Wednesday, December 10, 2008
‘PPP bebas keluar BN’
KUALA LUMPUR 9 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Parti Progresif Rakyat (PPP) bebas untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika pemimpinnya mahu berbuat demikian.
Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang disyaratkan oleh PPP untuk ia kekal sebagai parti komponen BN.
“Kalau itu pilihan mereka (untuk keluar BN), apa yang boleh kita buat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Abdullah mengulas gesaan Presiden PPP, Datuk M. Kayveas bahawa partinya akan meninggalkan BN jika kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Gesaan itu dibuat ketika Kayveas merasmikan persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita PPP akhir bulan lalu.
Abdullah berkata, dalam mesyuarat BN hari ini, tidak ada mana-mana pihak termasuk PPP yang mengutarakan sebarang keinginan untuk meninggalkan BN.
“Tidak ada sesiapa buat kenyataan untuk keluar BN,” katanya.
Pada mesyuarat hari ini PPP diwakili oleh Naib Presidennya, Datuk Maglin D’ Cruz kerana Kayveas sedang bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat.
dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 10 Disember 2008
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
Semakin berani pemimpin parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN) mengugut untuk keluar dari BN jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. Ini berpunca daripada sikap berlembut Pak Lah sebelum ini yang seakan-akan tunduk kepada desakan parti komponen lain di dalam BN. Namun, syabas saya ucapkan kepada Pak Lah kerana beliau tidak tunduk kepada desakan Parti Progresif Penduduk (PPP) yang mengugut untuk keluar daripada BN jika Akta ISA tidk dirombak.
Sebagai rakyat Malaysia, saya tidak nampak keperluan mendesak untuk mengubah atau meminda akta ISA kerana saya melihat daripada skop politik hari ini, ISA amat relevan bagi memastikan keselamatan dalam negara terjamin. ISA adalah satu akta yang mencegah sebarang anasir-anasir yang berniat memporak-perandakan serta menghancurkan negara. ISA tidak digunakan sewenang-wenangnya malahan kita dapat melihat bahawa institusi kehakiman negara hari ini yang semakin berada di landasan yang tepat dan bersih daripada sebarang pengaruh politik.
Raja Petra Kamarudin iaitu seorang penulis blog, ditahan ISA dan beliau telah diarah bebas oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 8 November yang lalu. Ini jelas membuktikan bahawa jika ISA itu disalahguna, kita ada institusi kehakiman dan perundangan negara untuk membantu mana-mana individu yang merasakan diri mereka dianiaya oleh akta ISA.
Justeru itu, saya menyokong tindakan Pak Lah agar bersikap tegas dan tidak perlu tunduk kepada mana-mana desakan pemimpin parti komponen dalam BN yang cuba mengambil kesempatan di atas situasi politik hari ini.
Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak mempunyai sebarang cadangan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang disyaratkan oleh PPP untuk ia kekal sebagai parti komponen BN.
“Kalau itu pilihan mereka (untuk keluar BN), apa yang boleh kita buat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Abdullah mengulas gesaan Presiden PPP, Datuk M. Kayveas bahawa partinya akan meninggalkan BN jika kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian terhadap ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Gesaan itu dibuat ketika Kayveas merasmikan persidangan Perwakilan Pemuda dan Wanita PPP akhir bulan lalu.
Abdullah berkata, dalam mesyuarat BN hari ini, tidak ada mana-mana pihak termasuk PPP yang mengutarakan sebarang keinginan untuk meninggalkan BN.
“Tidak ada sesiapa buat kenyataan untuk keluar BN,” katanya.
Pada mesyuarat hari ini PPP diwakili oleh Naib Presidennya, Datuk Maglin D’ Cruz kerana Kayveas sedang bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat.
dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 10 Disember 2008
........................................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................................
Semakin berani pemimpin parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN) mengugut untuk keluar dari BN jika tuntutan mereka tidak dipenuhi. Ini berpunca daripada sikap berlembut Pak Lah sebelum ini yang seakan-akan tunduk kepada desakan parti komponen lain di dalam BN. Namun, syabas saya ucapkan kepada Pak Lah kerana beliau tidak tunduk kepada desakan Parti Progresif Penduduk (PPP) yang mengugut untuk keluar daripada BN jika Akta ISA tidk dirombak.
Sebagai rakyat Malaysia, saya tidak nampak keperluan mendesak untuk mengubah atau meminda akta ISA kerana saya melihat daripada skop politik hari ini, ISA amat relevan bagi memastikan keselamatan dalam negara terjamin. ISA adalah satu akta yang mencegah sebarang anasir-anasir yang berniat memporak-perandakan serta menghancurkan negara. ISA tidak digunakan sewenang-wenangnya malahan kita dapat melihat bahawa institusi kehakiman negara hari ini yang semakin berada di landasan yang tepat dan bersih daripada sebarang pengaruh politik.
