Tuesday, December 16, 2008

Lawatan Bush ke Baghdad dilempar dengan kasut


BAGHDAD: Seorang wartawan televisyen Iraq melemparkan kasut kepada Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan memanggilnya 'anjing' pada satu sidang akhbar di Baghdad semalam. Tindakan luar kawalan wartawan terbabit, Muntazer al-Zaidi menyebabkan pegawai keselamatan Iraq dan ejen khidmat rahsia Amerika Syarikat terkejut. Mereka terus meluru ke arahnya dan menariknya menyebabkan berlaku pergelutan sebelum dia dibawa keluar dari bilik Bush bersama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki mengadakan sidang akhbar.

Bagaimanapun kasut berkenaan tidak mengenai sasaran. Bush sempat mengelak ketika berdiri di sebelah Maliki dan terkena dinding di belakangnya manakala satu lagi kasut terkena bendera Amerika Syarikat dan Iraq. Bush hanya tersenyum tapi jelas nampak tidak selesa dengan keadaan itu. "Saya langsung tak kisah," kata Bush sambil meminta semua bertenang berikutan kekecohan tercetus di bilik persidangan itu.

Ketika ditanya mengenai kejadian berkenaan selepas itu, Bush berkata "saya tidak berasan terancam dengan kejadian berkenaan. Jika anda mahukan fakta, kasut itu mempunyai saiz 10," katanya. Beberapa wartawan Iraq lain memohon maaf bagi pihak rakan mereka itu yang dikenali sebagai pemberita sebuah televisyen. Bush tiba di Baghdad kelmarin sebagai lawatan selamat tinggal sebelum beliau mengakhiri tugas sebagai presiden Januari ini. - Agensi

-dipetik daripada Berita Harian Online, 16 Disember 2008-

...............................................................................................................................................

P/S : Tunggu juga bila lah Anwar Ibrahim nak kene lempar dengan kasut macam Bush...hehehe

21 comments:

Anonymous said...

"Jadi saudara-saudara sekelian percayalah kita menentang Umno bukan kerana namanya Umno. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana mengekalkan Perlembagaan Penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan undang-undang jahiliah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh kerana itulah kita cuba melawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekelian, perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad, bergantunglah kita kepada Allah dengan puak-puak ini. Kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah mati syahid. Mati kita adalah Islam. Adakah kita takut untuk mati syahid?"

(Ucapan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang di Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981. )

Anonymous said...

SOLAT

PENGHINDAR KEMUNGKARAN


Institusi solat semakin luntur dikalangan ummah dewasa kini . Terutama generasi muda dan golongan remaja tanpa menafikan juga wujud dikalangan orang dewasa yang culas dan cuai dalam mendirikan solat.


Rata - rata orang tidak mendirikan solat pada hari ini , jauh sekali solat berjamaah . Buktinya kita boleh lihat masjid dan surau semakin hari semakin lengang dan lompang .


Lagi buruk nasib kuliah dan majlis ilmu yang dianjurkan di masjid atau surau. Kehadhirannya cukup menyedihkan berbanding majlis - majlis keraian yang lainnya.


Semalam sebagai contoh , sebaik sahaja selesai menyampaikan kuliah " Syarah Hadis Riadhus Solehin" di Akademi Ar Rasyidin saya terus melangkah pulang kerana demam panjang yang dialami lebih seminggu belum pulih sepenuhnya.


[ sepatutnya saya turun beraksi di Old Trafford pada malam ini bersama adik - adik jamaah dan staff Akademi Ar Rasyidin - tapi maaflah , stamina belum pulih sepenuhnya ]


Dalam perjalanan pulang , saya melintasi satu kawasan kelab malam yang berada betul - betul di simpang empat Pelindung . Saya dapat saksikan sendiri bagaimana anak - anak muda melayu kita tunggang langgang dengan minuman ditangan bergelak tawa pula dengan wanita penghibur yang berpakaian tetapi telanjang di perkarangan kelab malam tersebut.


