Thursday, January 1, 2009

CALON PAS DIKENAL PASTI AKAN KALAH

INILAH DIA HJ ABDUL WAHID ENDUT
SUKA TIDO DAN MAKAN GAJI BUTA

Calon Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu ialah Haji Abdul Wahid bin Endut. Beliau adalah ADUN Wakaf Mempelam dan memegang jawatan dalam parti sebagai Bendahari PAS Terengganu (banyak pegang duit) dan juga memegang jawatan sebagai YDP PAS Kuala Terengganu.
Pendidikan tertinggi beliau ialah memiliki Diploma Perikanan dan Sains Samudera daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

Isteri beliau bernama Hjh Wan Fatimah Wan Abdullah dan bertugas sebagai seorang guru. Hasil perkongsian pasangan ini, mereka memperolehi 9 orang anak (ramainya).

Haji Abdul Wahid pernah bertugas di UPM sebagai Pegawai Pusat Pengembangan dan Pendidikan Lanjutan.

Saya berdoa kepada Allah agar calon BN kita, Senator Datuk Wan Farid dapat mempertahankan kerusi Kuala Terengganu yang dimiliki oleh BN sebelum ini. Kita perlukan wakil yang mewakili rakyat hingga ke peringkat antarabangsa, bukan setakat duduk di kampung sahaja. Percayalah, jika rakyat Kuala Terengganu ingin terus menikmati kesinambungan kemajuan dan kemakmuran yang dibawa oleh BN, sokonglah Senator Datuk Wan Farid.

Senator Datuk Wan Farid sanggup melepaskan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri dan bertanding sebagai Ahli Parlimen. Insya-Allah nasib rakyat di Kuala Terengganu akan lebih terjamin jika BN berjaya mempertahankan kerusi Kuala Terengganu kerana pengalaman luas Datuk Wan Farid dalam pentadbiran kerajaan Malaysia adalah lebih meyakinkan jika dibandingkan dengan calon PAS, Hj. Abdul Wahid.

Hj. Abdul Wahid pula sudah menjadi ADUN dan kini dicalonkan pula untuk menjadi Ahli Parlimen. Tidakkah ini akan menambah sumber pendapatan calon PAS ini jika menang? Nasib rakyat Kuala Terengganu belum tentu terbela di bawah PAS kerana rekod PAS yang lalu pun boleh diberi gred "F".

Saya harap masyarakat di Kuala Terengganu dapat menilai tentang kelebihan yang akan mereka miliki jika menyokong dan mengundi BN. Kuala Terengganu sudah kehilangan seorang Timbalan Menteri Pelajaran yang amat berdedikasi. Kini seorang lagi Timbalan Menteri Dalam Negeri dari Kuala Terengganu pula bakal mempertaruhkan nasib beliau dengan meletakkan jawatan untuk bertanding kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Apakah masyarakat Kuala Terengganu tidak mahu wakil rakyat mereka menyandang jawatan Menteri dalam pentadbiran negara?

Undi BN insya-Allah rakyat Kuala Terengganu akan menikmati kehidupan yang lebih selesa jika dibandingkan dengan undi PAS yang tiada apa-apa manfaat dan malah lebih sengsara.

11 comments:

Anonymous said...

TAUHID DAN SYIRIK: ADAKAH AKIDAH KITA SEPERTI AKIDAH NABI?

Seringkali kita(masyarakat melayu)salah faham akan seruan tauhid yang dibawa oleh Nabi s.a.w.Kita katakan seruan pertama yang diseru oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada kaum Quraisy ialah katakan : لا إله إلا اللهtiada Tuhan melainkan Allah.Tetapi adakah Nabi hanya menyeru supaya mereka hanya mempercayai wujudnya Allah? Adakah sebelum itu mereka tidak mempercayai Allah?



Jawapannya Quraisy sudah mempercayai Allah.Buktinya sebelum Nabi dilantik menjadi Rasul mereka sudah menyebut Kaabah sebagai Baitullah(Rumah Allah),kemudian mereka meletakkan nama anak mereka Abdullah(hamba Allah).Siapakah yang memberikan nama bapa Nabi? Adakah Nabi sendiri yang meletakkan nama bapanya?sedangkan Nabi tidak sempat bertemu dengan bapanya.Pada dasarnya kita katakan orang Arab sudah mengetahui dan mempercayai adanya Allah kerana kalimah Allah sendiri bagi mereka adalah seperti kalimah kita(orang melayu) yang menyebut Tuhan,atau God(inggeris) dan sebagainya.Kalau kita tanya Mutusamy wujudkah tuhan nescaya dia akan menjawab ya,jika kita tanya Ah Seng adakah Tuhan wujud nescaya dia jawab ya,kalau ditanya David is God exist tentu dia jawab yes God is the creator.Jadi apa bezanya kita dengan Ah Seng,Mutusamy,David,dan apa bezanya kita dengan Quraisy yang menolak ajaran Nabi s.a.w?