Raja Petra Kamarudin iaitu seorang penulis blog, ditahan ISA dan beliau telah diarah bebas oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 8 November yang lalu. Ini jelas membuktikan bahawa jika ISA itu disalahguna, kita ada institusi kehakiman dan perundangan negara untuk membantu mana-mana individu yang merasakan diri mereka dianiaya oleh akta ISA.
Justeru itu, saya menyokong tindakan Pak Lah agar bersikap tegas dan tidak perlu tunduk kepada mana-mana desakan pemimpin parti komponen dalam BN yang cuba mengambil kesempatan di atas situasi politik hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
salam,
sekarang ini kita dah tak perlu lembut lagi dengan mereka..selagi kita lembut diaorang cuba nak pijak kepala kita pula....
terima kasih atas komen tuan..
pemimpin UMNO hari ini perlu bertindak tegas terhadap rakan pemimpin parti komponen lain.
Chua Soi Lek, M. Kayveas, Tan Lian Hoe, dan lain-lain lagi harus didesak supaya meminta maaf dan jangan nak mengada-ngada minta itu dan ini.
Kalau tak serasi boleh berambus!!!
Engko sanggup ke nak tanggung dosa kerajaan yang engko pilih(united mushrikin,munafiqin national organization) mengurung,menahan,menyiksa HAMBA HAMBA ALLAH yang tidak berdosa tanpa diberi peluang pembelaan yang sewajarnya.Renungkanlah fikirkanlah jika keadaan ini terkena pda diri engko atau keluarga terdekat engko!!!!!!!!!!!!!“Kerajaan tidak cadang kaji ISA” – Itulah keputusan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagaimana disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 19/10/08. Beliau berkata, “tumpuan saya ialah untuk membentangkan tiga rang undang-undang ini (suruhanjaya pelantikan hakim, pencegahan rasuah dan aduan khas) di Parlimen dan oleh itu tolong jangan soal saya tentang langkah untuk mengkaji ISA kerana akta hampir sama juga masih diguna pakai di Amerika Syarikat (AS) dan Britain”, tegasnya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-55 di Kuala Lumpur pada 18 Oktober lepas. Perdana Menteri nampaknya langsung tidak mahu tunduk kepada bantahan yang ditimbulkan dari pelbagai pihak termasuklah dari parti komponen BN sendiri untuk memansuhkan Akta zalim tersebut.
Siapa tidak kenal ISA? Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang lebih dikenali sebagai ISA iaitu akronim nama Bahasa Inggerisnya, Internal Security Act) merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang berkuat kuasa di Malaysia sejak 1960 lagi. Akta yang telah benar-benar digunakan kerajaan untuk menyelamatkan hegemoni politik mereka ini membolehkan sesiapa sahaja ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang disyaki atau dipercayai mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, dan sekali gus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Dan Menteri boleh menyambung dan terus menyambung tempoh tahanan ‘ikut suka beliau’ selama tempoh yang tiada hadnya, selama beliau masih berkuasa atau masih bernyawa.
Secara umumnya akta hasil pemikiran penjajah ini mengenepikan kuasa kehakiman dan bercanggah dengan kebebasan individu yang dijamin oleh Perlembagaan yang diagungkan oleh mereka sendiri. Ringkasnya, individu yang ditahan di bawah ISA (i) tidak memerlukan waran tangkap atau apa-apa arahan dari Mahkamah (ii) tidak perlu dan tidak akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atau dibuktikan kesalahannya (iii) kuasa mutlak untuk ‘menjatuhkan hukuman’ terletak kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri (iv) ‘kuasa mutlak’ untuk menyeksa tahanan terletak pada polis cawangan khas (SB) yang tidak pernah mengenal erti kemanusiaan. Sautun Nahdhah kali ini bukanlah ingin membincangkan fakta-fakta kezaliman ISA dan mereka yang telah ‘menjadi korbannya’ sejak sekian lama, kerana sememangnya risalah kecil ini tidak akan dapat memuat segala penderitaan tersebut. Namun apa yang ingin kami utarakan adalah hukum syarak mengenai akta gubalan tangan manusia ini yang mana para penggubal dan pengamalnya langsung tidak memikirkan hukuman dan azab Allah yang bakal menimpa mereka satu hari nanti dek kezaliman yang mereka lakukan.
Kaedah Penghakiman/Keadilan Dalam Islam
Sebagai sebuah deen yang sempurna, agama Islam yang diturunkan oleh Allah ini mencakup segala perkara dan tidak ada satu pun yang tertinggal darinya. Dalam bab pengqadhian (penghakiman), Islam telah menggariskan hukum dan kaedah yang lengkap yang wajib diikuti oleh umat manusia. Antara kaedah syarak yang masyhur di dalam bab penghakiman/keadilan Islam adalah “Al-Aslu bara’atu zimmah” yang bermaksud “seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah” (innocent until proven guilty). Mengikut kaedah ini, oleh sebab hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya, maka seseorang itu tidak boleh dikenakan hukuman melainkan dengan keputusan mahkamah (setelah dibicarakan dan dibuktikan), dan seseorang itu tidak boleh sama sekali (secara mutlak) dihukum (punish) oleh mana-mana pihak selagi dia tidak disabitkan kesalahan [Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, Muqaddimah ad-Dustur, Fasal 13].