Mereka macam ni , memang tak peduli sembahyang bang ! apalagi nak menghadhir kuliah tafsir dan hadis . Sesekali terasa mual di dada , tetapi jauh disudut hati terasa juga kasihan kepada mereka yang terumbang ambing mencari arah tuju hidup mereka .


Saya percaya mereka ni tidak solat . Kalau mereka solat , tidaklah begini keadaan mereka . Jumlah mereka bukan sedikit . Teringat saya suatu ketika dahulu kami pernah mengadakan satu operasi meninjau dan memantau perkembangan sosial di Bandar Kuantan .


Boleh saya katakan di sekeliling Masjid Negeri Kuantan tu sahaja ( di Bandar Kuantan ) mempunyai lebih 20 buah kelab malam yang beroperasi sampai jam 1 pagi . 20 buah kelab malam ! saudara bayangkan betapa ramai pengunjung mereka saban hari ?


Itu belum dikira remaja lepak dan berpeleseran di sekitar bandar Kuantan . ( juga belum dikira seuruh bandar utama di negara kita )


Lebih malang , fenomena ini bukan sahaja di bandar tetapi telah meresap dan merebak ke kawasan taman - taman perumahan , desa - desa malah kampung - kampung tradisional termasuklah kawasan perumahan peneroka felda yang semakin parah mutakhir ini .


Gejala lepak , couple , zina , dadah dan arak menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita hari . Kita boleh lihat sendiri bagaimana akhbar dalam negara kita melaporkan perkembangan ini . Jelas menunjukkan bahawa ia berlaku setiap hari dan semakin pesat bagai membentuk satu industri yang diiktiraf oleh negara .


Segalanya adalah manifestasi dari runtuhnya Institusi Solat dikalangan masyarakat kita hari ini . Maha Benar Allah swt . apabila berfirman :


" Sesungguhnya solat mencegah dari sebarang kekejian dan mungkar "


Solat Tanggungjawab semua


Bermula dari individu muslim hinggalah kepada sebuah kerajaan yang memerintah wajib menginstitusi dan mendirikan solat . Solat adalah formula tepat untuk melahirkan insan yang soleh , masyarakat yang sentosa dan negara yang makmur . Justeru solat membentuk peribadi dan spiritual yang tunduk ( rukuk dan sujud ) kepada Allah swt dan ia membentuk suasana taat yang membawa berkat dari Allah swt .


Persaingan hidup berasaskan kepentingan material yang terpisah dari tuntutan akhirat menjadikan manusia hari ini tidak menyedari implikasi yang bakal mereka terima di dunia dan di akhirat akibat meninggalkan solat .


Demi masa depan ummah , kita meletak harapan tinggi kepada generasi kita yang bakal menghuni masa depan . Apakah mereka juga kita biarkan meredah cabaran hidup ini tanpa solat ?

Mohd. Alias bin Demyati said...

dimanakah nilai kesantunan melayu !! fikirkan..

Mohd. Alias bin Demyati said...

Walau sesibuk mana, luangkan masa untuk menjenguk saudara yang terlantar di hospital..hari ini hari dia, esok entah hari kita pula...

Mohd. Alias bin Demyati said...

Walau sesibuk mana, luangkan masa untuk menjenguk saudara yang terlantar di hospital..hari ini hari dia, esok entah hari kita pula...

Anonymous said...

ALLAHHUAKBAR!!! Inilah jiwa org2 PAS yg cukup tegar utk di tundukkan..WAHAIIII puak2 umno marilah kalian bersama dgn perjuangan ISLAM yg syaumul lagi benar ini, tingalkanlah pati assobiah umno yg melaksanakan undang2 penjajah dan meminggirkan hukum ALLAH...Kami x akan tunduk (redha)kpd hukum kafir yg di timpakan ke atas kaum muslimin..
Kamu org2 umno harus bertanggungjawab penuh di atas segala kekeliruan yg berlaku trhadap hukum ALLAH n penyelewangan AKIDAH akibat lebih mengutamakan hukum kuffar.sedangkan ALLAH telah berpesan, islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi darinya..

