Wednesday, June 25, 2008

UCAPAN MP PADANG SERAI MELENCONG

MP Padang Serai ditegur oleh Speaker kerana berucap tidak berdasarkan kepada rang undang-undang. Beliau menceritakan pengalaman beliau ketika berada di Kapit di mana jalan raya di Kapit terlalu teruk. Namun fakta yang diberikan oleh MP Padang Serai disanggah oleh MP Kapit dengan mangatakan bahawa fakta yang diberikan oleh MP Padang Serai itu tidak benar.

MP Padang Serai juga memalukan diri sendiri dan parti yang diwakili oleh beliau kerana meminta MP Pasir Salak memohon maaf atas tuduhan yang dikatakan ditujukan kepada beliau. Namun, MP Padang Serai sekali lagi ditegur oleh Speaker kerana Speaker mengatakan bahawa MP Pasir Salak tidak menujukan apa-apa kata yang perlu untuk MP Pasir Salak memohon maaf.

Sungguh memalukan juga kerana MP Padang Serai berhujah ikut syok sendiri dan ternyata ucapan yang diberikan oleh MP Padang Serai juga tidak disokong oleh MP Parit Buntar dengan mengatakan bahawa ucapan MP Padang Serai telah melencong jauh.

Itulah dia standard ucapan MP Padang Serai, macam budak sekolah rendah.

10 comments:

Anonymous said...

Wahai Pemuda Malaysia :Tatapilah cerita ini...
SETELAH genap 100 hari pemerintahan baru Negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat, penduduk negeri ini mula merasakan nikmatnya ditadbir oleh kepimpinan yang menjadikan ketuanan rakyat sebagai fokus utama.

Pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor ternyata dinamik dan mempunyai kepedulian yang tinggi kepada rakyatnya.

Komitmen ini terserlah dengan pelbagai pembaharuan dan pendekatan yang diambil bagi meyakinkan rakyat secara keseluruhan bahawa mereka telah membuat keputusan yang tepat dan bijak pada pilihanraya umum yang lepas.

Ianya jelas dibuktikan dengan 7 pengumuman awal yang dibuat oleh Y.A.B Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor pada perhimpunan khas sempena Sambutan 100 Hari Pemerintahan Kerajaan Baharu Selangor yang berlangsung di Stadium Shah Alam, 20 Jun lepas.

Antara yang paling hangat dibincang dan diperkatakan ialah pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu kepada seluruh isi rumah di Selangor.

Walaupun isu ini banyak dipolitikkan dan dipolemikkan oleh pelbagai pihak yang cemburu serta pelbagai usaha dirancang bagi menggagalkannya namun jaminan telah diberikan oleh kerajaan bahawa pemberian air percuma tetap akan dilakukan di negeri ini demi meringankan beban rakyat yang makin terhimpit akibat kenaikan pelbagai barang keperluan rumah setelah kerajaan pusat menaikkan harga petrol dan diesel baru-baru ini.

Yang kedua, kerajaan negeri juga telah mewujudkan TAWAS atau Tabung Warisan Anak Selangor. Melaluinya, kerajaan negeri memberi tabungan sebanyak rm100 bagi setiap anak Selangor yang dilahirkan pada tarikh 1 Januari 2008. Ianya juga terbuka kepada ibu bapa warga Selangor yang melahirkan anak di luar negeri Selangor.

Dengan bayaran pendaftaran rm10, pelaburan ini dapat dicairkan setelah 1 tahun dan setiap anak tadi akan menerima tunai rm110. Namun, mereka boleh memilih untuk mengekalkan wang yang ada dan akhirnya pada usia 18 tahun mereka akan menerima tunai sebanyak rm1500.

Seterusnya,kerajaan negeri telah mengumumkan untuk memberi hadiah tunai sebanyak rm1000 kepada setiap anak selangor yang mendapat tempat di IPTA atau IPTS dalam peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Ini sekurang-kurangnya dapat menyuntik semangat dan meringankan sedikit tanggungan untuk membeli keperluan asas semasa mendaftar di IPT masing-masing.

Keempat, keprihatinan kerajaan ini turut meliputi kebajikan warga emasnya. Oleh itu, Skim Takaful dan Perubatan Percuma untuk semua Warga Emas telah dikemaskini dengan insentif yang lebih menarik. Sebanyak RM3500 diperuntukkan untuk setiap wasi yang berdaftar dengan kerajaan negeri.

