Wednesday, October 8, 2008

Akhirnya Pak Lah Berundur...

Teka-teki telah terjawab. Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi mengumumkan bahawa peralihan kuasa akan berlaku sebelum bulan Mac 2009 setelah beliau mengumumkan akan berundur dan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan agung UMNO Mac tahun hadapan.

Kenyataan beliau sedikit sebanyak telah merungkai segala persoalan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat setelah beliau memberitahu akan menyatakan pendirian selepas Hari Raya Aidlifitri. Walaupun beliau telah memberikan jawapan dan jawapan itu harus kita hormati kerana setiap pemimpin akan datang dan pergi. Pak Lah juga harus dikenang sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Terus-terang saya nyatakan bahawa antara jasa Pak Lah ialah beliau menaikkan gaji kakitangan awam pada bulan Julai 2007 di mana saya dapat menikmati kenaikan tersebut.

Selain itu, Pak Lah juga mengumumkan bonus sebulan gaji dan pengecualian daripada membayar bil elektrik dalam belanjawan lepas bagi isi rumah yang mempunyai bil bernilai RM 20 ke bawah. Ini secara tidak langsung memastikan rakyat Malaysia dapat berjimat cermat dalam penggunaan bil elektrik. Alhamdulillah, kadar bil elektrik saya pada bulan lepas bernilai bawah RM 20 dan secara tidak langsung saya tidak perlu membayar bil tersebut kerana ia akan ditanggung oleh kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara.

Penurunan harga minyak juga amat dialu-alukan oleh rakyat terutama bagi saya yang sentiasa mensyukuri pemberian daripada kerajaan Barisan Nasional. Walaupun penurunan terbaru harga minyak hanya bernilai 10 sen, ia tetap memberi impak yang tinggi dan saya yang menggunakan kenderaan kecil merasai nikmat penurunan harga minyak.

Apapun Pak Lah tetap berjasa dan saya juga berasa sedih kerana Pak Lah akan meninggalkan kerusi Perdana Menteri dan Presiden Parti UMNO. Semoga pengganti Pak Lah yang disebut-sebut iaitu Dato' Sri Najib Tun Razak akan lebih berjaya dan mengutamakan agenda serta kebajikan rakyat seterusnya membawa Malaysia ke mercu lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

6 comments:

Anonymous said...

Alhamdulilah...dah sedar rupanya !

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous, terima kasih atas komen yang diberikan..

cuma saya tak faham siapa yang dah sedar?

saya, Pak Lah atau saudara???

Anonymous said...

Pak lah sedar hampir nak kena singkir...
saudara sedar Pak lah dah tak ada kuasa
saya bila nak sedar...kerajaan nak kena tukar?

sumandak bayu said...

Hanya kesedaran yang disebut baik jan fokus kat sape yang sedar sebaik-baiknya biarlah ia umum sebab manusia mudah lupa dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.... btoi tak Bro.....

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous, terima kasih atas komen anda..

saudara memang tak sedar-sedar langsung kot bahawa impian Anwar Al-Juburi nak tukar kerajaan hanya tinggal kenangan belaka...hahaha...

Pemuda Malaysia said...

saudari sumandak bayu, betul kata anda..hidup BN!!!