Tuesday, December 23, 2008

Pelaksanaan Hudud hanya mainan politik PAS – Najib

PAS dilihat sengaja membangkitkan isu lapuk apabila membangkitkan semula mengenai pelaksanaan hukum hudud dan qisas sebagai isu politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan depan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan perkara itu sebagai "isu lama" berkata pelaksanaan hukum hudud dan qisas sering dibangkitkan setiap kali musim pilihan raya tetapi sehingga kini tiada apa yang dilakukan oleh PAS untuk melaksanakan slogan politik mereka itu. "Dah lama cerita tu...bukan benda baru.

Di Kelantan dan Terengganu (sebelum pilihan raya umum Mac lepas) mereka tidak buat (laksana hukum hudud), tiap kali (pilihan raya) jadikan perkara ini sebagai isu," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang memberi jaminan PAS akan melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya memerintah negara pada masa depan.

Pada wacana perdana bertajuk "Transformasi Politik Islam" di Kota Baharu dua hari lepas, Husam berkata parti itu tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini, termasuk melaksanakan hukum itu. Bagaimanapun ia tidak berupaya melaksanakan undang-undang Islam itu disebabkan kuasa mutlak berada pada Kerajaan Persekutuan.

Mempersoalkan agenda sebenar parti itu, Najib turut mempersoalkan mengapa isu itu tidak diperjuangkan di dalam manifesto parti ketika Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lepas, sebaliknya parti itu memperjuangkan slogan negara kebajikan dan bukannya mengenai pelaksanaan hukum hudud. "Tetapi sekarang nampaknya pemimpin PAS bercakap mengenai pelaksanaan hukum hudud. Ini soal kredibiliti. Mereka menjadikan isu ini sebagai isu politik," katanya di Kuala Lumpur Isnin.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Jan depan sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 17 Jan. Barisan Nasional telah menamakan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon, manakala PAS bakal mengumumkan calon parti itu pada 1 Jan depan.

dipetik daripada Agenda Daily Online, 22 Disember 2008

15 comments:

Anonymous said...

Tak apalah kalau DAP bantah. Aku boleh terima kerana mereka tidak faham dan kefahaman mereka tentang hukum ini telah dipesongkan oleh ’si jahil’ UMNO yang kononnya beralasankan ‘hudud’ hukuman yang primitif. Malang dan amat sedih bila orang Islam sendiri menolak hukum yang tercetus dari wahyu Allah ini. Mereka tidak melihat kebaikan disebalik hukuman ini. Mereka mempermainkan matlamat hukum ini bila berdepan dengan orang bukan Islam. Si kafir sudah tentulah jahil, tetapi orang Islam pun turut sama memperlihatkan kejahilan mereka. Slogan membudayakan Al Quran hanya sekadar retorik. Sedang mereka juga cukup ‘takut’ untuk merialisasikan. Hudud atau had adalah pencegahan. Kalau tidak bersalah, mengapa takut?
Sama cam dulu dulu. Bila PAS vs UMNO … Hudud pun kuar.

Hudud …… Phuh .. !!!

Nak lawan PAS …. kita banyak isu. Bukak TV, Radio … semua boleh buat isu. Yang penting, rakyat dah bosan dengan cara UMNO/BN. Cakap apa pun, kita dah tak dengar. Masuk telinga kiri, kasi geli geli sikit .. kemudian kuar telinga kanan.

Bila berkempen nanti, DAP akan turun bantu berita rakyat Terengganu, apa erti HUDUD tu. Tak kira la diorang sebut tak betul …. hutut ke, tapi yang penting PR dah cukup jentera nak belasah propaganda BN ni. Penduduk bangsa Cina pun berapa ramai sangat kat K. TErengganu. Antara melayu UMNO, diorang lagi senang berkawan dengan Melayu PAS … tak caya tanya orang sana.

Tapi jangan tanya Calun BN, sebab dia golongan elit yang tak campur rakyat. Karaoke je …. kakkakakak

Yang bodohnya …. orang Islam guna undang undang Islam untuk belasah orang Islam. Kan bodoh namanya tu … Orang lain tengok kan … “APe ke bodoh diorang nih !!!”

UMNO guna kan agama untuk bodohkan Melayu. Diorang guna kan Hadhari … sekarang dah FAIL. Diorang pakai semula Hudud. Kalau PR letak calun DAP … isu HUDUD tak kuar.

Orang cina dan india kat sana jangan bodohkan diri. 10% dari jumlah pengundi di sana.

Jahil agama, belajar. Tapi kalau orang yang Jahil cuba menjahilkan orang lain … lagi teruk rupanya.
Hudud UMNO gunakan untuk tawan 10% pengundi Cina di K. Terengganu.

Wahai kaum Muslimin! Teramat banyak dan nyata sekali dalil di dalam Al-Quran dan juga Al-Hadis yang menunjukkan bahawa hukum Islam terpakai ke atas orang kafir. Adalah wajib ke atas pemerintah menghukum pesalah ini dengan hukum Allah. Orang kafir yang berzina, mencuri, membunuh, makan riba dan sebagainya wajib dihukum dengan apa yang telah Allah turunkan. Teramat jelas juga berdasarkan Quran dan Sunnah bahawa menghukum orang kafir berdasarkan undang-undang kufur adalah haram dan berdosa dan merupakan satu kemaksiatan kepada Allah. Konsep dualisme hukum/undang-undang yang ada sekarang adalah sama sekali bercanggah dengan nas kerana Allah sama sekali tidak membenarkan umat Islam untuk memutuskan hukum dengan selain hukumNya. Hukum Allah wajib diambil dan dilaksanakan sebagaimana yang Allah perintahkan, bukannya diambil atau dilaksanakan berdasarkan kehendak atau apa yang disukai oleh orang kafir. Janganlah sekali-kali kita sebagai umat Islam terjerat dengan sistem kufur-sekular yang ada sehingga kita mengambil hukum Allah sebagai alat untuk mengambil hati orang-orang kafir. Ingatlah akan firman Allah,

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):49].

Anonymous said...

Dalam mengulas isu Hudud yang dibangkitkan oleh Khairi dalam debat bersama dengan husam Musa, hari ini, utusan Malaysia[1] melaporkan berita seperti berikut;

“Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masih ada ruang untuk berbincang bagi mencari titik pertemuan dengan parti-parti itu agar apa yang diperjuangkan Pas mampu menjadi kenyataan kelak”

Dan kata Tok guru Nik Abdul Aziz lagi:

"Tolak tidak apa, tetapi biar ada alasan, contohnya kalau tidak mahu sembahyang, kena bagi alasan, sebab itu Islam beri ruang untuk berbincang”

Kata tok guru lagi:

"Hudud bukan hukum Pas, tetapi hukum Allah, kalau sembahyang kita buat, tetapi kenapa hudud tidak boleh buat…Susah apa hudud, di Malaysia pun boleh gantung (pesalah) kenapa tidak bising, sebabnya orang Eropah yang buat, sebab dalam kepala kita, (acuan) ikut Eropah”

Dan yang menjadikan hudud tidak boleh dilaksanakan ialah halangan dari kerajaan persekutuan....

Anonymous said...

Najib kata hudud hanya satu slogan!!!
Jangan begitu!!
Bukakah bibir Najib yg berkata-kata itu adalah atas nikmat Allah yang diberi selagi Allah mengizinkannya untuk berkata-kata.

Hudud adalah perintah Allah yang tidak ada satu makhluk pun yg boleh mengingkarinya. Jika ingkar maka kufurlah ia. Bila kufur maka kafirlah ia.

Bila kufur,
Sembahyang tiadalah gunanya.
Berbuat baik, tiada mendapat pahalaNya.
Bila berdoa dan berzikir, tiada didengeriNya.

Allah hanya membiarkan kita "sebentar" saja.
Nanti semua pasti akan berjumpaNya bila kembali.
Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek mencabar kerajaan pusat supaya meminda perlembangaan negara bagi membolehkan kerajaan negeri Kelantan mengamalkan undang-undang tersebut di Kelantan.



"Najib tidak perlu mencabar kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hudud sedangkan dia sendiri faham bahawa sebarang enakmen negeri yang bercanggah dengan perlembagaan negara akan terbatal dengan sendirinya."