Perkara pertama: Al-Aslu bara’atu zimmah. Kaedah ini diambil dari hadis Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam iaitu, “(Beban) pembuktian adalah di atas pendakwa, dan sumpah (penafian) adalah di atas yang tertuduh” [HR Baihaqi dan Mutafaq alaih]. Imam Nawawi ketika mensyarah hadis ini mengatakan, “Pembuktian terletak di pihak pendakwa kerana ia menyalahi perkara yang zahir. Ini adalah kerana asasnya seseorang itu adalah ‘bebas dari kesalahan/liabiliti’ (bara’atu zimmah), sedangkan bagi tertuduh (accused/defendant) cukup dengan sumpah sahaja di pihaknya kerana dia meminta mengekalkan status quo, sesuai dengan asalnya iaitu bara’atu zimmah (tidak bersalah)” [Syarah Matan Arba’in, ms 153]. Hadis ini dengan jelas menerangkan bahawa hukum asal bagi seseorang itu adalah tidak bersalah (innocent), dan pendakwa hendaklah membawa/menunjukkan bukti bahawa si tertuduh bersalah. Jika dia gagal membuktikan, maka si tertuduh tetap berada dalam keadaan asalnya yakni tidak bersalah. Justeru, menjatuhkan hukuman tanpa bukti, malah tanpa dakwaan sedikit pun seperti yang berlaku dalam kes ISA adalah bertentangan sama sekali dengan hadis ini. Dengan kata lain, perbuatan ini telah menyalahi hukum yang telah ditetapkan oleh Rasulullah.
Perkara kedua: Seseorang tidak boleh dijatuhkan hukuman kecuali dengan keputusan Qadhi (Mahkamah). Dalil untuk hal ini dapat dilihat dalam Hadis Nabi, “Maka barang siapa yang telah terambil hartanya olehku, maka inilah hartaku, maka silalah dia mengambilnya dan barang siapa yang telah aku tersalah sebat belakangnya maka inilah belakangku untuk disebatnya, maka hendaklah dia mengambil keputusanku ini” [HR Baihaqi]. Dalam kes ini, kita mesti ingat bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam mengatakan hal ini dalam kapasiti baginda sebagai seorang pemerintah dan juga hakim. Ini bermaksud bahawa sesiapa sahaja yang telah dihukum (oleh hakim) secara salah, maka dia boleh menuntut pembalasan yang serupa. Hadis ini menjadi dalil yang tidak membenarkan pemerintah menghukum rakyatnya tanpa terbuktinya dakwaan terhadapnya yang melayakkan dia dihukum. Oleh itu, seseorang tidak boleh mendera orang lain kecuali dengan keputusan hakim dan adalah haram bagi seseorang hakim untuk menghukum (sama ada mengambil harta, mendera atau memenjara) orang lain tanpa hak.
Tambahan pula ada dalil lain di dalam kes li’an, yang mana seorang perempuan yang dituduh oleh suaminya bersekedudukan dengan orang lain kemudian perempuan ini dibawa ke hadapan Rasulullah (sebagai hakim), tetapi dia telah teragak-agak dalam melakukan penafian. Dalam kes itu, perempuan tersebut terselamat dari direjam kerana dia telah melakukan sumpah li’an. Namun Rasulullah bersabda, “Seandainya aku boleh merejam seorang itu tanpa bukti, nescaya aku akan merejamnya” [HR Muslim, Ahmad, Baihaqi dan Thabrani]. Ini menunjukkan bahawa tidak boleh merejam (menghukum) seseorang apabila tidak ada bukti jelas meskipun anda kesamaran dalam penafian perempuan tersebut. Jika Rasulullah sendiri justeru memanggil bicara dan tidak menghukum tanpa bukti yang jelas (walhal baginda diberi wahyu tentang perkara tersebut), maka alangkah hebatnya kuasa seorang Menteri (dan polis-polis yang terlibat) melampaui batas yang ditetapkan oleh Rasulullah, apabila mereka dengan mudahnya terus menghumban suspek ISA ke Kamunting dan menyeksa tahanan tanpa bicara dan tanpa bukti yang kukuh!
