Tuesday, June 10, 2008

Terima Kasih Kerajaan BN

Langkah Perdana Menteri memotong elaun semua Menteri dan Timbalan Menteri adalah satu tindakan yang wajar dan murni. Ini menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Y.A.B. Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi terhadap masalah yang menimpa rakyat. PM juga mengeluarkan beberapa arahan lain yang diharap dapat mengimbangi masalah kenaikan minyak di pasaran global.

Kerajaan telah memainkan peranan untuk bersama-sama rakyat menghadapi kesusahan. Pengumuman oleh PM mengenai pemberian rebet tunai yang dibayar lebih awal juga adalah salah satu usaha terpuji kerajaan untuk membantu mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Kerajaan pusat bukan seperti kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Ini kerana ketika mengumumkan pemberian rebet tunai, PM mengatakan bahawa kerajaan akan memberikan bantuan ini kepada semua rakyat(tanpa mengira parti) yang memiliki kenderaan 2000cc ke bawah bagi kereta dan bagi motor adalah sehingga 250cc. Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pula mengeluarkan kata-kata sinis kepada rakyat yang menyokong BN bahawa jika tidak mahu air percuma boleh menghantar nama ke pejabat Menteri Besar.

Jelas di sini bahawa kerajaan negeri Selangor tidak bersungguh-sungguh dalam memberikan air percuma kepada semua rakyat di Selangor, sebaliknya memainkan sentimen politik kepartian dalam isu pemberian air percuma. Namun, saya menasihatkan rakyat Selangor agar tidak terlalu mengharapkan pemberian air percuma oleh kerajaan negeri selangor kerana berita terbaru mengatakan SYABAS telah menolak aku janji yang dihantar oleh KDEB. Sungguh, saya amat bersimpati kepada rakyat Selangor yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu menunaikan. Tetapi, apa boleh buat lain kali sebelum memangkah fikir dahulu kemampuan sesebuah parti itu.

Kembali kepada kerajaan Pusat, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada PM kerana sanggup bersusah bersama rakyat. Saya yakin akan ada banyak lagi mekanisme atau langkah-langkah akan diambil oleh kerajaan yang dapat membantu meringankan beban rakyat Malaysia dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Terima kasih kerajaan BARISAN NASIONAL...!!!

6 comments:

PulauErk said...

Kesian aku tengok blogger sorang ni.

Brape sangatlah UMNO upah suruh ko buat blog ni.

Kalau stakat ko ni, aku bagi adik aku darjah satu debat ngan ko.

Kesian......
Rase nak tergelak pun ade... :)

Pemuda Malaysia said...

thanks atas komen saudara pulau erk. UMNO tak upah satu sen pun atas setiap artikel yang saya tulis. sebaliknya saya dengan rasa ikhlas hati menulis supaya rakyat malaysia sedar terutama saudara pulauerk tentang pembohongan yang dilakukan oleh parti pakatan rakyat.

boleh juga kalau saudara pulauerk hantar adik saudara untuk berdebat dengan saya. saya tak memilih orang...silalah hantar..

saya harap saudara pulauerk insaf. cuba belajar berterima kasih kepada kerajaan pusat. kalau tak boleh nak belajar boleh lah duduk dekat 'pulauERK'. jangan gunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan pusat kalau tidak tahu bersyukur duduk di bumi malaysia.

cintalaila said...

Jangan marah...gunakan akal bukannya perasaan !! Ingat tu dik..orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa...

Pemuda Malaysia said...

saudara cintalaila..

terima kasih atas peringatan cintalaila. mungkin itu beza antara orang muda dan orang yang 'berumur' macam cintalaila.
namun saya tidak sekali-kali melupakan peribahasa yang cintalaila sebutkan pada saya..

terima kasih sekali lagi cintalaila..

Anonymous said...

Terima kasih la kerajaan BN sebab naikkan harga minyak.Naikkan lagi la sementara boleh..

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous, terima kasih atas komen saudara.

memang kita patut berterima kasih kepada BN kerana naikkan harga minyak.

kita sebagai rakyat perlu faham dan sedar, tindakan kerajaan BN naikkan harga minyak adalah untuk memastikan kemakmuran ekonomi Malaysia dalam jangka masa yang panjang.

kita kena sedar bahawa kita juga bakal memiliki generasi yang akan mewarisi bumi Malaysia.

Jadi, hargailah minyak di Malaysia.

saudara boleh buka komen dalam tajuk royalti minyak dipulang untuk meneliti penjelasan saya mengenai harga minyak.

sekian, terima kasih.