Thursday, January 15, 2009

PAS = PARTI AJARAN SESAT?

Semalam, ketika saya berhenti di persimpangan Chabang Tiga, kelihatan beberapa orang balaci PAS sedang mengedarkan Perutusan Khas Kepada Pengundi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu oleh Mursyidul Am PAS. Saya juga tidak terkecuali menerima 'bahan propaganda' PAS ini.
Saya membaca kertas bersaiz A4 itu dan apabila sampai di ayat yang diwarna dengan warna merah, lantas saya tergelak besar kerana memikirkan betapa kata-kata oleh Nik Aziz ini akan berjaya menarik pengundi Kuala Terengganu untuk mengundi PAS. Namun demikian, saya beranggapan bahawa rakyat di Kuala Terengganu adalah daripada golongan bijak pandai dan insya-Allah mereka tidak akan terpengaruh dengan dakyah bodoh daripada Nik Aziz ini. Mungkin kita tidak boleh menyelamatkan pengundi dan penyokong PAS yang fanatik namun jika seseorang yang berada di atas pagar dan mempunyai pemikiran yang terang, insya-Allah mereka akan menolak PAS dan memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN).
Saya tulis semula peringatan Nik Aziz yang diwarnakan dengan warna merah ini untuk sama-sama kita fikirkan kata-kata beliau ini. Kata-kata beliau begini, "Gunakan senjata undi masing-masing di hari itu yang sekira-kiranya bila ditanya oleh Allah SWT kelak, tuan/puan boleh kata bahawa tuan/puan pernah membela Islam melalui sepangkah undi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sewaktu di dunia dahulu - sekurang-kurangnya. Wassalam" .
Peringatan di atas jelas menunjukkan bahawa Nik Aziz dan PAS sanggup memperalatkan agama Islam demi untuk memenangi pilihan raya kecil ini. Harus di ingat bahawa Islam adalah satu agama yang suci manakala PAS pula hanya sebuah parti yang kini dilihat semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Nik Aziz dalam peringatan beliau memberitahu bahawa apabila pengundi di Kuala Terengganu ini meninggal dunia, mereka akan ditanya oleh Allah tentang undi yang diberikan kepada PAS. Bodoh sangat ayat Tuan Guru Nik Aziz ini. Memang sangat bodoh dan mempermainkan Islam demi kuasa. Adakah beliau tidak sedar bahawa sebagai seorang pemimpin, beliau akan disoal lebih teliti dan banyak sewaktu di dalam kubur nanti? Apakah yang beliau lakukan kepada rakyat Kelantan sewaktu pemerintahan PAS? Apakah yang Haji Hadi buat kepada negeri Terengganu sewaktu pemerintahan PAS tahun 1999-2004?
Jadi, jangan kelirukan umat Islam terutama di Kuala Terengganu mengenai kenyataan mengundi PAS masuk syurga. Ini adalah satu kenyataan yang amat bercanggah dalam Islam. Balaci-balaci PAS ini akan berjumpa orang ramai dan menyatakan bahawa jika mereka memberi undi kepada PAS, mereka akan masuk syurga. Bagi mereka yang kurang ilmu akan terpengaruh dengan dakyah jahat PAS ini dan mereka dengan bodohnya memangkah PAS. Kalau macam ni, pengundi Cina yang memangkah PAS juga akan masuk syurga tanpa memeluk agama Islam.
Bagi saya, PAS hari ini semakin kalut dan tidak konsisten dengan kenyataan yang keluar daripada mulut pemimpin-pemimpin PAS. Haji Hadi sendiri sekarang semakin terdesak mengenai hukum Hudud dan menyatakan bahawa Karpal Singh sudah memahami Hudud dan tidak perlu diberi penerangan tentang hukum tersebut. Semalam, Karpal menyanggah kenyataan Haji Hadi dan meminta beliau memberi fakta sebenar tentang hukum Hudud. Kalau macam ni punya pemimpin PAS, apa lagi balaci-balaci macam KIFLI dan SETAPAKIAN yang semakin kelam-kabut mempertahankan PAS.
PAS tidak layak digelar Parti Islam Semalaysia dan saya ada nama baru untuk PAS iaitu PARTI AJARAN SESAT. Mungkin nama baru ini agak sesuai untuk PAS yang suka menjadikan Islam sebagai senjata mereka untuk berkuasa dan mengeluarkan fatwa songsang yang boleh mengelirukan masyarakat Malaysia.