Dalam keadaan di mana individu tersebut disyaki melakukan kesalahan, Islam sememangnya membenarkan pihak polis menahan seseorang tertuduh (seperti tahanan reman) bagi membolehkan mereka mengumpul maklumat sebelum melakukan dakwaan. Bagaimanapun, penahanan ini hanya boleh dilakukan dengan syarat mendapat akuan/perintah dari Mahkamah dan masa penahanan adalah pendek dan terhad. Hal ini berdasarkan dalil hadis dari Bahz bin Hakim dari bapanya, dari datuknya, “Bahawa Nabi SAW menahan seorang lelaki kerana tuduhan kemudian dia dibebaskan” [Riwayat Lima kecuali Ibn Majah] dan dari Abu Hurairah ia berkata, “Rasulullah SAW menahan seorang individu selama sehari semalam dalam satu kes pertuduhan”. Perlu difahami bahawa penahanan tersebut bukanlah satu bentuk ‘hukuman’ tetapi ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan keterangan (tempoh siasatan), dan tidak boleh sama sekali mendera atau menyeksa tertuduh pada waktu ini.
Perkara ketiga: Hukuman hanya boleh dikenakan selepas sabit kesalahan. Tidak boleh (haram) melaksanakan hukuman kepada si tertuduh sebelum disabit kesalahannya. Dalilnya adalah berdasarkan hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam “Seandainya aku boleh merejam seorang itu tanpa bukti nescaya aku akan merejamnya” [HR Muslim, Ahmad, Baihaqi dan Thabrani]. Meskipun (berdasarkan riwayat dari Ibnu Abbas) perempuan tersebut memang diketahui telah melakukan zina, namun ternyata Rasulullah tidak menyeksa atau melakukan apa jua tindakan agar perempuan itu mengaku. Tambahan lagi, jikalau hukuman boleh dikenakan kepada si tertuduh semata-mata kerana kesalahannya ‘diketahui’, maka sudah tentu perempuan itu dihukum oleh Rasulullah kerana kejahatannya memang sudah pun diketahui ramai. Namun ternyata hakikatnya tidak demikian. Ini menunjukkan bahawa secara mutlak tidak dibolehkan (haram) melaksanakan hukuman terhadap si tertuduh tanpa disabitkan kesalahannya. Oleh yang demikian, adalah haram mengugut, memukul, mendera, memenjara atau mengenakan apa jua bentuk hukuman (punishment) selama mana tertuduh masih belum disabitkan kesalahan.
Hal ini disokong lagi oleh hadis dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam tidak menghukum seorang yang mabuk kerana tidak ada bukti. “Ibnu Abbas berkata, seorang lelaki telah meminum khamar dan mabuk dan dilihat terhuyung hayang. Lelaki ini dibawa kepada Rasulullah dan ketika menghampiri rumah Abbas, dia terlepas lalu masuk ke rumah Abbas dan berselindung di situ. Apabila hal ini sampai kepada Rasulullah, baginda tertawa seraya bertanya, ‘Adakah dia melakukan semua itu?’ Dan (kata Ibnu Abbas) Rasulullah tidak memerintahkan apa-apa pun dalam perkara ini”. Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah tidak menjatuhkan hukuman kepada peminum khamar kerana tidak ada pengakuan dari tertuduh dan dakwaan ke atasnya juga tidak terbukti. Ini bermakna dia telah ‘dituduh’ mabuk tetapi tidak dapat dibuktikan (bahawa dia minum arak). Rasulullah tidak mengugut atau menyeksa atau mendera dia agar mengaku, dan Rasulullah juga tidak menjatuhkan hukuman ke atasnya hanya semata-mata kerana adanya ‘tuduhan’. Oleh yang demikian, adalah haram untuk mengenakan sebarang bentuk tindakan ke atas tertuduh selagi kesnya tidak disabitkan oleh Mahkamah. Dengan kata lain, selagi tidak ada sabitan, statusnya tetap sebagai tertuduh (accused) dan bukannya pesalah (guilty) dan tidak ada seorang pun, baik polis atau menteri yang boleh menghukum (punish) orang yang ‘dituduh’. Berdasarkan hadis ini, hukuman tahanan 60 hari dan juga dua tahun penjara (dan diseksa) yang dilakukan di bawah ISA oleh Menteri Dalam Negeri dan juga pihak polis adalah teramat jelas menyalahi perbuatan Rasulullah dan ternyata haram hukumnya ditinjau dari aspek mana sekalipun.
Selain ketiga perkara di atas, terdapat banyak hadis di mana Rasulullah berpesan, “Jika dua orang yang bersengketa di hadapkan di hadapan engkau (hakim) maka janganlah engkau menjatuhkan keputusan sehingga engkau mendengarkan dari pihak yang satu lagi sebagaimana engkau mendengar dari pihak pertama” [HR Ahmad]. Malangnya di dalam kes ISA, suspek langsung tidak dihadapkan di hadapan hakim dan langsung tidak diberi hak untuk berbicara. Suspek hanya ‘dipaksa’ menerima keputusan Menteri yang dibuat tanpa (Menteri tersebut) melihat kepada syariat Islam sedikit pun dan suspek terus dikategorikan sebagai pesalah. Kita sungguh sedih menghadapi kekejaman undang-undang ini tatkala melihat ia dilakukan oleh pemerintah yang mengaku bahawa mereka adalah beragama Islam. Islam manakah yang diikuti oleh mereka walhal hadis-hadis Rasulullah dalam hal ini mereka campakkan kesemuanya?
