Tuesday, June 24, 2008

Tindakan Tidak Patriotik PAS

Saranan MP Shah Alam, Khalid Samad, di Dewan Rakyat semalam agar kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka untuk membenarkan syarikat asing mencari minyak di negara ini memaparkan sikap tidak patriotik beliau dan parti yang diwakilinya. Cadangan itu juga memaparkan sikap cetek dan mengutamakan kepentingan jangka pendek.

Sikap itu menunjukkan PKR sanggup membenarkan syarikat-syarikat asing mencari minyak di negara ini seperti yang dilakukan oleh Petronas, semata-mata atas dasar keuntungan dan bukannya untuk kepentingan negara dalam jangka panjang lebih-lebih minyak yang merupakan aset strategik negara.

PKR seharusnya memahami pelbagai kesan negatif sistem terbuka itu yang akhirnya akan "menjual maruah" negara kepada syarikat asing yang sentiasa menerima arahan daripada ketua negara mereka.

Kesan pertama ialah sikap PKR yang mementingkan keuntungan melebihi kepentingan negara itu mampu membuka ruang dan peluang kepada syarikat asing mengaut seluruh keuntungan negara ini. Walaupun dalam jangka pendek memberi keuntungan kepada negara tetapi jika dilihat dalam jangka panjang, negara akan kerugian dalam bentuk keuntungan, modal insan, pembangunan industri huluan dan hiliran, pembentukan usahawan negara, "brain drain" dan keupayaan mendapatkan teknologi baru.

Lebih malang peluang untuk mendapatkan teknologi baru dalam bidang carigali dan penerokaan minyak di dasar laut akan terbantut. Ini sungguh memalukan kerana negara pengeluar minyak tidak mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam bidang yang sepatutnya mereka kuasai jika dibenarkan Petronas terus melaksanakannya.

Sebagai syarikat yang mementingkan keuntungan sudah tentu mereka tidak memperdulikan kepentingan strategik Malaysia dalam setiap usaha mereka. Keterbukaan ini akan menjadi lesen kepada mereka untuk bertindak sesuka hati.

Lihatlah apa yang berlaku di Iraq di mana dengan alasan mencari senjata berbahaya membolehkan mereka bertapak untuk menguasai emas hitam di negara Arab itu. Apakah PKR mahu berbaik-baik dengan syarikat asing terutama dari Amerika Syarikat untuk membolehkan mereka menguasai kekayaan di negara ini?

Umum sudah mengetahui bagaimana rakusnya syarikat-syarikat antarabangsa Amerika Syarikat menyusun strategi mereka untuk menguasai perniagaan minyak ini. Ini seperti yang disebutkan oleh bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Henry Kissinger, yang menyatakan, "mereka yang menguasai minyak, akan menguasai dunia" menjadi pendorong kepada mereka untuk bersikap tamak dan rakus.

Khalid dan PKR seharusnya mengetahui bahawa memberi peluang kepada syarikat-syarikat asing ini, ibarat memberi ruang kepada negara asing untuk "masuk" dan "menjajah" negara ini. Inilah penjajahan bentuk baru - penjajahan ekonomi. Sudah tentulah syarikat besar ini akan berusaha gigih untuk mencari segala peluang terhadap dasar terbuka negara.

Kesan kedua ialah segala maklumat strategik mengenai kekayaan negara akan dimiliki untuk syarikat-syarikat asing bagi membolehkan mereka merancang apa yang terbaik untuk negara mereka. Maklumat ini sudah tentu diperolehi dengan mudah menerusi peralatan canggih mereka.

Ketiga ialah syarikat-syarikat asing ini boleh melakukan sabotaj ekonomi terhadap negara ini jika kita membiarkan mereka terus menguasai aset strategik negara. Ketika kita didodoikan dengan keuntungan melimpah, mereka juga sudah pasti menyusun strategi agar kita mengikut telunjuk atau kemahuan mereka.

Jika tuntutan ini tidak dipenuhi, mereka mampu melakukan "sabotaj ekonomi" kepada negara dan sudah pasti kita akan menyesal satu hari ini. Sekali lagi, lihatlah apa berlaku di Iraq yang cukup memberi pengajaran kita untuk menginsafkan diri.

dipetik daripada blog "wira malaysia".

4 comments:

cintalaila said...