7 comments:

Anonymous said...

Ha...tu dia balaci bekarat United Musshrikin/munafiqin National Organisation dah mula nak meraban pasai terdesak PRK 36 dah dekat sangat ni hang baca plak ulasan dari aku yang tak berilmu ini!!!!!!!KUALA TRENGGANU - Suasana kempen pilihanraya kecil Kuala Trengganu malam tadi agak meriah, tambahan pula tinggal sehari sahaja tempoh kempen boleh dijalankan sebelum hari pengundian. Kami sempat meninjau suasana di Kuala Trengganu. Ternyata kelibat anggota polis masih lagi mewarnai bandaraya itu. Selain "kem sementara" di Batu Buruk, kelihatan juga di tiga kawasan lain termasuk "berhampiran Balai Polis Chendering". Ini semua memberikan gambaran menakutkan kepada para penduduk tempatan dan orang ramai yang berkunjung ke Bandaraya Persisir Pantai itu. Kelihatan poster-poster calon semakin mewarnai setiap ceruk bandar Kuala Trengganu. Suasana sungguh meriah bagaikan pesta.

Kami sempat singgah menjamu selera di kawasan karnival pilihanraya di Pantai Baru Buruk. Orang ramai termasuk petugas pilihanraya kelihatan mundar-mandir untuk melihat dan membeli barangan di situ. Sekitar jam 9.30 malam kami cuba meninjau lagi suasana ceramah yang diadakan malam itu. Kami difahamkan malam tadi pihak polis telah meluluskan 30 permit ceramah iaitu yang terbanyak sepanjang kempen diadakan. Seperti biasa juga ceramah PAS senantiasa menadapat sambutan hingga melimpah ke jalan-jalan, sedangkan di markas UMNO dan BN hanya kelihatan beberapa kerat manusia sahaja di situ. Itupun mungkin terdiri daripada para petugas BN sendiri. Senario ini jelas menampakkan bahawa rakyat Kuala Trengganu memberi sokongan yang padu kepada PAS dan Pakatan Rakyat, bukan seperti laporan yang telah dibuat oleh media arus perdana sebelum ini.

Kami sempat singgah dibeberapa buah lokasi ceramah PAS dan BN. Berbagai topik yang diperkatakan oleh penceramah BN termasuk berkaitan "isu Hudud". Paling melucukan melihat telatah seorang penceramah BN di Bilik Gerakan Cabang Tiga, yang sanggup bersumpah "Wallahi, Wabillahi, Wataullahi" bahawa UMNO tidak pernah menolak hukum hudud. Apa yang ditolak ialah hudud ciptaan PAS katanya, sambil disambut dengan tepukan gemuruh oleh penyokong BN. Terkadang, musykil juga dengan apa yang diperkatakan oleh penceramah terbabit. Soalnya jika hudud yang dibuat oleh PAS itu dikatakan Hudud PAS, maka mana dia hukum "Hudud Allah" yang sepatutnya dilaksanakan oleh pemimpin Islam hadhari setelah mereka berkuasa itu. Mereka menempelak hudud yang dibawa oleh PAS, tapi mereka gagal untuk melaksanakan hukum tersebut yang menjadi kewajipan bagi setiap pemerintah dalam negara Islam seperti Malaysia ini. Inilah yang menghairankan kita sebenarnya. Jangankan hudud Allah gagal dilaksanakan, malahan hukum hudud UMNO pun "tunggang langgang" dibuatnya. Inilah sebenarnya masalah yang berlaku dalam jiwa orang-orang UMNO ini sebenarnya. Mereka lupa bahawa untuk melaksanakan hukum hudud tersebut.

Ketika di Cabang Tiga, kami sempat bertemu dengan beberapa orang pemimpin PKR Pahang seperti YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Sdr Ram (Timbalan Pengerusi PKR Pahang) serta lain-lain AJK Bahagian Indera Mahkota seperti Sdr Kasfian, Abang Aziz, Sdr Ravi dan lain-lain lagi yang turut berada disitu. Kami sempat beramah mesra dan mnium "teh" di sebuah restoran berdekatan. Dalam pada itu kami juga sempat bertemu bual dengan beberapa orang sahabat dari UMNO Pahang yang turut berada di situ. Masing-masing memberikan pandangan tentang perkembangan terkini pilihanraya kecil Kuala Trengganu. Tidak berapa lama kemudian kami juga sempat bertemu dengan beberapa orang pemimpin PKR pusat seperti R.Sivarasa (Ahli Parlimen Kota Damansara dan Naib Ketua PKR) dan Dr.Xavier Jayakumar (Exco Kerajaan Negeri Selangor) yang baru selesai mengadakan siri ceramah mereka sebelum itu. Sokongan daripada masyarakat kaum India ternyata amat membanggakan biarpun calon PAS yang bertanding di situ.

