Friday, June 19, 2009

YB Rimba Buat Hal Di Parlimen


Sungguh memalukan apabila seluruh dunia tertumpu kepada Parlimen Malaysia minggu ini di mana mereka melihat telatah seorang YB Rimba daripada Bukit Gantang yang tanpa rasa malu menjerit di Dewan Rakyat dengan disertai beberapa anak buah beliau yang juga boleh diklasifikasikan juga sebagai YB Rimba. YB Rimba tersebut melepaskan jeritan dan rasa kurang ajar beliau di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas habis diamuknya Dewan Undangan Negeri di Perak bulan lepas.

Inilah dia sifat sebenar YB Rimba yang bernama Nizar Jamaludin beserta beberapa YB yang kebanyakannya daripada DAP. Cukuplah apa yang berlaku di DUN Perak jangan dibawa ke Dewan Rakyat yang mulia. Memang betul-betul kurang ajar dan tidak menghormati kemuliaan Dewan Rakyat. Dewan Rakyat adalah satu intitusi di mana segala masalah rakyat atau isu-isu yang melibatkan kepentingan Malaysia dibincangkan serta dibahaskan. Masalah yang dialami oleh si YB Rimba ini adalah masalah peribadi dan beliau seolah-olah masih tidak percaya bahawa beliau sudah kehilangan kuasa akibat kehilangan kepercayaan daripada wakil rakyat beliau sendiri di Perak.

Kita semua sedia maklum bahawa DAP antara parti yang lantang dan tidak berpuas hati apabila si Nizar tidak dapat diselamatkan dalam menjadi Menteri Besar Boneka kepada DAP. Oleh kerana itu, DAP berusaha habis-habisan menyokong si Nizar kerana hanya Nizar sahaja yang boleh jadi sahabat setia kepada DAP. Berbagai-bagai kemudahan akan dinikmati oleh DAP jika si Nizar berjaya kembali mendapatkan kerusi MB Perak.

Jika dibiarkan perkara ini berulang lagi, saya yakin masyarakat antarabangsa akan tersenyum sinis melihat perlakuan YB Rimba seperti Nizar Jamaluddin ini dan maruah Dewan Rakyat akan tercemar akibat perbuatan memalukan YB Rimba ini. Seharusnya YB Rimba ini bermuhasabah diri dan menginsafi diri sebelum mencari kesalahan orang lain.

4 comments:

Anonymous said...

Komen kamu memalukan rakyat Malaysia..... Sebelum kamu memberi komen pastikan apa yang dibuat oleh pihak UMNO/BN itu betul dulu baru buat komen. Apa pendapat kamu tentang kelewatan hakim mengemukakan hujah bertulis mereka, ketidak telusan SPRM, SPR serta keganasan pihak polis terhadap rakyat Malaysia. Jangan lupa yang kesemua badan tersebut adalah dibawah jagaan kerajaan UMNO/BN. Jadi jangan hanya pandai menilai kesalahan orang lain dan tidak pandai menilai kesalahan yang dilakukan sendiri. Kamu orang Johor, mana kamu tahu apa yang dikehendaki oleh rakyat Perak. Jangan jadi pak sibuk. Kenapa tidak beri perhatian kepada kes jenayah yang banyak berlaku dinegeri Johor sebelum mengulas hal yang berlaku dinegeri lain.

Pemuda Malaysia said...

salam saudara anonymous..

terima kasih atas komen anda.anda adalah hanya sebilangan kecil shj yg mengatakan komen artikel sy memalukan rakyat Malaysia.

sebenarnya nizar yang patut berasa malu dan kamu juga harus mengalami perasaan malu kerana menyokong YB Rimba itu.

Jenayah akan tetap berlaku walaupun kerajaan Pakatan Rosak yang memerintah. Saya lebih yakin dibawah BN negara akan lebih tenteram berbanding dengan Pakatan Rusuh kerana Pakatan Rapuh juga yang menganjurkan demo haram diseluruh negara.Itu juga dikatakan melanggar undang-undang negara.

Aku bangga menjadi rakyat Malaysia dan lahir di Johor bukan di Perak. Aku juga yakin rakyat Perak inginkan kemajuan dan kestabilan di bawah BN.

Hanya orang macam kau shj yang menyokong YB Rimba dan aku percaya orang macam kau amat sedikit nisbahnya di Perak.

SPRM sudah dipertingkatkan integriti di bawah BN..Kau nie seperti meludah ke langit jatuh ke muka sendiri. Dah lah tue, lendir busuk pula...hahaha...

Selagi kau dan parti Pakatan Ranap menjadi pembangkang selagi itulah kau melihat apa jua yang dilakukan oleh kerajaan BN salah. Itulah mentaliti rendah yang kau ada..

Anonymous said...

Salam tuan blog...

anon kat atas tu mmg sama mentalitinya dengan pemimpin yang dipuja2... melalak dan menyalak tak tentu pasal.. biasa la.. org tak puas hati.. sebelum di tuduh kerajaan mcm2 tlg la nasihatkan pemimpin pembangkang dulu.. selama nie dok perati satu ape pun tak de cadangan yang bagus dibuat... selalu auta, pusing, spin... fitnah jgn ckp la.. itu mmg diet harian... kerajaan terbuka.. tapi mendengar tak semestinya mengikut bulat2...

anon atas tu cite mcm johor dengan perak jauh giler la.. mcm perak n johor nie lain bangsa la.. 6-7 jam naik kete ikut highway yang TDM rancangkan n laksanakan tu dah sampai... apa la.. kita dudk dalam satu negara... nk kan kestabilan.. itu yang tak de kat negara lain... tapi yang duk bising melalak tu sapa... bukan PR ker...

ingat la tuan anon.. yang baru tu tak semestinya baik... yg lama tu kalau rosak elok la dibaiki...

terima kasih tuan blog..

Hamid said...

sudah la...
klu kamu betul2 di pihak orang benar, suruh semua media2 perdana kamu bersikap adil dlm mencapai berita..jgn asyik kamu saja nmpk baik..org lain jahat saja...

meluat la aku dengan kamu...

aku x meluat dengan logo umno, aku sayang logo umno kerana UMNO jasa pada malaysia. Tapi aku benci pada isi2nya terutamanya isi seperti kamu yg merompak harta negara sewenang2nya...

sungguh aku meluat....

klu pon undi aku bukan pakatan rakyat, yang pasti nya undi aku haram untuk pati kamu....

kamu tunggu PRU13 nnt....

wakakakaka...!!