Wednesday, November 5, 2008

Pengajaran Untuk Ahli UMNO

Membaca artikel dalam blog Al-Husseyn membuatkan saya terfikir juga. Di mana peranan ahli PAS Gopeng ketika pakcik yang saya namakan Al-Husseyn telah kehilangan ibu saudara beliau pada 4 Nov 2008. Saya tidak tahu status pakcik Al-Husseyn samada beliau ahli PAS atau ahli PKR. Namun pada pandangan saya, beliau mungkin menjadi ahli PAS.

Apa yang disuarakan oleh beliau adalah satu kekesalan yang terbuku di hati dan diluahkan melalui penulisan. Beliau jelas kecewa dengan ahli-ahli PAS daripada kawasan Gopeng yang langsung tidak mengucapkan takziah malahan untuk datang menziarahi arwah ibu saudara beliau jauh sekali.

Pakcik Al-Husseyn menjelaskan bahawa PAS yang selama ini memperjuangkan tentang NEGARA KEBAJIKAN dan UKHWAH ISLAMIYAH hanya sekadar menyalak dan berkokok di pentas-pentas ceramah. Namun amat mengecewakan apabila terjadinya perkara sebenar, ahli-ahli PAS terutamanya daripada kawasan Gopeng langsung tidak mempraktikkan apa yang mereka perjuangkan selama ini.

Saya memetik sedikit cebisan coretan daripada pakcik Al-Husseyn. Beliau meluahkan "Berdetik dihati saya, agaknya, kalau anak kucing MB Nizar yang mati , tentu masing-masing akan berebut-rebut berkejar ke residensi MB untuk mengucapkan takziah masing-masing".

Ini jelas menunjukkan bahawa ahli-ahli PAS hanya bermuka-muka sahaja. Mereka hanya akan membantu dan mengucapkan takziah jika orang yang mengalami nasib malang itu adalah orang yang berjawatan tinggi seperti yang digambarkan oleh pakcik Al-Husseyn.

Ayuh ahli-ahli UMNO seluruh Malaysia. Hendaklah kita jauhkan diri kita daripada perangai ahli-ahli PAS. Mereka ini hanya gah berkokok di pentas namun untuk mereliasasikan apa yang telah mereka ucapkan jauh panggang daripada api.

Kepada pakcik Al-Husseyn, saya ingin ucapkan takziah di atas kembalinya ibu saudara pakcik ke rahmatullah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibu saudara pakcik..

Al-Fatihah....

p/s: Rujuk blog Al-Husseyn untuk mengetahui cerita sebenar...

No comments: