Tuesday, November 18, 2008

Biar Rafidah, Shahrizat bertanding


MUAR 17 Nov. - Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dan Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perlu diberi peluang untuk bertanding merebut jawatan tertinggi sayap parti itu kerana masing-masing sudah mempunyai pencalonan yang cukup untuk jawatan tersebut pada Mac depan.

Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Muar, Datuk Kadar Shah Tun Sulaiman berkata, jawatan itu perlu dipertandingkan kerana semua ahli akar umbi Wanita UMNO sudah bersuara melalui pemilihan peringkat bahagian baru-baru ini, apabila mencalonkan kedua-dua pemimpin itu untuk bertanding jawatan nombor satu pergerakan tersebut.

Beliau berkata, semua ahli pergerakan Wanita UMNO perlu membiarkan Rafidah dan Shahrizat bertanding untuk melihat siapa sebenarnya yang lebih layak menjadi Ketua Wanita UMNO.
"Tidak timbul soal pemilihan jawatan tertinggi sayap itu harus mengelak daripada bertanding atau semua pihak perlu menghormati pelan peralihan kuasa Wanita UMNO yang ditetapkan pada Jun 2009 kerana yang penting sekarang Rafidah dan Shahrizat sudah dicalonkan.

"Apabila masing-masing sudah cukup pencalonan, biarlah mereka bertanding. Kita bukannya hendak menyibuk dalam isu peralihan kuasa Wanita UMNO, tetapi kebelakangan ini dilihat banyak pendapat yang berbeza di setiap Perhubungan Wanita UMNO negeri," katanya di sini hari ini.

Kadar Shah yang juga Ketua UMNO Cawangan Bandar A di sini, mengulas isu peralihan kuasa jawatan tertinggi sayap parti itu membabitkan Rafidah dan Shahrizat yang mendapat reaksi berbeza daripada badan Wanita UMNO negeri.

Menurut Kadar Shah, sekiranya Rafidah memenangi pemilihan jawatan itu pada Mac depan, beliau perlu terus menjadi ketua sayap itu untuk tempoh tiga tahun dan tidak perlu menyerahkan jawatan itu kepada Shahrizat pada Jun.

Namun katanya, jika Rafidah tewas kepada Shahrizat, beliau perlu akur dengan suara akar umbi dan menyerahkan jawatannya itu kepada penggantinya untuk tempoh tiga tahun dan bukan sebagai pemangku.
-dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 18 Nov 2008-

6 comments:

kulatlapok said...

SALAM BRO:

SAYA SOKONG DENGAN KENYATAAN SDR KADAR SHAH iaitu sekiranya Rafidah memenangi pemilihan jawatan itu pada Mac depan, beliau perlu terus menjadi ketua sayap itu untuk tempoh tiga tahun dan tidak perlu menyerahkan jawatan itu kepada Shahrizat pada Jun dan jika sebaliknya?.. Rafidah perlu akur dengan suara akar umbi dan menyerahkan jawatannya itu kepada penggantinya untuk tempoh tiga tahun dan bukan sebagai pemangku.
Sekarang ini sudah tidak timbul lagi soal pemilihan jawatan itu harus dielakan daripada bertanding kerana yang penting sekarang Rafidah dan Shahrizat sudah dicalonkan. Maksudnya di sini kedua2nya harus bertanding. Kalau tidak..?? Rafidah terus berkuasa dan Sharizat yg gigit jari....?? Situasi wanita kini semakin menarik dan lebih menarik lagi rakyat seluruh negara khususnya wanita sedang menunggu KEPUTUSAN SHARIZAT...

pemanduteksi said...

lu baru grade UUM ker? patutlah graduan2 baru ni tak tau reti perjuangan tak macam graduan2 UUM tahun 80an dan 90an dulu.

Pemuda Malaysia said...

saudara kulatlapok..

terima kasih atas komen anda. saya setuju dengan komen anda dan bagi saya, shahrizat perlu bertanding dan ini adalah cara terbaik bagi mengembalikan sokongan rakyat khususnya wanita kepada UMNO.

Rafidah perlu telus dan jujur. cara peralihan kuasa beliau memang diragui dan menimbulkan pelbagai spekulasi umum.

suara akar umbi harus diambilkira kerana tanpa sokongan bawahan, mereka yang berada di puncak kuasa tidak akan bergelar pemimpin...

Pemuda Malaysia said...

saudara pemandu teksi..

saya konvo bulan mac 2008 dan sekarang bekerja di sektor awam. saya rasa student tahun 80an dan 90an di uum juga bagus dan mereka menyokong kerajaan BN. student sekarang memang ramai yang terpesong dengan dakyah songsang pembangkang..

mungkin saudara ingat saya mendapat kerja di sektor awam, jadi saya harus menyokong kerajaan BN. kalau saudara berfikir begitu, saudara silap.

saya bukan macam MB Perak hari ini yang lupa diri. beliau mendapat bantuan kerajaan BN semasa belajar di luar dulu dan balik ke Malaysia menentang kerajaan.

Jika saya bekerja di sektor swasta sekalipun atau menjadi pemandu teksi macam saudara, saya akan tetap menyokong pentadbiran kerajaan BN.

Tidak semua kerajaan di dunia ini 'perfect' dan begitu juga dengan kerajaan BN di Malaysia.

Namun kerajaan BN banyak membantu dan membangunkan Malaysia sehingga dikenali di mata dunia.

Berani saya katakan di sini bahawa kerajaan BN sejuta kali lebih baik daripada Pakatan Rapuh di Selangor dan Perak!!!

Saudara bawa teksi hati-hati ya dan semoga jumpa jalan pulang...

Anonymous said...

Biarlah ada pertandingan Ketua Wanita, yang sudah berakar umbi tu tentu keberatan nak lepaskan kuasa begitu sahaja. Begitu juga yang baru nak menyemai benih..kalau menang,bolehlah bersorak megah `AKU KALAHKAN WANITA BESI MALAYSIA WALAUPUN AKU SENDIRI DIKALAHKAN BUDAK NURUL TU'.
Saya juga sependapat dengan saudara bahawa setiap kerajaan itu ada kelemahannya..untuk memperkuatkan barisan, kita harus mengenalpasti dimana kelemahan barisan kita dahulu. Senario politik berubah mengikut masa, sentimen 70'an, 80'an dan 90'an memang tidak sama dengan sentimen rakyat zaman alaf baru ini. Maka itu, UMNO kini sedang dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, untuk terus gemilang dipersada dunia. HIDUP UMNO!!

Pemuda Malaysia said...

salam saudara jomosama Tuaran..

terima kasih atas komen anda. saya bersetuju dengan anda bahawa UMNO perlu menyesuaikan diri dengan situasi semasa hari ini.

hari ini rafidah pun dah keluarkan kenyataan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan beliau.

ini bukti bahawa suara perwakilan telah dipandang serius dan menunjukkan demokrasi di dalam UMNO terus subur.

InsyaAllah UMNO akan terus cemerlang,gemilang dan terbilang di malaysia...dan mata dunia..!!!