Friday, December 26, 2008

Biadap Sungguh!!!

Ada satu laman blog yang mengeji, menghina, mengutuk dan memperlekehkan Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Saya yang rasa panas teramat sangat apabila membaca laman blog tersebut terus menghubungi nombor telefon yang diberikan.

Panggilan saya dijawab oleh seorang wanita dan beliau menyatakan bahawa si penulis blog ini bukan lah orang sebenar dan ia telah disabotaj oleh orang lain(jangan sampai aku jumpa kau wahai penulis sebenar!!!).

Wanita itu menyatakan bahawa si Adibah Ahmad ini yang teraniaya telah membuat laporan polis mengenai blog yang memaparkan gambar beliau dan no. telefon tempat beliau bekerja.

Ayuh seluruh blogger yang mengakui bahawa mereka ini Islam, mari kita hapuskan blog-blog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan Islam!!! Kita lakukan sepertimana blog Surind yang akhirnya memohon maaf di atas apa yang telah dilakukan.

Saya paparkan nama blog untuk tatapan para pembaca sekalian...klik di sini

5 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Jom join team BPN...sila jenguk blog saya..tq

Anonymous said...

tak lain penulis blog tersebut setaraf dengan RPK....yang disokong kuat oleh PKR perosak Islam dan Melayu....yang tumpang sekaki tak lainla...PAS...jangan bagi ruang pada mereka...support blog ini www.informasimalaysia.blogspot.com

Pemuda Malaysia said...

Terima kasih atas pelawaan Panglima Perang Cyber. Saya memang berminat nak join cuma saya tak tahu caranya.

Saya harap saudara dapat memberitahu saya cara untuk menyertai team BPN secara rasmi demi memantapkan kerjasama antara kita bagi membela agama, bangsa dan negara!!!

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous, terima kasih atas komen anda. jangan risau, blog adibah ahmad dah tiada dalam dunia siber.

kita akan pastikan blog seperti ini tidak akan bertahan lama jika ia cuba mencerca Islam dan Nabi Muhammad pada masa akan datang.

Anonymous said...

ANA HARAP ANTA TOLONG KOMEN SIKIT,KOMENTAR YANG ANA COPY PASTE INI………….. bungaraya said…
Selepas habisnya pemerintahan Khalifah Al-Rasihidin yang empat, timbul pemerintahan Abbasiyah dan Umayiah dan seterusnya, dan sejak Bani Abbasiyyah menerajui pemerintahan islam lagi para ulamak tidak lagi berada ditampuk pemerintahan negara islam. Islam berkembang hingga ke barat dan Asia dan Gebenaornya terdiri dari pejuang-pejuang islam yang bukan ulamak. Namun islam terus berkembang. Ramai ahli ilmuan yang bukan sahaja mahir dalam pentafsiran Al Quran dan Hadith dan Usuluddin dan Syariah dan hukum hakam islam yang bercambah, malah ahli kajibintang, ahli geogharaphy, ahli mathematik dan sebagainya yang dianggap oleh sebilangan ortodok islam sebagai sekular. Negara Turkey juga ramai yang mempertikaikan islamiknya apabila Othman Antartuk menjadi pemerintah negara tersebut. Tapi ramai juga yang menganggap sampai kini itulah sahaja negara terbesar islam dikawasan sebbelah eropah.
Sehingga kini berapa banyak negara islam didunia ini yang mengamalkan / melaksanakan hukum hudud? Kafirkah mereka jika tidak melaksanakan hukum tersebut.
Saya duduk dalam sebuah negera islam seperti Malaysia. Saya kata saya seorang penganut islam sejati. Sembahyang lima waktu sehari, saya juga kadang-kdang bangun waktu malam dan membuat sunat tahajud, kadang terus sampai kepagi membuat kial mulail. Saya melaksanakan arahan puasa bulan ramadahan, saya melaksanakan zakat dan saya seorang haji. Kadang jemahan islam kampong saya memanggil saya untuk membaca doa tahlil. Negara saya tidak mengamalkan hukum hudud. Bagi pihak saya secara ain saya telah membuat suruhan Allah dan meninggalkan larangan nya. Insyallah saya akan diterima sebagai salah seorang yang beriman dan termasuk orang-orang yang salleh. Mungkin kah saya bersalah kerana tidak marah kepada kerajaan?. Aatau mungkin salah berdosa kerana tidak memaki dan menuduh kerajaan munafiq sepertyi Bro dan kifli?