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous..

terima kasih atas komen anda. isu Assabiyah adalah isu lapok. saudara nak ungkit apa yg hj hadi ucapkan pada tahun 1981. tetapi, saudara sedar tak bahawa PAS hari ini dad ditunggang oleh DAP dan PKR?

tak payah nak cakap pasal mati syahid kerana sekarang PAS kalo mati silap2 mati dalam kekufuran.

ini kerana PAS sendiri tidak konsisten dengan apa yang mereka pernah janjikan kepada rakyat jika menyokong PAS.

Babi semakin mendapat tempat terutama di negeri pakatan pembangkang. arak dan jenayah semakin meningkat di selangor walhal PAS ada namun takut dengan PKR dan DAP.

Di perak pula PAS senyap kerana DAP lebih berkuasa. Di penang PAS langsung tiada tempat dalam barisan exco kerana diperkudakan oleh DAP.

Jadi jangan nak cakap pasal assabiyah. kat kelantan pun hukum hudud tak terlaksana walaupun dah 18 tahun PAS perintah kelantan.

sepenggal PAS di terengganu dah cukup buat rakyat tertipu dengan fatwa songsang haji hadi.

Bodoh punyer orang PAS!!!

Pemuda Malaysia said...

saya bersetuju dengan saudara bahawa solat adalah tiang agama.

cuma, hasrat untuk menjadikan belia hari ini lebih berakhlak terpuji bukan hanya terletak di bahu kerajaan yang memerintah sahaja.

Ibu bapa juga harus memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan minda anak-anak muda hari ini kerana ibu bapa lebih rapat dan faham keadaan anak masing-masing.

Pemuda Malaysia said...

pakcikku Cintalaila,

Memang nak pegi melawat tapi semalam meeting sampai malam.

InsyaAllah along akan pegi hari ini..

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen pakciQue..

saya akan buka laman yang saudara cadangkan..

Pemuda Malaysia said...

pakcik cintalaila..

dengan anwar al-juburi tak perlu nak bersantun-santun..

memang patut dibaling dengan kasut!!!

Pemuda Malaysia said...

saudara Bro..

Haji hadi sendiri akui undang-undang Islam di negara ini sudah cukup sebagai rujukan dan panduan..

apa yang saudara merepek lagi nie???

PAS tak konsisten dan hanya tegas semasa nak pilihan raya..

sekarang PAS macam lembu bodoh kena cucuk hidung dan ditarik oleh DAP dan PKR..

Hidup UMNO!!!

Anonymous said...

Manusi2 seperti kamu ni tidaklah menjadi keutamaan bg kami utk di utk di ajk bersama dgn perjuangan menegakkan ugama ALLAH..memang ALLAH telah menyatakan, akn ada di antara manusia2 munafiq tidak akn sesekali menerima apa jua teguran dan juga nasihat mahupun AMARAN dr ALLAH ke atsnya..Mereka ni sama sahaja samaada di khabarkan, mahupun tidak.
Kamu kekallah dgn apa yg kamu percaya ni. Dan pastinya kamu akan menyesal di suatu masa nanti..
Sekali lagi hendak di nyatakan di sini CENDRUNG SAHAJA DGN GOLONGAN ZALIM ADALAH BERDOSA,APA LG MENYOKONG N MMPERJUANGKANNYA..UMNO ADALAH ZALIM APABILA MELETAKKA SESUATU BUKAN PADA TEMPATNYA DAN AKU X AKN BERSAMA DGN PENZALIM YG MENZALIM..
YA ALLAH KU HARAP SUATU HARI NNTI ORG MUDA INI AKN DI TIMPAKAN AKIBAT TENTANG APA YG DI USHAKANNYA KINI..=))

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara bro..

aku pun tak ingin nak join korang la bro..untuk memperjuangkan agama Allah tak perlu join mana2 parti terutama PAS pun boleh berjuang juga..ko ni bodoh la bro..

