Thursday, January 1, 2009

POLITIK WANG PAS..BETUL KE?

Saya melayari Harakah Daily Online hari ini. Saya terbaca satu tajuk dalam akhbar online Harakah iaitu "Pengundi Kuala Terengganu Diseru Waspada Politik Wang-Husam". Saya ada satu cerita mengenai politik wang di Kuala Terengganu.

Seorang rakan saya diarah bertugas di Kuala Terengganu dan beliau mesti mencari maklumat seberapa banyak yang mungkin tentang kegiatan parti politik PAS di Kuala Terengganu. Beliau menceritakan mengenai politik wang yang berlaku dalam PAS bukan sahaja di Kuala Terengganu malahan di negeri lain juga.

Apa yang beliau ceritakan kepada saya membuatkan saya bertambah 'jelek' dengan parti PAS yang kononnya menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka namun itu sebenarnya hanya retorik semata-mata untuk mengabui mata umat Islam di Malaysia.

Kawan saya mengatakan bahawa cara pemberian wang oleh orang-orang PAS kepada pengundi-pengundi. Caranya ialah dengan memberikan buku surah Yassin kepada pengundi-pengundi yang ditemui. Duit atau wang kertas berwarna merah yang bernilai RM 30 akan diselitkan di dalam buku Yassin tersebut. Saya terperanjat dengan cerita rakan saya. Saya bertanya kepada beliau sama ada kisah ini benar atau tidak. Beliau bersumpah kepada saya dengan mengatakan bahawa beliau tidak berani berbohong jika melibatkan surah Yassin atau pun memburukkan sendiri saudara sesama Islam.

Rakan setugas saya memang bukan jenis orang yang berbohong. Di sini saya ingin memberitahu kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu agar berhati-hati jika perkara ini memang benar. PAS pun bijak juga berpolitik wang demi meraih undi daripada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu. Cukuplah jika hukum Hudud yang menjadi isu hari ini sebagai bukti bahawa PAS bukan sahaja tidak konsisten malahan sanggup menggunakan buku Yassin bagi menyalurkan wang kepada pengundi mereka.

Anda pangkah PAS tiada apa yang anda akan dapat. Namun jika anda bulatkan tekad mengundi BN, insya-Allah kerajaan BN di bawah pentadbiran Pak Lah hari ini dan bakal Perdana Menteri yang baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Malaysia dan Terengganu akan lebih maju dan makmur. Jangan sempitkan fikiran anda dengan dakyah palsu PAS sebaliknya fikirkan apa yang PAS dah lakukan semasa pemerintahan singkat mereka pada tahun 1999. Jangan beri mereka peluang lagi untuk kali kedua.

7 comments:

Anonymous said...

Ada sedikit kemusykilan:
1. PAS duit bukannya banyak, bendera, kain rentang yang dipasang semua lillahi taala. takde bayaran apa pun. jadi nak bagi RM30 untuk setiap pengundi yang lebih kurang 30 000 orang....mustahil
2.Kalau tujuan macamni 'Seorang rakan saya diarah bertugas di Kuala Terengganu dan beliau "mesti" mencari maklumat seberapa banyak yang mungkin tentang kegiatan parti politik PAS di Kuala Terengganu' sedikit sebanyak bunyinya terpaksa dan terpaksa make up stories maybe.....
3.Itu kawan tapi dalam berita, dari chedet tentang rasuah politik dalam UMNO, lebih sahih lagi dari cerita kawan yang "mesti" mencari maklumat seberapa banyak yang mungkin tentang kegiatan parti politik PAS di Kuala Terengganu'. tu baru dalam UMNO, kalau setakat pilihanraya kecil apa sangat....
4.Kalau setakat kawan, saya sumber dari kawan, ahli umno, ahli kanan umno, bekas polis yang bersara macam2 saya dengar tapi nak percaya wallahualam...takut saya jadi ia akan dipertanggunjawab kat akhirat nanti.
p/s: x komen ke tentang sambutan tahun baru di kelantan :-)

Anonymous said...

Friday, September 5, 2008
Siapa Perlu Aku Kasihi Dan Siapa Perlu Aku Musuhi?