Kekecohan Tercetus Di Markas PAS Bukit Tunggal

Kami juga sempat melihat satu kekecohan yang berlaku selepas ceramah PAS di Markas MTD Bukit Tunggal. Ramai penyokong PAS yang berada disitu, disamping kelihatan kelibat beberapa orang anggota polis mengawal keadaan. Kami difahamkan kekecohan berlaku akibat provokasi pihak tertentu. Tambahan pula markas terbabit betul-betul terletak dihadapan Bilik Gerakan BN kawasan ini. Mungkin agaknya mereka terlalu marah dengan "speaker ceramah" yang benar-benar dihalakan ke arah petugas BN ketika itu hingga menimbulkan kemarahan. Apapun kejadian itu dapat diredakan oleh pihak polis yang berada di situ. Biarpun ada dikalangan mereka yang masih tidak berpuas hati hingga menggundang kemarahan antara satu sama lain, mujurlah tidak berlaku pergaduhan yang boleh mencemarkan kempen pilihanraya di hari-hari terakhir ini. Pun begitu, kami agak hairan melihat begitu ramai anggota polis yang memantau situasi di situ hingga menyebabkan orang ramai panik dengan apa yang berlaku.

Sebelum jam 12 malam, kami sempat singgah seketika di Pejabat PKR Negeri dan mendengar ceramah yang disampaikan oleh YB N.Gobalakrishnan dan Dato' Husam Musa dari PAS. Ternyata kehadiran orang ramai amatlah menggalakkan dan begitu meriah sekali berbanding dengan ceramah UMNO dan BN. Nampak benar rakyat sudah muak dengan parti karat UMNO itu agaknya. Kami juga difahamkan bahawa abang kepada calon BN Wan Farid adalah bekas ADUN Ladang dan juga Exco Kerajaan Negeri Trengganu sebelum ini. Beliau telah tewas kepada calon PAS dalam pilihanraya umum yang lalu. Menurut kisahnya, beliau kini sedang melobi untuk dilantik menjadi "senator" menggantikan adiknya itu jika beliau kalah sekali pun dalam pilihanraya kecil ini. Menurut maklumat, beliau amat mengharapkan supaya DUN Ladang, BN memang biarpun tewas di kawasan parlimen. Ini memberi kelebihan kepadanya untuk menarik perhatian Pak Lah supaya melantik beliau sebagai senator kelak. Hafi ini adalah hari terakhir kempen pilihanraya kecil Kuala Trengganu yang akan berakhir jam 12.00 malam nanti. Apakah akan berlaku lagi insiden-insiden yang tidak diingini nanti?. Kami akan terus melaporkan hari-hari terakhir kempen pilihanraya kecil ini.

[Kami sungguh sangsi dan terkejut melihat kehadiran begitu ramai anggota polis dalam ceramah anjuran PAS dan Pakatan Rakyat. Sebaliknya begitu kurang yang hadir dan memantau ceramah anjuran UMNO dan BN. Apakah begini caranya pihak polis manjalankan tanggungjawab mereka. Bersikap "double standard" dan langsung tidak "profesional". Bahkan kehadiran yang begitu ramai di Kuala Trengganu jelas sekali menggambarkan bahawa bandaraya itu berada dalam keadaan yang tidak selamat dan akan dilanda musibah bila-bila masa dari sekarang. Apakah makna semua ini, walhal dalam pilihanraya umum yang lalu BN menggunakan motto "selamat, adil dan saksama". Kini mereka pula yang menjadikan Kuala Trengganu umpama tidak selamat untuk diduduki serta dikunjungi oleh para pelancong dari dalam dan luar negara. Apakah taktik dan strategi yang mahu kerajaan gunakan sebenarnya].

Anonymous said...

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya... .

..tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat... ...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili! Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!

Mengapa kita terlalu percaya kepada surat kabar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

Anonymous said...