Sesungguhnya keharaman ISA adalah ibarat cahaya matahari. Bagi mereka yang jahil agama sekalipun, semua tahu bahawa ISA adalah undang-undang buatan manusia di Parlimen yang diluluskan dengan cara majoriti. ISA bukan berasal dari wahyu, malah jelas bertentangan dengan apa yang diwahyukan. Jika dulu ISA digubal untuk menghalang kebangkitan komunis, dan ternyata ia telah berjaya melumpuhkannya. Kini setelah hilangnya pengaruh ideologi tersebut, ISA digunakan pula untuk menghalang kebangkitan dan penerapan Islam, dengan ditangkap dan dipenjarakan pendakwah-pendakwah yang ingin menegakkan agama Allah dan siapa sahaja yang berjuang ke arah menggantikan kerajaan sekular ini dengan Islam.
Khatimah
Wahai kaum Muslimin! Kita semua tahu bahawa ISA adalah sebuah akta yang memang terkenal zalim. Namun, sebagai seorang Muslim, kita hendaklah mengukur ‘zalim’ itu dari perspektif Islam semata-mata, bukannya dari perspektif emosi. Apabila kita memandang dari kaca mata Islam, maka kita akan mendapati bahawa bukan sahaja ISA, malah hampir kesemua undang-undang yang dibuat oleh manusia yang diamalkan di Malaysia hari ini adalah zalim. Ini kerana semua undang-undang itu adalah undang-undang yang bertentangan dengan Islam yang hanya diluluskan dengan mudah melalui sistem demokrasi berdasarkan suara majoriti. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim” [TMQ al-Ma’idah (5):45]. Oleh itu, kita hendaklah memahami bahawa kezaliman ISA itu adalah kerana keharamannya, sama sebagaimana undang-undang haram lain yang bertentangan dengan Islam yang diamalkan di negara kita. Justeru, ISA dan juga akta-akta gubalan manusia wajib dihapuskan dan diganti dengan undang-undang Islam yang berasal dari wahyu. Wallahu a’lam.
KAMI HAMBA HAMBA ALLAH YANG DAIF LAGI HINA INI MEMOHON KEPADA MU YA ALLAH, ENGKAU BALASLAH KEZALIMAN PUAK PUAK MUNAFIQUN INI DENGAN SEKERAS KERAS HUKUMAN JIKA SEKIRANYA MEREKA INI INGIN MENERUSKAN JUGA PENGGUNAAN AKTA RIMBA LAGI ZALIM KEATAS HAMBA HAMBA MU YANG TIDAK BERDAYA INI AMIN YA RABBAL"ALAMIN!!!!!!!!!!!!Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) melahirkan kekesalan kerana sehingga hari ini masih ramai yang ditahan di bawah ISA sehingga hampir tujuh tahun tetapi sebahagian mereka yang didakwa dengan tuduhan sama telah dibebaskan.
Perkara tersebut ditegaskan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh sewaktu sidang akhbar di lobi Parlimen tengah hari ini.
Beliau juga turut kesal sehingga kini terdapat 64 orang tahanan ISA yang mana seramai 11 orang telah ditahan lebih daripada lima tahun, tujuh orang selama lebih empat tahun, 12 orang selama lebih tiga tahun, 19 orang selama lebih dua tahun, lima orang selama hampir satu tahun dan lima orang ditahan kurang daripada setahun.
Image"GMI sudah acap kali mendengar kenyataan-kenyataan sama ada yang dibuat oleh Abdullah sendiri atau oleh menteri berkenaan tentang penggunaan dan penahanan ISA yang dibuat secara teliti, berhati-hati dan tidak sewenang-wenangnya. Namun sebenarnya kenyataan itu ternyata berbeza daripada realiti.
"Beberapa kes penahanan dan pembebasan terkini membuktikannya iaiti kes terhadap wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan pengendali blog, Raja Petra Kamaruddin," katanya.
Tambahnya, dalam kes Tan Hoon Cheng dan Teresa Kok, Imagepenahanan dibuat dahulu sebelum kes diteliti. Manakala dalam kes Raja Petra, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar tidak mengikut prosedur yang betul di bawah Seksyen 8 ISA dalam mengeluarkan perintah tahanan.
Sementara itu, isteri kepada tahanan ISA, Mat Sah Mohd Satray, Norlaila Othman yang turut serta dalam sidang akhbar itu melahirkan kekecewaan terhadap Menteri Dalam Negeri kerana suaminya masih ditahan hampir lapan tahun.
"Jika Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ingin menutup Kem Guantanamo, Abdullah seharusnya juga menutup ImageKem Tahanan Kemunting," katanya.
Antara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyertai sidang akhbar tersebut ialah Ketua Whip PAS, Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad. Turut serta, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom.