Siapa Perlu Aku Kasihi Dan Siapa Perlu Aku Musuhi?
oleh: Muhammad Fashan b.Ahmad Ziadi

Kita sering di mendengar tentang wala` dan bara`,namun penulis yakin dikalangan kita masih tidak memahami apakah itu wala` dan bara`?,siapa yang perlu kita wala` dan siapa pula yang perlu kita bara`?Secara ringkasnya wala`bermaksud kesetiaan,kasih,kecintaan yang kita tujukan pada seseorang manakala bara` ialah sikap berlepas diri,membenci dan memusuhi terhadap seseorang.Kedua-dua konsep ini merupakan manifestasi daripada akidah kita yang dalilnya sangat banyak di dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam yang sebahagiannya penulis akan bawakan menurut kemampuan penulis,insyaAllah.
Sejak kebelakangan ini subjek akidah jarang dibahaskan baik dikalangan mereka yang mengaku golongan agamawan,mengaku sebagai pendakwah,atau apa-apa saja label mereka masih tidak memahami persoalan akidah ini secara jelas buktinya apa? Mereka masih tidak mengenal siapa musuh mereka yang sebenar,mereka masih berlembut dengan musuh yang jelas,mereka membenci saudara seislam malah mengkafirkan ahli kiblat,malah menyanjung pula musuh-musuh Islam yang jelas.Inilah akibat memandang sesuatu masalah dari sudut selain dari akidah,memandang masalah hanya dari sudut politik hanya dari sudut bangsa dan kepentingan yang lain dan sebagainya.
Malah lebih dahsyat lagi apabila daerah kekafiran seseorang hanya diukur dengan parti apa yang dia sertai,jamaah apa yang dia dokongi inilah akibat meninggalkan manifesto utama para nabi dan rasul sepertimana firman Allah jalla wa`alla:

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ

Dan sungguhnya kami Telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut
[an- Nahl [16]:36]

Ayat ini dengan jelas menunjukkan seruan pertama para nabi dan rasul ialah kepada mentauhidkan Allah dan menjauhi thaghut.Malah hadith Nabi s.a.w juga menjelaskan kenyataan ini.

عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلام بعث معاذا رضي الله عنه إلى اليمن فقال : ادعهم إلى شهادة أن لا إله إلا الله وأني رسول الله, فإن هم أطاعوا لذلك فأعلمهم أن الله افترض عليهم خمس صلوات في كل يوم وليلة,فإن هم أطاعوا لذلك فأعلمهم أن الله افترض عليهم صدقة في أموالهم تؤخذ من أغنيائهم وترد على فقرائهم.
(رواه البخاري)

Maksudnya: Daripada Ibn Abbas r.a bahawasanya Nabi sallallahualaihiwasallam telah mengutus Mu`az b.Jabal radiallahu`anhu ke Yaman dan baginda bersabda:”Serulah mereka kepada syahadah bawa tiada ilah yang berhak diibadahi melainkan Allah dan aku adalah Rasulullah,jika mereka mentaati perkara itu maka ajarilah mereka bahawa Allah telah memfardhukan kepada mereka solat lima siang dan malam dan jika mereka mentaati perintah itu maka ajarilah mereka bahawasanya Allah telah memfardhukan ke atas mereka zakat pada harta-harta mereka yang diambil daripada golonga-golongan kaya dikalangan mereka dan diserahkan kepada orang-orang faqir dikalangan mereka………

Hadith ini menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa tujuan dakwah yang utama ialah untuk mencapai daulah dan kekuasaan,menyertai jamaah tertentu,kumpulan tertentu dan sebagainya.Penulis tak menafikan akan adanya subjek politik di dalam agama yang syumul ini.Namun untuk mengatakan tujuan utama dakwah ini adalah untuk mendapatkan daulah atau pemerintahan semata-mata adalah tidak benar.Lihat sahaja para nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah berapa orang sahaja yang dikurniakan pemerintahan dan kerajaan? Malah Nabi yang mengutus Muaz dan beberapa orang sahabat lain tak pernah disebut agar mereka pergi memerintah atau menawan negeri malah yang pertama diseru ialah agar mentauhidkan Allah,selepas itu barulah solat dan perintah-perintah yang lain.
Malah dakwah Nabi s.a.w di Mekah mengambil masa 13 tahun semata-mata untuk menanam benih-benih akidah yang mantap kepada para sahabat kerana hanya dengan tarbiah akidah sajalah yang boleh membentuk peribadi para sahabat radiallahu`anhum yang benar-benar dikehendaki oleh Allah.Malah jikalah daulah atau pemerintahan yang diutamakan oleh Nabi s.a.w sepertimana yang kita fikirkan maka tentulah Nabi s.a.w sudah pun menerima jawatan yang ditawarkan kepadanya oleh pembesar-pembesar Quraisy ketika itu,namun jelas Nabi tidak menerimanya kerana mengetahui betapa pentingnya akidah yang sahih dalam membentuk masyarakat yang benar dan diredhai Allah.