Maaf jika persoalan ini agak keras tetapi inilah hakikat yang perlu kita ketahui.Berkaitan tentang wujudnya Allah sebagai pencipta adalah kenyataan yang diterima sebagai kebenaran dan tidak memerlukan kepada dalil lagi.Ternyata kaum Quraisy sudah mempercayai Allah s.w.t,namun apakah perkara yang diseru Nabi s.a.w yang menyebabkan kaum Quraisy menolak seruan Nabi s.a.w sekaligus mengisytihar peperangan ke atas Nabi s.a.w ? Selain bukti-bukti yang simple saya bawakan di atas perkara ini disebut sendiri oleh Allah s.w.t dalam maksud firmanNya:



Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan?Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati,dan mengeluarkan yang mati dari mahluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam?"maka mereka yan musyrik itu tetap akan menjawab(mengakui)dengan berkata " Allah jualah yang menguasai segala-galanya!"[QS.Yunus:31]





Inilah bukti yang datang dari Allah s.w.t,banyak lagi ayat-ayat Al Quran yang menyebut tentang hal ini.Berkata Syaikh al Islam Ibnu Taimiyah r.h " Keesaan Rububiah telah menjadi maklum melalui syariat nabawi,fitrah penciptaan,kepastian nalar,dalil-dalil yang qati`e,kesepakatan umat dan bukti-bukti lainnya" Seterusnya beliau berkata lagi " Jika seorang insan jiwanya berkehendak kepada Ilah(Tuhan) untuk menggantungkan hatinya maka semestinya setiap manusia mempunyai satu Tuhan,lebih-lebih lagi telah dimaklumi bahawa setiap hamba nalurinya sentiasa mencari Tuhannya"Cukuplah penulis bawakan ayat di atas yang jelas dan menjadi bukti bahawa kempen Nabi s.a.w kepada kaum Quraisy bukanlah supaya mempercayai wujudnya Allah tetapi supaya menolak dan menafikan dulu segala bentuk keagungan,kebesaran,tumpuan,tempat berharap selain kepada Allah.



Di dalam mensyarahkan kalimah لا إله إلا الله,Syaikh Muhammad b.Salleh Uthaimin menyebut di dalam kitabnya Syarah Thalathah Al Usul.Kalimah لا merupakan kalimah Nafi atau menafikan dan menolak manakala kalimah إله bermaksud yang diabdikan,tempat bergantung segalanya,tempat meminta,berharap,kecintaan dan tempat mengadu,penggubal undang-undang dan tempat rujukan.Manakala lafaz إلا الله merupakan lafaz ithbat( penetapan) setelah kita menolak pengabdian kepada selain daripada Allah
.termasuklah hawa nafsu,pengaruh kekuasaan,pengaruh persekitaran,pangkat,harta,wanita,sistem politik dan sebagainya maka kita menetapkan pula pengabdian kita hanyalah kepada Allah s.w.t. Disebabkan kaum kafir Quraisy memahami bahawa jika menyebut kalimah syahadah mereka terpaksa menolak segala kepentingan peribadi mereka, nafsu,kerusi politik,ajaran nenek moyang,wanita dan mereka mengetahui bahawa bila mereka mengakui kalimah syahadah maka segala perkara dalam urusan hidup mereka perlu dikembalikan dan ditetapkan berdasarkan kehendak dan peraturan Allah semata-mata. Untuk mempertahankan kedudukan dan kepentingan mereka maka mereka melancarkan penentangan ke atas seruan tauhid yang dibawa oleh Nabi s.a.w bermati-matian.



Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kalimah syahadah ialah " tiada yang dapat dianggap melakukan kerja-kerja Tuhan melainkan Allah" atau "tiada yang mampu berperanan sebagai Tuhan melainkan Allah" Dan tiada yang diagung dan dibesarkan melainkan Allah.