PAS pun bukan parti yang baik malahan boleh dikatakan munafik kerana sebelum pilihan raya cukup membantah ternakan babi namun selepas pilihan raya terpaksa menyokong DAP dan PKR dalam isu babi kerana gila kuasa...

lagi satu aku nak bagitahu ko bro, tak elok doakan sesama muslim agar ditimpa bala. inilah perangai orang PAS dan PKR. ko elok kawan dengan Dr. Badrul Amin yang sangguop berdoa untuk memusnahkan Musa Hassan, Najib dan Gani Patail.

Aku doakan ko jumpa jalan kebenaran..amin..

Anonymous said...

Saudara....
Insyaallah...anwar akan merasa juga penangan kasut, kalau tidakpun najis babi tak lama lagi...pada orang2 pas tu...teruslah bertuhankan DAP dan PKR...jangan lagi berhujah tentang agama...kerana merekalah agama islam di negara ini menjadi kucar-kacir..maklumlah,asyik berzikir 24 jam...sampai otakpun tak tahu nak berfikir....!! Teruskanlah dengan pegangan agama anda dan pengikut2 pas yang lain, jangan babitkan pengamal ISLAM yang bukan bodoh macam pengikut PAS.
ALLAHU AKHBAR...

Anonymous said...

Trima kasih di ats doa anda..
Tp malangnya anda bersama2 dgn penzalim yg trus kekal menzalim..Sebagai seorang muslim anda xlah spatutnya brsama dgn kumpulan zalim yg sudah sampai kt tahap x dpt di betulkan lg dan hanya patut di khatamkan sahaja..
Walau apa pn anda ttaplah saudara se islam ku yg mempunyai hak utk di raikan..Cukuplah wahai anak muda,janganlah sbb politik kita bermusuhan n menjadi keras hati utk menerima teguran .(smoga kta tidaklah di kalangan mereka2 yg telah di khatamkan hatinya dr kebenaran hukum tuhan)MENULIS DEMI MAEDHATILLAH..MAAF DI ATS SEGALANYA...

Pemuda Malaysia said...

saya sokong komen jomosamatuaran..
orang PAS memang macam tue..tak sedar diri mereka ditunggang oleh PKR dan DAP..

Saya pun tak nak join PAS kerana saya yakin saya berada di pihak yang benar bersama UMNO!!!

Pemuda Malaysia said...

Bro, PKR tak zalim ke menaikkan kadar sewa rumah orang miskin. saya tak nampak pun ia satu keperluan yang mendesak untuk menaikkan kadar sewa rumah..

apa yang BN buat sampai dituduh zalim???kalau mengenai ISA saya yakin kerajaan di landasan yang betul kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati..

kalau dah tak terkawal nak ubat pun susah..jadi ISA masih relevan di Malaysia ini..

Anonymous said...

ISA ITU ZALIM TERANG LAGI NYATA(MEMBUAT ZALIM SESAMA MAKHLUK ALLAH TEMPATNYA DI NERAKA)..........7 tahun terpaksa berdikari menjaga 12 orang anak, tanpa sebarang kelulusan yang tinggi, beliau menggunakan segala kudratnya membuat kueh mueh dan menjadi "baby sitter"....segala nya dilakukan demi mneruskan kehidupan anak-anak yang sedang membesar.Selepas 7 tahun, anak sulung perempuan kini berusia 25 tahun dan yang bungsu 8 tahun.

Puan Zakiah Mat(bertudung labuh biru muda, berbaju biru terqoise), isteri pada tahanan ISA Dr Abdullah Daud, yang telah ditahan dibawah ISA sejak bulan Disember 2001. Suaminya, Dr Abdullah masih menghuni salah satu blok di Kem Kamunting.