Malah Allah jalla wa`alla berjanji akan memberikan hambanya pemerintahan jika mereka benar-benar beriman dan beramal soleh seperti firmanNya:

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئاً وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan Allah Telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia Telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka Itulah orang-orang yang fasik.
[an-Nur [24]:55]

Wala` dan Bara`

Cinta dan benci boleh wujud dalam hati seseorang kerana Allah dan kerana selain Allah.Apabila seseorang itu mencintai saudaranya kerana jawatan,kekayaan,pujian dan lain-lain ,maka ia adalah kerana selain Allah.Apabila seseorang itu membenci saudaranya kerana tiada jawatan,dicela dan tidak diberi kekayaan maka ia adalah benci kerana selain Allah.
Adapun cinta kerana Allah jalla wa`ala,ia adalah perasaan yang wujud dalam hati seseorang terhadap saudaranya yang mentauhidkan Allah dan menerima risalah Islam yang dibawa oleh Muhammad sallallahua`laihiwasallam seperti disebut oleh Nabi sallallahua`laihiwasallam:

من أحب لله وأبغض لله وأعطى لله ومنع لله فقد استكمل الإيمان

Sesiapa yang mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah,memberi kerana Allah dan menolak kerana Allah,maka sesungguhnya telah sempurnalah imannya.
(Sahih Sunan Abi Daud)

Sabda Nabi lagi;

ثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان : أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما وأن يحب المرء لا يحبه إلا الله وأن يكره أن يعود في الكفر كما يكره أن يقذف في النار.

Tiga perkara,sesiapa yang memilikinya dalam dirinya maka dia akan merasa kemanisan iman: Bahawasanya Allah dan RasulNya lebih dicintainya berbanding selain keduanya,bahawasanya dia mencintai seseorang,tidaklah dia mencintai orang itu melainkan kerana Allah dan bahawasanya dia membenci seandainya dia kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya,sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan dalam neraka.
(Riwayat Bukhari)

Begitu juga bara`(berlepas diri) membenci hanya kepada mereka yang kafir (menentang) dan mensyirikkan Allah secara jelas sepertimana firman Allah yang menyebut tentang Nabi Ibrahim yang berlepas diri terhadap kaumnya yang mensyirikkan Allah :

قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَاء مِنكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاء أَبَداً حَتَّى تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ إِلَّا قَوْلَ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ لَأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ وَمَا أَمْلِكُ لَكَ مِنَ اللَّهِ مِن شَيْءٍ رَّبَّنَا عَلَيْكَ تَوَكَّلْنَا وَإِلَيْكَ أَنَبْنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِي

Sesungguhnya Telah ada suri tauladan yang baik bagimu pada Ibrahim dan orang-orang yang bersama dengan Dia; ketika mereka Berkata kepada kaum mereka: "Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dari daripada apa yang kamu sembah selain Allah, kami ingkari (kekafiran)mu dan Telah nyata antara kami dan kamu permusuhan dan kebencian buat selama-lamanya sampai kamu beriman kepada Allah saja. kecuali perkataan Ibrahim kepada bapaknya[1470]: "Sesungguhnya Aku akan memohonkan ampunan bagi kamu dan Aku tiada dapat menolak sesuatupun dari kamu (siksaan) Allah". (Ibrahim berkata): "Ya Tuhan kami Hanya kepada Engkaulah kami bertawakkal dan Hanya kepada Engkaulah kami bertaubat dan Hanya kepada Engkaulah kami kembali."
[al-Mumtahanah:4]

