Friday, June 19, 2009

YB Rimba Buat Hal Di Parlimen


Sungguh memalukan apabila seluruh dunia tertumpu kepada Parlimen Malaysia minggu ini di mana mereka melihat telatah seorang YB Rimba daripada Bukit Gantang yang tanpa rasa malu menjerit di Dewan Rakyat dengan disertai beberapa anak buah beliau yang juga boleh diklasifikasikan juga sebagai YB Rimba. YB Rimba tersebut melepaskan jeritan dan rasa kurang ajar beliau di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas habis diamuknya Dewan Undangan Negeri di Perak bulan lepas.

Inilah dia sifat sebenar YB Rimba yang bernama Nizar Jamaludin beserta beberapa YB yang kebanyakannya daripada DAP. Cukuplah apa yang berlaku di DUN Perak jangan dibawa ke Dewan Rakyat yang mulia. Memang betul-betul kurang ajar dan tidak menghormati kemuliaan Dewan Rakyat. Dewan Rakyat adalah satu intitusi di mana segala masalah rakyat atau isu-isu yang melibatkan kepentingan Malaysia dibincangkan serta dibahaskan. Masalah yang dialami oleh si YB Rimba ini adalah masalah peribadi dan beliau seolah-olah masih tidak percaya bahawa beliau sudah kehilangan kuasa akibat kehilangan kepercayaan daripada wakil rakyat beliau sendiri di Perak.

Kita semua sedia maklum bahawa DAP antara parti yang lantang dan tidak berpuas hati apabila si Nizar tidak dapat diselamatkan dalam menjadi Menteri Besar Boneka kepada DAP. Oleh kerana itu, DAP berusaha habis-habisan menyokong si Nizar kerana hanya Nizar sahaja yang boleh jadi sahabat setia kepada DAP. Berbagai-bagai kemudahan akan dinikmati oleh DAP jika si Nizar berjaya kembali mendapatkan kerusi MB Perak.

Jika dibiarkan perkara ini berulang lagi, saya yakin masyarakat antarabangsa akan tersenyum sinis melihat perlakuan YB Rimba seperti Nizar Jamaluddin ini dan maruah Dewan Rakyat akan tercemar akibat perbuatan memalukan YB Rimba ini. Seharusnya YB Rimba ini bermuhasabah diri dan menginsafi diri sebelum mencari kesalahan orang lain.

Thursday, June 18, 2009

Nyanyuk, Pura-Pura, Jujur???

Kata orang, makin tua makin nyanyuk. Bila dah nyanyuk mulalah cakap merapu. Namun apa yang saya maksudkan di sini hanya perumpamaan sahaja tanpa merujuk kepada sesiapa. Tetapi siapa yang makan cili akan terasa pedasnya.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas orang nombor dua dalam parti PAS iaitu Nasharudin Mat Isa kerana menyatakan sokongan kepada idea pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diwar-warkan oleh Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Malahan Nik Aziz turut mengarahkan agar Nasharudin meletak jawatan di dalam parti dan Ahli Parlimen Bachok serta meminta beliau keluar dari PAS dan menyertai UMNO jika hasrat menubuhkan Kerajaan Perpaduan diteruskan juga oleh Nasharudin.

Inilah yang dikatakan sudah tua tetapi perangai seolah-olah seperti budak-budak sekolah tadika. Nik Aziz merasakan bahawa beliau yang sentiasa betul dalam setiap tindakan dan nasihat yang diberikan. Beliau harus ingat bahawa sebagai umat Islam 'perpaduan' adalah satu elemen wajib yang diterapkan dalam ajaran Islam. Hanya dengan melalui perpaduan sahaja umat Islam akan menjadi maju dan tidak akan ditindas oleh agama lain.