"Kerajaan negeri Kelantan sudah lama menunggu 'green light' dari kerajaan pusat malah enakmen hudud Kelantan sudah lama diluluskan oleh DUN Kelantan, malangnya kerajaan pusat tetap berdegil tidak mahu meminda perlembagaan negara" kata Bakrin.
Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas cabaran Najib supaya kerajaan Kelantan melaksanakan hukum Hudud di Kelantan seperti yang disiarkan oleh media cetak hari ini.


Bakrin seterusnya mencabar Najib supaya meminda perlembagaan negara bagi membolehkan kerajaan negeri Kelantan dan negeri lain melaksanakan hukum hudud.


"Tidak perlulah Najib berdolak dalik dan mengungkit isu lama sedangkan rakyat sudah faham dan masak dengan kerenah BN dan Umno yang sememangnya tidak yakin dan tidak percaya dengan hukum Allah"


"Sebab itulah setelah lebih 50 tahun BN memerintah mereka terus meminggirkan hukum Allah seperti hudud, qisas dan takzir. Sebaliknya mereka mengagungkan hukum ciptaan manusia yang diceduk dari undang-undang British yang tidak ada kena mengena dengan Islam."


"Namun setiap kali PAS membangkitkan isu hukum hudud, pemimpin Umno mencabar PAS supaya menjalankan hukum tersebut di Kelantan, sedangkan rakyat faham kerajaan negeri amat terbatas kuasanya, semua enakmen dan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan negara akan terbatal dengan secara automatik" tegas Bakrin yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil.

Panglima Perang Cyber said...

salam perjuangan..

Bak kata orang tua : Bersatu Teguh Bercerai Roboh

maka dengan ini saya mengajak dengan segala hormat saudara menyertai team BPN blogger pembela negara.

Misi kita ialah ingin melawan Pakatan Rakyat yang hanya gah di nama tetapi gagal menjaga rakyat Melayu Islam sehingga sudah banyak kali kita terguris dengan tindakan mereka.

Mari kita bersatu dan tentu bersatu akan menggerunkan musuh yang sudah gusar senjata siber mereka ini akan tumpul berkat gerakan bersatu padu kita semua.

Mari dan mulakan dengan niat untuk MEMBELA AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

Salam hormat.


Panglima perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com

AbgTuah said...

Salam Ziarah dan perkenalan pemudamalaysia, sesekali jika ada masa terluang silalah lawat keblog2ahli BPN (Blogger Pembela Negara)

Anonymous said...

HUDUD : JANGAN BUAT PASAL DENGAN ALLAH !!

Isu hudud dalam majlis wacara yang diadakan di Kelantan baru-baru ini menjadi sesuatu yang hangat. Hudud yang merupakan kewajipan yang Allah tuntut agar dilaksanakan telah dijadikan sebagai isu oleh menantu kepada cucu tok guru, iaitu Khairy jamaluddin.

Khairy Jamaluddin pada hari ini, mengeluarkan kenyataan tentang hudud menggambarkan beliau berusaha memecah belahkan Pakatan Rakyat antara PAS, PKR dan DAP dengan hukum Allah itu.

Sebagai orang yang beragama Islam, tindakan Naib Ketua Pemuda UMNO itu merupakan tindakan yang bercanggah dengan Islam, bahkan ianya boleh merosakan aqidahnya sebagai muslim.

Hudud merupakan tuntutan Allah yang wajib dilaksanakan oleh semua orang islam yang berkuasa. Di negeri-negeri dalam Malaysia, perlaksanaan hudud “tidak dapat tidak” perlu kepada keizinan dari pihak kerajaan pusat. Ekoran itulah, Kelantan tidak berjaya melaksanakan hudud, ianya berpunca kekurangan syarat yang wajib dipenuhi, yang mana ianya tidak mendapat izin dari pihak kerajaan pusat yang memerintah. (antara syarat perlaksanaan hudud : As-Sultah)

Kewajipan melaksanakan hudud, sama dengan kewajipan menunaikan solat bagi setiap individu muslim. Kalau solat dipermain-mainkan boleh menyebabkan murtad, maka keadaan yang sama juga akan berlaku kepada mereka yang bermain-main dengan hudud.

Dalam hal ini, sebagai orang Islam, Khairi tidak seharusnya menjadikan hudud sebagai alat untuk merosakan kesatuan Pakatan Rakyat, tetapi hendaklah bersama-sama berusaha memahamkan non Muslim tentang kehebatan dan keadilan yang wujud dalam hukum hudud.