Nabi Ibrahim pernah memintakan ampunan bagi bapaknya yang musyrik kepada Allah : Ini tidak boleh ditiru, Karena Allah tidak membenarkan orang mukmin memintakan ampunan untuk orang-orang kafir (lihat surat An Nisa ayat 48).
Dan firman Allah jalla wa `ala lagi:

لَا تَجِدُ قَوْماً يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءهُمْ أَوْ أَبْنَاءهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُوْلَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُم بِرُوحٍ مِّنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُوْلَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau Saudara-saudara ataupun keluarga mereka. meraka Itulah orang-orang yang Telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan[yang datang daripada-Nya. dan dimasukan-Nya mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. mereka Itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.
[al-Mujadilah:22]

Adapun ketahuilah sahabat-sahabat!! kebanyakkan konsep wala` dan al bara` ini disalah fahami dan digunakan tanpa merujuk kepada ilmu yang benar sepertimana menurut keahaman Para sahabat,tabi`in dan ulama salaf serta pengikut-pengikut mereka.
Sesetengah jamaah ataupun organisasi hanya mengehadkan wala` mereka hanya pada ahli jamaah mereka adapun mereka berlepas diri dari mereka yang bukan termasuk jamaah mereka,maka tidak hairanlah jika mereka sanggup mengkafirkan sesama islam malah mereka hanya berpura-pura baik jika berhadapan dengan mereka yang bukan ahli jamaahnya.Maka penulis sekali lagi menasihatkan agar subjek wala` dan bara` ini perlu kita fahami dengan jelas berdasarkan ilmu dan kefahaman yang sebenar bukan hanya disempitkan pada parti, organisasi atau jamaah tertentu.


Yang Mengharap PertolonganNya,

Abu Ayyub Muhammad Fashan b.Ahmad Ziadi
Apium Nilam Puri
6 Ramadhan 1429
1:31a.m

Boleh juga rujuk buku :
Hafiz Firdaus Abdullah, Mari Berkenalan Dengan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, terbitan jahabersa
Loyalitas dan Anti-Loyalitas Dalam Islam,Muhammad b.Sa`id b.Salim al-Qahthani terjemahan Salafuddin Abu Sayid: Terbitan Era Intermedia Solo,2000
Posted by Abu Ayyub Muhammad Fashan b.Ahmad Ziadi b.Ibrahim at 8:51 PM
Labels: Siapa Perlu Aku Kasihi Dan Siapa Perlu Aku Musuhi

Mr Joker said...

Salam... ini satu pendedahan yang amat bagus untuk pengundi PRK P-o36...!!!

Cuma saya kawathir... kenapa tak lapor pada SPRM atau PDRM???

Tak cukup bukti dan fakta atau auta???

Pemuda Malaysia said...

setapakian..

bohong lah kalo pasang bendera takder upah..

di melaka, saya pernah diajak pasang bendera PAS dengan upah belanja makan dan duit poket RM50..

saya tak tipu, tapi saya tolak kerana jiwa saya bukan jiwa PAS. Jiwa saya jiwa UMNO kerana saya hargai jasa UMNO yang bangunkan Malaysia dan pertahankan ketuanan Melayu.

Takder orang nak buat keje percuma zaman sekarang nie setapakian...

UMNO just bagi RM 100 kongsi 5 orang. Jadi saya dapat RM 20 upah pasang bendera UMNO.

awak nak kata apa lagi setapakian???

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen topengperak..

laporan sudah dibuat kepada polis dan kini polis sedang mencari bukti yang lebih sahih untuk menguatkan lagi bukti di mahkamah nanti.

Anonymous said...

Mungkin sebab yang diajaknya saudara, ahli umno sememangnya perlu diberi upah. Itu sebabnya saudara perlu keluar dari kepompong tu, banyak lagi perkara dalam dunia manusia bole lakukan tanpa mengharap upah. Kami pasang bendera takde upah pun. Ingat tak satu ketika dulu di terengganu bendera umno dipatahkan.... sebabnya mereka yang memasang tu tidak dibayar upah.
P/s: kenapa komen di artikel CALON PAS DIKENAL PASTI AKAN KALAH tak bole dibuka?

Anonymous said...

You these things, I have read twice, for me, this is a relatively rare phenomenon!
Personalized Signature:常州麻将,常州三打一,常州攻主,常州斗地主,常州4人升级