Wednesday, December 10, 2008

Dua Musibah Satu Punca




Saya harap saya masih belum terlambat untuk mengucapkan takziah buat mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang melibatkan 14 buah banglo tertimbus.

Kita dapat melihat keprihatinan pelbagai pihak sama ada kerajaan ataupun NGO yang melancarkan kutipan derma bagi membantu mangsa yang terlibat. Namun demikian saya berharap agar kerajaan Malaysia tidak lupa juga untuk membantu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa banjir. Ini kerana mereka yang dilanda air bah kebanyakannya bukan golongan kaya dan berada, sebaliknya mereka ini adalah masyarakat yang hidup sederhana dan berkemungkinan juga kurang berkemampuan.

Nasib rakyat yang dilanda banjir juga perlukan perhatian serius lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak ramai dan sesi persekolahan yang akan bermula Januari tahun depan.

Semoga kerajaan tidak terlepas pandang pada nasib mangsa banjir juga kerana mereka juga berhak mendapat bantuan sebagaimana mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang kebanyakan daripada mereka golongan kaya dan berada.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbr.

Apabila dilihat, perkataan "bala" bagi yang beriman kepada Allah swt dan "bencana alam" menurut orang kebanyakkan yang tidak bersandarkan kepada kekuassan Allah swt, kebanyakan berlaku di bulan Disember. Kenapa ???

Ribut Greg berlaku pada 26hb Disember, Tsunami berlaku pada 26hb Disember juga dan bala-bala lain seperti gempa bumi rata-rata berlaku di bulan Disember. Mengapa ?? Suatu soalan yang perlu kita semua fikirkan. Mungkin tuan ada sebabnya mengapa Allah memilih bulan Disember ini?

Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah,apabila berlaku kejadian tanah runtuh baru-baru ini di bukit Antarabangsa yang merupakan penempatan orang yang kaya atau dalam istilah lain golongan yang berada. Kita dapat lihat bagaimana layanan pihak kerajaan terhadap golongan berada ini apabila ditimpa malapetaka jika dibandingkan dengan mereka yang miskin.

Untuk golongan yang berada, cukup istimewa, Helikopter disediakan untuk mengangkut mereka ini ke hospital walaupun bukannya kritikal mana pun. Makanan seperti sarapan pagi, makan tengahari, petang dan malam dalam kategori mewah. Siap sponsor oleh Restoran yang agak terkenal. Liputan berita siang dan malam. Suratkhabar sampai 5 ke 6 pages. Sampai ada dikalangan mangsa banglo runtuh ini sibuk bertanya kepada petugas..." Sarapan Apa Pagi ini? " Dah kena bala pun boleh sibuk bertanya sarapan apa yang dihidangkan. Ada nafsu lagi tuu.... Biasanya orang seperti ini dah tak lalu makan dah....sekadar renungan.

Tapi bagaimana dengan nasib yang menimpa keluarga tanah runtuh di Hulu Yam Selangor selang seminggu sebelum kejadian bukit antarabangsa ini hingga mengorbankan 2 orang anaknya. Begitu juga dengan nasib kemalangan maut bas ekspress di Tangkak Johor, banjir di Johor, Trengganu dan lain-lain lagi sebelum ini.

Saya bukan hendak mebanding-bandingkan layanan ini....Semuanya rakyat Malaysia dan mesti dibantu. tetapi janganlah "double standard". Sampai ada satu badan kerajaan yang bertindak mengutip derma bagi penduduk bukit antarabangsa ini yang rata-ratanya mempunyai 3-4 buah rumah mewah selain rumahnya sekarang ini di Bukit Antarabangsa.

Mohd. Alias bin Demyati said...

Begitulah manusia yang sering melupakan asal usul setelah berada di puncak...fikir-fikirkan lah!

Pemuda Malaysia said...

salam saudara kifli..

saya setuju dengan komen saudara kali ini.

saya harap kerajaan Pusat beri layanan sama rata kepada sesiapa sahaja yang ditimpa musibah.

Pemuda Malaysia said...

terima kasih atas komen cintalaila,

sama-sama jadikan iktibar tentang bencana yang menimpa mereka.

semoga cintalaila sihat walafiat dan sampaikan salam along kepada ahli keluarga pakcik cintalaila..

sama-sama juga kita doakan agar faris cepat sembuh..amin..