Thursday, January 8, 2009

KENAPA PAS TIDAK HARUS DISOKONG-EPISOD 1

Salam buat pembaca blog Pemuda Malaysia. Hari ini saya menerima beberapa komen daripada pengunjung seperti setapakian dan kifli yang mungkin masih tidak sedar dengan pembohongan yang dilakukan oleh PAS. Orang PAS seperti ini hanya menolak pembangunan dan langsung tidak tahu mentadbir negeri. Mereka hanya tahu mencari kesalahan dan mengkritik bentuk pentadbiran dan pembangunan yang cuba dibawa oleh BN.
Saya ingin memberi sedikit penerangan dan dalil, mengapa pengundi di Kuala Terengganu wajib menolak PAS. Bagi saya, menolak PAS bukan bererti kita menolak Islam. Tetapi menolak PAS adalah kerana parti PAS ini hanya mempermainkan agama Islam demi untuk mencapai hasrat peribadi masing-masing. Agenda pembangunan rakyat adalah perkara entah yang keberapa dalam manifesto mereka. Kita tidak nafikan bahawa kebanyakan pemimpin PAS datang dari kalangan mereka yang mempunyai latar belakang agama Islam. Namun sayangnya, mereka buta huruf dalam mencorak dan merancang pentadbiran untuk sesebuah negeri atau negara.
Ada 25 dalil yang akan mengupas mengapa PAS tidak harus disokong lebih-lebih lagi dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu kali ini. Saya akan senaraikan dalam lima episod di mana setiap episod akan menerangkan sebanyak 5 dalil.
DALIL 1 - TIADA PEMIMPIN WIBAWA
PAS tidak ada pemimpin yang boleh menolong rakyat Terengganu dan membangun negeri Terengganu. Cuba kita renungkan dan senaraikan pemimpin PAS di Terengganu, siapakah antara mereka yang boleh mendampingi rakyat, atas nama memohon pertolongan dalam urusan hidup ini. Jangan silap menyokong akibatnya masa depan kita tak beruntung. Yang alim dengan alam tok gurunya. Yang jahil sesat budayanya, maka rakyat terpinga-pinga.
Ingatlah;
Allah menyuruh kamu menyerah amanah kepada Ahlinya supaya apabila dia menjalankan hukum dapat berlaku adil.

Maksud Al-Quran
Ayat 58, Surah 4 An-Nisa
DALIL 2 - PEMERINTAH YANG GAGAL
Ternyata dalam tempoh memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004 gagal membawa kebaikan untuk rakyat Terengganu. Percubaan telah diberi selama 4 tahun kepada PAS. Ternyata betapa kecewanya rakyat. Hukum Islam jadi azimat, pentadbiran penuh dengan kesumat, pembangunan tak bermatlamat. Rakyat tunggu setiap saat, pemimpin juga yang dapat hajat. Pemimpin PAS yang serebeh jadi smart sebab tiba-tiba jadi kaya kerana mentadbir Terengganu 1999-2004 dan apabila mereka kaya, dah tak dapat nak membezakan yang mana wajib atau yang mana sunat.
Ingatlah;
Orang Islam tidak disengat 2 kali dalam lubang yang satu.
Maksud Al-Hadis
DALIL 3 - SEMBUNYI KEBENARAN

PAS telah banyak membuat apa yang dilarangnya dahulu. Dulu PAS pernah berkata bahawa adalah haram bergabung dengan orang kafir, kini PAS bersekedudukan pula dengan DAP. Sebelum memerintah janji nak jalankan hukum Allah namun bila dapat perintah tipu Allah pula (Sebesar hama hukum Allah pun tarak). Semua hukum PAS anggap macam tuak, masa gila haram diminum namun bila jadi cuka halal pula.

Ingatlah;

Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran melaknat dan menjatuhkan azab terhadap mereka yang menyembunyikan kebenaran.