Salah Faham Konsep Syirik



Kebanyakkan orang apabila menyebut tentang syirik besar mereka hanya nampak menyembah selain Allah,seperti sembah patung,dewa dan sebagainya.Dan ini jugalah yang menjadi silibus pembelajaran kita sejak dari sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti.Kita tak nafikan menyembah patung,pokok,dewa,semangat dan sebagainya adalah salah satu perkara yang boleh membawa kepada syirik dan boleh membatalkan iman seseorang namun konsep syirik perlulah difahami dengan luas jangan dipersempitkan konsepnya dalam bahasa arab kalimah. شرك bermaksud mempersekutukan atau dengan kata yang mudah berkongsi kerja-kerja makhluk dengan kerja-kerja Allah sebagai Tuhan.Dan maksud lain ialah meletakan pengharapan,takut dan kecintaan kepada selain Allah s.w.t.Inilah yang dikatakan tidak mempersekutukan Allah dengan apa-apa sekalipun.Maksud firman Allah s.w.t:



Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah,dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua [QS.Al Nisa`:36]



Namun ramai di kalangan kita orang-orang yang beriman,di samping mentauhidkan Allah,tetap mempersekutukanNya dengan sesuatu yang lain.Allah menerangkan hakikat ini:



Dan(orang-orang yang beriman kepada Allah)kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukanNya juga dengan yang lain.[QS.Yusuf:106]



Pencemaran tauhid inilah yang Allah gambarkan dalam Al Quran:



Orang-orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman(Syirik),mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.[QS.Al An`aam:82]



Diriwayatkan dari Abdullah ibn Mas`ud r.a: Pada saat ayat diatas Al Anaam:82 diwahyukan,Para sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w: "Siapakah di antara kami yang tidak berbuat zalim?" Kemudian turun wahyu Allah s.w.t berikut:



Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah kezaliman yang besar.[QS.Luqman:13][HR Bukhari]



Antara bentuk-bentuk syirik ialah mempercayai alam ini wujud secara semulajadi,keyakinan bahawa makhluk adalah terjadi hasil daripada evolusi,mempercayai bomoh,horoskop,tangkal,menganggap adanya hukum dan peraturan yang lebih baik berbanding hukum dan undang-undang Allah,meyakini Syariat Islam masih tidak sempurna,tidak relevan,menganggap ada makhluk yang mengetahui perkara ghaib seperti bila berlaku hari kiamat,nasib,sial dan sebagainya.


Ada orang yang mengatakan" kami pun beriman dengan Allah,kami percaya Allah wujud" mereka meratib لا إله إلا الله beratus-ratus kali dalam masa sama merekalah orang yang mempercayai tangkal,bomoh,keramat dan sebagainya.Jelas seperti ayat di atas mereka adalah orang-orang yang mencampurkan tauhid mereka dengan syirik.Sedangkan Allah s..w.t tidak akan mengampuni dosa orang yang mempersekutukannya dengan yang lain.Maksud firman Allah s.w.t:



Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mepersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua )dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya(menurut aturan syariatNya).Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah(dengan sesuatu yang lain),maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.
[QS.Al Nisa`:48]



Diriwayatkan daripada Nufai` b.al Haris katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tidakkah engkau semua suka aku meberitahukan perihal sebesar-besarnya dosa besar?"Beliau menyebutnya sebanyak tiga kali.Kami(para sahabat)menjawab:" Baiklah,ya Rasulullah."Beliau bersabda."Menyekutukan Allah dan derhaka kepada orang tua".Beliau kemudian bersandar lalu duduk kemudian bersabda: ingatlah,juga berkata dusta dan penyaksian secara palsu." Beliau s.a.w sentiasa mengulangi kata-kata yang akhir ini,sehingga kami mengucapkan:"Alangkah baiknya jikalau beliau diam berhenti mengucapkannya."[Muttafaq`alaih.Riadhus Solihin:no 336]

