Sunday, November 2, 2008
Harga Minyak Turun Lagi
Alhamdulillah, minyak turun harga lagi semalam. Penurunan sebanyak 15 sen untuk petrol dan diesel sedikit sebanyak mampu membuatkan rakyat kita tersenyum.
Namun ada juga suara-suara sumbang yang tidak tahu mensyukuri apa yang telah kerajaan lakukan. Mereka masih tidak berpuas hati dengan penurunan harga minyak yang telah dibuat oleh kerajaan sebanyak empat kali sejak dalam masa 2 bulan ini.
Bagi saya, kita memang tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Biarkanlah mereka hendak berkata apa-apa pun. Apa yang pasti kerajaan telah menunaikan janji mereka untuk menyemak harga minyak setiap bulan dan menurunkan harga tersebut berdasarkan harga pasaran minyak antarabangsa.
Macam pihak pembangkang, mereka pun bukan tahu senyap pun. Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan, mesti ada yang tak kena. Seolah-olah mereka sahaja yang betul. Lantaklah korang pembangkang, bangkanglah apa yang korang nak bangkang. Apa yang penting kerajaan Barisan Nasional semakin menampakkan perubahan dalam sistem pentadbiran dan sentiasa bersedia memenuhi aspirasi rakyat jelata yang mahukan kerajaan yang lebih adil dan bertimbang rasa serta telus. Tak perlu tukar kerajaan pun kerana kerajaan Barisan Nasional hari ini sudah mengorak langkah ke arah itu.
Pihak pembangkang pun bukannya buat kerja sangat pun. Cakap je lebih kat Dewan Rakyat. Tapi habuk pun tarak!!!

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam Bro...
Harga minyak memang dah turun tapi harga pengangkutan dan barang masih juga tak turun ni ape dah jadi bro....
salam sumandak bayu..
terima kasih atas komen anda..harga barang sudah mula diturunkan dan pasaraya Giant menjadi pasaraya yang pertama telah menurunkan harga barang.
cuma tentang tambang pengangkutan yang tak turun malah akan naik pada tahun hadapan, saya kurang faham kenapa jadi sebegitu.
harap menteri yang berkaitan tidak terlalu mengikut kehendak pengusaha pengangkutan awam.
minta naik harga tapi operasi dan layanan kepada pelanggan lembab dan tidak memuaskan langsung.
Post a Comment