lihat ayat 42, 109 dan 174 Surah Al-Baqarah
DALIL 4 - BERTUKAR PERANGAI
Bertukar daripada mahu menjalankan hukum Allah kepada menganjurkan rusuhan. Dulu PAS nak bercakap nak jalan hukum Allah bila memerintah Terengganu, namun bila berjaya memerintah PAS mula banyak helah. baru PAS tahu betapa susah memerintah. PAS nak khabar apa lagi kepada rakyat, isu kurang dan hujah tiada. Akhirnya puak-puak PAS bertempik macam orang gila di tengah jalan siang dan malam buat rusuhan. PAS sudah tidak sebut lagi nak laksanakan hukum Allah. Dengan Allah pun PAS kecek (tipu).
Ingatlah;
Allah S.W.T menyeru kearah kesejahteraan.
Maksud Al-Quran
Ayat 25, Surah Yunus
DALIL 5 - PEMIMPIN TAMAK HALOBA
Pemimpin PAS lebih tamak haloba mengumpul harta semasa memerintah Terengganu. Anda tidak percaya? Orang yang taksub dengan PAS memang tidak akan percaya. Namun demikian, untuk mereka yang di atas pagar boleh bertanya kepada Hj. Hadi, Mustafa Ali, Wan Talib dan lain-lain pemimpin besar PAS. Tengok akaun masing-masing dalam bank. Dulu berapa sebulan masuk, kini lepas memerintah Terengganu berapa pula masuk. Ramai pengikut PAS pengsan.
Ingatlah;
Mereka yang menghimpun emas dan perak kemudian tidak berbelanja pada jalan Allah, beritahu mereka kegembiraan masuk neraka.
Maksud Al-Quran
Ayat 34, Surah Al-Taubah
Cukup lima dalil untuk episod pertama Kenapa PAS Tidak Harus Disokong-Episod 1. Insya-Allah episod kedua akan menyusul. Semoga 25 dalil PAS tidak harus disokong menjadi panduan kepada pengundi di Kuala Terengganu yang saya yakin bijak menilai antara jasa BN dan PAS kepada pembangunan rakyat Negeri Terengganu.

10 comments:

Anonymous said...

