Wednesday, May 14, 2008

RENUNG-RENUNGKAN



Hanya sekadar renungan, namun sebagai bangsa Melayu, kita harus sedar mengenai kepentingan dan maruah bangsa Melayu di tanahair kita sendiri. DAP semakin biadap dengan menghina kuasa Raja-Raja Melayu.

Siapa lagi yang patut membela Raja Melayu jika bukan kita sendiri bangsa melayu???

8 comments:

cintalaila said...

Jangan dicari kesalahan pada orang lain..kita sendiri kena kaji mengapa bangsa kita sendiri menjauhkan diri...susah untuk menjadi pemimpin yang betul-betul mempimpin, namun bila kita berlandaskan agama serta Al-Quran menjadi pedoman...insyallah kita akan menjadi bangsa yang kuat !!!!

Pemuda Malaysia said...

terima kasih di atas komen yang telah diberi oleh cintalaila. Cuma pada pemerhatian saya di Dewan Rakyat nampaknya pembangkang yang suka sangat mencari kesalahan orang lain (menteri2) terutamanya Azmin Ali. Kadang bosan dan jemu melihat tingkah laku Azmin Ali di Parlimen. Mungkin terperanjat dapat masuk Parlimen. Kesian juga tengok pembangkang dari PKR yang tak de modal nak cakap, hanya tahu menghentam kerajaan sahaja.

Anonymous said...

assalamualaikum...ini pendapat saya...ketuanan melayu memang semakin terhakis,tetapi sebenarnya orang melayu sendiri yang menghakisnya...DEB memang membantu melayu,tetapi itu semua dulu,sejak akhir2 ini ia dipermainkan sendiri oleh pemimpin kita...yang berbangsa melayu sendiri,amalan rasuah,kronisme dan mcm2 lagi...ia ditukar kerana orang melayu tidak mendapat manfaat daripadanya,yang mendapat manfaat hanyalah pemimpin yang gilakan harta...tidak timbul isu melayu terhakis kerana pemansuhan DEB...Isu penternakan babi di selangor pula,projeknya telah diluluskan oleh mb selangor yang lama,tetapi hanya menjadi kecoh selepas pru12...

Pemuda Malaysia said...

w'salam anonymous..tidak semua pemimpin BN perfect dan juga tidak semua korup. Kita berharap supaya pemimpin BN kembali sedar dan berjuang untuk rakyat Malaysia. Alhamdulillah kita dah nampak perubahan itu.

isu babi di selangor pula memang kerajaan BN ada meluluskan tetapi dalam skala yang kecil dan cukup untuk menampung rakyat selangor berbangsa cina di selangor. Mengapa pkr heboh sangat nak ternak besar-besaran di selangor. kemudian apabila mendapat bantahan rakyat selangor, pkr akan menuding jari kepada kerajaan BN yang lama. sudah tentu pkr mempunyai kuasa untuk membatalkan projek babi tersebut. jadi tidak salah jika pkr digelar projek khinzir rakyat.
betul tak saudara anonymous?

Anonymous said...

DAP biadap terhadap Sultan?
Umno Terengganu derhaka terhadap Sultan?

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous,

jelas DAP bersikap biadap terhadap sultan. saudara masih ingin membela DAP???

UMNO Terengganu tidak bersikap biadap terhadap Sultan, sebaliknya kalau dilihat BN Terengganu menang majoriti 2/3 di sana dan kalau diikut hierarki Dato' Seri Idris Jusoh memang layak menjadi MB Terengganu namun mungkin ada kekhilafan yang berlaku di antara Dato' Seri Idris dengan Sultan Mizan menyebabkan beliau tidak mendapat restu istana.

Dato' Seri Idris menyedari kesilapan yang berlaku lantas memohon ampun dengan Sultan tetapi pemimpin DAP seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang pernah minta maaf dengan Sultan???

Itulah beza diantara UMNO dan DAP.. tidak semua parti perfect tetapi UMNO lebih mulia kerana segera menyedari kesilapan dan meminta maaf berbanding DAP yang bongkak dan bersikap kurang ajar..

Itupun saudara nak sokong DAP lagi???renung-renungkan...

Anonymous said...

Menyatakan Sultan sendiri sebagai binatang itu dikatakan mulia? walaupun 100X atau 1000X meminta maaf sekalipun, sudah pasti hati baginda Sultan sudah tercalar kerana rakyat baginda yang berbangsa Melayu dan Islam sendiri sanggup bertindak kurang ajar terhadap raja sendiri kerana dek 'gila kuasa'.

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous,

tidak semua manusia "perfect". saya yakin saudara pun pernah melakukan kesilapan.

namun apa yang penting adalah memohon kemaafan seikhlas hati.

Sekurang-kurangnya Datuk Seri Idris Jusoh momohon maaf di atas apa yang terjadi..

Tidak seperti pembangkang terutama daripada DAP yang sangat-sangat kurang ajar..

Saudara boleh tengok apa yang terjadi di Dewan Undangan Negeri Johor beberapa hari lepas..