Monday, November 10, 2008

Harga minyak turun lagi?

JOHOR BAHRU 9 Nov. - Rakyat boleh mengharapkan harga petrol dan diesel lebih rendah pertengahan bulan ini jika trend penurunan harga purata bahan api itu berterusan di bawah AS$70 (RM226.10) setong pada bulan ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, harga purata petrol adalah di bawah AS$70 setong pada lapan hari terakhir Oktober lalu dan minggu pertama bulan ini.

"Berdasarkan trend itu, pasti harga petrol akan berada di bawah AS$70 setong untuk November.

"Harga akan diturunkan secara munasabah, mungkin dilakukan dua kali sebulan, seperti Oktober lalu iaitu pada pertengahan dan hujung bulan," katanya.

Shahrir berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang dan Projek Pemimpin Muda Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) di Sekolah Kebangsaan Tebrau Bakar Batu di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Shahrir, keputusan muktamad mengenai perkara itu akan diputuskan oleh Exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Berkuatkuasa 1 November lalu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 kepada RM2.15 dan RON92 daripada RM2.20 kepada RM2.05.

Harga diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.05.

Ditanya mengenai masalah kenaikan harga minyak untuk pesawat kecil yang dilaporkan berlaku kini, Shahrir berkata, perkara tersebut hanya bersifat sementara.

Menurutnya, kenaikan harga bahan api itu berlaku kerana ia tidak disubsidi oleh kerajaan, sebaliknya diimport dari luar negara dan harganya ditentukan oleh pasaran.

Shahrir berkata, masalah itu bagaimanapun hanya melibatkan kuantiti minyak yang kecil memandangkan ia hanya digunakan untuk pesawat kecil.

"Kita beri masa untuk keadaan pulih seperti biasa. Biasanya sebulan," katanya.

Beliau berkata, jika masalah itu berlarutan, kerajaan akan menimbangkan langkah sesuai untuk mengatasinya termasuk memikirkan semula monopoli Petronas dalam membekalkan minyak tersebut.

"Saya fikir ia tidak memberi kesan kepada Petronas jika diberi kepada pihak lain.

"Namun kerajaan bagi kepada Petronas supaya ia lebih terurus kerana Petronas mempunyai pengalaman dan kepakaran," katanya.

Bahan api untuk pesawat kecil di negara ini telah meningkat sehingga ia dijual pada harga RM9.50 seliter berbanding RM6 di Singapura.

-dipetik daripada Utusan Malaysia Online, 10 Nov 2008-

5 comments:

Anonymous said...

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan mungkin menetapkan paras minimum bagi harga runcit petrol dan diesel walaupun harga di pasaran dunia terus merudum - ini bermakna, rakyat malaysia akan terus diperbodohkan dengan gula-gula "prihatin kepada rakyat" oleh KERAjaan.bila harga minyak dunia meningkat naik, beban hidup akan dialihkan kepada rakyat dengan peningkatan harga minyak malaysia "sesuai" dengan peningkatan harga minyak global manakala apabila harga minyak global turun menjunam, nikmatkeuntungan akan dinikmati oleh KERAjaan dengan gula-gula "menstabilkan ekonomi malaysia"... maka dengan itu bodohlah rakyat malaysia dibawah pimpinan menteri-menteri KERA yang "prihatin" pada rakyat

Anonymous said...

Sama ada harga minyak akan turun sehingga RM1.92, itu terpulang kepada perbincangan kerana sekiranya ia turun mendadak, pemberian subsidi juga mungkin dikurangkan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Beretika di sini semalam - ini bermakna rakyat sekali lagi diperbodohkan oleh KERAjaan... harga minyak turun, subsidi dikurangkan dan apabila harga minyak naik, subsidi dikekalkan... startegi bijak untuk memperbodohkan rakyat oleh KERA-KERA kabinet malaysia...

Shahrir menambah, penetapan harga minyak, baik naik atau turun tidak akan dibuat secara mendadak.

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen saudara kifli..

saya akan komen semula nanti kerana saya dihambat waktu..

terima kasih..

Anonymous said...

PUTRAJAYA 14 Nov. - Kerajaan dijangka mengumumkan harga runcit baru bagi petrol dan diesel dalam tempoh sehari dua lagi.

Ketika membayangkan kemungkinan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, penurunan kali ini juga dijangka tidak akan melebihi kadar 15 sen seliter seperti penurunan akhir bulan lalu.

''Kerajaan biasanya menurunkan harga minyak secara berperingkat-peringkat, seperti Oktober lepas kita telah menurunkan masing-masing 15 sen pada pertengahan dan hujung bulan.

''Bagaimanapun, Kabinet hari ini tidak berbincang mengenai harga minyak tersebut tetapi tunggulah untuk mengetahui penurunan harga sehari dua lagi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada harga runcit petrol dan diesel akan diturunkan dalam tempoh terdekat berikutan harga minyak mentah dunia kini berada pada paras terendah AS$57.90 setong.

Pada bulan lalu, kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 30 sen, manakala diesel sebanyak 35 sen seliter.

Sebelum ini Shahrir dilaporkan berkata, rakyat boleh mengharapkan harga petrol dan diesel lebih rendah pertengahan bulan ini jika aliran penurunan harga purata bahan api itu berterusan di bawah AS$70 (RM226.10) setong pada bulan ini.

Pada masa ini, harga bahan bakar itu di pasaran global berlegar sekitar AS$60 setong.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kempen penurunan harga barang, Shahrir berkata, kementerian akan memperluaskan kempen tersebut ke atas barang makanan dari kilang dan alat ganti kenderaan yang berasaskan penggunaan petroleum.

Bagi tujuan itu katanya, pertemuan dengan pengeluar barangan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat untuk membincangkan harga terendah selepas pasar raya besar bersetuju menurunkan harga barangan mereka selaras dengan penurunan harga minyak.

''Kempen ini bukan hanya melibatkan barangan makanan tetapi beberapa barangan lain yang menjadi rungutan pengguna terutama membabitkan penggunaan petrol. Utusan
kan orang dah heboh umno ni penyamun,penipu,lintah darat mal,un,bapa setan dan macam macam lagi,yang aku hairan balaci balaci umno kenapalah bengap sangat sampai umno berak atas kepala dan dalam mulut pun masih dok nak sokong juga

Pemuda Malaysia said...

saudara kifli, terima kasih atas komen anda tentang harga minyak..

hari ni minyak turun 15 sen..saya bersyukur...

hari ni harga beras turun lagi 20 sen..saya bersyukur juga..

tapi awak tahu tak bersyukur???