Sejak sebelum kemerdekaan lagi PAS sinonim di kalangan rakyat marhaen dengan slogan Islamnya manakala UMNO pula dengan slogan " Hidup Melayu" nya. PAS ditubuhkan untuk menegakkan sebuah daulah islamiah ( negara islam ) di Malaysia. Berbeza pula dengan UMNO yang ditubuhkan untuk memperjuangkan bangsa melayu.
Apakah selepas 51 tahun negara Malaysia mengecapi nikmt kemerdekaan, matlamat perjuangan kedua- dua parti terbesar itu masih releven dengan persekitaran politik negara dan kehendak rakyat marhaen pada hari ini.
Apakah kedua- dua parti masih kekal dengan perjuangan masing- masing pada hari ini ?????
Untuk itu kita akan melihat sejauh mana perbezaan kedua- dua parti tersebut
1) DASAR
PAS
PAS terus komited dengan perjuangan menegakkan negara Islam hingga hari ini. Buktinya PAS yang memerintah negeri- negeri Pakatan Rakyat berusaha memperbanyakkan program- program keagamaan. Sekolah Agama Rakyat pula diperkasakan melalui penyaluran bantuan kewangan dan infrastruktur. Peraturan ke atas papan iklan pula digubal dimana mensyaratkan model- model papan iklan menutup aurat. Begitu juga kebajikan guru- guru agama, Sekolah Agama Rakyat dan KAFA terus diberi keutamaan.
UMNO
51 tahun pemerintahan UMNO sudah cukup membuktikan segalanya. UMNO sendiri terangan- terangan meminggirkan bahasa melayu. Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, kadar kemiskinan melayu yang tinggi, merempatnya melayu di Pulau Pinang dan bandar- bandar besar adalah contoh terbaik kegagalan UMNO menjayakan dasar penubuhannya.
2) BERBILANG BANGSA vs PERKAUMAN
PAS
PAS bejaya membuktikan ia parti berbilang kaum apabila mula menubuhkan kelab penyokong PAS yang dianggotai oleh penyokong - penyokong PAS bukan muslim. Slogan " PAS FOR ALL " sendiri telah berjaya membuktikan PAS adalah sebuah parti berbilang kaum. Kesudian Pemimpin- pemimpin PAS mengangkat Kelab Penyokong PAS sebagai sayap parti setaraf dewan pemuda, ulama dan muslimat menguatkan lagi hujah PAS adalah sebuah parti Islam untuk semua kaum dan agama. Terakhir sekali persetujuan pemimpin- pemimpin PAS untuk menerima keahlian bukan islam membuktikan dakwaan dan tanggapan Mahathir bahwa PAS adalah parti hanya untuk melayu salah sama sekali.
UMNO
UMNO terus kekal sebagai sebuah parti berasaskan kaum. Bahkan UMNO baru - baru ini menolak mentah- mentah cadangan Parti Progresif Rakyat untuk menggabungkan semua parti dalam Barisan Nasional ke arah membentuk sebuah parti berbilang kaum sama sebagaimana parti- parti dalam Pakatan Rakyat. Berbeza dengan PAS yang mengetengahkan slogan " PAS FOR ALL ", UMNO dengan slogannya " HIDUP MELAYU " membuktikan segala- galanya bahawa UMNO adalah hanya sebuah parti perkauman yang berkecenderungan untuk memperjuangkan nasib bangsa melayu sahaja. Namun demikian, UMNO telah terbukti gagal membela dan membangunkan orang melayu di negara ini.
3) RASUAH vs TAQWA
PAS
Ahli- ahli PAS teelah ditarbiah ( dididik ) dengan pelbagai program termasuklah usrah, ceramah, kuliah keagamaan dan tazkirah. PAS sendiri sebagai sebuah Gerakan Islam menerapkan konsep taqwa iaitu takut dan patuh trhadap perintah Allah. Amalan konsep taqwa dalam PAS berjaya membasmi masalah rasuah atau politik wang dalam PAS. Buktinya sejak PAS ditubuhkan, belum ada pimpinan PAS yang dipenjarakan atas dakwaan rasuah. Malahan tinjauan rambang yang dilakukan menunjukkan PAS parti paling bersih dan paling boleh dipercayai di dalam negara. Usaha UMNO BN mengaitkan PAS di Kelantan dengan rasuah pembalakan juga terbukti adalah hanya tohmahan jahat semata- mata.
UMNO
Rasuah atau politik wang dalam UMNO bukanlah satu perkara baru. Rasuah dan UMNO bolehlah diibaratkan seperti aur dengan tebing ataupun isi dengan kuku. Masalah rasuah dalam UMNO diakui sendiri oleh pemimpin no1 nya, no2 nya, pemimpin tertinggi nya dan bekas pemimpin no1 nya. Lihatlah setiap kali persidangan agung UMNO, ahli- ahli dalam jumlah yang begitu ramai ( ratusan ribu ) dibekalkan dengan penginapan di hotel- hotel mewah di sekitar lembah klang, elaun perjalanan dan sebagainya. Bahkan segelintir besar perwakilan dirasuah untuk memilih pemimpin tertentu. Buktinya pada persidangan sebelum ini, naib presidennya ( orang no3 parti ) sendiri digugurkan keahlian atas dakwaan rasuah. Lebih buruk lagi beberapa Ketua Bahagian UMNO sendiri membuat laporan di BPR mengenai rasuah yang berlaku dalam UMNO dimana melibatkan pemimpin no1 dan no2 nya. Malangnya kes tersebut berkemungkinan dimasukkan ke dalam bakul sampah oleh kerana hingga hari ini BPR ataupun Polis masih belum menjalankan siasatan ke atas Pak Lah dan Najib.
4) KEBAJIKAN RAKYAT vs KEBAJIKAN DIRI dan KRONI
PAS
PAS terbukti sebagai sebuah parti yang mementingkan kebajikan rakyat. Buktinya, sejak tahun 1990 an lagi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat telah memotong 50% daripada pendapatannya untuk dimasukkan ke dalam tabungan kerajaan Kelantan. Bahkan Nik Aziz enggan mengambil peruntukan tahunan yang diperuntukkan kerajaan pusat untuk Menteri- menteri Besar mengadakan majlis atau jamuan hari- hari perayaan. Sebaliknya Nik Aziz menggunakan wang poketnya sendiri untuk menganjurkan rumah terbuka dan wang peruntukan hari raya tersebut dimasukkan ke dalam tabung kerajaan negeri. Perkara yang sama dilakukan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan dimana memotong RM 10, 000. 00 pendapatannya setiap bulan sebagai Menteri Besar untuk menambah kewangan negeri. Langkah yang sama diawajibkan kepada semua Ahli Parlimen, ADUN dan EXCO PAS di seluruh negara dimana wakil- wakil rakyat PAS ini diwajibkan memotong antara 30% - 50% pendapatan sebagai Ahli Parlimen, ADUN dan EXCO untuk disumbangkan kepada kawasan yang diwakili masing- masing juga kepada negeri pentadbiran Pakatan Rakyat.
UMNO
Lihat sahaja kehidupan pemimpin- pemimpin UMNO di kawasan berhampiran anda. Daripada Ketua Pemuda Bahagian hinggalah pemimpin no1 nya, hidup mereka terlalu mewah. Peliknya gaji seorang menteri penuh tidak pun lebih RM 30, 000. 00 sebulan. Namun harta yang dimiliki oleh menteri- menteri ini melebihi kekayaan seorang ahli perniagaan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Rumahnya sahaja berharga lebih RM 3, 000, 000. 00. Belum dikira kereta, saham dan perbelanjaan harian. Lebih pelik lagi kehidupan mewah yang sama boleh dinikmati oleh ADUN- ADUN, Ahli - ahli Parlimen UMNO/ BN dan Ketua- ketua Bahagiannya. Begitulah ceritanya dengan kroni- kroni UMNO. Projek- projek pembagunan tidak kiralah dalam sektor pembinaan, penyelenggaraan ataupun perkhidmatan, kontrak- kontrak hanya diagihkan kepada kroni walaupun harga yang ditender kroni- kroni ini berkali- kali ganda melebihi harga pesaing lain. Akibatnya wang rakyat dibazirkan oleh kerana kroni dan pemipin UMNO diberikan projek dengan margin/ kadar keuntungan yang terlampau tinggi .
Siapa- siapa mau tambah lagi....
sila2...
anda dialukan sangat- sangat............ Ya Allah, Penguasa Langit dan Bumi, Ya Allah Pencipta Arasy... Ya Robbul Alamin, turunkanlah singa-singa Mu ya Allah bagi membaham mereka2 yang menzalimi hamba2Mu Ya Allah. gentarkan lah mereka yg bersekongkol dengan yahudi, amerika dan para munafik dan kerajaan-kerajaan toghut dengan ngauman singa2 Mu Ya Allah.

