Friday, March 13, 2009

Sebulan menyepi Mohd. Osman muncul kembali

TAIPING 12 Mac - Setelah menyepikan diri selama hampir sebulan sejak kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu buat pertama kalinya muncul memberikan penjelasan sebenar.

Beliau yang kini merupakan wakil rakyat bebas berkata, keputusannya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan atas desakan mana-mana pihak tetapi kerana kesedaran untuk memastikan nasib agama, bangsa dan negara terus terpelihara.

''Kehadiran saya hari ini bagi membuktikan bahawa saya tidak pernah lari daripada perjuangan. Malahan saya ingin membuktikan perjuangan saya baru bermula dengan sebuah kerajaan baru yang saya yakin mempunyai wibawa dan lebih menguntungkan agama, bangsa dan negara yang menjadi prinsip hidup saya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk di Air Kuning dekat sini, hari ini. Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir
Menurut Mohd. Osman, beliau perlu tampil memberikan penjelasan kerana tidak mahu tindakannya itu disalah tafsir oleh masyarakat.

''Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun ia dilihat sebagai satu keputusan politik tetapi ia melibatkan satu keputusan besar merobohkan sebuah kerajaan yang selama ini saya juga salah seorang pendokong utamanya,'' katanya.

Mohd. Osman yang juga bekas Exco kerajaan negeri pakatan pembangkang turut menjelaskan bahawa sehingga kini, beliau masih ADUN bebas dan belum menyertai mana-mana parti politik.
''Walaupun saya bebas tetapi wajib bagi saya untuk memihak kepada sebuah kerajaan dan kerajaan itu adalah kerajaan BN," katanya.

Tambahnya lagi, beliau bertahan selama 10 tahun bersama PKR kerana yakin parti itu mampu membawa perubahan kepada rakyat.

''Selama 10 tahun juga saya menjadi pengkritik hebat UMNO dan BN tetapi 11 bulan saya menjadi Exco bersama kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas merubah persepsi dan kepercayaan saya," katanya.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 13 Mac 2009

4 comments:

Anonymous said...

Sibuk ke Pemuda Malaysia di tempat baru? walaubagaimanapun saya akan selalu mengikuti blok saudara ini. UMNO terus maju.. Kerajaan teruskan usaha pembangunan rakyat dan ekonomi negara. Biarkan pembangkang terus menyalak.Pedulikan kerana mereka hanya sibuk melaungkan tentang hak rakyat dan negara untuk rakyat tetapi semakin lama diteliti mereka hanya mementingkan diri masing2,semua perkara yang dilakukan kerajaan dikira salah. Apa yg positif diputarbelitkan menjadi sebaliknya. Apa lagi yang tidak betul mereka menyalak tak sudah2. Inilah pembangkang, mempolitikkan segala isu dan semua ingin tunjuk hebat dan pandai. Teruskan perjuanganmu UMNO kerana rakyat sentiasa menilai dan tidak pernah lupa pada kemajuan yang dibawa sejak dahulu kepada negara.

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen anonymous..memang saya sibuk sangat di tempat baru. banyak keje yang perlu diselesaikan segera. banyak perkara perlu dipelajari.

namun saya akan terus berblog demi agama, bangsa dan negara.

saya juga akan terus menyokong perjuangan UMNO dan BN kerana saya yakin UMNO berada di landasan yang tepat membela nasib Melayu..

kifli said...

Undilah siapa saja tapi jangan undi UMNO" kata Sasterawan Negara.......

Sasterawan Negara,A Samad Said membuat satu peringatan yang menggamatkan suasana dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang hadirin itu. “Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno,” ujarnya, seraya mendapat tepukan gemuruh dan teriakan takbir oleh para hadirin.

Dato’ A Samad Said mencabar pemimpin kerajaan Umno-BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, hasil daripada usaha yang dibuat oleh Gerakan Mansuh Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) baru-baru ini, tidak mustahil isu ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.

“Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris,” tegas A Samad.

“Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris,” ujar pejuang bahasa itu lagi.

“Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu?. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris,” kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, “Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur”.

“Saya tidak ada parti tapi hanya meminjam pentas parti. Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Kalau saya diperalatkan sudah tentu saya akan menjadi mangsa,” jelasnya.

Dalam pada itu, belia turut menegaskab bahawa hanya dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan.

“Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILAN yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini,” katanya lagi.

A Samad Said menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan perjuangan untuk menyelamatkan bahasa Melayu dalam program “Kembara Kasih bahasa”.

“Saya rasa terpanggil bahawasanya dalam sisa-sisa usia saya inilah untuk saya berlawan dan dengan semangat inilah saya akan menjelajah untuk memperjuangkankan bahasa saya.

“Saya bersedia kembali ke negeri Kedah ini dengan syarat anda semua bekerja untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin yang sombong,” ujarnya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Anonymous said...

Kefli...Kefli...
Kesian tgk Kefli ni. Sumer nye salah. Tp sendiri salah x nak terima. Susah betul kalo org otak kecik dan sempit nih.

Dalam kes PPSMI, kenapala org melayu x boleh nak terima perubahan sejak dulu. Sbb tula org melayu mundur. Tahu berangan je lebih. Last2 x kemana pun. Tgk bangsa lain yang lebih maju di tanah sendiri. X nak jadikan pengajaran. Balik2 nak di takuk lama. Bukan perubahan yang dilakukan kerajaan untuk memusnahkan bahasa melayu. tp untuk kebaikan orang melayu. supaya bangkit dan dapat bersaing diluar. Tp tgklah, mogok2 dan reformasi jalanan. aduh org melayu..sedih tgk kaum sendiri begini.

Bukan nak tegakkan denagn menggunakan bahasa melayu x boleh maju tp terbukti berapa kerat je buku di pengajian tinggi yang bahasa pengantarnye bahasa melayu. Yg ada pun diterjemahkan ke bahasa melayu dr versi asal. SAMPAI BILA? Nak bukti lg.. peratus lulus pelajar semakin meningkat. tanya pelajar mereka ok je.

yg x ok adalak tok2 kadok yg takut berbahasa inggeris.. ataupun x pandai bahasa inggeris. lepas tu, besar2 kan cerita yg x ligik.. kelakarla..