Belum pernah berlaku dalam sejarah kempen mana-mana pilihan raya di Terengganu, masyarakat Tionghua setempat sebegitu ramai dan berani menghadirkan diri dalam program dianjurkan parti-parti pembangkang.

Jika selama ini kaum tersebut dikatakan sangat setia terhadap Barisan Nasional (BN) dan amat berhati-hati untuk menunjukkan sikap menyebelahi pembangkang, suasana yang sama sekali berbeza kini terzahir dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang sedang berlangsung.

Bukan sekadar pendengar

Mereka bukan setakat hadir sebagai pendengar, malah ada yang turut menjadi penggerak penting menjayakan apa-apa majlis dianjurkan mana-mana parti Pakatan Rakyat bagi membantu PAS.

"Bayangkan, yang lelaki bawa bendera bulan (PAS), yang perempuan tukang pungut derma. Demi Allah, sepanjang hidup saya dah lebih 60 tahun, tak pernah lagi saya tengok benda ni," ujar seorang penduduk Kuala Terengganu, Haji Wan Mokhtar Mohamad.

Beliau menceritakan ketakjubannya melihat pasangan berbangsa Cina itu yang bertugas penuh dedikasi di satu ceramah PAS di Kampung Cina, malam hari Sabtu (10 Januari) lalu.

Dalam perkembangan serupa, lebih 300 penduduk Tionghua kelihatan hadir ke majlis ceraman PAS di Kampung Pulau Kambing, malam sebelumnya. Kesungguhan mereka menzahirkan sokongan kepada Pakatan Rakyat, khususnya PAS, dianggap perubahan sangat mendadak berbanding pilihan raya umum, Mac lalu.

"Program (ceramah) PAS semasa pilihan raya dulu di situ, orang Cina yang hadir berbelas orang saja," banding seorang rakan wartawan, Yusof Muda.

Menurut maklumat diperolehinya, kawasan berkenaan adalah di antara lokaliti yang menyaksikan kekalahan PAS agak besar, terutama di kalangan pengundi Tionghua.

Penentu kemenangan

Meski pun pengundi kaum itu membentuk hanya kira-kira 11 peratus atau tidak sampai 9,000 daripada lebih 80 ribu pemilih berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu, sokongan masyarakat tersebut kepada mana-mana parti bertanding adalah penentu kemenangan. Apatah lagi sejak sekian lama sokongan pengundi Melayu di parlimen ini agak seimbang kepada PAS dan BN.

Mengakui undi Cina amat signifikan, BN tanpa silu memanipulasi kuasa dan kewangan dimilikinya untuk memenangi hati mereka. Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said secara tiba-tiba mengumumkan peruntukan RM6.1 juta untuk pembangunan masyarakat Cina negeri itu, 26 Disember lalu.

Jumlah itu termasuk RM3.3 juta untuk Dewan Perhimpunan Perhubungan Cina Terengganu di Pulau Kambing dan RM2.8 juta untuk dewan Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin, Gong Kapas.

Berbagai majlis lain turut dianjurkan BN saban hari melibatkan kaum Tionghua. Segala macam bantuan dihulurkan pada majlis-majlis itu atas berbagai nama, terutama yang dinamakan bantuan dana khas sempena sambutan Tahun Baru Cina. Kesemua pembesar negara yang turun berkempen juga tidak melepaskan peluang bertemu anggota masyarakat itu.

"Saya harap pengundi Tionghua di Kuala Terengganu ini tidak termakan umpan dana khas itu. Duit ang pau itu boleh diambil, sebab bukan duit peribadi pemimpin MCA-BN, tetapi itu memang duit rakyat," bidas Pengerusi Penaja DAP Cawangan Kampung Cina, Ng Chai Hing.

Matang berpolitik

Sepertimana para pemimpin Pakatan Rakyat lain, Chai Hing turut melahirkan keyakinan para pengundi Kuala Terengganu, terutama kaum Tionghua sudah matang berpolitik. Mereka juga dapat mengikuti arus perubahan tsunami politik yang melanda negara, Mac lalu, yang menyaksikan kaum Cina dan India sepakat menolak BN.

Arus perubahan itulah yang kini amat menggusarkan BN. Setelah segala usaha dan umpan dihulurkan, setakat ini arus itu nampaknya sukar diempang lagi.

Bahkan, kenyataan Ahmad sebelum ini yang 'mengugut' untuk tidak meneruskan bantuan pembangunan kepada masyarakat Cina sekiranya BN kalah Sabtu nanti turut gagal mengendurkan sokongan kaum itu kepada pembangkang. Keadaan itu memaksa menteri besar itu mengubah kepada nada memujuk pula.