Ya Allah dzat yg tiada tandingan, sekalian makhluk hina dan lemah di depan mu Ya Allah, berilah jalan dan kemenangan kepada Mujahiddeen dan Hamas. bebaskanlah Palestin dan Al-Quds. semarakkanlah perjuangan mujahiddeen di Palestin, Khurasan, Chechnya, Somalia dan seluruh bumi mu yang dizalimi tangan2 toghut dengan darah syuhada yg semerbak kasturi... penuhkanlah hati2 mereka yg berjihad fisabilillah dengan keberanian dan semangat Amirul Mukminin Sayyidus Saydina Emr Hamzah. berilah mereka kekuatan seperti Muhammad Ali Hanafiyyah dan Khalid Al-Walid. Ya Allah... berkatilah Ulama2 di dunia yang tidak berhenti menyeru ke agamaMu...

Ya Allah... selamatkanlah Muslimin dan tanah suci Mu Ya Allah... dari Yahudi dan Kafiruns sekalian!!! ya Allah, sampaikanlah seruan jhad mu ke hati2 mereka yang terlena.... Ya Allah.... Ya Allah... YA Allah... bantulah kami kembalikan kesucian agama kami dari yahudi, amerika, kufur dan fasad!

Ya Robbul Allamin.... Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!! Allahuakhbar!!!

Anonymous said...

PAKATAN Rakyat memulakan kempen pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu dengan satu ceramah besar di Kampung Tanjung membabitkan empat tokoh utama PAS, PKR dan DAP.
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang berkempen di depan hampir 10,000 orang malam tadi. Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dan bekas ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim turut menyampaikan ucapan ringkas. Kawasan tepi pantai seluas dua kilometer sesak sejak jam 9 malam dan Jalan Sultan Zainal Abidin yang menjadi laluan utama ke tempat ceramah penuh dengan kenderaan.
Dalam ucapannya, TG Abdul Hadi mendakwa ada orang tertentu yang menyamar seperti orang PAS untuk mengelirukan penyokong-penyokong parti itu dalam pilihanraya kali ini. Bagaimanapun, beliau menasihatkan penyokong PAS tidak bertindak sendiri secara melulu. “Biar kita (pemimpin) yang menentukan… biar kita bertindak,” katanya. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan tindakan yang akan diambil terhadap orang yang menyamar itu.



Anwar pula mendedahkan percubaan Umno yang mahu melaga-lagakan PAS dengan DAP dalam isu yang membabitkan syariat Islam. Kata ketua pembangkang itu, tidak ada hak mana-mana orang bukan Islam untuk mempertikaikan hak orang Islam. “Tetapi Umno khianat supaya kita berbeza pendapat dalam perkara tersebut. Berbeza pendapat dan pandangan bukanlah bermakna telah berlaku perpecahan sesama kita.“Dalam Pakatan kita boleh berbeza pandangan politik,” katanya mendapat tepukan gemuruh orang ramai.