Saya tidak berniat langsung untuk berceramah kerana saya sedar jika hendak dibandingkan ilmu agama yang saya pelajari dengan Nik Aziz seperti langit dan bumi. Namun ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana insan di dunia ini iaitu pendapat kita sendiri dalam menilai sesuatu isu atau permasalahan yang timbul. Saya ada pendapat saya sendiri dan begitu juga dengan Nik Aziz. Nik Aziz hanya mengatakan bahawa sesiapa yang menyokong atau bersetuju dengan kerajaan perpaduan layak digelar "boneka UMNO" tanpa disertai dengan fakta kenapa beliau berkata begitu. Amat buruk sekali tafsiran beliau kepada idea yang dilihat mampu mengembalikan kekuatan dan keharmonian umat Islam serta kaum agama lain di Malaysia. Sanggup pula beliau menghalau Timbalan Presiden PAS dengan menyuruh meletak jawatan dan menyertai UMNO.

Sepatutnya sebagai seorang yang boleh dikatakan lama dalam politik dan kehidupan seharian, Nik Aziz tidak harus cepat melatah dengan idea tersebut. Namun apa nak dikata, mungkin Nik Aziz melihat idea penubuhan kerajaan perpaduan yang dibangkitkan oleh orang PAS sendiri akan menjejaskan populariti serta kemasyuran beliau dalam parti PAS sendiri. Saya pun tidak tahu apa yang UMNO telah lakukan kepada beliau sehingga menyimpan dendam sebegitu rupa dengan menuduh yang bukan-bukan kepada UMNO padahal idea kerajaan perpaduan lahir daripada Presiden PAS sendiri dan langsung tiada kaitan dengan UMNO.

Apapun, kita tunggu dan lihat sandiwara yang bermain dalam parti PAS ini kerana bagi saya Konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak lebih kemas dan amat difahami berbanding dengan idea Haji Hadi untuk membentuk kerajaan perpaduan. Ini kerana konsep 1 Malaysia telah dilihat lebih telus perancangannya dan apa yang cuba dibawa oleh Datuk Seri Najib dilihat lebih ikhlas dan jujur dalam melihat semua rakyat Malaysia bersatu di bawah konsep 1 Malaysia. Idea penubuhan kerajaan perpaduan masih samar-samar dan saya berpendapat Haji Hadi sebenarnya cuba menenggelamkan idea yang dibawa oleh Datuk Seri Najib mengenai konsep 1 Malaysia. Ini kerana konsep 1 Malaysia dilihat semakin diterima oleh masyarakat Malaysia dan kerajaan Pusat telah bergerak dengan aktif dan tersusun untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia mengenai konsep 1 Malaysia. Dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dijangka dapat menambat hati rakyat Malaysia untuk menerima konsep 1 Malaysia ini.

Itulah perbezaan ketara antara pemimpin UMNO dan PAS. Pemimpin UMNO bukan sekadar hanya bercakap malahan disertai 'blue print' dalam menjelaskan idea yang dizahirkan. Tetapi tidak bagi pemimpin PAS yang hanya tahu bercakap tetapi malangnya mereka gagal membuktikan dengan tindakan dan ini dapat dilihat sejarahnya ketika PAS mentadbir Terengganu pada tahun 1999 di mana hukum Hudud yang dilaungkan sewaktu berkempen dalam pilihan raya gagal direalisasikan apabila mereka menang dan memerintah Terengganu kerana 'blue print' pun tiada sebaliknya ia hanya sekadar laungan kosong.

Kini, perkara yang sama juga terjadi dalam idea kerajaan perpaduan, hanya sekadar keluar dari mulut tetapi tidak ada perbincangan lanjut atau kerangka serta kertas kerja yang dapat menyokong idea Haji Hadi. Oleh itu, kita sebagai manusia yang dikurniakan akal seharusnya dapat menilai antara konsep 1 Malaysia dan idea kerajaan perpaduan yang mana lebih jelas dan nyata.

