Friday, December 12, 2008

MB S'gor tidak faham isu, kata Dr Khir

Projek pembangunan di kawasan berbukit sejak 20 tahun kebelakangan tidak menimbulkan masalah lagi kerana dipantau dengan baik oleh agensi kerajaan, kata bekas menteri besar Selangor."Isunya bukan pembangunan baru. Kenapa beliau hendak sibuk dengan pembangunan baru? "Pembangunan baru tiada masalah. Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia) sudah buat keputusan. Tidak ada masalah. Sepatutnya tiada masalah," kata Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Beliau menambah, "isu sebenar" yang patut dibincangkan ialah projek-projek pembangunan lama yang diluluskan dua dekad lalu."Beliau (Khalid) tidak faham isu (sebenar)," kata beliau, mengulas pendedahan penggantinya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menteri besar itu semalam mendedahkan sepanjang lapan tahun pentadbiran pemimpin Umno itu mulai 2000, 99 projek kawasan berbukit diluluskan, termasuk 27 yang sedang dimajukan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Projek-projek itu termasuklah 10 di kawasan Bukit Antarabangsa, yang mengalami tragedi tanah runtuh Sabtu lalu, dan 11 lagi di Bukit Melawati - dua kawasan yang dianggap berisiko tinggi.Projek-projek di kawasan ini dikelaskan berada dalam kategori 3 dan 4 iaitu kecerunan lebih 25 darjah dan memerlukan penyeliaan teknikal yang lebih ketat.

Dr Mohamad Khir menambah, sistem pemantauan yang diperkenalkan sejak tragedi di Kampung Pasir, Hulu Kelang pada 2006 "tidak berjalan" sejak negeri itu jatuh kepada Pakatan Rakyat, Mac lepas. "Dulu, setiap tiga bulan, laporan (pemantauan projek kawasan berbukit) dibentangkan. "Sekarang, dibentangkan (juga) tetapi projek baru sahaja," katanya kepada Malaysiakini.

Menulis di blognya semalam, Dr Mohamad khir mendakwa banyak kejadian tanah runtuh melibatkan kawasan pembangunan lama kerana pengetahuan mengenai sistem aliran air bawah tanah dan keadaan muka bumi ketika itu yang amat cetek. Teknologi dan kaedah pembangunan juga tidak mementingkan sistem perparitan yang baik dan pengukuhan tanah sekeliling kawasan pembangunan, katanya lagi.

Dr Mohamad Khir mendakwa, sewaktu pentadbiran BN dahulu, pasukan khas untuk memantau lereng bukit berisiko tinggi terdiri daripada pakar-pakar agensi kerajaan ditubuhkan.Pasukan itu melibatkan pakar daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Geologi dan pihak berkuasa tempatan (PBT)."Laporan mesti dibentangkan setiap tiga bulan, sebab itu tiada kejadian tanah runtuh yang serius selepas peristiwa di kampung pasir tahun 2006," coretnya lagi.

Dihubungi hari ini, Dr Mohamad Khir berkata, aduan penduduk berhubung masalah pembangunan di Bukit Antarabangsa dibuat sejak Oktober lalu kepada kerajaan negeri.Oleh itu, tambahnya, jika sistem pemantauan yang diperkenalkan beliau dua tahun lalu diteruskan, tragedi yang mengorbankan nyawa itu mungkin dapat dielakkan.

Dr Mohamad Khir turut mendakwa Abdul Khalid "tidak ambil tahu" dan menyindirnya dengan berkata menteri besar "sibuk dengan PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor) dan projek-projek baru yang hendak dibahagi pada kawan-kawannya".Tambahnya, keseriusan pemerintahan BN menangani kejadian tidak diingini itu dibuktikan melalui pembekuan beberapa projek di kawasan bukit yang berisiko.Wakil rakyat Sungai Panjang itu turut menempelak keputusan kerajaan Selangor kini yang tidak memperuntukkan wang bagi membantu mangsa tragedi di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama itu.

Menteri besar semalam dilaporkan berkata, semua hartanah yang terjejas milik persendirian dan Selangor hanya memberikan bantuan makanan dan keperluan asas kepada mangsa terbabit. Empat nyawa terkorban dan 14 banglo ranap dalam tragedi awal pagi Sabtu lalu.

dipetik daripada Malaysiakini Online, 12 Disember 2008

....................................................................................................

P/S : Menteri Besar Selangor dari PKR nie memang bodoh dan dungu. Mana tahu tadbir negeri. Beliau hanya tahu mencari keuntungan dengan PKNS jer..Bangang ya amat!!!

9 comments:

kifli said...

P/S : Menteri Besar Selangor dari PKR nie memang bodoh dan dungu. Mana tahu tadbir negeri. Beliau hanya tahu mencari keuntungan dengan PKNS jer..Bangang ya amat!!!
Dek kerana dia rasa bijaklah yang menyebabkan SiToyo ni ditelanjangkan oleh majoriti rakyat Selangor pelbagai lapisan masyarakat pada PRU12 dulu.Konon katanya nak sifar pembangkang sedor2 sapa yang jadi pembangkang kat Selangor sekarang ni......Menurut lapuran, terdapat 99 cerun yang merbahaya yang telah di luluskan oleh Kerajaan lama untuk pembangunan dan bakal berhadapan dengan trajedi yang sama.