TG Nik Aziz pula bercakap mengenai keperluan orang Islam mengundi calon PAS. Menurut menteri besar Kelantan itu, menolak PAS bermakna menolak Islam. “Kerana perjuangan PAS bukan sahaja untuk dunia tetapi di akhirat juga. “Kalau Umno kata ia buat pembangunan, PAS pun buat pembangunan tetapi PAS perjuangannya kerana Islam,” katanya lagi.

Kit Siang pula berkata, tsunami politik yang tercetus dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu akan menjadi gelombang lebih besar jika Pakatan menang dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Kerana itu, katanya, adalah penting supaya gabungan pembangkang menang kerusi parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini.


Abdul Wahid berdepan dengan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas Azharudin Mamat. - sumber malaysiakini.com
{Tak terbayang orang KT akan kelibat Najib Razak apabila mengetahui kesepakatan Anwar bergandingan dengan TG Nik Aziz, TG Hadi Awang dan Kit Siang memulakan langkah kempen ke setiap pelusuk Kuala Terengganu. Itu belum lagi aksi Mat Sabu, Mahfuz, Dr Syed Azman, Saifuddin Nasution, Tian Chua, Guan Eng yang pasti tak sabar-sabar berdepan dengan cabaran BN. Jangan sampai ada yang terkencing sambil berlari kerana tak tahan mendengar kehebatan ucapan dan ceramah pemimpin-pemimpin Pakatan cukuplah....}

Anonymous said...

Kuala Terengganu: Kempen pilihanraya kecil Kuala Trengganu kini masuk hari yang ketiga, berbagai insiden menarik, panas dan melucukan dapat disaksikan berlaku. Kami sempat melalui beberapa lokasi ceramah yang disampaikan oleh para pemimpin baik UMNO dan BN mahupun PAS atau Pakatan Rakyat. Semuanya kini berusaha untuk memenangi hati rakyat di Kuala Trengganu.

Sama seperti di tempat lain, tatkala musim pilihanraya kecil berlangsung maka orang tempatan akan menikmati "durian runtuh" serta berbagai "imbuhan kemewahan duniawi". Ini adalah kezaliman yang berlaku serta "gagal" untuk dihalang oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Lambakan projek pembangunan terus dicurahkan, pendek kata jalanraya yang selama ini berlopak dan berdebu kini boleh diminta "tar" sehingga ke depan pintu rumah.

Menteri pusat mula melakukan berbagai kebajikan untuk rakyat. Terbaru Mat Taib, Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO menyatakan bahawa kementeriannya meluluskan serta merta peruntukan RM200,000 untuk memperbaiki sebuah jalan disitu. Bertuah benarlah rakyat Kuala Trengganu kini. Mereka "ditatang bagai minyak yang penuh". Segala apa yang dihajati pasti akan "terkabul". Wang bukan lagi segalanya, tetapi kuasa adalah wang. Sama ada perkara ini boleh diterima atau tidak inilah yang amat memusykilkan puak-puak UMNO dan BN sebenarnya.


Apakah rakyat Trengganu sudah mula bijak?. Apakah mereka boleh terima isu bersihnya Najib Razak dari kes Altantunya, pembatalan pengambialihan IJN oleh Sime Darby, pemberiaan semula wang royalti bagi menggantikan wang ehsan, pembinaan dan janji-janji manis yang ditabur oleh pemimpin kerajaan sejak mutakhir ini?. Atau mungkin juga mereka sebijak rakyat Kelantan "orghe bagi ambik, tapi pangkoh PAS".

Jika ini berlaku, maka kami dapat melihat bahawa BN akan tersungkur sebenarnya di Kuala Trengganu. Senario yang jelas dapat dilihat bermula pada hari pencalonan lagi. Kini telah mula merebak ke lokasi-lokasi ceramah umum yang diadakan. Majoriti rakyat akan hadir ke ceramah Pakatan Rakyat berbanding dengan program anjuran UMNO dan Barisan Nasional. Inilah yang amat digusarkan sangat oleh mereka.

Namun, perjalanan masih jauh lagi. Detik 17 Januari sebenarnya bakal membuktikan serta menyaksikan perubahan sebenarnya yang bakal berlaku di Trengganu. Undi Pos khabarnya akan dijalankan dalam minggu ini, dimana lebih 1,000 kertas undi posakan diedarkan. Apakah undi pos juga akan berpihak kepada PAS kali ini. Segalanya berkemungkinan, bak kata Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang Dato' Fauzi Abdul Rahman dalam satu pertemuan dengan kakitangan kerajaan di Trengganu baru-baru ini. Beliau menyaksikan bahawa kakitangan kerajaan yang bakal mengundi di Kuala Trengganu sudah "bijak" dan mula sedar atas segala "kebobrokan" yang berlaku dalam kerajaan hari ini.