Selain Syed Ibrahim dan Norlaila, GMI turut diwakili beberapa orang aktivisnya. Antaranya Aliza Jaafar, dan Nashitah Md Nor. Turut serta Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh.
Dalam pada itu, sebagai tanda bantahan yang berterusan terhadap akta zalim itu, GMI turut menyerahkan memorandum serta 50,000 poskad bantahan rakyat kepada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk disampaikan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat turut menandatangani 'mock up' poskad bantahan tersebut.
Selain itu, poskad berkenaan antara lain GMI mendesak pemberhentian kezaliman yang ke atas tahanan dan keluarga tahanan, ISA dimansuhkan serta Kem Tahanan Kemunting ditutup.
Sekali lagi pekikan, laungan dan jeritan busuk assabiyyah bergaung di dalam majlis yang dianjurkan oleh satu perhimpunan yang dikenali sebagai Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) pada malam tadi. Dari apa yang dilapur oleh akhbar Utusan Malaysia di atas berhubung dengan majlis yang berlangsung, jelas menunjukkan bahawa terlampau banyak pertentangan dengan Islam itu masih wujud apabila laungan dan seruan yang dikumandangkan itu menjurus ke arah seruan dan laungan assobiyyah. Golongan ini nampaknya masih lagi bermain dengan kotoran dan najis assobiyyah ini. Mereka terus meniupkan perasaan perkauman yang secara jelas diharamkan oleh Islam. Mereka masih tidak serik dan tidak merasa takut dengan azab dan api neraka Allah SWT.
Satu persoalan yang boleh kita lontarkan kepada mereka ialah apakah mereka akan berhujah dengan isu bangsa ini di depan Allah SWT kelak. Apakah tindakan mereka mempertahankan perlembagaan kufur acuan Lord Reid itu sesuatu yang sah di sisi Islam. Niat untuk menjaga dan membela Islam adalah sesuatu yang baik tetapi ianya suatu yang rosak apabila dicampur dengan unsur assabiyyah Melayu, apatah lagi ingin dinaungi dengan unsur-unsur kufur seperti mempertahankan perlembagaan yang dibuat oleh sang kafir Lord Reid.
Wahai kaum Muslimin di dalam Pewaris! ABDUL KIFLI B ABDULLAH sekali lagi ingin mengingatkan kalian untuk kembali kepada perjuangan Islam dan tinggalkan perjuangan ashobiyyah yang akan menjerumuskan kalian ke neraka. Bagi kaum Muslimin yang bukan dari Pewaris, KIFLI dengan ini menyeru agar janganlah sekali-kali kalian menyahut akan seruan yang akan dijaja oleh Pewaris ke seluruh Malaysia ini. Jika kalian hadir di majlis tersebut sekalipun, janganlah kalian sekali-kali menyokong seruan assabiyyah tersebut, sebaliknya hendaklah kalian memuhasabah dan mengingatkan siapa sahaja penyeru kepada seruan neraka itu agar menghentikan segera seruan mereka.
Wahai kaum Muslimin! Jadikanlah Al-Quran dan Al-Hadis sebagai asas perjuangan, bukannya assabiyyah yang merupakan seruan yang dibisikkan dan disukai oleh syaithan bagi menyesatkan kalian dari agama Allah. Rasulullah SAW diutus oleh Allah SWT hakikatnya adalah untuk memperjuangkan Islam, bukannya memperjuangkan bangsa. Seruan busuk yang kalian pekikkan itu adalah seruan yang menyeru ke arah neraka Allah. Tinggalkanlah seruan ke neraka itu jika kalian ingin selamat dari azab Allah. Firman Allah SWT:
“Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (Islam) untuk dimenangkan di atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya”. [TMQ at-Taubah (9):33]
Ingatlah akan sabda Rasulullah SAW,
“Bukanlah dari kalangan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" [HR Abu Dawud].
Yazid Sufaat yang didakwa memberi perlindungan di negara ini kepada beberapa insan yang terlibat dalam serangan 11 September telah dibebaskan daripada tahanan zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Yazid, 44, telah dibebaskan bersama seorang lagi rakyat Malaysia 24 November lalu.
“Kami membebaskan dia memandangkan dia memperlihatkan rasa kesal selepas hampir tujuh tahun berada dalam proses pemulihan.
“Dia dibebaskan dengan beberapa syarat. Dia kena melaporkan kepada polis dari semasa ke semasa dan tidak boleh meninggalkan Selangor tanpa kebenasan polis,”
Yazid, graduan biokimia dari sebuah universiti di Amerika Syarikat telah ditahan Januari 2002.
Dia dikatakan telah membenarkan rumahnya digunakan awal 2000 sebagai tempat mesyuarat bagi anggota Al-Qaeda merancang serangan 11 September di AS.
Dua daripada anggota berkenaan dikenali sebagai Khalid al-Midhar dan Nawaf al-Hazmi yang menaiki pesawat yang merempuh Pentagon di Washington.
Isteri Yazid, Sejahtul Dursina @ Chomel Mohamad, pengarah syarikat teknologi maklumat di Ampang, juga ditahan di bawah ISA.