Telah sepakat para ulama menetapkan bahawa dosa syirik merupakan dosa yang paling besar.Hal ini bedasarkan kepada nas-nas Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w .Antaranya ialah Imam Zahabi r.h meletakkan dosa syirik dalam ranking pertama dalam kitabnya Al Kabaair.
Inilah perkara penting yang perlu kita ketahui.Syirik juga akan menghapuskan amalan-amalan yang telah kita lakukan.Sia-sialah hidup kita jika hidup kita dipenuhi dengan amalan-amalan soleh dalam masa yang sama kita turut mempersekutukan Allah s.w.t.Ibadah kita perlulah dimerdekakan daripada elemen-elemen syirik.
Diantara elemen syirik yang masih tidak kita sedari ialah amalan meminta berkat kepada kubur orang-orang salih,alim ulama,kiyai dan sebagainya.Dan ada diantara penuntut ilmu yang kadang-kadang fanatik dan taasub terhadap tok gurunya sehingga kononya bersalam dengan tok gurunya akan mendapat berkat,minum bekas air tok gurunya akan mendapat keberkatan,menyimpan gambar ulama sebagai peransang dan pemberi keberkatan,menggantung tangkal di badan,memakai cincin keramat,mengantung ayat-ayat Quran dan tulisan-tulisan jawi di kedai-kedai,mempercayai keris keramat dan sebagainya.Nah kita katakan siapa yang layak memberi keberkatan adakah tok guru dan benda-benda yang mereka pinta atau Allah s.w.t? Hal ini sangat bertentangan dengan sifat Allah s.w.t yang hanya Dia yang layak memberikan keberkatan(mengikut aturan syariatnya)kepada sesiapa yang dia kehendaki.
Semenjak kebelakangan ini penulis sering menerima SMS yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menyebarkannya maka dia akan ditimpa musibah atau kadang-kadang ada surat atau e-mail yang dihantar menyatakan bahawa hari sekian-sekian akan berlaku gegaran dan kemugkinan ianya adalah tanda kiamat akan berlaku.Kadang-kadang yang agak pelik beberapa orang yang merupakan penuntut aliran agama sendiri bertanyakan hal itu kepada penulis.Bagi penulis hal ini berlaku dan kebanyakan masyarakat mudah mempercayai berita-berita karut dan tahyul ini.Hal ini berpunca daripada salah faham tentang konsep akidah.Mana mungkin kita manusia yang lemah ini ,mengetahui bila akan berlaku kiamat.Sedang kiamat adalah perkara ghaibiyyat(hidden things)Allah menjelaskan dalam maksud firmanNya:



Mereka akan bertanya kepada engkau tentang hari kiamat,bilakah datangnya?Katakanlah: Hanya pengetahuan mengenainya adalah di sisi Tuhanku,tidak ada yang dapat menerangkan dia pada waktunya kecuali Dia.Besar(urusan)pada langit dan bumi.Ia tidak datang kepada kamu melainkan dengan tiba-tiba.Mereka akan bertanya kepada engkau(hari kiamat itu)seolah-olah engkau tahu akan dia.Katakanlah:
Hanya pengetahuan di sisi Allah.Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
(QS.Al A`raf:187)




Jelas kepada kita sepertimana firman Allah di atas bahawa perkara-perkara berkaitan ghaibiyyat seperti hari kiamat hanya Allah saja yang mengetahui sedangkan pengetahuan makhluk amat terbatas. Hatta Rasulullah s.a.w sendiri tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku sepertimana disebut dalam hadis Jibril:

قَالَ: فََأَخْبِرْنِيْ عَنْ السَّاعَةِ؟ قَالَ: (مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَ
بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ
ا
Jibril bertanya: Khabarkan kepadaku tentang kiamat.Nabi s.a.w menjawab: Tidaklah yang ditanya lebih mengetahui daripada yang bertanya. [HR Bukhari]



Akhir sekali penulis menyeru kepada diri sendiri dan rakan-rakan agar kita sentiasa memerdalamkan ilmu kita berkaitan Akidah.Dan sentiasa memperbaharui iman kita agar kita sentiasa berada di atas landasan Al Quran dan Sunnah serta kefahaman para sahabat dan generasi salaf al soleh.

Jika ada kekurangan kuharap dapat ditegur insyaAllah teguran dan nasihat akan kuterima.
Moga menjadi bekalan di Hari Kemudian sedikit ilmu yang dikongsikan.Ini,moga Allah menerima amalan-amalan kita dan memasukkan kita dikalangan Muqarabiin..








Yang mengharap keredaan Allah,


Abu Ayyub Muhammad Fashan b. Ahmad Ziadi
29 Zulkaedah 1428 H
1: 14 PM
Taiping Perak

Anonymous said...

Impian Rakyat Adalah Melihat Keadilan Dan Kesaksamaan

Rakyat bukan mengharapkan dari pemimpin untuk menunjuk-nunjuk kemewahan diri seperti mana peraga fesyen mempamerkan gaya dan keranggian pakaian mereka di atas pentas. Apa yang rakyat harapkan adalah pemimpin melakukan keadilan dan kesaksamaan.