"Percanggahan pendapat adalah perkara biasa untuk kepentingan bersama dalam parti, tetapi ia tidak akan berpanjangan. Ibaratkan (hubungan parti-parti komponen BN) seperti hubungan suami isteri, sedangkan lidah lagi tergigit," rayu Ahmad, dalam satu majlis pertandingan karaoke Hokkien, Sabtu lalu

Anonymous said...

Angka korban di kalangan umat Islam di Gaza kini telah mencecah lebih seribu dan Israel terus lagi mengganas. Israel mendakwa kononnya serangan yang dilakukan di Gaza adalah bertujuan untuk memerangi HAMAS dan menamatkan penguasaan Hamas di Gaza, tetapi dunia telah menyaksikan penipuan besar Israel melalui mangsa-mangsa pengeboman Gaza yang kebanyakannya adalah rakyat biasa yang terdiri dari kanak-kanak dan wanita yang tidak ada kena mengena dengan Hamas sedikit pun.

Sama seperti dahulu, strategi yang digunakan oleh Israel semasa menyerang Lebanon yang mana kebanyakan mangsa pengeboman adalah rakyat biasa, ia bertujuan untuk menyalahkan Hizbullah ke atas serangan di Lebanon. Tetapi sebaliknya pergerakan Hizbullah telah mendapat lebih banyak pengaruh dan pemimpinnya Hassan Nasrullah diberitakan telah menjadi semakin popular apabila telah berjaya menghalang Israel daripada menduduki Lebanon dan memberikan tamparan yang memalukan bagi pemimpin-pemimpin negara Arab, begitulah yang dilapur oleh akhbar The New York Times 28 Julai 2006.

Maka sekali lagi Israel dengan sengaja melakukan serangan ke atas penduduk awam di Gaza bertujuan untuk melemahkan pengaruh Hamas dan menjadikan penduduk Gaza membencikan Hamas dan menyalahkan Hamas ke atas bencana yang menimpa mereka, supaya Israel boleh meletakkan boneka mereka iaitu Mahmud Abbas sebagai pemimpin yang berkuasa ke atas Gaza seandainya Gaza menyerah ke tangan Israel.

Tetapi apa yang telah disaksikan di seluruh dunia adalah kutukan yang luar biasa bukan sahaja terhadap Israel, malah terhadap pemimpin Arab yang tindak melakukan apa-apa.

Apa yang berlaku sekarang menunjukkan bahawa umat Islam telah lama-kelamaan mulai sedar akan pengkhianatan para pemimpin Muslim terhadap saudara-saudara mereka. Strategi Israel untuk menjadikan penduduk Gaza membenci Hamas dan mengurangkan pengaruh Hamas di Gaza, sebaliknya menyebabkan umat Islam semakin membenci dan berusaha menggulingkan kekuasaan para pemimpin mereka yang telah lama bersekongkol dengan kuasa-kuasa kafir ini.

Dalam suatu laporan akhbar Guardian di Britain pada 8 Januari 2009, sekumpulan intelektual Islam moderat tajaan Barat telah memberikan amaran kepada Perdana Menteri Britain, bahawa serangan Gaza oleh Israel untuk menghancurkan Hamas akan membuatkan usaha-usaha untuk memerangi kumpulan radikal Islam bertambah rumit dan akan mengakibatkan sokongan kepada kumpulan-kumpulan tersebut bertambah besar.

Israel sesungguhnya sedang membuat perancangan untuk melemahkan umat Islam, namun ternyata di sebalik semua kejahatan yang mereka lakukan, tumbuh sebuah kesedaran yang semakin kuat bahawa dunia memerlukan seorang Khalifah yang akan menjawab segala kebiadaban Israel dan membawa rahmat Allah ke seluruh alam. Firman Allah SWT. di dalam Al-Quran:

“Dan mereka (orang-orang kafir) membuat perancangan, walhal Allah juga membuat perancangan, dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Pembuat perancangan”. [TMQ al-Anfaal (8):30].