Sejahtul, graduan California State University ditahan 17 April 2002 tetapi dibebaskan 13 Jun 2002.
kalu betul beliau bersalah… naper tak didakwa??
Benar. KENAPA TIDAK DIDAKWA?
Kenapa mesti gunakan ISA?
Sialan punya kerajaan BN.
UMNO/BN mengikut telunjur USA
Siapa yang ikut telunjuk USA? ANWAR ke?
salam kifli,
terima kasih atas komen anda. saya tahu saudara tidak akan berganjak dengan pendirian saudara mengenai akta ISA yang saudara katakan kejam itu.
itu pendapat peribadi saudara dan saya tidak berhak untuk menyanggah pendapat saudara.
namun, sebagai seorang rakyat malaysia saya menyokong 100% agar akta ISA diteruskan demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan negara ini.
Datuk Ibrahim Ali juga pernah ditahan ISA dan beliau mengakui betapa pentingnya ISA dikekalkan bagi memastikan Malaysia mempunyai satu undang2 yang dapat mencegah sesuatu perkara buruk itu terjadi.
Anwar Al-Juburi pernah ditahan ISA pada tahun 1974 dan beliau juga pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Kenapa beliau tidak mencadangkan ISA tidak dirombak atau dihapuskan sebaik sahaja beliau memegang jawatan kedua tertinggi dalam parti dan Kerajaan?
Inilah tandanya manusia bermuka-muka dan akan diam apabila mempunyai kuasa. sekarang anwar al-juburi nak menyalak semula kerana beliau tiada kuasa dan ingin menunjukkan kepada rakyat betapa prihatinnya beliau kepada nasib rakyat.
saudara kifli, saya melihat penghujahan saudara dari sudut positif kerana itu hak saudara untuk bercakap. melihat daripada ayat saudara boleh dikatakan saudara mungkin dari golongan terpelajar. Namun, sayangnya orang mcam saudara ini begitu bodoh boleh terpengaruh dengan dakyah pembangkang dan kepada pembohong iaitu Anwar Al-juburi.
Akta ISA memang relevan sehingga ke hari ini. Saudara rasa macam tak sedap badan. jadi apa yang saudara akan cari? saya yakin saudara akan pergi berjumpa doktor atau ke farmasi membeli ubat.
saudara berusaha mencegah rasa tidak sedap badan dengan memakan ubat yang diberikan dan Insya-Allah rasa tidak sedap badan yang saudara alami akan hilang.
Itu tandanya saudara mencegah sebelum jadi melarat. Begitu juga dengan akta ISA, mencegah adalah satu tindakan terbaik sebelum terjadi sesuatu perkara buruk.
Macam ni lah saudara, kita tunggu dan lihat. jika Tuhan takdirkan juga anwar al-juburi menjadi perdana menteri, saya harap beliau akan kotakan janji beliau untuk menghapuskan ISA dan lain-lain perkara yang telah dijanjikan.
saya tetap dengan pendirian saya bahawa ISA masih diperlukan, lebih2lagi dengan keadaan suasana dunia hari ini yang banyak terjadi kejadian letupan dan mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa.
lebih baik mencegah sebelum terlambat...
terima kasih atas komen saudara kifli..
malaysia sebuah negara Islam dan akan kekal sebagai negara Islam..Insya-Allah.
saudara cermin diri pakatan rapuh dulu sebelum menegur tentang UMNO dan PEWARIS yang saudara katakan tidak mengikut ajaran sunnah dan hadis.
PKR sekarang pun dah sinonim dengan seks...nauzubillah..
Ya betul saudara PM aku setuju dgn apa yg ko setuju,aku pn harap akta ni akn terus kekal sampai ko n ank2 ko sendiri akn di masukkan di dalamnya..masa tu barula ko tau betapa teruknya akhta zalim ni..ada di antara tahanan ni n fmly diaorg hancur binasa,porak peranda,hdup drita tnpa org tsayang utk mmenuhi nafkah di sebabkan akhta zalim ni..
Tp aku pecaya org cm ko ni xkn dpt trima wlau apa pn pandangan or nasihat dr ssiapa pn sehinggalah benda ni di kenakan pd korang..
Gelaran hina yg ko lemparkan kpd sseorang yg ko benci mmperlihatkan sikap n perangai sebenar korang..(tempat kelua taik pn nk cakap ceeeh')nnti bla ko dh ada ank n dia suka ckp dend yg ko suka ckp ni baru ko tau..xpa ni lah cara org2 umno didk ank2 dia..sbb tu ank2 korang banyak sgt masalah x kira di skolah,di balai polis or mahkamah.(smuanya sbb kes2 bodoh,bukan sbb kepentingan negara or menyatakan kebenaran membela golongan rakyat trtindas..