Rakyat akan bangga melihat pemimpin mereka adil amanah terhadap harta negara. Rakyat tidak bangga untuk mendengar cerita pemimpin mereka mewah dengan penuh tanda tanya tentang hartanya dan berjalan dengan penuh kebongkakan seakan dia ialah maharaja yang tidak boleh dikalahkan atau dipersalahkan.

Seseorang pemerintah dibangga dan dikasihi oleh rakyatnya apabila terselah keadilannya. Khalifah Umar bin al-Khattab pernah membahagi-bahagikan kepada rakyatnya pakaian lalu beliau naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai manusia dengarlah!” Tiba-tiba bangun Salman al-Farisi berkata: “Kami tidak mahu dengar”.

Lantas Umar bertanya: Kenapa wahai Salman?” Jawabnya: Engkau berikan kamu semua seorang sehelai, sedangkan engkau memakai dua helai”. Kata ‘Umar: “Jangan tergesa-gesa wahai Salman”. Lalu Umar memanggil anaknya Abd Allah. Kata Umar: aku menyerumu dengan nama Allah, bukankah pakaian yang aku pakai ini adalah peruntukanmu yang engkau berikan padaku”. Jawabnya: Ya!. Maka kata Salman: “Sekarang kami akan dengar”. (Ibn Qutaibah, ‘Uyun al-Akhbar, 1/55).

Maka kita tidak peliklah mengapa umat ini sepanjang sejarahnya amat merindui dan mencintai pemerintahan al-khulafa al-rasyidin terutama Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. ini. Beliau pernah berkata kepada gabenor yang dilantiknya iaitu Abu Musa al-‘Asy’ari: “Wahai Abu Musa! Sesungguhnya engkau hanyalah salah seorang dari orang ramai, melainkan Allah menjadikan engkau yang paling berat menanggung beban antara mereka”.

Justeru itulah al-‘Adl wa al-Musawah (keadilan dan kesaksamaan) adalah teras kepada pemerintahan dalam Islam. Disebabkan keadilan yang pernah ditunjukkan oleh para khalifah yang adil dalam sejarah merekalah maka ribuan manusia menganut Islam atau ingin berlindung di bawah pemerintahan Islam.

Namun, apabila umat Islam gagal mempamerkan sistem dan perlaksanaan pemerintahan yang adil lagi saksama, maka bukan muslim bukan sahaja tidak mahu menerima Islam, bahkan tidak memandang hormat kepada Islam. Lebih memalukan jika mereka pula lebih bermoral daripada kita dalam mernguruskan harta rakyat mereka.

Lihatlah Khalifah ‘Umar bin al-Khattab, ketika beliau berkuasa sebagai khalifah lalu berselisih dengan seorang yahudi yang merupakan rakyat negaranya mengenai kuda yahudi berkenaan yang hendak dijual. ‘Umar mencubanya sehingga cacat. Umar berkata kepada yahudi berkenaan: “Carilah seorang yang dapat memutuskan kes ini”.

Kata yahudi berkenaan: “Aku redha dengan Shuraih al-‘Iraqi sebagai hakim. Shuraih yang merupakan seorang muslim yang bertakwa lagi bijak dalam penghakiman. Apabila diangkat kes ini kepada Shuraih dia berkata kepada Umar yang merupakan seorang khalifah yang berkuasa: “Engkau telah mengambilnya dalam keadaan elok, maka engkaulah penjaminnya maka hendaklah engkau pulangkan semula dalam keadaan yang elok dan tidak cacat”.

Kerana kes itu, Shuraih dilantik menjadi hakim besar oleh ‘Umar. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqq’in, 1/109). Ini keadilan dan keinsafan. Seseorang yang adil lagi berkelayakan itu ditabalkan, bukan dipecat. Sekalipun keadilan itu terpaksa dirasai kepedihannya oleh pemerintah sendiri.

Prinsip kesaksamaan ini ditegaskan oleh banyak nas-nas Islam. Firman Allah (maksudnya): Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat: 13).

Sabda Nabi s.a.w pula: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuailah! Tiada kelebihan orang arab ke atas a’jam (yang bukan arab), atau a’jam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Inilah dasar Islam yang agung. Menghapus kebongkakan atas nama keturunan atau puak, kerana manusia semuanya sama di sisi tuhan. Islam agama yang memusuhi sistem kasta yang membeza-beza manusia disebabkan keturunannya. Islam tidak pernah menyatakan keturunan semata mewarisi kemuliaan, tetapi nilai dan sikap seseorang yang memastikan sama ada dia mulia atau sebaliknya.