Apakah undi pos yang biasanya akan menjadi penentu kemenangan BN itu akan berpihak kepada PAS?. Segalanya berkemungkinan sebenarnya. Inilah yang berlaku kepada Parlimen Indera Mahkota di Pahang dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Majoriti undi pos yang kebanyakannya dari Kem TLDM Tanjung Gelang dekat Kuantan memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Akibatnya PAS menang di DUN Beserah dan PKR menang di Parlimen Indera Mahkota. Ianya satu keputusan yang cukup diluar jangkaan. Kertas undi pos memihak kepada pembangkang hingga menyebabkan pemimpin tertinggi TLDM Tg.Gelang ditukarkan 24 jam selepas itu.

Apakah ini bakal terjadi kepada kertas undi pos di Kuala Trengganu pula?. Angin perubahan sudah semakin terasa kini. Hanya takdir yang bakal menentukan siapa yang menang dan siapa yang akan kalah. Namun kelibat calon bebas, Azharuddin Mamat jangan dipinggirkan.

Masih kita ingat dalam pilihanraya umum lalu, calon PAS Mat Sabu ditewaskan dengan kemenangan tipis BN semata-mata. Ia akibat campurtangan nenek tua yang dikenali sebagai "Tok Mun" (foto) untuk mencuba nasib dan mahu mencipta sejarah pilihanraya di Malaysia sejak sekian lama. Kami mendapat laporan dari kroni dalam UMNO dan BN, sebenarnya Tok Mun bukan mengeluarkan wang sendiri untuk belanja pilihanraya dulu. Wang itu adalah "sogokan" daripada UMNO sendiri.

Beliau diberi peruntukan RM30,000 oleh UMNO untuk menjadi calon bebas. Wang itu diserahkan oleh pemimpi UMNO dari Pahang dalam satu program "Tahlil" di rumah beliau sebelum pilihanraya umum yang lalu.



Calon PAS (Mohd Abdul Wahid), BN (Datuk wan Farid) dan Bebas (Azharuddin Mamat) selepas penamaan calon di Stadium Negeri 6 Januari lalu.

Kesimpulannya, melihat senario yang berlaku di Kuala Trengganu buat masa ini. Ramai yang meramalkan PAS akan menang dengan majoriti yang lebih besar kali ini. Harus diingat daripada empat DUN yang terdapat dalam parlimen Kuala Trengganu hanya satu sahaja yang dimiliki oleh BN, selebihnya oleh PAS sendiri. Bahkan, calon PAS yang bertanding pula ialah ADUN Wakaf Mempelam yang sudah lima tahun menjadi "Wakil Rakyat" di kawasan ini.

Khidmatnya semakin terserlah tatkala menjadi Exco Kerajaan Negeri Trengganu dizaman pentadbiran PAS satu ketika dulu. Maka itu harapan cerah untuk melihat YB Mohd Abdul Wahid Endut membenamkan keegoan Datuk Wan Farid di Kuala Trengganu semakin menampakkan tanda-tandanya. Ditambah lagi dengan masalah dalaman UMNO sendiri yang kini semakin panas dengan isu politik wangnya, perpecahan wanita dan pemudanya serta lain-lain. Ramai yang dilihat menjadikan pilihanraya kecil ini sebagai medan untuk berkempen menjelang pemilihan UMNO Mac nanti. Justeru itulah kita tidak hairan jika BN tumbang di Kuala Trengganu.

Ini kerana "Timing" yang berlaku sekarang adalah masa yang paling tepat untuk mencipta kejayaan. Cuma taktik "jahat" dan "kotor" sahaja yang bakal mengangkat mereka ke puncak kejayaan dan seterusnya memenangi pilihanraya kecil ini.

Cuma apa yang ditakutkan sangat sekarang ialah "provokasi" yang akan dilakukan oleh BN kiranya mereka melihat harapan kian pudar. Jika ini berlaku maka sedikit masalah akan timbul nanti. Nama baik PAS dan Pakatan Rakyat akan sedikit tercemar dan SPR boleh melakukan apa sahaja untuk menakutka serta membatalkan keputusan sebenar.

