Monday, June 23, 2008

GAMBAR PAS DAN PKR



Gambar di atas dipetik daripada "mykmu". Saya sekadar ingin mengajak saudara yang melayari laman blog saya menilai dengan teliti. Adakah ini kerajaan yang saudara inginkan untuk memerintah Malaysia?

Saudara bayangkan, dahulu PAS begitu memperjuangkan Islam tetapi itu cerita lama. Kini, PAS sanggup menjadikan Islam sebagai alat propaganda demi mencapai kepentingan politik dan kekuasaan yang boleh dikatakan agak rakus juga.

Kalau agama Islam sendiri PAS dah sanggup berbuat seperti ini demi menarik perhatian pengundi bukan Islam, saudara bayangkan pula bagaimana jika PAS mentadbir negara???

Mari kita fikirkan kesan dan akibatnya..Namun semua itu belum terlambat. Kita harus memastikan kerajaan Barisan Nasional sentiasa memainkan peranan yang penting untuk membantu membela semua kaum di Malaysia. Sokongan padu dari saudara semua amat penting untuk memastikan agenda kerajaan memperkasakan Malaysia dapat berjalan secara berterusan dan teratur.

2 comments:

cintalaila said...

Tiada sebab untuk kita bersengketa sesama sendiri. Allah Maha Esa itu satu dan jalan mendapatkan keredhaanNya juga satu. Jika kita terbahagi kepada lebih daripada satu kumpulan dan mengikut landasan yang berbeza, bergaduh sesama, tetapi mengaku menuju pengakhiran yang sama, maka sudah semestinya ada sesuatu yang tidak kena. Seandainya awal-awal lagi kita cuba berdolak dalih serta enggan berdamai, maka malanglah Melayu itu. Kita akan terus bersengekata sesama sendiri sehingga segala kekuatan kita hilang. Orang lain bertepuk tangan dan lebih manis apabila musuh-musuh kita yang sekarang amat mengharapkan kita terus bertikam sesama sendiri yang akhirnya bangsa kita yang rugi.

Pemuda Malaysia said...

saudara cintalaila,

Terima kasih atas komen di atas. Saya tiada niat untuk bersengketa lebih-lebih lagi dengan bangsa melayu sendiri.

cuma apa yang ingin saya jelaskan di sini ialah jika kita ingin memperkasakan agenda kemelayuan, seharusnya mestilah tiada sebarang peraturan atau syarat berbau politik yang boleh menjadi batu penghalang kepada agenda memperkasakan bangsa Melayu.

Insya-Allah melayu akan lebih perkasa di masa hadapan.

Jika