Jika ianya dijadikan sebagai alat memecah belahkan Pakatan Rakyat, tindakan itu menggambarkan bahawa dia mendustai ayat-ayat Allah, lalu bertakabbur dengannya. Tindakan sebegini sama sahaja dengan tindakan yang telah dilakukan oleh orang-orang yahudi pada zaman nabi SAW.

Lihatlah bagaimana kisah pemalingan kiblat dari Baitul Muqaddis ke Baitullah yang telah dijadikan isu oleh orang-orang yahudi, yang kemudiannya disokong oleh orang-orang munafiq pada Zaman baginda Nabi SAW.

Keadaan yang sama berlaku kepada Khairy yang menjadikan hudud sebagai isu, bukan satu kewajipan yang wajib dilaksanakan. Menyokong tindakan Khairi, maka mereka mendapat status yang sama didepan Allah SWT di akhirat nanti.

Dari artikle ini, pesanan yang ingin diberikan adalah firman Allah yang berbunyi;

وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya;
“Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan bertakabbur diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya”

(Surah Al-‘Araf : 36)

Juga firman Allah:

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan bertakabbur diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan”

(Surah Al-‘Araf : 40)

Apa yang ingin diingatkan, dalam surah Al-‘Araf ayat 40, Allah menjelaskan bahawa “sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit” .

Mufassirun berbeza-beza tafsiran dalam menafsirkan tentang maksud “tidak dibuka pintu langit untuk mereka”.

Ada ulama sebut, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah. Ada ulama lain kata, amalannya akan tertolak. Dan yang paling menggerunkan adalah, ada ulama menafsirkan maksudnya bahawa apabila dia mati, rohnya tidak akan diterima oleh langit. (sila lihat ulasan ini dalam kitab ”At-Tafsir Al-Kabir” karangan Imam Fakhr Ar-Razi)

Dengan demikian, apabila dia mati, tidak mustahil dia akan menjadi “hantu kubur”. Itupun, jika tidak tdak bertaubat kepada Allah. Dengan demikian, Kalau mahu jadi hantu kubur, rajin-rajinlah bermain-main dengan hukum Allah...

sekian

Wallahu ‘Alam

Anonymous said...

HIKAM TOK GURU : SIRI 5

Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata:

“Kita di Malaysia suka sebut Ketuanan Melayu, sebab melayu bangsa asal. Tetapi, kita lupa bahawa bumi ini adalah kepunyaan Allah. sepatutnya, kita kena sebut ketuanan Allah… Beginilah cara berfikir orang-orang beriman”

HUARAIAN

Bumi Allah ini tidak tercipta sendiri. Wujudnya bumi ini pasti ada penciptanya. Pencipta bumi ini adalah Allah, yang merupakan tuhan yang mencipta manusia.

Dalam Al-Quran, jelas Allah menyatakan bahawa bumi ini adalah ciptaan Allah.

Firman Allah:

إِنَّ رَبَّكُمُ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa”

(Surah Al-‘Araf : 54)

Apabila Allah mencipta bumi, tidak selayaknya kita mendakwa bahawa bumi ini adalah kepunyaan bangsa tertentu, bahkan ianya perlu disebut adalah kepunyaan Allah.

Memandangkan bumi ini adalah kepunyaan Allah, selayaknya segala perundangan, cara hidup dan semuanya merujuk kepada Islam yang merupakan ajaran Allah yang diturunkan melalui Nabi muhammad SAW dan nabi-nabi yang lain.

Tidak dinafikan, bahawa malaysia ini adalah kepunyaan bangsa Melayu berdasarkan kepada fakta sejarah. Pun begitu, adalah satu tindakan yang biadap kepada maha pencipta, apabila kita sekadar mendakwa bahawa bumi ini kepunyaan kita, tanpa kita melaksanakan tuntutan Maha Pencipta itu.

Apakah tuntutan Allah???

Tuntutan yang Allah mahu adalah, mendaulatkan hukum Allah, meletakkan kalimah-Nya yang paling tinggi melebihi segala-galanya.

Firman Allah:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

Maksudnya;
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."