Wednesday, June 10, 2009

Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS

Sudah tiba masanya bagi rakyat Malaysia yang beragama Islam celik dan sedar mengenai situasi politik hari ini yang banyak merugikan umat Islam. Kita lihat sahaja situasi di Perak dan Pulau Pinang di mana banyak perkara serta isu yang mengguris kaum Melayu dan umat Islam.

Idea penubuhan Kerajaan Perpaduan di antara PAS dan UMNO perlu dilihat sebagai salah satu jalan tepat untuk menamatkan kemelut politik yang dilihat masih panas walaupun pilihan raya umum ke-12 telah lama berlalu. Ini kerana parti PAS yang dilihat telah bangkit dengan reputasi kemenangan yang boleh dibanggakan dalam sejarah penubuhan parti itu kelihatan bodoh dan tidak bermaya akibat dimanipulasi oleh rakan pembangkang mereka iaitu PKR dan DAP selepas pilihan raya. Ini dapat dilihat melalui beberapa keputusan yang melibatkan negeri yang diterajui Pakatan Rapuh seperti di Selangor, Perak, dan Pulau Pinang. Hanya Kelantan dan Kedah yang dilihat masih gah dan kuat diterajui oleh PAS tanpa campurtangan daripada PKR dan DAP.

Perak yang sebelum ini menyaksikan Menteri Besar boneka daripada PAS telah dicucuk hidungnya oleh DAP kerana jika dikira secara logik DAP seharusnya membentuk kerajaan negeri namun Undang-undang Tubuh Perak telah menyelamatkan keadaan tersebut lalu terpaksa juga DAP memberikan kerusi Menteri Besar kepada PAS. Ini menyebabkan banyak keputusan yang dibuat oleh Nizar yang mendapat jolokan MB Gila Kuasa akibat tidak berpuas hati dengan pengambilalihan kuasa oleh Barisan Nasional beberapa bulan yang lalu terus cuba untuk merampas kembali kerusi MB dan sanggup menderhaka kepada Sultan Perak. Seharusnya Nizar bermuhasabah diri dengan merenung kembali apa keputusan yang telah beliau lakukan semasa menjadi MB yang mana segala keputusan beliau hanya menguntungkan sebelah kaum sahaja.

Kerajaan Perpaduan yang lahir daripada idea Presiden PAS sendiri masih diperingkat perbincangan lagi. Namun sudah ada suara sumbang daripada PKR dan DAP yang menolak mentah-mentah idea Hj. Hadi Awang ini. Malahan dalam saf kepimpinan PAS sendiri tidak suka kepada idea penubuhan kerajaan Perpaduan ini. Mereka dalam PAS yang dipanggil puak Erdogan lebih suka jika Anwar Al-Juburi menjadi Perdana Menteri. Apabila puak Erdogan semakin berkuasa dalam PAS, Hj. Hadi akan menjadi semakin tersepit dan sukar untuk menjalankan tugas beliau sebagai seorang Presiden.

Di sini, jelas dilihat bahawa idea Kerajaan Perpaduan oleh PAS ditentang oleh puak Erdogan beserta PKR dan DAP. Ia amat berbeza dengan kenyataan beberapa pemimpin UMNO seperti Perdana Menteri sendiri bersama beberapa orang Menter Kanan yang bersikap terbuka dalam menerima idea penubuhan Kerajaan Perpaduan. Itulah UMNO yang sentiasa menerima apa jua idea yang dilihat baik untuk umat Islam disamping tidak mengabaikan kebajikan kaum lain.

Justeru itu, saya selaku umat Islam juga bersikap positif dalam menerima apa juga idea yang dilihat dapat menyatupadukan umat Islam di Malaysia ini disamping tidak meminggirkan kemajuan kaum lain yang turut bermastautin di negara ini.

Jadikan peristiwa pembunuhan kejam di Masjid Narathiwat baru-baru ini sebagai pengajaran kepada semua kaum di Malaysia agar insiden buruk ini tidak terjadi di Malaysia.