Sesungguhnya apa yang telah dilakukan Yahudi Zionis ini telah memberi kesedaran kepada umat Islam bahawa betapa kita memerlukan seorang Khalifah yang akan menyelamatkan umat Islam. Demi Allah! sesungguhnya umat Islam sudah tidak boleh mengharapkan pemimpin mereka yang ada sekarang kerana ternyata sudah kebaculan dan pengkhianatan mereka ke atas kita semua. Di saat saudara-saudara kita di Palestin ditembusi peluru dan bermandi darah serta di bom di kiri dan kanan mereka, di saat itu para pemimpin umat Islam hanya 'menjawab' serangan ganas Isreal ini dengan mensyuarat dan resolusi!!!

Sesungguhnya umat Islam di Palestin tidak memerlukan resolusi ini, walaupun berpuluh dan beraturs ianya dikeluarkan sekalipun. Tatkala mereka menyaksikan kematian saudara-mara dan sahabat handai di sekeliling mereka dengan begitu ngeri sekali, para pemimpin kaum Muslimin tatkala itu hanya tahu bermesyuarat dan mengeluarkan resolusi. Tatkala rumah-rumah dan bangunan mereka musnah di bom Israel, tatkala inilah para pemimpin umat Islam sedang enak bermesyuarat di dewan yang besar lagi mewah untuk mengeluarkan kutukan dan resolusi!!!. Sungguh! resolusi mereka tidak bernilai satu sen pun kepada umat Islam, apatah lagi kepada umat Islam di Palestin!

Sesungguhnya apa yang diperlukan oleh saudara kita di Palestin adalah bantuan ketenteraan, bukannya resolusi atau kutukan. Selagi ada para pemimpin yang bacul dan khianat ini, maka selagi itulah darah umat Islam hanya dijawab dengan resolusi atau kutukan! Demi Allah! umat Islam kini benar-benar memerlukan seorang Khalifah yang akan menghantar tentera ke sana bagi menyelamatkan saudara-saudara mereka. Tidak ada cara dan jalan lain untuk menyelamatkan Palestin kecuali dengan jihad dan Khilafah. Inilah satu-satunya jalan.

Dengan apa yang berlaku ini, terbukti dengan tanpa dapat dinafikan bahawa satu-satunya jalan penyelesaian bagi umat Islam adalah dengan adanya seorang Khalifah yang akan menggerakkan tentera bagi memerangi kekejaman Israel. Keterdesakan umat Islam ke arah ini (mempunyai Khalifah) semakin hari semakin nyata. Bagi mereka yang sudah mula celik mata, tidak ada satu cara pun bagi memerangi Yahudi Zionis ini kecuali dengan adanya sebuah peperangan (jihad) yang perlu disertai oleh para tentera umat Islam. Dan peperangan dengan Israel ini tidak akan berlaku selagi umat Islam dipimpin oleh para pemimpin yang bacul dan pengecut yang hanya tahu mengadakan sidang tergempar dan mengeluarkan puluhan resolusi!!!

Melihat kepada apa yang berlaku, tidak mustahil bahawa dalam masa terdekat, umat Islam akan bangkit dan menggulingkan pemimpin-pemimpin mereka yang bacul dan khianat bagi menggantikannya dengan seorang Khalifah. Sungguh, Allah Maha Merancang semua ini. Amin ya Rabbal ‘Alamin.

Anonymous said...

(Kenyataan Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan). Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
.(Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".
Dato' Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 : menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.


Dato' Rais Yatim Jun 2001 mengkritik tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," katanya

camne kategorikan umno????

Anonymous said...

Kalau PAS sesat kesian kat Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom, bekas mufti yang dipecat kerana nak menegakkan kesucian islam. Diakhir hayatnya bersama-sama PAS. tak ke gitu saudara....dan ramai lagi alim ulamak bersama PAS. Cuba selidik berapa majoriti alim ulamak bersama siapa. jadi mereka yang berilmu ni sesat. pikir la skit lu

Anonymous said...

Walharammu, walhalaku.

Buat saudaraku penganut ajaran hamPAS.......buat si anon lebai kulup hamPAS di atas tuh

alim ulamak ke alim-alim ularmak
hamPAS lidah bercabang dua?

alim ulamak ke alim ularmak hamPAS yang boleh mengadjust hukum dan fatwa supaya meyebelahi puak hamPAS?

alim ulamak ke alim ularmak hamPAS yang sanggup bersahabat dengan setan demi menghancurkan saudara seagama?

jadi apa bezanya alim ularmak hamPAS dengan pemimpin ajaran sesat seperti abuya ashaari dan ayah pin?

Sedarlah sikit wahai penganut ajaran sesat hamPAS!