Justeru itu, manusia tidak menjadi mulia disebabkan pangkat yang dia ditabalkan. Tetapi ketakwaannya. Maka ketakwaan seorang pemimpin adalah apabila dia amanah dan adil terhadap rakyat bawahan. Tidak menyalahgunakan kuasa dan mengambil harta yang bukan haknya. Jika itu berlaku, maka dia adalah pemimpin yang mulia.

Jika tidak, dia seorang yang memecahkan amanah lagi hina. Sekalipun orang memberikan pangkal namanya dengan berbagai gelaran; Yang Berhormat atau Yang Amat Berhormat. Namun tiada kehormatan untuknya di sisi Allah jika dia merompak harta rakyat secara senyap atau terang-terangan. Ramai pemimpin yang dari jenis ini, apabila kekuasaannya hilang orang kelilingnya juga pun ‘terbang’. Hilang tak berbayang.

Terbukti bahawa yang bersorak ketika dia berkuasa hanya mengharapkan habuan istimewa yang sebahagiannya adalah harta rakyat jelata. Namun jika pemimpin adil dan berjasa, sehingga hari dia hilang kuasa, rakyat akan terus mengingati dan mengenangnya. Sekalipun dia tidak lagi dijemput ke majlis-majlis rasmi, namun budinya tetapi tersemat di hati. Lebih penting, pemerintahan yang adil itu adalah ibadah yang agung yang bakal dibawa olehnya bertemu Allah pada hari kiamat kelak.

Dengarlah apa yang Allah ingatkan Nabi Daud tentang kekuasaan. Firman Allah: (maksudnya) “Wahai Daud, Sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka berhukumlah antara manusia dengan yang benar (yang diwahyukan kepadamu); dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Sesungguhnya mereka yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu” (Surah Sad: 26)

Ketegasan terhadap keadilan adalah prinsip dan syiar pemerintahan Islam. Jangan sampai seseorang pemerintah atau pemimpin menjadikan kuasa jawatannya untuk kepentingan suku sakat atau anak pinak atau sahabat handainya. Sehingga kaum keluarga atau kroninya mendapat keistimewaan apa yang tidak diperolehi oleh rakyat biasa.

Surah al-Nisa ayat 135: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Janganlah pula kebenciannya kepada sesuatu puak atau golongan menyebabkan dia tidak berlaku adil sedangkan Allah berfirman: :(maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

Inilah impian setiap rakyat. Sebab itu maka setiap individu yang berada di bawah naungan kerajaan muslim yang sebenar merasa aman, terbela dan tidak dianayai. Namun, jika pemerintah mula campur tangan dalam sistem pelaksanaan qada’ (kehakiman) maka keadilan akan menjadi mangsa.

Inilah yang diucapkan oleh Khalifah Abu Bakr al-Siddiq apabila memegang tampok kuasa: “Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.

Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361). Memberikan kesaksamaan dan keadilan untuk semua adalah teras pemerintahan Islam.

Saya kurang setuju jika seseorang memikirkan yang dikatakan kerajaan Islam yang adil itu perkara pertama yang terbayang dalam kepalanya ialah memotong tangan pencuri. Walaupun nas itu ada dalam al-Quran, namun ianya hanya jalan ke arah memastikan keamanan dan ketenteraman, bukan teras asas pemerintahan.

Teras pemerintahan Islam adalah seperti firman Allah: (maksudnya): :”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat”. (Surah al-Nisa: 58).

Jelas dari ayat ini menegakkan keadilan di kalangan manusia, memberikan hak kepada yang berhak, amanah terhadap kuasa dan harta yang dipertanggungjawabkan, selalu mengingati Allah dalam melaksanakan kepimpinan adalah asas kerajaan Islam yang adil. Mengapakah kita suka menonjolkan hukum, bukan menonjolkan kerahmatan sistem Islam itu terlebih dahulu?.

Saya amat hiba apabila membaca kisah Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah. Beliau seakan terngamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculan setelah dilantik, mereka berbisik menanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Katanya: “Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya.

Apabila ditanya, dia berkata: “Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang dijauh, orang tua yang uzur, orang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (lihat: Mahmud al-Baji, Muthul ‘Ulya min Qada al-Islam, 144).

Betapalah saya hiba menterjemahkan perkataan Umar bin Abd al-Aziz ketika menulis rencana ini. Terasa kerinduan yang amat dalam untuk melihat dan memiliki kepimpinan yang penuh dengan keikhlasan seperti itu. Aduhai indahnya dunia ini, jika pemerintah jujur lagi takutkan Allah seperti. Maka terpeliharalah kebajikan rakyat dan tersebarlah keadilan untuk semua.