RM500 akan diberi secara tunai dalam tempoh 24jam setelah kematian dilaporkan dan bakinya akan menyusul. Program ini layak dinikmati oleh warga emas yang bermastautin sekurang-kurangnya 1 tahun di negeri bertuah ini.

Seterusnya, pihak kerajaan negeri juga telah mengumumkan progran OSCC atau pusat sehenti krisis yang ditubuhkan di hospital kerajaan khas untuk menangani masalah ataupun krisis domestik yang dialami oleh pasangan berkelamin secara keseluruhan.

Selain itu, memandangkan selama ini anak-anak pekerja ladang di seluruh Selangor sering ketinggalan dan diabaikan pelajarannnya, maka Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang turut diwujudkan. Asrama penempatan untuk anak-anak ini akan dibina dan pendidikan mereka akan dijaga selengkapnya.

Bagi melaksanakan perkara-perkara di atas, pihak kerajaan negeri akan mempergiat usaha dan program memaksimakan peningkatan hasil mineral dan batuan yang selama ini diberikan secara kontrak kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Hasil yang dikutip pula hanya dalam bentuk royalti yang sangat minima.

Namun dengan usaha yang dijalankan secara bersepadu oleh agensi kerajaan negeri sendiri maka hasil dalam bentuk kewangan dan pendapatan negeri Selangor ini akan meningkat tinggi sebagaimana sepatutnya.

Oleh itu, kini terbukti walaupun kerajaan Negeri Selangor diasak dan dihimpit dari segenap penjuru oleh golongan tertentu namun fokus utama dan kepedulian kepada rakyat masih menjadi keutamaan pemerintah negeri ini. Melalui pencapaian di atas maka 100 hari pertama ini boleh dianggap sebagai ujian yang telah dilepasi dengan sangat cemerlang. Tahniah Kerajaan Negeri Selangor!

Pemuda Malaysia said...

Salam Saudara anonymous..

Tahniah saya ucapkan kepada kerajaan negeri Selangor yang berjaya menunaikan janji dengan memberi subsidi air percuma.

100 hari pemerintahan PKR di Selangor belum cukup untuk menilai keikhlasan mereka. Cukuplah saya cakapkan mengenai kes wang derma yang dikatakan disalurkan terus ke dalam tabung PKR. Ini jelas menunjukkan satu penyelewengan nyata yang telah berlaku dalam kepimpinan "Pakatan Longgar" atau "pakatan Rapuh".

Baru 100 hari dah pandai seleweng duit. kesian member dalam parti "pakatan rapuh" yang tersinggung dengan perbuatan PKR.

Saudara sudah lupa dengan apa yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional selama 62 tahun penubuhan UMNO? Kemajuan infrastruktur dan pembangunan di Malaysia di bawah BN adalah satu usaha yang patut saudara hargai dan kenang.

Saya berbangga jadi rakyat Malaysia di bawah pimpinan kerajaan BN kerana lebih bervisi daripada "pakatan Rapuh"

Lagi satu saya nak bagitahu saudara, Anwar meliwat lagi...nak buat macam mana? tak insaf lagi rupanya penasihat parti PKR yang saudara sanjung. kalau betul dia tak buat, pi lah buat report polis. jangan sembunyi di kedutaan Turki. Buat malu rakyat Malaysia jer..

terima kasih..

Anonymous said...

Salam keimanan...apalah gunanaya memfitnah orang...100% kepercayaan saudara...kejam !tanpa bukti, tanpa saksi hanya kenyataan @ laporan polis sahaja saudara telah percaya...ternyata saudara berakal pendek, harap je seorang yang mungkin terpelajar...persoalanya !!! bagaimana tuduhan sebelum ini....ternyata tidak benar..kenapalah tak insaf-insaf yang mengenakan orang...apa pula kaitan gambar saiful dengan shahril rambut putih...orang kanan najib...azalina.....siapa saiful sebenarnya ????.... lu fikirlah sendiri wahai pemuda malaysia yang malu memberikan wajah sebenar!!!!

Pemuda Malaysia said...

salam kembali saudara anonymous,

saya mengatakan 100% DSAI melakukan perbuatan tersebut kerana itu adalah berdasarkan 'personal view' saya sendiri.

jika terbukti DSAI tidak melakukannya, kenapa perlu berlindung di kedutaan Turki? kenapa DSAI boleh mengatakan ada ancaman untuk membunuh beliau? Negara kita ada undang-undang, jadi buatlah laporan polis jika diancam.

bukan semua anggota polis pro kepada kerajaan, jadi apa yang perlu DSAI khuatirkan. adalah amat memalukan Malaysia dengan meminta perlindungan keselamatan daripada keduataan luar.

tentang wajah sebenar saya tak perlulah nak didebatkan kerana tiada apa-apa keuntungan yang saudara anonymous akan dapat. sebaliknya saya nasihatkan saudara anonymous guna nama yang lebih elok lagi.

kalau saudara mahu bukti lagi, saudara boleh atur pertemuan dengan saudara ezam nor dan tanya dia tentang DSAI.

