudian jika Najib menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Walaupun Dr Mahathir tidak mengulas lanjut, tetapi beliau jelas dilihat merujuk kepada Wan Ahmad Farid sebagai seorang yang rapat dengan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi menteri dalam negeri pada tahun 2003.

Beliau dilantik sebagai timbalan menteri dalam negeri selepas pilihanraya umum Mac tahun lalu, dan dilantik semula sebagai senator bulan lalu.

Wan Ahmad Farid meletakkan jawatan timbalan menteri Jumaat lalu dan jawatan senator hari ini, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Dr Mahathir juga menolak dakwaan bahawa pilihanraya kecil tersebut amat penting bagi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengetuai kempen kali ini.
-Malaysiakini

Anonymous said...

itu gmbr kat umah..kat tempat lain sapa tahu...bila dah jadi hobi...msti ada kat luar skali ngan rakan2 lain...he3

Anonymous said...

If you could give more detailed information on some, I think it is even more perfect, and I need to obtain more information!
Personalized Signature:金陵热线棋牌游戏中心,名城苏州游戏中心,云南信息港游戏,彭城视窗棋牌游戏中心,江苏互联星空棋牌游戏中心,广西休闲游戏中心,安徽棋牌游戏中心

Anonymous said...

UNDANG2 HUDUD NI SEMUA ORG TAHU IANYA ADALAH YG PALING PRAKTIKAL DI ATS MUKABUMI NI DAN IANYA TERBUKTI KEBERKESANANYA...
HANYA UMNO N YAHUDI SAHAJA YG MENAFIKANNYA ATS SBB KEANGKUHAN MASING2..

Anonymous said...

lebih sesuai jadi tokey pusat karaoke, nanti boleh lah pemuda malaysia keje ngan hang

Anonymous said...

Some of the content is very worthy of my drawing, I like your information!
Special Net