Tuesday, December 30, 2008
TOLAK PARTI YANG TIDAK KONSISTEN
Semoga pengundi PAS di Kuala Terengganu dibukakan mata dan hati untuk menolak kepimpinan PAS yang sentiasa berdolak-dalik mengenai hukum Hudud. Pemimpin PAS hari ini takut kepada DAP dan PKR kerana mereka risau akan hilang kuasa jika hukum Hudud kali ini menjadi manifesto mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Pakar kelentong terpilih yang dibayar upah antara RM50 hingga RM1,000 mula berkampung di Kuala Terengganu. Pakar kelentong yang akan beraksi antara 30 hingga 45 minit ini dibayar sebanyak RM80 bagi setiap sessi. Biasanya setiap pakar kelentong ini akan beraksi antara 2 hingga sebanyak 5 sessi setiap hari. Maknanya, 5 sessi x RM80 = RM400 pendapatan sehari hanya dengan kelentong orang Kuala Terengganu. Bagi yang ada jawatan dalam parti bayarannya kekadang mencecah sehingga RM1,000 dengan hanya kelentong didua sessi sehari. Lamayan Pak…. Lamayan sekali.
Sumber Perhubungan umno Johor memberitahu saya setakat ini seramai 800 orang ahli umno dan guru Kemas telah dihantar ke Kuala Terengganu. Angka ini akan meningkat sehingga 2000 orang menjelang hari penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Terengganu 6 January 09 ini. Setiap ahli dan guru Kemas dari Johor dibayar alaun antara RM30 hingga RM100 sehari bergantung kepada jawatan mereka dalam parti. Selain itu, semua kos termasuk pengangkutan, makan minum dan penginapan tanggung beres….!!!!
Umno Kedah pula dilaporkan akan menghantar 1,000 anggotanya untuk membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Setiausaha BN Kedah Datuk Rozai Shafian akan mengetuai kumpulan anggota Umno itu, yang akan berada di Kuala Terengganu selama 13 hari, mulai 4 Januari ini.
Parti Gerakan pula akan berkempen dengan menggunakan telefon dan internet untuk memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan.
Manakala bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof, 89, mengesahkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan depan.
Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun berkata, dia terpaksa melupakan niatnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu, apabila tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Demi kepentingan politik, umno juga telah membenarkan kafir hindu juga bercakap pasal hukum Hudud.
Dijangkakan sehari sebelum 6hb january 2009 iaitu hari penamaan calon, sekurang-kurangnya 1000 ahli UMNO dari setiap negeri akan diBAYAR untuk berkempen di Kuala Terengganu. Rakan saya dari umno Bahagian Sepang dan Serdang telahpun menempah 6 buah bus untuk mengangkut kaki temberang dan pakar kelentong mereka ke Kuala Terengganu pada 04/01/09 ini.
Dengar cerita peniaga dan pengusaha kain pelekat dan batik di Pasar Payang telah mendapat tempahan yang berlipat kali ganda. Syukur, rezeki pilihanraya. Duit Monsoon cup berbillion, kain pelekat baru rm25 je.
Kalau nak kena kelentong, undilah Barisan Nasional.
salam, kita pastikan mereka menolak PAS, DAP dan PKr perosak bangsa dan negara. BN akan terus mara...salam perjuangan
Parlimen Kuala Terangganu tetap milik BN.....
salam buat kifli..
terima kasih atas komen anda. kadangkala saya nak tergelak baca komen dan info anda mengenai kegiatan BN atau UMNO.
Saya nak bagitahu anda. UMNO je ke yang nampak buruk di mata anda? jumud betul pemikiran anda.
memang UMNO dan BN akan mengerah tenaga bantuan daripada seluruh malaysia untuk membantu memenangkan kempen BN di Kuala Terengganu. Apa masalah awak pula? BN dan UMNO guna duit mereka yang sah.
Saya nak cakap pasal PKR pula. PKR juga dah kerah tenaga lebih awal daripada BN. Kini anggota PKR menetap di hotel YT mid town sejak dua minggu yang lalu. PKR telah menyewa hotel YT mid town seluruh bangunan dan bilik(jangan sewa pekerja hotel yang lawa sudahlah) PKR kan memang sinonim dengan sedekah SEKS..
mana datang duit PKR yang banyak? mungkin datang dari yahudi kot?
anwar kan kawan dengan yahudi...
jaga kain sendiri sebelum jaga kain orang lain...bodoh la awak ni kifli..
terima kasih atas komen shahadan..
kita akan pastikan PAS tidak mendapat laluan yang mudah di kuala terengganu kerana PAS hanya permainkan agama sahaja terutama apabila pilihan raya kecil kuala terengganu.
salam Perjuangan...
waritarakyat..
terima kasih atas komen anda..
dengan kuasa Tuhan kita berdoa agar kerusi parlimen kuala terengganu kekal milik BN.
sudah berpuluh tahun terengganu di bawah panji2 dacing, namun rakyatnya tetap miskin tegar di tangga kedua
rakyat nya miskin sedangkan negerinya kaya..
sudah PAS ambil alih Trengganu, ditarik pula royalti minyak oleh kerajaan pusat.
sudah BN ambil semula, diberi kembali royalti pada kerajaan negeri.