Hey'Budak hingusan dunia politik ni luas n sgn bahaya utk bdk2 mcam ko yg sgt kurang maklumat n ilmu tntangnya.ko slalu mdedahkan diri utk di hentam oleh org2 yg terlalu matang berpolitik n sempurna pendidikannya..
Bukalah minda tu skit demi org melayu n islam kita ni..kbanyakkan tahanan adalah org mlayu kita.siapa yg sbnarnya mengarnaya bangsa kta ni? cerdikla ckit bro..
Ermm'xnak la comment bnyak sgt,aku tau dah korang ni.KATALA APA PUN,AMENO TU AMENO LA JGK..
ISA dan puaka disebaliknya
Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar semalam menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan telah baru-baru ini membebaskan 6 tahanan ISA termasuklah dua warga Thai. Dari enam yang dibebaskan itu dua merupakan dari Kumpulan JI, dua ditahan kerana disyaki ejen kepada perisik asing dan dua lagi iaitu warga Thai merupakan anggota kumpulan pemisah.
Bermakna ada tiga kategori tahanan yang dibebaskan iaitu pertama dari JI, kedua ejen perisik dan ketiga anggota pemisah Thai. Kategori JI ini telah banyak maklumat dan laporan yang kita perolehi dan diberikan kepada kita walaupun ternyata ia tidak pernah dibuktikan secara sahih di mahkamah terbuka, tetapi yang memusykilkan adalah dua kategori lagi.
Tak Bai, Narathiwat, 2004
Mengapa rakyat Malaysia tidak diberitahu tentang ejen perisik asing ini? Selain dari diumumkan nama kedua-dua tahanan yang dibebaskan itu iaitu Mohd Faizul Shamsudin dan M. Mavalavan, mengapa tak didedahkan aktiviti mereka? Untuk siapa mereka merisik dan apakah yang dirisik oleh mereka? Atau setelah disiasat seperti biasa kerajaan dapati tiada bukti untuk mensabitkan mereka, atau bagaimana?
Sudahlah mereka ditahan tanpa bicara, ditahan dalam keadaan sorok-sorok tiba-tiba dibebaskan pun begitu juga.
Seterusnya dalam bab tahanan warga Thai, mengapakah mereka diusir balik ke negara mereka (deported)? Jika mereka anggota pemisah Thai, tidakkah boleh kita memberikan perlindungan atau suaka politik kepada mereka atas sebab-sebaba perikemanusiaan? Dari segi peri kemanusiaan siapa pun tahu bahawa jika mereka dihantar pulang pasti mereka akan ditahan pula oleh Tentera Thai. Dari pengalaman kezaliman terhadap anggota pemisah Islam di Selatan Thai dan Narathiwat pada 25 Oktober 2004, kita telah boleh duga apakah nasib yang bakal menimpa Ab Rahman Ahmad dan Mohd Termizi Zakaria.
Sementara itu Kem Tahanan Kamunting terus menjadi kem puaka yang menahan tanpa bicara 46 tahanan ISA yang entah sampai bila akan dibebaskan. Selagi kem dan akta yang membenarkan seseorang ditahan tanpa bicara ini wujud maka selagi itulah kerajaan ini akan memikul laknat dari keluarga dan tahanan yang dizalimi (sejak dari mula ia diwujudkan), termasuklah dari rakyat sendiri yang sudah tidak dapat menerima kezaliman seumpama ini.
Puan Halimah, dari Serting, N.Sembilan bekerja sebagai penjual air soya. Beliau terpaksa membesarkan 7 orang anak dan sebahagian besarnya masih bersekolah. Suami Puan Halimah ditahan sejak tahun 2004 hingga kini.
Puan Nolmina dari Sabah mempunyai 6 orang anak. Pendapatan sebagai kerani sebanyak RM500 sebulan terpaksa dicukupkan untuk menyara semua anak-anaknya. Suami beliau telah ditahan sejak bulan April tahun 2006 hingga kini.
Puan Jobaida dari Sandakan mempunyai 5 orang anak. Ketika suaminya ditahan, beliau sedang mengandung 3 bulan. Kini beliau bekerja sebagai guru Tadika dengan pendapatan RM450 sebulan. Suami beliau ditahan sejak Mac 2006 hingga kini.
Tidak lama lagi sekolah akan dibuka, GMI bagi pihak keluarga ini merayu sedikit bantuan kewangan dari anda semua untuk meringankan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.
Bantuan ini akan di kumpulkan dan diserahkan kepada mereka pada minggu akhir bulan Disember ini.
Sebarang derma atau sumbangan boleh disalurkan pada Maybank 162209939776 (Nashita Mohd Noor) Bendahari GMI. No hp Nashita 013-2096373 atau Pn Laila 012-6892608
MEMANG CELAKO!
KALAU DAH NAMONYO UMNO/BN KALAU TAK BUAT ZALIM TAK SAH!!!
CUKUP-CUKUP CELAKO KELIAN NI.
SETAN PUN TAK SEZALIM BANGSA PUAK PUAK UMNO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Post a Comment