Melihat bulatan hitam (dark rings) dibawah matanya cukup menggambarkan kesukaran hidup yang telah ,sedang dan akan terus dilalui oleh beliau. Suaminya seorang lulusan Ph. D dari UK, sebelum ini memang mempunyai pendapatan lumayan untuk mereka sekeluarga.Namun, ISA telah meragut segala kegembiraan itu. Paling menyakitkan, sama seperti tahanan ISA yang lain, Dr Abdullah tidak pernah didakwa dimana-mana mahkamah(gambar tak dpt disiarkan)..Ini adalah 2 dari 12 anak Puan Zakiah Bayi kecil ialah anak jiran yang diasuh untuk mendapat bayaran sebagai modal penyambung kehidupan.Beliau mengakui hidup atas ehsan ahli keluarga, kawan dan jiran.
Anak-anak ini pastinya masih belum mengerti dan faham, kenapa bapa mereka disimpan di Kem kamunting kerana dalam sistem pendidikan alaysia, TIADA langsung pendidikan tentang hak asasi sebagai rakyat yang bebas dan merdeka...

Mereka semua masih lagi menjadi mangsa kekejaman dan kerakusan MENTERI UMNO JUGAK MERANGKAP Menteri Dalam Negeri..Syed Hamid Albar Laknatullah. Adakah anda tidak bersimpati kepada nasib mereka?
Cuba pikir-pikirkan dengan kepala HOTAK, BUKAN KEPALA LUTUT!!!


SOALAN :
1. MEREKA INI RAKYAT MALAYSIA KE RAKYAT BANGLA?
2. MEREKA INI MELAYU KE MONGOL?
3. APAKAH HAK-HAK MEREKA DI BAWHA PAYUNG SERI PADUKA AGONG (AGONG DOK TIDO KER)

TAPI..INI LAIN PULAK
SO..SAY NO TO ISA...TAPI MASIH ADA YANG BEBAL KEPALA HOTAK DOK SOKONG ISA.

Anonymous said...

Klau nak tau kami selalunya mmbuat pertimbangan berdasarkan al-quran n haddis..
Menurut ke2 sumber tersebut difinasi zalim bukanlah ssh sgt utk di fahami, cuma aku harap anda slalulah ke majlis ilmu or selalulah berdampingan dgn org2 yg berilmu n mengamalkan islam dgn betul lagi baik di dlm keluarganya & kehidupannya. Jganlah hanya ddk di kalangan manusia yg mempunyai cara berfikirnya yg rigik lg jumud..
Di sini tidaklah aku bercadang utk menghuraikan isu zalim yg pastinya akn mmbuatkan anda keliru(ini bukanlah ruangnya)..
Pesanku buat anda carilah rezeki yg halal, krna hanya manusia2 yg bersih hati budinya akn mudah faham islam secara kaffah(menyeluruh)utk di amalkan n diperjuangkan..
islam bukanlah agama perhiasan or simbolik sahaja,(sipertimana yg di perlihatkan olh2 org2 umno di dalam setiap majlis mereka)islam adalah agama universal yg harus di promosi,diperjuangkan,di martabatkan dan di daulatkan Seluruh isinya(slalnya majlis umno akn di mulakan dgn doa n akhirnya akn bercampur baurlah dgn macam perkara yg bertentangan dgn islam)..
Saudaraku rajin2kanlah diri anda utk mentelaah buku2 ugama..SEMOGA ANDA AKN BI BERIKAN KEFAHAMAN TENTANG AGAMA KEBENARAN INI, AGAMA YG AKU AMMAT YAKIN ANDA JUGA CINTAKANNYA..

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen bro..

saya akan sentiasa menelaah buku keagamaan dan saya harap bro pun tak terlalu taksub dengan PAS yang bertopengkan Islam..