Wednesday, November 12, 2008

Manoharan kekal sebagai tahanan ISA

KUALA LUMPUR 12 Nov — Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kota Alam Shah M. Manoharan gagal buat kali ketiga untuk dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonannya bagi habeas corpus.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam keputusan lisannya berkata alasan yang diberikan dalam afidavit Manoharan tidak termasuk dalam lingkungan permohonan bagi writ habeas corpus.

“Undang-undang kita hanya membenarkan mahkamah untuk memastikan sama ada berlaku pelanggaran terhadap prosedur bagi penahanan itu. Selepas meneliti afidavit, saya bersetuju dengan peguam yang bijaksana bahawa alasan berkenaan tidak termasuk dalam lingkungan permohonan habeas corpus,” katanya.

Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan Manoharan yang difailkan pada 8 Ogos tahun ini untuk mencabar kesahihan perintah tahanan bertarikh 13 Dis, 2007 yang dikeluarkan mengikut Seksyen 8(1), ISA.

Dalam afidavitnya, Manoharan berkata keengganan Menteri Dalam Negeri memberikan kebenaran kepadanya untuk menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor dijadualkan pada 22, 23 dan 26 Mei 2008 dan bahawa beliau dipaksa mengambil cuti telah mencemarkan proses demokrasi.

Manoharan, yang diwakili peguam Sreedevi Naidu juga mendakwa beliau bukan seorang individu yang memberikan ancaman kepada negara kerana beliau telah dipilih sebagai wakil rakyat dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Peguam Kanan Persekutuan Abdul Wahab Mohamad mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan habeas corpus itu atas alasan bahawa alasan yang dikemukakan itu tiada kaitan dengan penahanan Manoharan daripada segi undang-undang.

Beliau juga berhujah permohonan itu jelas mencabuli proses mahkamah dan satu pertindihan dalam prosiding.

“Jelas ia mencabuli proses mahkamah untuk segera memfailkan permohonan bagi habeas corpus apabila permohonan sebelum ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan,” kata Abdul wahab.

Manoharan sebelum ini memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ditolak pada 26 Dis, 2007. Rayuannya di Mahkamah Persekutuan juga ditolak pada 14 Mei tahun ini.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, beliau memfailkan satu lagi permohonan bagi habeas corpus di Mahkamah Tinggi Ipoh tetapi sekali lagi ditolak oleh mahkamah pada 8 Sept tahun ini.
Terdahulu dalam prosiding hari ini, Hakim Mohamad Zabidin juga menolak permohonan Manoharan untuk hadir dan mewakili dirinya sendiri dalam kes ini.

“Selepas meneliti afidavit, saya mendapati tidak ada alasan yang kukuh untuk membenarkannya hadir dan mewakili dirinya sendiri di mahkamah,” katanya.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin.

dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 12 Nov 2008

4 comments:

bungaraya said...

Tahupun Manoharan apa itu sebuah kesengsaraan. Jika tidak kenapa mesti merayu nak keluar dari tahanan ISA? Tahu buat tahulah tanggung akibatnya. Saya cadangkan beliau minum kelorox. Jadi untuk beliau selesai kat situ, Cuma golongan yang menyokong beliau diluar menjadi kacau bilau dan mesti akan membuat bising melalui demonstrasi.

Silalah layari chilliriver.blogspot.com. Kita kawan yah?

SARFAMS said...

Salam Blogger,

Sebuah blog yang berinformasi...
Tahniah Tuan...

Salam ziarah dan salam perkenalan daripada saya...

Jemputlah ziarah dan komen ke blog saya...

Ikhlas...

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen bungaraya..

ISA masih relevan memandangkan sejak akhir2 ini banyak isu perkauman telah dimainkan oleh golongan tertentu.

mengenai golongan di luar yang buat kacau-bilau, saya rasa elok kita serahkan kepada pihak berkuasa kerana mereka tahu cara menangani masalah yang ditimbulkan oleh golongan seperti ini.

Insya-Allah saya akan melayari blog awak dan kita akan bertukar-tukar maklumat.

terima kasih..

Pemuda Malaysia said...

salam blog kepada sarfams..

terima kasih atas pujian anda. Insya-Allah saya akan melawat laman blog anda dan semoga kita dapat bertukar maklumat dan pendapat.

terima kasih.