BN penuh dengan korupsi dan kronisme.
jelas2 mereka memperlihatkannya, hanya orang yang buta hati sahaja tidak dapt lihat.
tinggalkanlah fahaman nasionalisme mu yang diwariskan penjajah;
kembalilah kepada hukum Islam..
kembalilah kepada perjuangan Islam.
kalau kamu mahu negeri kamu terus dibawah panji dacing, dan di bahgi-bahgi pula antara kroni dan org temasik, maka biarlah.
tapi aku tidak akan biarkan negeriku ini dirompak oleh puak2 dacing ini.
masjid kristal yang menggunakan duit rakyat itu sudah terang2 projeknya diberi kepada besan sendiri..
semoga bulan mengambang di kuala terengganu dan menghalau perompak2 bertopengkan pembela melayu ini.
KAU NI LAGI BODOH!!!!
Org2 muda hanya tggal ko je la yg bermati2yan menyokong pati pengkhianat MELAYU ni..
BUTA PERUT,BUTA HATI...
Babi kat melaka tu dah sampai meluat org melayu tengok,mana pejuang MELAYU UMNO??
BODOH PUNYA BUDAK..
PERLAKSANAAN HUDUD BUKAN TANGGUNGJAWAB PAS SAHAJA
Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda jika PAS mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini
"Kalau hajat mereka begitu, saya doakan supaya hajat mereka itu tercapai tetapi hakikat politik tidak begitu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia dan Pelancaran Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama di sini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pada Sabtu lepas bahawa parti itu akan tetap melaksanakan hukum hudud di seluruh negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah pada masa depan.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata kenyataan Husam itu adalah "satu cerita politik" semata-mata kerana jikna PAS benar benar mahu melaksanakan, ia pasti sudah lama dikuatkuasa di Kelantan.
Saya percaya para pembaca boleh melihat kontradiksi ucapan kedua-dua pemimpim Umno tersebut. Mahadzir Khalid kata hudud boleh dilaksanakan di Kelantan, Zahid Hamidi pula mengatakan hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan.
Kenyataan kedua-dua pemimpin Umno di atas adalah refleksi wajah sebenar Umno ketika berpolitik. Bagi pemimpin Umno peribadi seorang ahli politik dan peribadi seorang Islam adalah berbeza. Sebagai seorang Islam, ia boleh menerima hudud sebagai hukum Allah tetapi sebagai ahli politik ia sukar atau tidak boleh menerima bahawa hukum hudud wajib dilaksanakan. Bagi Umno perbezaan sikap antara orang Islam dan orang politik tidak menjadi satu masalah.
Atas dasar itulah setiap kali isu hudud timbul, Umno meletakkan beban perlaksanaan hukum Allah tersebut hanya kepada PAS seolah-olah PAS sahaja yang diamanahkan melaksanakan perintah Allah tersebut. Hudud adalah perintah Allah dan yang demikian sesiapa sahaja yang mengaku dirinya sebagai orang Islam ia bukan sahaja wajib beriman dengan perintah Allah tersebut tetapi juga mesti berusaha melaksanakan hukum tersebut . Mana-mana orang Islam sama ada di dalam Umno, PAS , Keadilan, NGO atau apa-apa pertubuhan sekalipun wajib berusaha melaksanakan hukum hudud tersebut . Perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif orang-orang PAS sahaja.
Jika Umno tidak benak dan dapat memahami bahawa hudud adalah perintah Allah maka Umno tidak boleh, dalam apa keadaan sekalipun, menuduh PAS cuba mempolitikkan isu hudud ini sepertimana yang dikatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid tersebut.
Bagi PAS, tiada satu dikotomi ( pemisahan ) antara orang Islam dan orang politik. Apabila pemimpin PAS bercakap tentang politik ia bercakap sebagai seorang pemimpin Islam dan apabila ia bercakap tentang Islam ia juga bercakap sebagai pemimpin politik. Kenapa begitu ? Kerana itulah yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu Rasul bagi seluruh umat manusia termasuklah orang –orang PAS dan orang –orang Umno.
Oleh itu sama ada PAS berjuang bersendirian atau bersama Pakatan Rakyat , PAS tidak akan sama sekali meninggalkan matlamat perjuangannya untuk menegakkkan Islam yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk hukum hudud.