Salam Perpaduan...buat renungan kita bersama sesungguhnya kita perlu menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah air kita untuk memaut perpaduan dan mengikat persaudaraan- bukannya menohmah PAS yang salah, menuduh KEADILAN yang kabur bukan juga UMNO yang menghancurkan Melayu. Bukan......bukan itu yang kita cari. Kita mahu cari penyelesaian, perpaduan dan senjata ampuh untuk menangani kemelut hak kita yang disanggah. Sekarang bukan lagi masa untuk kita salahkan dia dan mereka. Sekarang adalah masa untuk kita menghulur tangan - bersalam dengan dia dan mereka. Kerana dia dan mereka adalah Melayu, sama dengan kita. Hentikanlah kutuk caci.....kerana kita adalah Melayu yang berbudi. Simpanlah dulu soal agenda sampingan perbincangan.

Apa yang penting ialah pemimpin PAS, KEADILAN dan UMNO (Mahathir+Anwar+Hadi+Abdullah = MAHA) perlu membincangkan agenda besar Melayu, iaitu perpaduan ummah. Soal agenda lain boleh disusuli selepas kalian semakin menyenangi antara satu sama lain.Apabila sudah mampu duduk semeja, maka rundingankanlah segala apa yang difikirkan perlu untuk memartabatkan semula Melayu dan Islam di Tanah Melayu dengan semangat musyuarah yang sebenar. Ketepikanlah kepentingan parti untuk seketika dan utamakanlah kepentingan Melayu. Sesungguhnya tiada manusia biasa yang tidak melakukan kesalahan atau dosa. Kita tidak maksum seperti para anbiya. Kita perlu berani mengakui kekhilafan dan seterusnya memohon maaf dan memperbetulkan perlakuan diri. Umat Melayu dan Islam adalah bersaudara dan sesungguhnya kita adalah saling memerlukan.
Bukankah begitu !!!

Pemuda Malaysia said...

terima kasih kepada saudara cintalaila..

saya menyokong idea dan pendapat yang dikemukakan oleh cintalaila.

saya akan siarkan komen cintalaila untuk tatapan serta komen daripada pembaca yang lain.

saya ingin menjelaskan sedikit mengenai petronas kepada cintalaila.

petronas adalah sebuah syarikat milik Malaysia. Segala hasil carigali minyak dan gas yang diusahakan selama ini adalah usaha bersungguh-sungguh staf petronas.

cuma apa yang pembangkang tidak puas hati ialah mengenai kenaikan harga minyak yang dikatakan agak melampau.

tetapi, apa yang harus diperbetulkan di sini ialah memang minyak diusahakan di Tanah Melayu dan ia sebenarnya adalah milik Petronas kerana Petronas sebagai sebuah syarikat yang berniaga dalam sektor komoditi minyak.

Jika Khalid Samad mencadangkan supaya tender dibuka kepada syarikat luar negara, tidakkah ia satu tindakan yang menjerumuskan Malaysia macam situasi di Iraq?

Cintalaila boleh membaca artikel yang bertajuk "Tindakan Tidak Patriotik PAS" untuk cerita dari Parlimen semalam.

angahSP said...

assalammualaikum wbt..
salam reformasi dan salam perpaduan.
mungkin penulis sendiri tidak memahami maksud sebenar yg di sampaikan oleh mp shah alam tentang tender terbuka.sebenarnya petroleum berkenaan turut dimanipulasi oleh syarikat-syarikat minyak asing yang mendapat kontrak daripada Petronas untuk kerja-kerja cari gali. mungkin penulis pun tidak mengetahui sebenarnya esso dan shell juga juga diberi manipulasi mencari petroleum di negara kita.. sebab aper penulis tidak mengetahui..sebab media perdana tidak menyiarkan.. ini bukan pembohongan sebab sayer ader org kawan jurutera yg berkerja bersama esso untuk cari gali minyak di terengganu. sayer pun terkejut bagaimana minyak petroleum kepunyaan tanah air kita dpt di manipulasi oleh syarikat luar..salah pas ker? keadilan?
saya juga baru tahu rupanya kerajaan BN kita memberikan subsidi petroleum kepada semua syarikat penjual minyak, termasuk syarikat dari luar negara. Patutlah kerajaan BN kita asyik mengeluh konon dah tak mampu nak bayar subsidi. Rupanya kerajaan BN kita terlalu pemurah. kita punya akal dan fikiran yg di kurniakan ALLAH..fikirkan...
assalammualaikum
sebarang maklum balas sila lah ker blog sayer..
salam reformasi

Pemuda Malaysia said...

saudara angahsp,

terima kasih atas komen saudara..
saya akan menjawab pendapat saudara secepat mungkin..

terima kasih sekali lagi kerana melayari laman blog saya dan insya Allah saya akan melawat laman blog saudara angahsp pula..

wassaslam..