Itu baru kawasan Bukit Antarabangsa dan seperti yang di dedahkan hari ini, terdapat banyak lagi kawasan sekitar Sungai Buluh, Damansara dan di mana mana sahaja yang mempunyai bentuk bumi yang hampir serupa dengan tempat kejadian Bukit Antarabangsa.

Bagi UMNO dan BN … mereka sudah melepaskan segala beban yang mereka cipta sejak dulu dan sekarang mereka boleh lepas dan cuci tangan.
Sewaktu pemusnahan hutan simpan bukit cerakah dulu, Pak Lah hanya menjenguk dari tingkap pesawat aje. Khir Toyo yg ada hubungan dgn pemilik Lebar Daun Developmet tdk pun d kenakan tindakan hingga ke hari ini. Adakah Khir sebenarnya menjaga kepentingan Taman berkenaan ataupun kepentingan pemaju??

“Sejajar dengan janji Pakatan Rakyat, saya mengalu-alukan larangan kerajaan Selangor terhadap pembangunan di lereng-lereng bukit yang lebih daripada 25 darjah kecerunan,”

david santos said...

Very good posting and pretty Estandard Malaysia. Have a nice weekend.

Anonymous said...

kalau dia bodoh, dungu ko kategori apa? Baru keje kerajaan kerek plak...sekurang-kurangnya dia boleh memberi syarahan di universiti luar negara, mentadbir syarikat besar, mentadbir negeri. ko...I bet your english tonggang terbalik. Sebab apa ko kerajaan, sebab ko takut menghadapi cabaran dunia luarkan, keje kerajaan relek sket, dah tentu gaji masuk tiap2 bulan. minda budak u skang memang macam tu....pirah. sepatutnya berilah teguran membina baru mencerminkan awak tu belajar dapat ijazah jgn komen mcm budak spm yang tak lulus

Ezad said...

orang jadi MB dia pun nak jadi MB. Sudahnya baca statement pun tergagap-gagap, gelabah tak tentu pasal.

malang la rakyat selangor ada sejarah dpt MB sebegini

Hijat Panjang @ Penang. said...

salam...

camna ko tahu dia tak tahu tadbir negeri?? ko ni penasihat dia ker..?? bagi la can / peluang kat org yg baru dapat peluang nak tadbir negeri broo...

yang sebelum2 ni tadbir lain lahh..makan belas2 tahun..dari tak reti makan duit pun boleh reti makan duit...ada otak lu pikirlah sendiri..

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous..

terima kasih atas komen anda. saudara keje kerajaan ker?kalo keje kerajaan elok lah berenti kerana saudara berkhidmat tidak ikhlas kepada kerajaan sedia ada.

kalo tak keje kerajaan, may b saudara memang tak layak keje sebab tak der standard dan kualiti yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

tentang bahasa inggeris, saya akui saya taklah sebijak mana untuk bertutur bahasa itu, namun saya boleh memahami dan menulis serta setakat nak balas kata-kata pelancong asing yang datang ke malaysia, InsyaAllah saya boleh.

tentang gaji, keje swasta pun dapat gaji tiap2 bulan. keje kerajaan sama je komitmen dengan keje swasta. apa masalah sebenar saudara?

mungkin kecewa sebab tak dapat keje kerajaan kot...hehehe..

saya nak tegur dengan apa cara sekalipun, itu adalah hak saya dan saudara pun ada hak nak komen dalam blog saya.

nampaknya mentaliti saudara lagi rendah dan hopefully saya tak kenal saudara kerana bukan ada apa-apa faedah dan hanya buat saya tergelak apabila baca komen saudara.

anyway, thanks cause leave ur comment in my blog..have a nice day saudara anonymous...

Pemuda Malaysia said...

saudara kifli,

terima kasih atas komen anda..
ini tandanya kerajaan Pakatan Rapuh langsung tidak prihatin dan hanya basuh tangan apabila mentadbir selangor.

khalid ibrahim memang tak layak tadbir selangor dan saya akui dia hanya layak mentadbir sesebuah syarikat. itupun kalo dia ada pegawai yang dapat membantu dalam menguruskan sesebuah syarikat. kiranya nasib dia baik je kalo dapat pegawai yang pandai dalam perniagaan.

malangnya, dalam pentadbiran selangor, dia dibantu oleh orang yang otak udang macam dia juga..nasib badan..

sepatutnya dia segera kaji jika ada kesilapan daripada kerajaan lama dan ambil tindakan segera.

bukan hanya salahkan kerajaan lama.
rugi selangor kerana ada MB PKR yang bodoh, dungu dan tergagap-gagap...

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara ezad..

nak buat macam mana, rakyat selangor dah salah pangkah masa PRU dulu..

kene terima akibat selama 5 tahun diperintah oleh MB PKR gagap..

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen hijat panjang @ penang.

dari penang ker? kalo dari penang saya cadangkan saudara baca blog ngupingtrus, artikel tentang lim guan eng hina khalifah umar abdul aziz.

penang dah bebas dari kemiskinan sifar 100% ker?

lim guan eng kata dalam masa setahun dia akan atasi masalah ini.

saudara jangan lah terpengaruh dengan kafir macam tue. dia kata nak peluk Islam bila ayah dia mampus, jangan mimpi.

DAP adalah serpihan PAP dan akan memperkudakan Melayu satu hari nanti jika kita tidak berwaspada.

Selangor dan Perak adalah contoh terbaik bagaimana PAS dan PKR di Perak dan Selangor diperkudakan oleh DAP...