Sunday, January 4, 2009

ADA UPAH ADA KERJA (TABIAT PAS)

Salam buat saudara setapakian. Terima kasih kerana sudi mengunjungi dan membaca artikel di dalam blog saya. Saya minta maaf jika akhir-akhir ini saya kurang membalas komen saudara. Ini kerana saya agak sibuk dengan kerja saya. Menulis dan membalas komen di dalam blog adalah kerja ketiga saya. Jadi saya ada dua kerja lain yang menjadi keutamaan dalam hidup ini.

Insya-Allah jika saya kurang sibuk atau dapat menyelesaikan dua kerja tadi dengan sempurna, saya akan menulis dan membalas komen lebih-lebih lagi komen saudara. Tentang upah yang diterima apabila kita menggantung bendera parti, ia adalah perkara normal. Ini kerana kita melakukan pekerjaan dan terpulang untuk mengambil upah atau tidak. Jika saudara ikhlas menggantung bendera PAS, baguslah. Boleh saya cadangkan saudara ke Kuala Terengganu untuk memasang banyak poster dan bendera PAS di sini.

Pada saya, peruntukan memasang bendera memang ada tidak kira untuk mana-mana parti. Bermakna, jika saudara tidak mahu upah, akan tersenyumlah orang atas saudara mengambil upah tersebut. Kawan saya di Melaka, seorang anak kepada ahli PAS totok. Beliau juga menyokong PAS seperti ayah beliau yang totok PAS. Saya tanya kepada beliau berapa upah gantung poster PAS. Beliau mengatakan bahawa banyak juga dan beliau sendiri menerima upah memasang bendera PAS. Saya tanya lagi, jika PAS tak bayar bagaimana? Beliau dengan 'slumber' menjawab "suruh Haji Hadi dan Nik Aziz gantung sendiri" dan upah mesti diberi sebelum memasang bendera PAS. Apa citer nie???

UMNO pula, buat keje dulu dan upah diberi kemudian. Itu pula bergantung kepada berapa nak diberi. Tak kisah berapa pun. Yang pasti ketua Cawangan atau Ketua Bahagian akan memberi upah juga. Tengok kat sini, budak-budak UMNO takder pun nak kecoh macam budak PAS yang nak upah dulu baru buat kerja.

5 comments:

Anonymous said...

Mengapa saya suka melayari blog saudara kerana saya nampak saudara ada potensi untuk menerima hidayah tentang kefahaman islam yang sebenar. maksud saya saudara mempunyai hati lembut (pada hemat saya). Semoga saudara dapat menerima islam yang berlandaskan al-quran dan hadis dan bukan setakat rukun islam sahaja. saya bukan hendak saudara menerima PAS tapi kefahaman sebenar mengenai islam.
2. Soal PAS totok ke tak totok ke bukan masalah. Sekiranya duit merupakan asas sesuatu kerja itu merupakan persepsi yang salah. Kalau yang mintak tu anak orang PAS totok bermakna hidayah dan kefahaman tidak bersamanya. Sedangkan anak dan isteri Nabi Nuh tidak mahu bersama diatas kapal Nabi Nuh (bermakna tiada hidayah daripada Allah SWT)inikan pula orang PAS. Hidayah milik manusia bahkan milik Allah SWT.
p/s: ingat dunia hanya sementara bahkan akhirat kekal selamanya

Anonymous said...

Berkenaan wang diselit di buku yassin laporan telah dibuat...tapi satu perkara yang saya musyhkil, kenapa tak keluar berita. saya pasti sekiranya ada laporan inilah peluang bagi tv3 untuk "menyerang" PAS habis-habisan. saya masih menunggu. Lihat saja laporan tentang yang dibuat mengenai perlantikan menantu mb kelantan, tv3 mengulangtayang beberapa kali tentang laporan tersebut tetapi dah dibersihkan oleh bpr... itu kemusyhkilan saya...

Anonymous said...

umno byak pruntukan....tengok dlam pemilihan dalam prti pun guna byak duit...

Anonymous said...

Good Blog, I think I want to find me, I will tell my other friends, on all

Anonymous said...

I think I come to the right place, because for a long time do not see such a good thing the!
Farming Net