(Surah Al-Baqarah : 30)

Khalifah mengikut tafsiran ulama-ulama Ahli As-Sunnah wa Al-Jamaah adalah;

إقامة الدين و سياسة الدنيا به

Maksudnya;
“Melaksanakan agama dan mentadbir bumi berdasarkan agama[1]”

Melaksanakan agama dan mentadbir bumi dengan agama merupakan tuntutan Allah yang wajib dilaksanakan oleh semua manusia yang berkuasa. Tindakan mendaulatkan Islam di bumi Allah, merupakan tindakan dalam menunaikan perintah Allah SWT.

Tidak ada gunanya manusia itu berada di bumi, tetapi dalam masa yang sama tidak berusaha hendak mendaulatkan agama. Bahkan, lebih biadap apabila manusia itu menjadikan pemikiran selain islam sebagai asas perjuangan mereka.

Layakkah “ketuanan melayu” diperjuangkan??

Pemikiran “ketuanan melayu” merupakan pemikiran yang berasaskan kepada fahaman nasionalis yang bercanggah dengan islam. pemikiran inilah merupakan pemikiran yang menjadi punca kejatuhan pemerintahan Islam Osmaniyyah di Turki pada tahun 1924.

Menurut buku “Sultan Abd Al-Hamid II dan kejatuhan Khilafah Islamiah” karangan Dr Eeman Mohammed Abbas, ada menjelaskan bagaimana kejatuhan kerajaan Osmaniyyah jatuh dengan fahaman Nasionalis.

Beliau menyatakan bahawa, fahaman Nasionalisme tersebar di benua Eropah selepas persidahan Vienna pada tahun 1815M (1230H). Melalui Eropah, fahaman ini tercerna melalui gerakan-gerakan rahsia yang ditubuhkan di dalam wilayah Negara-negara arab yang berada di dalam kekuasaan Daulah Osmaniyyah.

Gerakan ini kemudiannya bertukar menjadi gerakan terbuka sebagai pertubuhan-pertubuhan moral yang menjadikan beberapa buah Bandar Syam, seperti Damsyik, Beirut, Aleppo sebagai pusat gerakan mereka. kemudiannya, gerakan itu bertukar menjadi gerakan politik yang mempunyai cirri-ciri yang jelas. Perkembangan ini terserlah dalam satu persidangan arab pertama yang diadakan di Paris pada tahun 1912[2].

Apabila gerakan ini sudah terserlah, maka di situlah bermulanya titik permulaan bagi kelemahan bagi pemerintahan Osmaniyyah Turki yang akhirnya gugur jatuh bersembam pada tahun 1924.

Dengan memahami ini, jelas kepada kita bahawa pemikiran “ketuanan Melayu” tidak selayaknya diperjuangkan. Tetapi, perjuangan yang perlu dilakukan adalah “ketuanan Allah”. ini kerana, sesuatu bangsa itu tidak akan maju jika perjuangannya berasaskan kepada bangsa tersebut. tetapi, sesuatu bangsa itu akan menjadi hebat apabila mereka berpegang kuat dengan islam.

Hal ini telah dinyatakan oleh Omar dalam satu kata-kata beliau, iaitu;

إنا كنا أذل قوم فأعزنا الله بالإسلام فمهما نطلب العز بغير ما أعزنا الله به أذلنا الله

Maksudnya;
“kita dahulu adalah sehina-hina kaum (bangsa arab), lalu Allah muliakan kita dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan tidak melalui jalan yang Allah muliakan kita, nescaya Allah akan menghinakan kita[3]”

Kalau arab dahulu digeruni musuh, disebabkan mereka berpegang kuat dengan islam, maka kini kita dapat melihat kejatuhan dan penghinaan terhadap bangsa arab disebabkan mereka menolak Islam. keadaan yang sama juga perlu dilihat oleh bangsa melayu di Malaysia.

Oleh itu, tinggalkan perjuangan “ketuanan melayu” yang berasas kepada nasionalis, bahkan tukarlah haluan perjuangan itu kepada perjuangan Islam, yang menguntungkan kehidupan manusia, sama ada di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.

Sekian

[1] Al-Imamah Al-Uzma : m/s 80
[2] Sultan Abd Al-hamid II dan kejatuhan Khilafah Islamiah : m.s 379-382.
[3] Mustadrak ‘Ala Sahihain : 1/130.

