Wednesday, May 21, 2008

ISU AIR PERCUMA

MP Bandar Tun Razak menjelaskan mengenai tentang isu air percuma ketika ucapan penggulungan daripada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. MP Bandar Tun Razak berkata bahawa apabila perbincangan lanjut yang diadakan dengan SYABAS, beliau berkata bahawa SYABAS sebagai badan korporat telah menikmati keuntungan yang besar melalui perniagaan berasaskan air yang disalurkan kepada rakyat Selangor.

Jadi, melalui mekanisme yang telah dibincangkan secara lanjut di antara MP Bandar Tun Razak dan SYABAS, keputusan kerajaan negeri Selangor untuk membekalkan air secara percuma akan tetap dilaksanakan. Ini kerana, SYABAS tetap akan menikmati keuntungan walaupun air diberi secara percuma kepada semua rakyat Selangor. Kerajaan negeri Selangor telah membuat kira-kira bagi memastikan pelaksanaan pemberian air percuma dapat dilaksanakan secepat yang mungkin.

Seharusnya MP Bandar Tun Razak mengkaji sebaik mungkin mengenai pelaksanaan pemberiaan air secara percuma kepada semua rakyat Selangor bagi memastikan janji-janji yang ditabur ketika PRU 12 tidak hanya mengabui mata pengundi dan rakyat Selangor.

Pemberian saguhati sbanyak RM 1000 kepada anak-anak Selangor yang berjaya ke IPTA dan IPTS juga telah dituntut oleh mereka. Jangan hanya pandai bercakap dan menabur janji sahaja, sebaliknya tunaikan setiap janji yang telah ditabur.

12 comments:

cintalaila said...

Tunggu dan lihat ya..

cintalaila said...

Tunggu dan lihat ya..

Pemuda Malaysia said...

terima kasih di atas komen dari cintalaila..saya just nak cakap jangan terlalu mengharap kerana PKR hanya pandai berjanji..takut bila tak dapat nanti akan merana diri..

Anonymous said...

Wak Khalid & konco2nya menipu raayat selangor.Tapi dekat pilihanraya nanti baru dia proceed.Sebab Pakatan raayat akan kalah..Sebab tipu raayat selangor yang bengap...

jiwa rakyat said...

betul kata anonymous..PKR memang parti yang mempunyai agenda peribadi. PKR langsung tidak mengutamakan rakyat selangor sebaliknya hanya ingin mencapai cita-cita mencipta kekayaan dan melebarkan pengaruh anwar sahaja.

kepada rakyat selangor, insaflah atas kekalahan BN kerana BN banyak membantu memajukan Selangor. Kembali kepada BN adalah perkara paling baik kerana BN satu-satunya parti yang dapat menjalankan kewajipan kepada rakyat selangor. InsyaAllah BN akan kembali membela rakyat selangor bermula hari ini dan selamanya..

cintalaila said...

Hari ini terbukti PKR telah menunaikan janjinya...nak apa lagi! kalau nak air free pindahlah kat selangor je le...kalau nak murah lagi gali perigi sendiri, tadah air hujan...jangan marah!

Pemuda Malaysia said...

saudara cintalaila..

terima kasih diucapkan kepada PKR kerana berjaya menunaikan janji untuk memberi air percuma kepada rakyat Selangor.

Cuma, masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai kebaikan parti PKR kerana PKR memang banyak janji lain yang belum ditunaikan kepada rakyat Selangor.

Harap PKR tidak bankrap dengan memberi air percuma kepada rakyat Selangor.

Setakat pemberian air percuma tidak dapat dibandingkan dengan kemajuan yang dibawa oleh Barisan Nasional kerana PKR sendiri adalah daripada serpihan Barisan Nasional...

Selamanya menyokong Barisan Nasional!!!

Anonymous said...

Guna akal la skit bila bercakap tu, memang tak banyak PKR beri kpd rakyat kalau nak banding dengan BN. PKR baru memerintah 3 bulan, BN dah 52 tahun! Jangan la mengampu membabi buta,sikap sebegini tidak membantu rakyat yang hidupnya susah.

Anonymous said...

aku dah banyak hantar komen, tak pernah keluar pun ..kau takut nak pamerkan ya.

Pemuda Malaysia said...

salam saudara anonymous..

saya tak pernah buang sebarang komen walupun komen itu mengkritik penulisan saya.

malah, saya langsung tidak takut kepada tulisan atau komen saudara.

saya hanya takut kepada Allah S.W.T

jadi, saudara hantarlah seberapa banyak komen yang saudara suka. Insya-Allah saya akan pamerkan untuk penilaian kita bersama.

suka di sini saya nasihatkan agar saudara menggunakan nama samaran daripada menggunakan nama 'anonymous'..bukan kah lebih elok?

atau saudara pun takut juga??

Anonymous said...

eleh kalau hang berani sangat pasai apa guna nama pemuda malaysia, umum sangat,gunakan nama yang bapak hang bagi.

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous,

Nama Pemuda Malaysia, bapa saya yang bagi juga..dia kata pada saya semoga bila besar nanti saya akan jadi Pemuda Malaysia yang bersemangat waja dan baik hati..

At least saya letak nama Pemuda Malaysia kerana saya bangga menjadi Anak Malaysia..

Saya harap saudara pun letak nama lain selain daripada "anonymous" kerana ramai sangat guna anonymous..

terima kasih..