Itu belum ditambah lagi dengan "sikap curiga" kita terhadap "kem sementara" pasukan polis yang didirikan dengan "gahnya" di situ. Pemantauan kami kini terdapat lebih dari satu "kem sementara" yang didirikan khemah tertutup dan dikawal rapi oleh mereka. Soalnya disini, mengapakah khemah yang serba "canggih siap berhawa dingin" itu didirikan?. Mengapakah terlalu ramai anggota polis dikerahkan ke Kuala Trengganu.

Kita musykil seandainya khemah-khemah itulah yang akan menjadi "Transit Port" para pengundi hantu menjelang malam pengundian nanti. Jika perkara ini gagal dipantau, sudah pasti ia akan berlaku dengan sewenang-wenangnya. Tambahan pula orang awam dilarang masuk ke kawasan terbabit. Ini memungkinkan, keselematan "pengundi hantu" akan lebih terjaga dari kebiasaannya. Maka, kami sekali lagi menyeru pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memantau perkara ini hingga malam pengundian nanti. Jangan kerana kelekaan kita, akhirnya mereka yang tidak sepatutnya menang diangkat pula nanti. Apapun, teruskan perjuangan buat semua rakan dan sahabat yang sedang sibuk berkempen di Kuala Trengganu.

[Kami mengucapkan syabas kepada semua penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Kuala Trengganiu yan cukup berdisplin dan berkhemah dalam usaha meraih undi. Kami juga mendapat laporan dari sahabat dalam UMNO bahawa terdapat penyokong PAS yang "mencium" tangan Menteri Besar Pahang tatkala beliau melalui kesesakan jalan pada hari pencalonan baru-baru ini. Menurut sahabat dalam blognya "Small Talk" Peristiwa ini berlaku semasa mereka dalam perjalanan ke pusat penamaan calon lebih kurang pukul 8.30 pagi. Semasa melalui jalan yang dipenuhi penyokong Pas, MB pahang itu telah membuka tingkap dan bermesra dengan penyokong-penyokong Pas hinggalah salah seorang dari mereka bersalam dan mencium tangan Dato' Seri Adnan Yaakob. Inilah satu sikap mesra yang ditunjukkan oleh para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sebenarnya. Ia mungkin kerana MB Pahang itu khabarnya pernah "mencium" tangan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Azizi Nik Mat, Menteri Besar Kelantan semasa pertemuan mereka dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja sebelum ini. Maknanya, apa yang berlaku kepada MB Pahang itu adalah balasan akibat "sikap hormat dan respeknya" kepada Tuan Guru Nik Aziz selama ini. Semoga perkara iyang baik seperti ni akan terus berkekalan hendaknya].

Anonymous said...

entah la kenapa.
tp i suka pemuda malaysia ni.
muda, hati cekal, tetap pendirian.

Anonymous said...

DALIL 1 - TIADA PEMIMPIN WIBAWA
PAS tidak ada pemimpin yang boleh menolong rakyat Terengganu dan membangun negeri Terengganu. Cuba kita renungkan dan senaraikan pemimpin PAS di Terengganu, siapakah antara mereka yang boleh mendampingi rakyat, atas nama memohon pertolongan dalam urusan hidup ini. Jangan silap menyokong akibatnya masa depan kita tak beruntung. Yang alim dengan alam tok gurunya. Yang jahil sesat budayanya, maka rakyat terpinga-pinga.
Ingatlah;
Allah menyuruh kamu menyerah amanah kepada Ahlinya supaya apabila dia menjalankan hukum dapat berlaku adil.


Maksud Al-Quran
Ayat 58, Surah 4 An-Nisa

Kalau nak kata PAS tiada pemimpin berwibawa, Kelantan kepimpinan PAS selama 19 tahun. Lihat saja rumah MB Kelantan, rumah rasmi hanya kegunaan rasmi. Pen MB Kelantan ada 2, satu untk personal satu lagi untuk kegunaan rasmi. Satu ketika isteri saidina Umar RA (khalifah islam ketika itu), teringin untuk menikmati makanan yang sedap. Maka disyorkan kepada saidina umar untuk mengurangkan perbelanjaan harian dan saidina umar bersetuju, setelah beberapa ketika maka wang itu mencukupi dan diserahkan kepada saidina umar untuk membeli makanan yang sedap tetapi apabila wang itu diterima baru saidina umar sedar duit perbelanjaan lebih dari yang sepatunya beliau terima maka dia telah memasukkan wang tersebut ke baitumal. Pemimpin yang ada sekarang sikit pun tidak mirip kepada saidina umar.

وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

Maksudnya;
“Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang”

(Surah Al-Maidah : 56)[3].

Anonymous said...

hmm..sekurang-kurangnya mereka tidak tolak langsung hukum Allah malah cuba walaupun susah untuk melaksanakannya...dalam islam yang penting usaha, hasilnya dan kejayaan datang daripada Allah swt...

bukan seperti BN yang berani mempersoalkan hukum hudud (astaghfirullah..) langsung terus menolak untuk cuba melaksanakannya. para pemimpin pun, hmm..nak kata boleh bagi contoh Islam yang baik ...saya pilih Tuan Guru Nik Aziz dan para pemimpin PAS lain sbg pedoman...sebab mereka menonjolkan personaliti yang lebih baik banding pemimpin BN :D

Anonymous said...

JANGANLA JADI MACAM ORANG PAS DI KELANTAN BAK KATA KIFLI "orghe bagi ambik, tapi pangkoh PAS".

Bagi saya perangai seumpama itu layak dipanggil HARAM JADAH.kENAPA?

Ibaratkanlah seorang anak yang diberikan pakai dan minum, pendidikan hingga ke menara gading oleh kedua ibu dan bapanya...tup2 anak tersebut tidak pandai mengenang budi inikan lagi nak menyebut terima kasih...apakah itu namanya ANAK DERHAKA.

Tidakkah saudara kifli tahu bahawa Allah tidak redha kepada anak itu selagi anak tersebut mendapat keredhaan kedua ibu bapanya....samalah situasi sekarang tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima....

Saudara kifli tolonglah jangan mengajak lebih ramai orang mengamalkan sikap yang munafik. INGAT BERSYUKURLAH KEPADA PEMBERIAN ALLAH S.W.T TETAPI JANGAN LUPA BERTERIMA KASIH KEPADA MANUSIA YANG MENOLONGMU SEBAGAI PERANTARA NIKMAT ALLAH.......

SEMEMANGNYA PAS TAKKAN LARI DARIPADA ISTILAH MATLAMAT MENGHALALKAN CARA...........

MOHON AMPUN ATAS KEKASARANKU BERKATA-KATA

TQ

Anonymous said...

Pada yang memilih PAS itu..ikutilah jalan matimu sendiri. Pada Pemuda Malaysia..teruskan perjuangan menyedarkan umat kita yang telah terpesong akal sihat mereka kerana PAS dan PKR ini. Kita hanya mampu mengucapkan kata-kata teguran...terpulang pada yang empunya diri untuk berubah dan buat perubahan...dikubur nanti..kita jawablah..."kami sudah mengingatkan mereka, tapi mereka tidak mahu menurut...maka, jahanamlah mereka dineraka."

bungaraya said...

Saya dah masak dengan kifli ni. Beliau seorang ilmuan yang telah sesat jauh. Berlari dari satu library ke satu lagi untuk mengumpul semua fakta. Berjumpa ulamak sana dan ilmuan sini untuk mengumpul data-data. Semuanya untuk mempertahankan perjuangan PAS yang hanya tinggal sekerat saja. Kan lebih baik bersama dalam parti. Mensucikan nawaitu perjuangan anda dan tidak banyak mengeluarkan kata-kata keji dan nista. Payah kah. Kami sentiasa menerima anda semua sekalipun menjadi diantara ketua kami. Tapi jangan pula mengada-ngada. Ilmu bukan untuk ditunjuk-tunjuk. Cukup sekadar menjadikan anda kenampakan berilmu dalam kata-kata dan tindakan.

Anonymous said...

Hari ini Karpal Singh membidas kenyataan Hj Hadi kononnya parti itu tidak mempunyai sebarang masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam negara sebagaimana yang dinyatakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru- baru ini.

"Kenyataan oleh Abdul Hadi berhubung perlaksanaan hukum hudud, kononnya DAP sudah jelas dan faham dengan apa yang sedang bermain difikiran Pas, sebenarnya tersimpang jauh daripada kebenaran.

"Pas tidak pernah menjelaskan isu berhubung perlaksanaan hukum hudud kepada DAP. DAP sudah tentu ada masalah berhubung perlaksanaan hukum hudud dalam negara," menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Perkara ini sememang bukan pelik sebab PAS ni memang sudah lama berbohong kepada rakyat..Bagi orang PAS berbohong adalah suatu yang biasa? Kalau Presiden pun dah bohong, yang bukan Presiden lagilah banyak berbohong!

.. setuju...?