Tidaklah lagi kita akan terus mendengar cerita harta negara menjadi warisan keluarga atau sanak-saudara, atau sahabat setia. Bayangkanlah ungkapan ‘Umar dengan sesetengah manusia yang ketika rakyatnya sedang menderita, atau ditimpa kesusahan, dia masih lagi punyai masa bersuka ria bersama keluarga.

Jika pemimpin menangis mengenangkan nasib mereka di akhirat. Mudah-mudahan rakyat mereka akan tersenyum gembira di dunia dan mereka pula tidak akan menangis lagi pada hari akhirat kelak. Namun, jika pemimpin asyik ketawa besar di dunia sedangkan rakyat ramai yang menangis derita, pemimpin jenis ini dibimbangi akan menangis besar di hari akhirat.

Wahai para pemimpin, kami sekelian rakyat merindui keadilan, kejujuran dan kesaksamaan dalam pemerintahan kalian. Kami mempunyai hak di dunia untuk bertanya dan memintanya, juga hak di hari akhirat untuk mendakwa dan menuntutnya.-karya Dr Maza

p/s:Siapakah pemimpin kita yang menghampiri pemimpin terdahulu...kebanyakannya kemewahan meliputi kehidupan para pemimpin kita... lihat pemimpin di kelantan - komen skit

Anonymous said...

Dr Asri: ‘Aku Bukan Musuh Harta’ bahasa puisi bukan bahasa politik
Disiarkan pada Dec 24, 2008 dalam kategori Berita |
Oleh ZIEMAN

PETALING JAYA: “Saya bercakap isu itu dalam bahasa puisi. Apakah mereka ingin jemput saya ke pentas untuk berbahasa politik?,” begitulah reaksi spontan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin ketika diminta memberi komen tentang tindakan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengharamkan lagu puisinya ‘Aku Bukan Musuh Harta.’

Lagu puisi ini dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa dalam album baru “Yang Benar Tetap Benar,” dan telah diedarkan oleh kumpulan Nasyeed.com pada bulan lepas.

“Mereka yang mengharamkan lirik tersebut sebenarnya tidak seiras dengan usaha memerangi rasuah yang diuar-uarkan.

“Di manakah perkataan yang kasar yang mereka maksudkan itu? Jika lirik-lirik yang tidak membangun akhlak dan kesopanan yang berbagai dibenarkan, mengapa tidak dengan puisi saya ‘Aku Bukan Musuh Harta?,” kata Dr Asri dalam kenyataan balas dari kediamannya di Lampeter, United Kingdom pagi ini.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak stesen itu semalam menjelaskan RTM hanya meluluskan lagu berunsurkan nilai moral dan kesantunan bahasa di samping aspek teknikal yang dipersetujui oleh Jawatankuasa panel penilai.

“Lagu-lagu yang dihantar ke RTM sama ada individu atau syarikat rakaman adalah tertakluk kepada Jawatankuasa Panel Penilaian Lagu-Lagu RTM,” kata RTM dalam kenyataan itu.

Sebelum ini Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Adilah Shek Omar, juga mempertahankan tindakan RTM mengharamkan lagu Dr Asri dengan berkata, lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ nyanyian kumpulan Kopratasa itu tidak diluluskan kerana liriknya tidak sesuai dan kasar.

Berita pengharaman lagu Dr Asri heboh diperkatakan minggu lepas apabila RTM membuat keputusan mengharamkan penyiaran lagu Aku Bukan Musuh Harta. Namun stesen radio dan televisyen swasta yang lain tidak pula mengharamkan lagu ini.

Selain musykil, Dr Asri juga tertanya-tanya di mana silapnya lirik beliau yang diharamkan itu.

“Saya hairan mengapa lirik saya ‘Aku Bukan Musuh Harta’ digam oleh pihak berkenaan, sedangkan nilai moral dalamnya tinggi, ia tidak ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk sesiapa sahaja yang menyalahgunakan harta rakyat dan awam.

“Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.

“Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu,” kata Dr Asri yang kini berada di UK untuk tempoh setahun bagi cuti sabatikalnya. Katanya lagi,”Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan?

“Isinya umum dan untuk kesedaran semua pihak, mengapa ada yang rasa bersalah?

“Semua pihak tahu bahawa saya bukan orang politik, maka ketika saya menulis lirik saya bebas dari kepentingan kerusi atau kepartian. Mereka silap jika bertindak demikian,” kata tokoh agama yang terkenal ini.