Anonymous said...

Penyakit bangga dengan pendapat sendiri atau pandangan kelompok yang disokong kadang - kala menampakkan lagi kejahilan diri.

Pada mereka yang mengidap " penyakit" ini segala pandangan yang datang daripada orang lain atau sumber yang berbeda akan ditolak mentah - mentah.

Mengulas tentang debat antara Dato Husam dan Khairy tempohari didalam Wacana Perdana Tranformasi Politik Malaysia ada sesuatu yang melukakan agama .

Apabila melibatkan persoalan hudud seolah - olah perkara ini ciptaan manusia yang boleh diperolok - olokkan.

Khairy kelihatan begitu bernafsu mendesak Husam agar menyatakan pendirian Pas jika mendapat kuasa memerintah Malaysia.

Dan apabila Husam menjawab dengan prinsip dan keimanan terhadap perintah agama " Ya ! kita akan buat ! " sebanyak dua kali .Khairy kelihatan lega dan sesekali nampak biadap ( kerana dia memang mahukan itu jawapannya ).Harapan khairy ialah biar masyarakat bukan Islam merasa takut dengan perkataan hudud .

Sebaliknya pula apabila prof Agus membuat soal balas kepada khairy apakah beliau akan mencadangkan kepada UMNO agar melaksanakan hudud jika terpilih sebagai ketua Pemuda Umno kelak ? beliau menjawab " kita akan teruskan undang - undang yang ada kini "( jelas khairy menafikan hak ALLAH ).

Inilah padah akibat mahu mencari ' political milage ' tanpa memikirkan akibat daripada ucapan yang sebegini rupa. Beliau dan penyokongnya mungkin menganggap Husam telah masuk ' perangkap ' dengan soalan itu .

Tetapi mereka lupa bahawa soalan itu berkait dengan akidah sebagai seorang muslim .Memang benar undang - undang hudud bukan semudah itu mahu dilaksanakan .

Tetapi keazaman itu perlukan niat, ucapan dan perlaksanaan ( jika cukup syarat ). Pada penulis , Husam bertindak wajar dengan jawapan beliau.Tetapi diperingkat strategi dan perlaksaannya itu soal teknikal yang boleh dibincangkan.

Ucapan Khairy nyata mengambarkan niat peribadi dan partinya
yang tidak banyak beza dengan puak - puak yang menolak hukum ALLAH SWT .

Apakah ada pilihan yang terlebih baik selain daripada perintah ALLAH SWT.?

Nasihat kami seluruh perjuangan ketuanan islam janganlah sampai memperlekehkan agama hanya kerana mengejar tampuk politik yang sementara.

Anonymous said...

Najib Bakal Perdana Menteri “PEMBOHONG”
ITULAH tajuk yang paling sesuai untuk bakal Perdana Menteri Malaysia pada Mac depan. Apa tidaknya, semasa mengulas masalah krisis ekonomi dunia baru-baru ini, beliau berkata masalah itu tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia. Tidak terkesan kepada negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan ekonomi negara masih dalam landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan 5.7 peratus tahun ini.

Beliau turut menyatakan ekonomi Malaysia juga mampu mengharungi krisis kewangan dunia kerana ianya dilindungi sistem pengawasan yang baik dan tidak terlalu terdedah kepada pasaran kewangan global.

Sekarang apa dah jadi. 4,749 bakal diberhenti. Tajuk Utusan Malaysia hari ini menjelaskan segala-galanya.

Persekutuan majikan-majikan Malaysia(MEF) pula menganggarkan 200,000 hingga 400,000 pekerja akan hilang pekerjaan tahun depan ekoran keadaan ekonomi yang diramal pada suku tahun pertama dan kedua 2009.

Terdahulu di Petaling Jaya, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pada Januari ini sebanyak 35 majikan akan memberhentikan 3,111 pekerja diikuti Febuari, tiga majikan memberhentikan 1,523 pekerja manakala Mac, 64 majikan bakal memberhentikan 115 pekerja.

Jadi apa lagi yang rakyat harapkan dari “bakal Perdana Menteri” yang pembohong? Bercakap berbelit-belit. Angkuh dengan kenyataan sendiri seolah-olah yang menguruskan perjalanan dunia ini adalah beliau.

