Wednesday, October 15, 2008

Minyak Turun Lagi, Projek BABI Tetap Diteruskan

Alhamdulillah, perkataan pertama yang keluar dari mulut saya ketika mendengar pengumuman kerajaan BN menurunkan harga minyak berkuatkuasa hari ini. Penurunan sebanyak 15 sen harga petrol dan 20 sen harga diesel selaras dengan trend penurunan harga minyak global jelas memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia. Saya percaya tiada rakyat yang tidak gembira dengan pengumuman ini malahan penyokong parti pembangkang akan turut berkongsi kegembiraan dengan berita ini.

Namun, timbul persoalan di benak saya. Adakah dengan pengumuman penurunan harga minyak ini akan mengembalikan sokongan rakyat kepada BN? Saya berharap mereka yang menyokong Pakatan Rapuh sedar bahawa kerajaan BN tidak zalim dan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

Ini bertentangan dengan trend kerajaan Pakatan Rapuh yang tetap akan meneruskan projek ternakan BABI moden walaupun mendapat bantahan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam. Dengan adanya projek BABI ini, mereka akan mendapat banyak sokongan daripada kaum minoriti Cina dan mereka sedar bahawa sokongan kaum Melayu kepada Pakatan Rapuh semakin menurun berikutan rentetan peristiwa dan kes yang membuka aib Pakatan Rapuh.

Penurunan harga minyak akan menggembirakan seluruh kaum di Malaysia manakala cadangan pelaksanaan projek ternakan BABI di Selangor yang akan diteruskan jelas hanya menguntungkan kaum minoriti iaitu Cina. Takkan tak cukup lagi projek ternakan BABI di kawasan sedia ada untuk menampung keperluan kaum Cina?

Saya berasa simpati kepada penduduk di Kampung Tumbuk, Sepang jika projek ini tetap diteruskan kerana mereka akan mengalami berbagai-bagai kesan buruk akibat daripada kedegilan kerajaan Pakatan Rapuh yang tetap akan meneruskan projek itu.

Sesungguhnya saya masih dapat merasai kegembiraan dan keselesaan di bawah pemerintahan kerajaan BN yang sentiasa prihatin terhadap rakyat Malaysia. Semoga kerajaan BN kekal memerintah dan meneruskan agenda pembangunan rakyat.

4 comments:

Anonymous said...

HARGA BARANG BILA NAK TURUN..

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara anonymous..

mengikut artikel dalam Utusan Malaysia hari in, Datuk Shahrir Samad menjelaskan bahawa pembekal, peruncit dan pekedai sedang mengambil langkah menurunkan harga barang.

Insya-Allah harga barang akan dapat diturunkan dalam masa terdekat ini sejajar dengan penurunan harga minyak dunia.

Kerajaan Malaysia sentiasa memantau harga barangan di pasaran dan akan mengambil tindakan selanjutnya bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

MAT SIRAT said...

Marilah kita memberi tekanan sebagai pengguna untuk memboikot apa jua barangan yang dijual tinggi dan tidak sepatutnya...

MAT SIRAT

ANTARA SIRATAN DAN SURATAN
MEDIA / PLATFORM KOMUNIKASI ALTERNATIF ANDA

http://www.siratansuratan.blogspot.com/

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen mat sirat..

saya setuju dengan cadangan saudara memboikot kedai2 dan peniaga yang degil untuk menurunkan harga barang..

boikot!!!!!