Lirik lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ yang tiba-tiba menjadi kontroversi ini membawa maksud yang sinis dan penuh kiasan dan bahasa yang digunakan juga indah.

Difahamkan sebelum lagu ini diharamkan, terdapat ura-ura untuk menjadikan lagu ini sebagai lagu kempen untuk membenteras rasuah.

Tinjauan yang dibuat di Nasyeed.com juga menunjukkan penjualan album ‘Yang Benar Tetap Benar’ amat memberangsangkan kerana ramai yang ingin tahu kenapa lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ diharamkan.

Antara lain lirik lagu ‘Aku Bukan Musuh Harta’ ialah “Ya telah kaya para pendusta, syarat mereka lupakan Yang Esa, harta rakyat semua disebat, harta awam semua dibekam, hukum syaitan mereka bertuhan.”

Selain daripada menulis lapan lirik lagu itu, Dr Asri turut menyampaikan dua puisi bertajuk Itulah Politik Namanya dan Salah Menduga dalam album Yang Benar Tetap Benar.

sumber: Mstar Online

p/s:takut apa agaknya???

Anonymous said...

Umno Perlu Majlis Ulama
Disiarkan pada Oct 07, 2008 dalam kategori Komen & Pendapat |
“Satu hakikat yang sukar untuk dinafikan oleh sesiapa pun adalah UMNO pada hari ini begitu tenat dengan berbagai penyakit yang tidak putus mengunjungi tubuh parti itu. Sebagai seorang rakyat dan pengkaji Islam, saya rasa beberapa cadangan perlu dikemukakan kepada UMNO, mudah-mudahan penyakitnya itu boleh diubati. Cadangan ini perlu dibuat di atas sebab di tangan parti tersebut masih ada kuasa pemerintahan yang mana pergolakannya akan memberi kesan kepada sekelian rakyat. Berikutnya, kembalinya parti tersebut kepada landasan yang betul dapat menyelamat umat Islam yang berada dalamnya.

Saya dengan ini mencadangkan agar UMNO mengambil langkah berani dengan menubuh Majlis Ulama parti berkenaan. Namun, penubuhan itu bukan sekadar mengujud sebuah replika tanpa fungsi, sebaliknya hendaklah Majlis Ulama tersebut berperanan membimbing perjalanan parti selaras dengan kehendak Islam dalam segala aspek. Tokoh-tokoh agamawan yang jujur, amanah dan progresif yang cintakan parti itu diberi kebebasan untuk membetulkan UMNO. Sekaligus kemelayuan UMNO itu akan kelihatan begitu terikat dengan prinsip-prinsip Islam secara syumul. Jika tidak, dengan pergolakan yang ada sekarang UMNO akan terus kehilangan ruh islami. Sebaliknya, ia akan menjadi padang perlumbaan kuasa yang sebahagian besar mereka bercita-cita mengaut kekayaan harta.

Dengan wujudnya Majlis Ulama yang progresif, diharapkan ahli-ahli UMNO sentiasa berada dalam disiplin dan diberi kesedaran tentang tanggungjawab kuasa adalah bagi melaksanakan amanah Allah dengan bijaksana dan jujur. Namun hendaklah dipastikan bahawa Majlis Ulama itu didokongi oleh mereka yang tidak takut melainkan Allah, bukan ulama fulus yang dalam sejarah UMNO telah banyak merosakkannya”.
-Dr Maza (bekas Mufti Perlis)
p/s:Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Il Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai Umno pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran Umno. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran Umno. Komen skit...sejak dua menjak xde komen pun :-)

perunding said...

setapakian,
sekira anda menjenguk disini lagi please jenguk blog saya.

perundingperiuknasi.blogspot

tima kasih kepada tuan rumah.
salam

Pemuda Malaysia said...

salam perunding..

terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya..

Anonymous said...

It seems my language skills need to be strengthened, because I totally can not read your information, but I think this is a good BLOG

Anonymous said...

You these things, I have read twice, for me, this is a relatively rare phenomenon!
Personalized Signature:常州麻将,常州三打一,常州攻主,常州斗地主,常州4人升级

Anonymous said...

kasik can la member kita tido.. penat baca Quran ...alah dengor pun borak kosng dan pembohongan ..takd pekdah gak..

Anonymous said...

After reading the information, I may have different views, but I do think this is good BLOG!
netting

Anonymous said...

If you could give more detailed information on some, I think it is even more perfect, and I need to obtain more information!
decorative fishing net