Sekarang, mangsanya adalah kita, rakyat yang mendiami Negara ini. Apakah Perdana Menteri seperti ini yang kita mahukan? Fikir-fikirkanlah.
dia bohong pasai masih ramai lagi rakyat di malaya ni boleh dibohongi..jadi pak angguk..buta hati

Pemuda Malaysia said...

saudara kifli, terima kasih atas komen anda.

kadang-kala saya melihat komen anda ini bodoh dan dungu. namun saya menghormati komen anda kerana itu hak anda.

DAP bantah bukan kerana tidak faham, tetapi DAP nak kena jaga penyokong Cina mereka. Kalau DAP tak faham pasal hudud, saya rasa tak perlulah Lim Guan Eng mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz yang amat disegani.

Anda kata UMNO menolak hudud? Anda memang bangang kerana tak tahu bahawa haji hadi sendiri pun tidak serius melaksanakan hukum hudud di terengganu satu masa dulu.

Kifli, percayalah..isu hudud hanya wujud ketika pilihan raya sahaja. apabila pas menang dan pilihan raya sudah berlalu, mereka akan senyap dan tidak berani bercakap soal hukum hudu kerana takut dengan DAP.

saya petik kata-kata yang keluar dari mulut haji hadi "jika kita tidak buat hudud, kita akan kalah pilihan raya"(29 jun 2002). ini bermakna hudud hanya umpan kepada orang PAS dan Islam sahaja.

Lim Guan Eng kalau tak faham hukum hudud jangan permainkan Islam sebagai corak pentadbiran anda di Penang.

Bodoh betul makhluk bernama kifli nie...kesian..

Pemuda Malaysia said...

saudara anonymous, terima kasih atas komen anda.

boleh tak guna nama selain anonymous? jadi saya senang nak membalas komen anda.

saudara ulas hukum hudud yang didebatkan oleh KJ dan Husam.

saya sekadar ingatkan saudara bahawa hudud akan popular bila PAS bertanding dalam pilihan raya dan suka saya petik kata-kata Haji Hadi pada tahun 2003. beliau berkata "Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan hudud dan syariah menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (BA) dahulu maka PAS perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad besar untuk tidak memasukkan persoalan negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat Federal. peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini di peringkat federal. Seandainya menang dalam pilihanraya akan datang BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat federal atau pusat yang mendokongi perlembagaan persekutuan sedia ada."

nah, saudara faham apa yang dikatakan oleh haji hadi?

kalau tak faham pegi masuk sekolah belajar lagi yer..

Pemuda Malaysia said...

salam perjuangan buat panglima perang cyber..

saya dengan rendah hati dan gembira menerima pelawaan saudara untuk menyertai team BPN.

saya akan sentiasa menyokong dan berganding bahu bersama BPN menentang manusia macam kifli dan lain2 yang terlampau taksub dengan pakatan rakyat yang nampak macam gah namun sebenarnya amat rapuh..

Pemuda Malaysia said...

salam perkenalan juga buat abg tuah. terima kasih kerana sudi melawat blog saya.

Insya-Allah saya akan melawat blog abg tuah dan lain2 blog BPN dan menyokong perjuangan BPN demi membela agama, bangsa dan negara.

Pemuda Malaysia said...

saudara kifli, kalau najib bakal perdana menteri pembohong, anda layak dipanggil kifli pengampu PAS dan penjilat PKR serta pencacai DAP..

Anonymous said...

Saya nak tanya saudara, perlukah hukum hudud dilaksanakan? Kalau tak kenapa? Jawapan saudara tidak ada nas, Al-quran dan hadis...Dah disebutkan dengan jelas dengan dalil-dalilnya sekali. Saya pergi sekolah, subjek sejarah sekolah dihujung jari tapi saya tak sempitkan pemikiran saya hanya mmbaca teks sekolah tau teks yang diubah dari teks sekolah. Saya membaca buku sejarah dunia, berlainan zaman, sejarah kegemilangan Islam, kejatuhan islam. Jadi pembacaan saya lebih luas dari apa yang diajar disekolah dan seumpamanya. Apa yang pasti saudara jawab dulu hudud itu wajib dilaksanakan atau tidak. beserta dalilnya.