Tetapi dalam masa yang sama PAS juga amat maklum di atas kejahilan majoriti rakyat negara ini tentang hukum hudud tersebut dan batasan serta halangan perundangan, perlaksanaan hukum hudud mungkin tidak dapat disegerakan perlaksanaannya meskipun diandaikan Pakatan Rakyat dapat memerintah negara ini. Atas dasar itu hasrat melaksanakan hudud tidak pernah menjadi penghalang kepada Pas untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak yang menuntut keadilan dan menentang kezaliman.
PAS maklum DAP masih belum menerima hasrat perlaksanaaan hudud di negara ini. Penentangan DAP bagi PAS bukan perkara yang pelik. Jika Umno yang bermajoritikan orang Islam juga menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hudud apalah yang nak dihairankan DAP yang bermajoritikan orang bukan Islam juga menentang hudud. Apabila Kelantan dan Trengganu ( ketika diperintah oleh PAS ) ingin melaksanakan hudud , siapa yang mencabarnya di Mahkamah ? DAP atau Umno ?
Saya optimistik DAP yang mempunyai ramai para intelektual boleh menerima hudud satu hari nanti kerana isu hudud bukan sahaja boleh dipertahankan dari sudut agama malahan juga menurut perspektif intelektual. Melihat sokongan yang makin meningkat ke atas kelab penyokong PAS dari kalangan orang bukan Islam, DAP kini tidak boleh menyatakan hudud ditentang oleh semua orang bukan Islam.
Sepertimana yang saya katakan perlaksanaan hukum hudud bukan milik eksklusif PAS. Ia adalah tanggungjawab bersama baik Umno atau orang-orang Islam yang lain . Meskipun Umno menuduh PAS hanya berpolitik di dalam isu hudud , siapa yang boleh menidakkan kesungguhan PAS untuk cuba melaksanakan hukum Allah tersebut. Bukankah PAS yang telah bersungguh-sungguh menggubal enakmen hudud di Kelantan dan Trengganu ( semasa Pas memerintah ) . Apa yang lebih menarik sebelum Kerajaan PAS Trengganu mengemukakan enakmen hudud di DUN Trengganu , PAS telah mengadakan seminar dan memanggil semua pihak termasukah Umno untuk memberikan pandangan dan kritikan mereka terhadap Enakmen yang ingin dibentangkan tersebut. Setahu saya ini tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan negara. Hal ini juga saya nyatakan kepada salah seorang Ahli Parlimen di London yang bertanyakan saya tentang enakmen tersebut ketika saya melawat Parlimen England bersama Y.B Salahudin Ayub suatu masa dahulu.
Jika PAS berusaha bersungguh-sungguh cuba melaksanakan hukum hudud semasa memerintah Kelantan dan Trengganu, Umno juga tidak ketinggalan bersungguh-sungguh cuba menghalang perlaksanaan hukum Allah tersebut. Tidak cukup pemimpin Nombor 1 UMNO ( pada masa itu ) menulis surat amaran kepada Kerajaan Kelantan agar tidak melaksanakan hukum hudud ada juga pemimpin UMNO yang sanggup mencabar undang-undang hudud tersebut di Mahkamah. Malahan yang lebih teruk sekali pemimpin UMNO sanggup melabelkan hukum Alllah tersebut sebagai hukum hudud PAS.
Jika PAS boleh menyokong Bank Islam, Takaful , Universiti Islam mengapakah Umno amat sukar menerima hudud hanya kerana ianya digubal oleh Kerajaan PAS. Mengapa Umno tidak boleh sama sekali memberi ruang kepada PAS dalam isu hudud ini. Jika Perlembagaan menjadi penghalang sepertimana yang dikatakan oleh Zahid Hamidi mengapa selama ini Umno tidak bersedia memindanya bagi membolehkan PAS melaksanakan hudud di Kelantan.
Paling minima yang Umno lakukan adalah jangan terus mengeluarkan kata-kata bodoh dalam isu hudud ini. Ini kerana kamu bercakap tentang hukum Islam. Dalam perkara yang bukan agama jika kamu salah bercakap, kamu hanya membuat kesilapan dan kesilapan tersebut tidak akan menjejaskan aqidah kamu. Sebaliknya isu agama lain. Jika salah bercakap sila-silap akan tergelincir aqidah. Atas dasar itu dalam isu hudud diamnya para pemimpin Umno lebih baik daripada mereka bercakap. Ini kerana jika mereka diam kita mungkin rasa mereka jahil dalam isu hudud ini sebaliknya jika mereka bercakap barulah kita sedar memang confirmlah mereka ini memang jahil.
Post a Comment