Semoga rakyat Malaysia terutama saudara sedar akan sifat sebenar DSAI..amin..

Anonymous said...

Salam kedamaian...bagaimanalah masyarakat nak percaya dengan POLIS dengan peristiwa yang lepas...siapa yang melebamkan mata DSAI...saya percaya andai berlaku apa-apa dengan DSAI akan berlaku satu gelombang yang saya percaya tidak akan menguntungkan sesiapa..soalan saya tak berjawab lagi apa kaitan SAIFUL dengan gambar-gambar tu...ezam tu siapa !!!

Pemuda Malaysia said...

SALAM SAUDARA ANONYMOUS,

kenapa mata anwar lebam??sebab mulut dia lancang sangat..

saiful adalah pembantu khas kepada penasihat PKR. kaitan di antara saiful dengan gambar-gambar tersebut ialah saiful datang untuk memohon kelulusan satu biasiswa dan telah berjumpa dengan orang di dalam gambar yang saudara musykilkan.

ezam pula adalah orang kanan anwar dan boleh dikatakan klon anwar..ezam nor tahu perangai anwar dari A sampai Z..

apa lagi yang saudara nak tahu??

Anonymous said...

Hebat saiful kan datang untuk memohon kelulusan satu biasiswa...wahai rakyat malayasia INGAT kalau nak kelulusan biasiswa terus je jumpa menteri yang pemurah tu...kalau jumpa menteri pendidika ke lojik jugak...ni apa pulak menteri perdagangan...ingat rakyat bodoh ke nak percaya ! masaallah apalah nak jadi...!!!!! ternyata malam ni kenyataan DSAI telah membuka mata semua rakyat Malaysia...tunggu!!!!!!!!!!!memfitnah dosanya lebih besar dari membunuh.... insaflah wahai pemuda malaysia kembali ke pangkal jalan...

cintalaila said...

Salam dari bukit
Apalah kau orang ni...biarlah polis buat penyiasatan dahulu..kita tunggu keputusan mahkamah...itu pun kalau telus !! malas nak layan cerita-cerita macam ni...

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara anonymous..

ini bukan masalah hebat atau tak..
tapi saiful sebagai rakyat malaysia tahu menggunakan saluran untuk meminta sesuatu bantuan..

kita tak payah pergi jauh la...
saya ceritakan satu perkara yang berlaku di selangor..

selepas PRU-12, negeri selangor jatuh ke tangan pembangkang.. saya sendiri ada informer dari "Pakatan Rapuh" yang menceritakan fenomena "Pakatan Rapuh". orang PAS dan PKR sendiri berkata, kita kena gunakan kesempatan yang ada untuk mengaut segala hasil bumi dan dapatkan sedikit habuan seperti tanah kepada kerajaan "Pakatan Rapuh"..

Kalau kita tak ambil peluang nie, kita takut PRU 13 kita akan jatuh..

Saya tak kan cakap kawasan mana di Selangor, tapi cukup saya katakan "Pakatan Rapuh" pun bukannya baik sangat..Kroni pun berlambak..

Jadi, setelah bermuhasabah diri saya sedar tiada siapa yang sempurna di dunia ini..namun UMNO dan BN adalah antara parti yang hampir sempurna kerana setelah 50 tahun kita merdeka, banyak kemajuan yang dibawa oleh BN.. "Pakatan Rapuh" baru 100 hari perintah Selangor dah keluar isu penyelewengan duit derma..tak malu ke dengan rakyat???

Pemuda Malaysia said...

salam saudara cintalaila,

terima kasih kerana turut serta dalam perbincangan mengenai kes DSAI.

betul kata cintalaila, kita tunggu penyisatan polis selesai..

dan insyaAllah penyiasatan polis adalah telus dari segenap aspek..

elok juga cintalaila tak layan cerita macam nie sebab cintalaila ada tugas lebih besar iaitu mendidik anak bangsa..

teruskan usaha mendidik anak bangsa agar mereka bole menjadi pemimpin pelapis yang cemerlang, gemilang dan terbilang..